Subscribe to our RSS Feeds
Hello, this is a sample text to show how you can display a short information about you and or your blog. You can use this space to display text or image introduction or to display 468 x 60 ads and to maximize your earnings.

BAHAYA BERMAIN KOMPUTER !!

2 Comments »
Hati-hati jika anda seorang yang gemar menggunakan komputer sepanjang hari! Anda boleh terdedah kepada bahaya Carpal Tunnel Syndrome.

Carpal Tunnel Syndrome ialah penyakit yang menyerang bahagian pergelangan tangan. Penyakit ini mampu menyebabkan tangan menjadi lumpuh. Risiko penyakit ini ialah sebanyak 10% untuk orang dewasa.




Gejala :

  • Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
  • Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
  • Sering menjatuhkan barang
Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
  • Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
  • Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
  • Duduklah dengan tegak.



Sumber :

http://www.fcucommunity.net/2010/02/bahaya-bermain-komputer.html


9:04 PM

Guru baru wajib mengajar di pedalaman..???

0 Comments »

BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

Ulasan:

Adakah strategi kementerian ini merupakan satu langkah yang bijak?? Mungkin ya..dan mungkin tidak..saya salah seorang bakal guru dan sekarang sedang menjalani latihan mengajar di salah sebuah sekolah gred B, iaitu luar bandar tetapi bukan kawasan pedalaman.

Sekiranya langkah ini nampak bijak, graduan dari IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam seharusnya dihantar untuk bekerja di kawasan pedalaman. Tak ada seorang pun yang 'miss'. Tapi hakikatnya Datuk, tak semua yang akan ditempatkan di kawasan pedalaman. Cadangan ini mungkin omong2 kosong.. ya..omong2 kosong.. Siapa pula yang akan ditempatkan ke sekolah-sekolah di bandar-bandar besar?? Cikgu yang veteren2??
Fikir-fikirkanlah...

Kabel: Bukan pernah tetapi selalu...kabel ini bermaksud jalan mudah bagi seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Kabel ini adalah sesuatu yang tidak sihat. Saya menyebut mengenai kabel di sini kerana wujud guru baru atau bakal guru menggunakan kabel supaya tidak ditempatkan di kawasan pedalaman. Saya berani menyahut cabaran Datuk, tetapi adakah kawan2 saya berani untuk ditempatkan di kawasan pedalaman?? Ramai yang tidak. Saya pelajar UPSI berani mengatakan bahawa cadangan Datuk akan gagal.

Kenapa baru cadangan, hendak diheboh-hebohkan??

Kenapa tidak laksanakan cadangan yang bagus ini, baru diwar2kan?

Datuk kena faham konsep penempatan guru di sesuatu kawasan. Sekiranya sesuatu kawasan itu amat memerlukan guru, bagi sajalah. Di bandar pun boleh, di luar bandar pun boleh, di kawasan pedalaman nun jauh di sebalik gunung-ganang pun boleh. Tak menjadi masalah.

Di bandar lagi mencabar...

Penempatan guru di kawasan bandar sememangnya lagi mencabar. Memang banyak kemudahan yang disediakan dan kos hidup yang agak tinggi dengan kes-kes yang melibatkan bidang perguruan. Elaun-elaun yang diberikan haruslah dipertimbangkan termasuklah 'elaun susah hati.' Saya setuju dengan cadangan Datuk tetapi bukanlah semua guru baru wajib mengajar di kawasan pedalaman..cuba gunakan ayat, ' Sebahagian Besar Guru Baru Wajib Mengajar Di Pedalaman.' ok sikit bunyinya kan..

Inilah sebenarnya yang ingin saya luahkan;

Bagaimana pula dengan guru yang berasal dari kawasan pedalaman? Adakah mereka akan mengajar di kawasan pedalaman juga untuk 3 tahun pertama?? Sepatutnya Datuk, guru yang berasal dari kawasan pedalaman patut diberi peluang untuk menimba pengalaman mengajar di kawasan yang lebih maju supaya apabila suatu hari nanti, guru yang mempunyai lebih 3 tahun pengalaman mengajar di kawasan bandar-bandar akan berpindah ke kawasan asal, iaitu kawasan pedalaman, mereka berupaya menggunakan kemahiran teknologi dan ilmu pengetahuan untuk disalurkan kepada anak-anak didik dan masyarakat setempat, iaitu masyarakat di kawasan pedalaman, baru lah pembangunan akan menjadi seimbang. Pembangunan pendidikan adalah yang terulung kerana ianya mempengaruhi pembangunan-pembangunan lain. percayalah Datuk.

Kesimpulannya, Datuk kena adakan perbincangan dengan kesatuan guru dan selami lah jiwa sebagai seorang guru yang akan mendidik anak bangsa. Guru baru yang berasal dari kawasan bandar seharusnya ditempatkan di kawasan pedalaman dan bagilah peluang kepada guru baru yang berasal dari kawasan pedalaman untuk mengajar di kawasan bandar. Bincang balik ya Datuk, jangan war-warkan dalam akhbar sebelum cadangan itu diteliti dengan bagus sekali..


-Celik Insan Kerana Guru Unggul-

C.I.K.G.U

12:56 AM

Xian Nian Kualie..!!!

0 Comments »

Kepada rakan taulan, sanak saudara, sahabat-handai, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina...Xian Nian Kualie..!! Sama-sama lah kita berkunjung ke rumah terbuka Tahun Baru Cina 2010 yang diadakan berdekatan dengan kawasan perumahan kita...eratkan perhubungan dan keakrabkan tali silaturahim.. Keunikan Malaysia adalah rakyatnya yang bersatu padu berasaskan perpaduan..tanpa perpaduan, negara kita akan mundur..semakin mundur..dan semakin mundur...semua agama menuntut kesejahteraan dalam hidup..kesihatan berpanjangan.. kerjasama penting dalam memperkasakan ekonomi negara..tidak ada yang diabaikan..kekayaan di dunia tidak sama dengan kekayaan di akhirat..jadi untuk rakan2 yang ada rezeki tu, bersedekahlah...kerana tangan yang memberi lebih senang hati daripada yang menerima.. yang menerima pula haruslah bersyukur.. berusahalah untuk mencapai kehidupan yang diidam-idamkan..Xie xie..!!

-Xian Nian Kualie..!!!-

aku nak tengok bunga api dari luar rumah...!!! cantiknya..

6:58 AM

Akhirnya...aku berani bedah puyuh...

0 Comments »
Seperti yang dirancang dari awal lagi, aku akhirnya berjaya membedah burung puyuh dengan bantuan guru pembimbing aku, Cikgu Zahuri, cikgu Sains Pertanian, juga cikgu Sains Biologi.. Sebagai seorang guru pelatih, aku kena banyak dapatkan nasihat dan segala tunjuk ajar dari guru pembimbing dan juga cikgu-cikgu yang lain. Mana tau nanti kena ajar subjek lain masa posting.. Selain beliau, guru pembimbing aku juga Cikgu Jamaludin. Banyak sangat yang aku belum ketahui. Mungkin di universiti, aku lebih banyak belajar secara teori daripada amali..duduk dlm dewan kuliah, dengar lecturer berucap, kalau tengok puyuh pun, tengok kat gambar je...ada juga minat nak buat ladang puyuh suatu hari nanti di Sarawak..agrobisnes kan..tak baik membazir, dunia kita semakin menghampiri zaman kemelesetan ..mungkin beberapa belas tahun dari skrg..Boleh kita lihat kepada Dubai World, syarikat gergasi milik negara Dubai telah berhutang sebanyak A$ 34 billion kepada negara luar..janji 6 bulan untuk bayar semuanya..ehe..sama2 kita saksikan.

-thanks Cikgu Zahuri-
10:37 PM

Rph..oh Rph...

0 Comments »


Kini aku tiap2 hari buat RPH untuk kelas aku..kelas sains pertanian yang paling mencabar..esok nak bedah burung puyuh dan ajar setiap fungsi organ2nya..best juga ajar sains2 ni..pelajar2 best juga..sebenarnya ni kerja amali untuk tingkatan 5..tapi burung puyuh dah besar, tunggu apa lagi..barang baik punyaa... ;) untuk kwn2 yang masih menuntut di UPSI tak kira apa pangkat, darjat pun, belajar sungguh2..kat sekolah betul2 nanti, banyak ilmu kena pakai.. skrg tengah wat lesson plan untuk satu minggu ni...pening kawe boh...
5:34 PM
Powered By Blogger

Hornbill (Our Pride Bird)

Hornbill (Our Pride Bird)