Mabuk Cinta Halal

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 31, 2009

Merdekakah?

Tika jasadku bebas ceria
Mampu miliki apa sahaja
Apakah hatiku telah merdeka?

Tika bangganya kita mengibar jalur gemilang
Sedangkan agama, budaya jua bahasa semakin hilang
Apakah kita sudah merdeka?

Tika yang kaya ketawa bahagia dengan kenyang perutnya
Dan si miskin menangis derita dalam kelaparannya
Apakah kita sudah merdeka?

Tika negara berbangga tanahnya kini milik sendiri
Padahal minda warganya masih memuja budaya pengkoloni
Apakah kita sudah merdeka?

Tika jasad kita bebas sebagai hamba sesama manusia
Tetapi jiwa tidak punyai rasa hamba kepada Pencipta
Apakah kita sudah merdeka?

Tika kita merasa aman tiada peperangan
Tetapi jiwa masih resah tanpa rasa berTuhan
Apakah kita sudah merdeka?

Tika kita begitu patuh akan undang-undang dan akta ciptaan manusia
Namun masih sombong melanggar hudud jua hukum-Nya
Apakah kita sudah merdeka?

Tuhan, merdekakanlah jiwa juga jasadku
Daripada berpaut di jajahan makhluk-Mu
Kepada bernaung di payungan rahmat jua jagaan-Mu

Tuhan, kekalkanlah kemerdekaan negaraku dalam redha-Mu
Simbahi taufiq jua hidayah-Mu kepada pemimpinku
Semoga suatu hari nanti tertegak syariat-Mu
Dalam hati setiap kami...

Friday, August 28, 2009

RAMADHAN DUA ZAMAN

I was driving all the way from Kuching back to Betong last Monday, when I heard this song which really touched my heart deep inside. I feel ashamed, jealous comparing my Ramadhan with the Ramadhan of the early mukminin. May Allah forgive us...

Ramadhan..
Satu nasib tak serupa..
peluangnya sama..
natijah berbeza..

Ramadhan mereka..
gemilang cemerlang..
mukmin berjasa di awal zaman..

Ramadhan kami..
malam terbuang..
muslim berdosa di akhir zaman..

Mereka gembira kerana kedatanganmu..
Kami gembira dengan pemergiannmu ..

Malam mereka meriah..
disimbah Nur Al-Quran..
Tapi malam kami pulang berkabung dengkur..

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami, lesu diburu nafsu..
Hati mereka,bercahaya digilap taqwa..
Jiwa kami gelap didera dosa..

Takbir mereka, takbir kemenangan..
hadiah mujahadah..sebulan Ramadan..

Takbir kami, lesu tak bermaya..
adakala lemah tak berdaya..
Puasa sekadar lapar dan dahaga..

Tuesday, August 18, 2009

Akan Syahidkah?

Ramadhan terlalu dekat, menggamit hati yang rindu. Namum bimbang melanda, betapa sibuknya saya bekerja hingga terlalu kurangnya bekal yang akan dibawa melalui bulan penuh barokah ini. Apakah segala penat lelah dalam tugasan jadi ibadah dan dinilai oleh-Nya atau sekadar istidraj mengabui mata? Terima kasih wahai Tuhan, masih sudi memberi ruang buat hamba ingat pada-Mu, masih sudi mengetuk pintu hati biarpun hamba terusan alpa pada-Mu, masih sudi membangunkan hamba yang hina ini dari lena yang panjang.

*****

Sejak semalam saya rasa lain macam, bersin yang terlalu serta hidung berair. Saya ingatkan gejala allergic rhinitis yang biasa saya alami, mungkin lantaran terdedah pada debu ditambah pula stress. Sejak pagi tadi, simptom semakin teruk bertambah kesibukan resusitasi pesakit di wad. Beberapa kali saya ditegur pesakit dan staf lain kerana kerapkali bersin dan 'menarik hingus'. Mujur saya memakai topeng muka. Saya mula rasa tidak selesa, bimbang kalau-kalau terkena jangkitan virus, merebak pula pada orang lain lebih-lebih lagi pesakit.

Petang tadi, semasa terserempak dengan rakan sekerja, saya berbual sebentar dengannya, bertanya khabar beliau yang saya lihat tak bermaya wajahnya (mungkin seperti wajah saya juga). Dia tak terkata, wajahnya menggambarkan betapa letihnya beliau. Kelihatan dia menahan diri dari menangis.

"We cry everyday because too tired and stressful," saya bergurau dengan jururawat yang duduk bersama, menggambarkan keletihan kami.

"I'm thinking that if we die because of tired working then we will be syahid. If we syahid, we shouldn't be worry of our sin anymore," katanya. Saya terdiam sekejap, lantas menyambung, "Ya..I never thought of that." Saya terkesima, baru terfikir akan benar katanya.

Akhir petang ketika melihat pesakit terakhir sebelum menyerahkan tugas oncall pada teman, saya memeriksa suhu badan saya. Rupa-rupanya saya demam (low grade fever). Saya memberitahu pengarah hospital (yang sudah dua minggu tidak membantu tugas merawat pesakit kerana telah ditugaskan mengetuai pejabat kesihatan bahagian dalam masa yang sama), bertanyakan pendapatnya sama ada perlu kah saya bertugas dalam keadaan berisiko terhadap pesakit. Beliau terus menyarankan saya cuti sakit untuk isolasi di rumah, sambil berjanji akan mengambil alih tugas saya. Biarpun sedikit berat hati mengenangkan pesakit yang perlu rawatan, saya rasa itulah yang terbaik demi kemaslahatan pesakit juga diri.

*****

Semoga ianya kaffarah dosa, maghfirah dari-Nya. Semoga ianya isolasi sambil muhasabah diri. Semoga saya kuat menghadapi Ramadhan yang dirindui dengan bekal yang tidak seberapa ini. Semoga hati jadi ikhlas, bersih dari mazmumah, terhindar nafsu ammarah. Semoga setiap saat kehidupan diisi dengan berbakti agar pergi nanti sebagai syahid sejati. Tuhan, terimalah...

Monday, August 17, 2009

RASA BERTUHAN

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Saturday, August 15, 2009

5 RULES TO BE HAPPY

Received this from a friend in powerpoint form...hope it brighten our day...

5 RULES TO BE HAPPY:

1. Free your heart from hatred.

2. Free your mind from worries.

3. Live simply.

4. Give more.

5. Expect less.

**********

No one can go back and make a brand new start. Anyone can start from now and make a brand new ending. God didn't promise days without pain, laughter without sorrow, sun without rain, but He did promise strength for the day, comfort for the tears, and light for the way.

Disappointments are like road humps, they slow you down a bit but you enjoy the smooth road afterwards.

Don't stay on the humps too long. Move on!

When you feel down because you didn't get what you want, just sit tight and be happy, because God has thought of something better to give you.

When something happens to you, good or bad, consider what it means.

There's a purpose to life's events, to teach you how to laugh more or not to cry too hard.

You can't make someone love you, all you can do is be someone who can be loved, the rest is up to the person to realize your worth.

It's better to lose your pride to the one you love, than to lose the one you love because of pride.

We spend too much time looking for the right person to love or finding fault with those we already love, when instead we should be perfecting the love we give.

Friday, August 14, 2009

Al-Fatihah Buat Ustaz Asri Rabbani

"Banyakkan mengingati penghapus kelazatan (mati)."

Al-Fatihah buat Ustaz Asri Ibrahim (vokalis Rabbani) yang telah kembali ke rahmatullah semalam pada jam 11 pagi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku." -Ustaz Asri Rabbani

Wednesday, August 12, 2009

In The End

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're right or you're wrong
We're gonna know what you've done
We're going to see where you belong - in the end

You can't bargain with the truth
Whether you are black or you're white
We're going to know who's right
We're going to see you in the light - in the end

O and every little thing you do
You'd better know it's coming back to you

You can't bargain with the truth
'Cause one day you're gonna die
And good's going high,
And evil's going down - in the end

You can't bargain with the truth
Whether you're old or young
We're going to see what you've done
There'll be nowhere else to run - in the end

You can't bargain with the truth
'Cause whether you're rich or you're poor
You're going to meet at the same door;
You're going to know the real score - in the end

And if you want to help your fellow man
You better start with what is in your hand

We're going to know what you've done

You can't bargain with the truth;
'Cause if the world you chose
No further than your nose
Will be where the doors will close- in the end
You can't bargain with the truth
'Cause for those who were deceived
There'll be no reprieve
There'll be no time to believe - in the end

O and every little thing you do
You better know it's coming back to you

You can't bargain with the truth
'Cause one day you're gonna die
And good's going high,
And evil's going down - in the end

Tuesday, August 11, 2009

Life is Beautiful?

Hanya Tuhan yang memahami perasaan ini...sungguh...inilah stress yang paling teruk saya rasakan sejak bekerja, melebihi stress sewaktu melalui housemanship. Siapalah tidak stress melakukan oncall setiap hari, berselang aktif dan pasif, tidak cukup tidur pada sebelah malamnya tetapi tiada peluang berehat pada hari berikutnya, bekerja pula dalam suasana teman sekerja yang berkapasiti kurang dari kita, pasti semua beban tertumpu pada kita. Kalau sewaktu houseman, kita hanya diarah dan jarang membuat keputusan, kini nyawa pesakit dalam percaturan kita, kita terpaksa membuat keputusan yang bijak. Lebih menyedihkan ialah pesakit yang sedaya upaya diselamatkan, gagal bertahan. Pengubat hati hanyalah dengan kembali menyedari bahawa, apalah upaya kita berbanding Dia?

Saya jadi agresif, easily irritated, sinis. Sudahlah penat yang terlalu, insan sekitar pula seolah tidak bekerjasama. Mana tidaknya, kebanyakan staf sengaja merujuk pada saya untuk apa pun padahal saya bukanlah oncall aktif. Biasanya saya tidak marah, tetap memberikan pandangan sehingga ditegur oleh jururawat yang membantu saya; "Yalah kitak, siapa nyuruh bait gilak..semua orang mok refer ngan kitak." Tetapi dek terlalu penat, saya tegur dengan tegas; "Tolong rujuk pada yang oncall aktif!"

Pesakit yang pelbagai ragam juga 'kena'. Ibu bapa kepada bayi yang menolak untuk admission pada hari sebelum nya untuk rawatan jaundice, datang pada keesokan hari dengan serum bilirubin yang semakin tinggi, juga saya tegur sinis; "Tu lah..degil.. Semalam suruh masuk wad tak nak..."

Setiap hari saya mendesak Pengarah Hospital menggesa pihak HQ menghantar tenaga tambahan. Namun, jawapannya masih tertangguh-tangguh. Ya Allah, saya perlukan kekuatan extra di jiwa saya, jika tidak saya pasti rapuh...

Saya sedih kerana tidak terdaya memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam keletihan fizikal dan minda saya. Saya bimbang jika berlaku mismanagement kepada pesakit jika saya terlalu stress. Saya bimbang impak keadaan ini kepada pesakit saya.

Saya mengadu kepada Allah atas ketidakadilan sistem ini terhadap saya. Ya Allah, dunia ini tidak adil, Engkau sahaja Yang Maha Adil... Mungkin hubunganku terlalu rapuh dengan-Mu hingga rapuh jua imanku menghadapi ujian kecil ini.

Saya mengadu kepada mak setiap kali bercakap di telefon, dan mak seperti biasa menasihatkan; "Letih macam ne pun, jangan sampai marah orang. Kalau tak suka, diam saja." Oh ibuku...kaulah cahaya hatiku.

Saya mengadu pada Shazni yang menelefon tiba-tiba seolah-olah tahu-tahu sahaja ada 'badai' yang melanda emosi saya. Terima kasih ya sahabatku atas sokongan mu...

Saya ingin melihat kehidupan ini sebagai suatu yang indah...agar saya bersabar melaluinya...

Hey baby, don't forget,
Live a life with no regrets,
You know you got to love this life,
Love your life,
How can you be blue,
When the world awaits for you,
Lovin' your life,
Life, life, life is beautiful,
Love your life.

Dan saya mahu melalui hidup di dunia ini untuk mengumpul bekal untuk ke 'sana'....

Allah berfirman dalam Surah Ar-Ra'd, Ayat 26: "Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)."

Maka di antara manusia ada orang yang berdo`a: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdo`a: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya. (Al-Baqorah: Ayat 200-202)

Kata bijak pandai: "Beramallah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok."

Jadi, janganlah kamu bersedih sangat wahai diri....

Sunday, August 09, 2009

Why Be A Doctor?

I begin my words with the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

I have been preparing this article for about a month in respond to a request from a friend, who wants me to share about a life as a muslimah doctor. After a stressful week running the hospital and outpatient department (OPD) with only two of us around, finally I finished writing this articles. Hopefully it will be beneficial for me and anybody who wish to be a doctor.

When I was a little child, I’ve dreamed of being a teacher after seen my dedicated teachers working hard to educate me. I was once dreamed to be a tailor after seen my mother sewed my dress beautifully. I was once dreamed to be an architect after I saw amazingly built building.

Then my dream changed when I grew up, when I started to ‘know’ Islam better through usrah and started to learn what the purpose of life is. With the encouragement from my ustazah also naqibah, I plan to take medicine for the sake of Islam.

INTENTION

I’ve always ask myself from the beginning, why I want to be a doctor?

The Prophet Muhammad, sallallahu 'alayhi wasallam, say:
"Actions are (judged) by motives (niyyah), so each man will have what he intended. Thus, he whose migration (hijrah) was to Allah and His Messenger, his migration is to Allah and His Messenger; but he whose migration was for some worldly thing he might gain, or for a wife he might marry, his migration is to that for which he migrated." [Al-Bukhari & Muslim]

Making a decision to take medicine as a profession is an important decision in somebody’s life. I always remember what my medical school dean, Prof Mazidah told us when I was in my first year of medicine:

“If you want to be a doctor just to please your parents, just forget it. If you want to be a doctor to earn lot of money, just forget it because you will be paid with the amount that is not worth it with your workload. If you want to be a doctor because you think that you’ll be popular, forget it because people might not appreciate you.”

I know that I should always renew my intention; I want to be a doctor for the sake of Allah. I want to be a doctor to help people by healing their pain, as a person who helps people will be blessed by Allah. I want to be a doctor to fulfill the fardu kifayah need in our community. I want to be a doctor to help in developing medicine knowledge among muslims.

REQUIREMENT

To be a doctor, you need to get a good result in your SPM, enter matriculation or pre-medical program or pass your STPM (in sciece site), and then obtain a M.D or MBBS degree from any university that had been accredited by the government. Any medical school required you to complete at least 5 years of undergraduate study, but you might be extended 6 months to 2 years if you fail on your exam. The reason of such strict system in medicine is to make sure that you are graduated as a good and safe doctor for the public.

Apart from a good medical knowledge and skills in medicine, you should have extra criteria to be a good doctor which are; have extra patience, have a good public relation and communication skills, flexible, compassionate but firm.

HARDSHIP IN BECOMING A DOCTOR

When talking about hardship of being a doctor, it comes back to your intention. A good intention will help you to face all the obstacles during your carrier. As a doctor, you will not have enough rest and sleep, sometimes missed your meal, limited time for your personal matter, especially during your housemanship (first year of working). Sometimes you need to do on-call every other day, working 30 days non-stop in a month with limited days for your emergency leave, sick leave or maternity leave.

You need to have a very understanding family because you will have limited time to spend with them. You need to sacrifice your rest and manage your time wisely.

The tougher task is when dealing with people; you might sometimes be scolded by your seniors, tortured by your own colleagues, and cursed by patients and their relatives. You will face many kind of patients; fussy, angry, too many request, dependent and sometimes obsess. These kinds of attitude need to be overcomed with extra patience and calm. Sometimes you might be failed to face it especially when you are too tired, too hungry or in stress.

MUSLIMAH DOCTOR

Being a muslimah doctor, you sometimes have to face the situation that tests your faith and principles. During your very busy day with only 15 minutes time of rest, you need to skip your meal to perform you prayer. Sometimes you need to assist a long operation that you need to jama’ your prayer. The other thing is to maintain your hijab in operation theatre (OT) as hijab is not provided as one of OT attire and some medical centre does not allow you to enter OT with your own hijab. As a muslimah doctor, you need to act wisely with your source and local settings to make sure you’re not going against your religion in doing your job.

CONCLUSION

Being a good muslim doctor required a true intention, good knowledge and soft skills, strong physical and mental fitness, and a very big sacrifice. I end this article with a question: Are you willing to sacrifice to be a doctor? If you are, you will be a good one, Insya-Allah.

Wallahua’lam.

Tuesday, July 28, 2009

Senangkanlah Hatimu

This poem is perfectly written and gently motivate me about life. Used to hear it everyday in IKIM.fm before. Please appreciate it! Thank you Allah for everything...

Senangkanlah Hatimu

(Oleh Al-Anisah Mai) dipetik dalam Prof. Dr. Hamka (1996). Tasawuf Moden. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Halaman 337-343.

Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana dihadapanmu terbentang kesempatan untuk menunaikan yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau beroleh pujian di mana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapan engkau terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.

Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tiada orang yang akan hasad dan dengki kepada engkau lagi,lantaran kemiskinanmu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain buat kecil hati, dan tidak ada pintu bagi kebencian.

Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu! Kerana dengan kedermawanan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang, engkau tegakkan orang yang telah hampir roboh. Dengan sebab itu engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau beroleh bahagia: Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan menghantarkan pujian kepada Tuhan lantaran pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang akan berlipat ganda, sebab banyak orang yang telah mengecap nikmatnya.

Kalau engkau tidak kuasa jadi dermawan, itupun senangkan pulalah hatimu! Sebab engkau tidak akan bertemu dengan suatu penyakit yang selalu menular kepada masyarakat manusia, iaitu tiada membalas guna, penghilangkan jasa. Mereka ambil kebaikan budi dan kedermawananmu itu jadi senjata untuk menjatuhkan tuduhan-tuduhan yang rendah. Saat yang demikian pasti datang kepada tiap-tiap dermawan, yang menyebabkan hati kerapkali patah dan badan kerapkali lemah, sehingga hilang kepercayaan kepada segenap manusia, disangka manusia tidak pembalas guna. Padahal langkah belum sampai lagi kepada puncak kebahagiaan dan beroleh ampunan dari Tuhan.

Kalau engkau masih muda remaja senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan kenang-kenangan masih jauh.Sebab umurmu masih muda, mudahlah bagimu menjadikan mimpi menjadi kenyataan yang sebenarnya.

Kalau engkau telah tua, senangkan pulalah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari medan pertempuran dan perjuangan yang sengit, dan engkau telah beroleh beberapa ilmu yang berguna di dalam sekolah hidup. Engkau telah tahu firasat, mengerti gerak geri manusia dan tahu ke mana tujuan jalan yang ditempuhnya. Oleh sebab itu segala pekerjaan yang engkau kerjakan itu kalau engkau suka lebih banyak akan membawa faedah dan lebih banyak tersingkir daripada bahaya. Satu detik daripada umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun di zaman muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman yang pahit.

Kalau engkau dari turunan yang mulia-mulia, tenangkanlah hatimu! Kerana dirimu tergambar dan terpeta di dalam hati tiap-tiap sahabat itu. Kalau engkau memang di dalam kalangan sahabat yang banyak itu, lazat rasanya kemenangan dan kalau kalah tidak begitu terasa. Lantaran banyaknya orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, engkau dapatlah insaf, tandanya dirimu mahal dan timbanganmu berat.Yang penting adalah engkau dapat keluar dari penyakit mementingkan diri seorang, memandang hanya engkau yang benar, lalu masuk ke dalam daerah yang baru, iaitu mengakui bahawa ada lagi orang lain yang pintar, yang berfikir dan kuasa menimbang.

Jika musuhmu banyak, senangkan pulalah hatimu! Kerana musuh-musuh itu ialah anak tangga untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Banyak musuh menjadi bukti atas sulitnya pekerjaan yang engkau kerjakan.Tiap-tiap bertambah maki celanya kepada engkau, atau hasad dengkinya, atau mulutnya yang kotor atau perangainya yang keji, bertambahlah teguhnya pendirianmu bahawa engkau bukan barang murah, tetapi barang mahal, dari celaannya yang benar-benar mengenai kesalahanmu, engkau dapat beroleh pelajaran. Mula-mula maksudnya hendak meracunimu dengan serangan-serangannya
yang kejam dan keji, maka oleh engkau sendiri, engkau saring racun itu dan engkau ambil untuk pengubat dirimu mana yang berfaedah, engkau buangkan mana yang salah. Ingatlah: Pernahkah seekor burung helang yang terbang membubung tinggi memperdulikan halangan burung layang-layang yang menghalanginya?

Kalau badanmu sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah ternyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmatNya, lantaran badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.

Kalau engkau sakit, senangkan pulalah hatimu! Kerana sudah ternyata bahawa dirimu adalah medan tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan iaitu kesihatan dan kesakitan. Kemenangan akan terjadi kepada salah satu yang kuat, kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, baik kesembuhan dunia ataupun kesembuhan yang sejati.

Kalau engkau menjadi orang luar biasa, senangkan hatimu! Kerana pada tubuhmu terdapat cahaya yang terang-benderang tandanya Tuhan selalu melihat engkau dengan tenang sehingga menimbulkan kesuburan dalam fikiranmu, dilihatNya otakmu sehingga cerdas, dilihatNya matamu sehingga jadi azimat, dilihatNya suaramu sehingga jadi sihir. Bagi orang lain, perkataan dan tiap-tiap suku kalimat yang keluar dari mulutnya hanya menjadi tanda bahawa dia hidup saja. Tapi bagi dirimu sendiri menjadi cahaya yang berapi dan bersemangat, boleh meninggikan, boleh memuliakan dan menghinakan, sehingga bolehlah engkau berkuasa berkata kepada alam: “Adalah”, sehingga diapun “ada”.

Kalau engakau dilupakan orang, kurang dikenal, senangkan pulalah hatimu! Kerana lidah tidak banyak yang mencelamu mulut tidak banyak mencacatkanmu, tidak ada orang lain yang dengki kepadamu, tak ada orang yang meniatkan jatuhmu, mata tak banyak memandangmu. Itu, dihadapanmu ada puncak bukit dan engkaupun salah seorang dari anggota masyarakatmu. Rumah batu yang indah, berdiri di atas kumpulan tanah dan pasir-pasir yang kecil. Dengan demikian itu, engkau akan merasai kesenangan hati yang kerapkali tidak didapat oleh yang bibirnya tak pernah merasai air hidup dan rohnya tak pernah mandi di dalam kolam ilham.

Kalau sahabatmu setia kepadamu, tenangkanlah hatimu! Kerana pertukaran siang dan malam telah menganugerahi engkau kekayaan yang paling kekal.

Kalau kawanmu khianat, senangkan juga hatimu! Sebab kalau kawan-kawan yang khianat itu mungkir dan meninggalkan engkau, tandanya dia telah memberikan jalan yang lapang buat engkau.

Kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhambakan, senangkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan bagi bangsa yang terjajah atau diri yang diperhamba kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu. Itulah perjuangan yang menentukan hidup atau mati, dan itulah yang meninggalkan nilai. Ketahuilah bahawa tidaklah didapat suatu bangsa yang terus menerus dijajah.

Jika engkau dari bangsa merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain, ada bagimu kesempatan mencari kekuatan baru. Kemerdekaan itu mesti diisi dengan bahan-bahan yang baik, dan bagimu terbuka kesempatan yang seluas-luasnya untuk itu.

Kalau engkau hidup dalam kalangan orang-orang yang kenal akan diri dan cita-cita engkau, senangkan hatimu! Kerana di sana engkau dapat mengusahakan tenaga muda
setiap hari, dan kekuatan pun bertambah, roh serta semangat menjadi baru. Engkau bertambah subur dan tegak, menaungi lautan dan daratan.

Kalau engkau hidup dalam kalangan masyarakat yang masih rendah, yang tidak mengerti bagaimana menghargai cita-cita orang, sehingga engkau merasa ’sial-dangkal’, maka senangkanlah hatimu! Kerana dengan sebab itu engkau beroleh kesempatan jadi burung, lebih tinggi terbangmu daripada orang-orang yang patah sayap itu. Engkau boleh melayang ke suatu langit khayal, untuk mengubati fikiranmu yang gelisah, untuk melepaskan dahaga jiwamu.

Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu! Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah masuk daftar orang yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas kasihan-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dua jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkongkong di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ketelingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam. Keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersunggguh-sungguh.

Jika engkau mencinta tetapi cintamu tidak terbalas, senangkanlah hatimu! Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah ia jauh dari matanya, dia akan cinta, cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Sehingga lantaran itu hati akan bersih laksana bejana kaca yang penuh berisi air khulud, air kekal yang dianugerahkan Tuhan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, akan ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya. Hendaklah engkau menjadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempat oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup ini berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan kita sendiri.

Merasa tenteramlah selalu, senangkanlah hatimu atas semua keadaanmu, kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup kian minit, kian baru.

Merasa senanglah selalu!

Merasa tenteramlah!

Cemburu Tandanya...

Respon kepada soalan Adik Anonymous:

“Saya nak minta pandangan dari akak cara untuk mengelakkan cemburu. Sejak akhir-akhir ini perasaan cemburu terhadap orang di sekeliling saya termasuk teman rapat saya sering timbul. Saya merasakan diri saya tak sebaik mereka. Kadang-kadang saya tidak bertegur sapa hanya kerana soal cemburu.”

Perkongsian untuk direnungkan bersama:

Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan, kita kadang-kadang dilanda rasa cemburu apabila melihat seseorang punya kelebihan berbanding kita. Rasa cemburu kadang-kadang mengabui mata hingga kita melihat diri kita sebagai orang yang serba kurang dan orang lain sentiasa lebih dari kita.

Saya pernah rasa cemburu pada teman yang keputusan peperiksaannya lebih cemerlang daripada saya. Cemburu itu membuatkan saya menangis kerana merasa kalah dan terus mendorong saya berusaha keras menyaingi mereka.

Saya pernah rasa cemburu pada teman yang punya keluarga yang kaya raya. Saya mencemburui mereka kerana bisa memiliki pakaian yang cantik dan baru, mencemburui mereka kerana memiliki barangan yang berjenama, mencemburui mereka kerana berpeluang memiliki apa sahaja yang diingini.

Saya pernah rasa cemburu pada teman yang punya wajah cantik dan diminati ramai. Yang sentiasa mendapat pujian dan perhatian. Tetapi saya tiada daya dalam menambah kecantikan saya kerana saya telah dilahirkan dengan rupa saya yang begini.

Itu kisah saya dahulu, sebelum saya kenal agama, sebelum saya pasti tujuan hakiki hidup ini. Persoalannya, di manakah duduknya rasa cemburu kita? Apakah rasa cemburu kita sekadar suatu rasa yang berlalu di hati kemudian hilang atau ia menghantui pemikiran hingga menyebabkan jiwa tertekan dan iman berkurang?

Rasa cemburu jika dibiarkan menguasai diri boleh melarat kepada kedengkian. Untuk menangani secebis perasaan ini, kita haruslah mempunyai ilmu tentangnya. Kita perlu faham akan besarnya bahaya kedengkian agar dapat meletakkan rasa iri dan cemburu kita pada tempat yang sebetulnya.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam:

Pertama; menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua; menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga; tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.
Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Dalam Islam, rasa dengki dan iri hanya dibolehkan dalam dua perkara:

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud: “Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan. Kedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi)

Begitulah agama Islam yang mulia menasihati kita tentang dengki. Setelah memahami semuanya, tanyalah dirimu, apakah rasa cemburumu di luar atau di dalam lingkungan dua perkara yang dibenarkan agama. Jika tidak, hapuskanlah rasa cemburumu itu.

Namun begitu, rasa cemburu kadang kala hadir juga. Bagaimanakah kita dapat menanganinya? Bagi menjawab soalan adik Anonymous, antara tips menangani sifat cemburu ialah:

1. Merasa qanaah (cukup) dengan apa yang dikurniakan Allah kepadamu. Sentiasa merasakan rezeki yang dikurniakan Allah dalam bentuk apa pun adalah yang telah ditetapkan buat kita dan adalah yang terbaik untuk kita. Merasai berpada dan syukur atas nikmat yang diberi mendatangkan rasa lapang dan redha dalam menerimanya.

2. Menjadikan rasa cemburu sebagai sesuatu yang positif iaitu menjadikan ia dorongan untuk berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki serta memajukan diri. Menjadikan ia sebagai satu motivasi untuk berlumba-lumba membuat kebaikan (fastabiqul khoirat) terutamanya dalam menuntut ilmu untuk meningkatkan darjat diri di sisi Allah.

3. Katakan pada diri bahawa aku adalah yang terbaik, aku diciptakan cukup sempurna. Mempercayai bahawa setiap orang punya kelebihan tersendiri. Mungkin anda tidak cantik, tetapi anda bijak belajar. Mungkin anda tidak bijak belajar, tetapi anda punyai kemahiran berniaga atau memasak. Mungkin anda miskin, tetapi anda sempurna anggota. Tinggal sahaja anda menggilap segala kelebihan yang Allah berikan kepada anda untuk mencemerlangkan diri. Buangkan rasa rendah diri yang melemahkan semangat anda.

4. Melihat sesuatu hikmah di sebalik kekurangan yang dimiliki dan mensyukurinya. Anda mungkin miskin tetapi anda punyai keluarga yang bahagia. Anda mungkin anak yatim tetapi anda punyai kasih sayang dari teman-teman serta mampu pergi ke sekolah. Anda mungkin tidak cantik tetapi anda selamat dari kedengkian manusia. Anda mungkin tidak miliki segala yang anda ingini, tetapi anda juga tidak kurang sifat berbanding insan lain yang lebih malang nasibnya daripada anda.

5. Tips ulama dalam menghadapi rasa cemburu ialah melihat orang yang di bawah anda dalam perkara duniawi, tetapi melihat orang yang di atas anda dalam perkara agama.

Kunci kepada mengatasi rasa cemburu ini adalah meyakini bahawa dunia ini bersifat sementara dan hanyalah ladang untuk akhirat. Apalah guna kita menyesakkan hati dengan kedengkian dan cemburu sedangkan nilai dunia di sisi Allah adalah lebih kecil dari sebelah sayap lalat.

Wallahua'lam. Buat Adik Anonymous, semoga perkongsian ini ada manfaatnya dan menjadi muhasabah untuk kita bersama.

Monday, July 27, 2009

Ngiling Bidai

Malam minggu yang lepas, saya dijemput menghadiri majlis penutupan gawai (Malam Ngiling Bidai) anjuran Kelab Perubatan di tempat saya bertugas. Sebenarnya saya kurang gemar dengan mana-mana majlis yang saya jangka banyak aktiviti yang lagho seperti berkaraoke, tari menari dan yang serupa dengannya. Namun,atas dasar meraikan rakan setugas, memenuhi jemputan dan mahu belajar budaya masyarakat lain, saya gagahkan jua menghadirinya. Apatah lagi sebahagian besar kakitangan hospital dari suku kaum Dayak. Siapa tahu, ada ruang untuk sedikit dakwah.

Saya diminta merasmikan majlis kerana pengarah hospital tidak hadir pada majlis berkenaan. Dalam ucapan perasmian, sempat juga saya berpesan tentang kepentingan perpaduan dan silaturrahim serta menasihatkan agar rakan-rakan yang bukan muslim tidak minum minuman keras berlebihan dan tidak memandu di bawah pengaruh alkohol untuk mengelakkan kemalangan. Meskipun pesanan saya disampaikan dalam gurauan bersahaja, saya sangat berharap semoga ada yang masuk ke hati. Upacara perasmian disempurnakan dengan menyumpit belon. Pertama kali saya menyumpit, terus mengenai sasaran. Rasa lucu dan 'excited' sedikit dengan pengalaman itu.

Makanan disediakan oleh katering muslim dan tuak mahupun arak yang dibawa pihak penganjur tidak diletakkan di meja yang sama, cuma 'disembunyikan' di bahagian pengerusi majlis. Ironinya, bila majlis makan malam bermula ada pula upacara membaca doa makan. Saya melihat dari sudut positif, mereka sangat menghormati agama Islam. Saya mensyukurinya.

Lucunya ada juga yang berani 'request' untuk saya berkaraoke menghiburkan semua yang hadir. Saya menggeleng sambil tersenyum, membayangkan saya naik ke pentas menyanyikan lagu Sepohon Kayu. Saya mengelak sambil berfikir-fikir alasan untuk 'lari'. Sempat juga saya berimaginasi saya memberi ceramah tentang aurat wanita kepada rakan-rakan bukan muslim jika saya dipaksa juga menyanyi. Namun mereka dengan mudahnya menerima penolakan saya. Mungkin mereka juga tidak terbayangkan bagaimana saya akan menyanyi dan menari di hadapan orang ramai.

Saya tidak senang berlama-lama di majlis tersebut. Alhamdulillah, panggilan telefon dari rakan yang bertugas oncall meminta bantuan untuk membuat prosedur di wad 'menyelamatkan' saya. Saya mohon izin balik selepas itu.

Sejak bekerja, banyak perkara yang dilalui menguji pendirian diri. Kadang-kadang kita tersepit dalam perkara sebegini. Saya tertanya-tanya pada diri. Bagaimana ya?

Kasihan Jagat...

Saya baru selesai makan tengahari bersama teman sekerja di bilik rawatan. Tiba-tiba ada panggilan telefon dari operator bertanyakan saya, "Doktor, kenak cermin belakang kereta kitak pecah?" Saya terkejut beruk (kata orang) sambil bertanya berkali-kali, "Benar kah?" kurang percaya bercampur andaian kalau-kalau beliau bergurau atau ingin mengenakan saya.

Saya bergegas ke tempat parkir kereta, menuju ke arah Jagat (kereta saya dinamakan demikian oleh adik kesayangan saya kerana perawakan nya yang nampak gagah perkasa, hehe), menyaksikan cermin belakang yang retak kecil-kecil keseluruhannya. Bermacam-macam spekulasi yang saya buat, mengandaikan ada batu yang menghentam cermin belakang ketika pekerja memotong rumput dengan mesin pemotong rumput di tepi jalan berhampiran. Sempat juga saya mengingati kembali adakah saya menyakiti hati sesiapa hari ini hingga disabotaj kereta saya (rasa macam drama Melayu pulak). Tetapi melihat kepada keadaan keretakan tersebut, tidak mungkin kereta saya dipukul objek keras.

Saya menghubungi rakan yang bertugas di Bahagian Trafik IPD Betong yang dengan senang hati membantu. Sebentar kemudian dua orang anggota polis dari IPD tiba, melihat-lihat dan membuat kesimpulan bahawa keretakan kereta saya disebabkan pemanasan melampau. Ganas sungguh kepanasan ini, terkejut saya. Masakan cermin kereta boleh pecah kerana panas, tak pernah saya terfikir. Katanya, disebabkan cuaca terlampau panas dan saya tidak merenggangkan cermin tingkap, udara panas terperangkap dan menyebabkan cermin pecah. Wah, ilmu baru dan pengajaran berharga.

Dengan bantuan warga kakitangan hospital yang baik budi, kaca-kaca dibersihkan dan tingkap belakang kereta saya ditutup dengan plastik tebal lutsinar. Cukuplah untuk beberapa hari sebelum saya membawanya ke Perodua untuk dibaiki.

Sedih sedikit, maklumlah kereta baru sahaja berusia 4 bulan. Tetapi, saya berfikir-fikir, mencari hikmah, mengharap moga-moga musibah ini menjadi kaffarah dosa-dosa yang yang tak terkira banyaknya. Mencari-cari hikmah kalau-kalau itu adalah teguran dari-Nya atas kelalaian dan kesombongan saya.

Teman saya berkata, "Jangan sedih, at least kitak masih ada kereta. Orang lain sekda kereta terpaksa jalan kaki. Sedih agik..." Saya menyambut nasihatnya dengan anggukan, senyuman tanda setuju. "Alhamdulillah..." bisik hati saya.

Pasti ada insan lain yang lebih teruji dan derita dari kita. Maka senyumlah....

Sunday, July 19, 2009

La tas'aluni

Sungguh menyentuh hati....subhanallah...