Disclaimer
Thursday, October 30, 2014
SHORT GETAWAY TO AVILION PORT DICKSON
Rasa macam dah lama tak update blog.bersawang sudah blog ni.
Ok lah..kali ni saja nak update cerita percutian singkat masa cuti deepavali ritu.
Plan asal nya nak pergi Pulau perhentian.
Tapi terpaksa di batalkan atas sebab-sebab faktor cuaca tak menentu.
Disebabkan masa raya haji kami dah pulang ke Perlis.
Cuti panjang deepavali kami plan untuk bercuti.
Nak cerita tentang percutian ni.
Memang banyak tempat yang kami servey untuk kepuasan sendiri.
fokus utama kami ialah aktiviti apa nak buat.
Kami bertolak pada hari Khamis.sebab hubby masih kerja pada pagi tu.
Check in pukul 3 petang.
Sepanjang perjalanan tu rasa macam tak sabar nya nak bersantai-santai bawa marissa enjoy percutian ni.
Alhamdullilah...sepanjang perjalanan selama 3 jam tu lepas marissa makan,minum susu dia tidur sampailah dah nak masuk Port Dickson.
Agak dalam 2 jam jugak lah di tidur.
Bangun-bangun je..muka memang fresh gitu..keseronokan nak bercuti dah bermula.
Ni kira 1st holiday trip bagi marissa.sebab kami bercuti 3 hari 2 malam.
selalu nya kami cuma stay 2 hari 1 malam sahaja di hotel.tu pun selalu kami stay sebab
perjalanan dari perlis ke JB sangat panjang.So kami akan singgah di KL atau Melaka untuk 1 malam.
Jalan-jalan dulu,esok nya lepas check out kami pulang ke Johor.
Baiklah,berbalik dari nak bercerita pengalaman bercuti di AVILION Port Dickson ni.
Sampai-sampai check in dulu.
Marissa tengok swimming pool dah nampak excited muka dia...
Tapi sabar dulu..kita tengok bilik dulu.
Marissa & Hubby memang sama.sampai-sampai...check & servey semua ruang dalam bilik tu.
Tempat yang marissa paling tak sabar bila tengok ialah bath tub.
Awal-awal sampai terus berkubang kat dalam bath tab dan mandi shower.
Seronok melayankan karenah si kecil yang baru nak faham keseronokan bercuti =)
Hari pertama memang tak banyak aktiviti la.pasal check in pun dah petang.
Malam pertama sampai kami dinner kat hotel jugak.Dah malas nak keluar cari makan.
Boleh tahan jugakla harga buffet per person RM80 ++ gitu gini + tax sorang cas RM100+
Kanak-kanak bawah 2 tahun FOC.
Aktiviti hari kedua bermula lepas subuh tu kami nikmati angin pagi di balkoni & beranda ada tilam.
Pukul 7.30 am kami dah bersiap untuk sarapan pagi dan siap-siap bawa pakaian mandi.
Awalnya?ye..kami memang selalu begitu tiap kali hari cuti.even Sabtu & Ahad.
Ambil masa untuk sarapan dulu..pukul 8.30 am badan sudah panas moh ler kita terjun mandi.
Ok swimming pool Avilion ni memang puas hati besar nya..ada 3 kolam untuk 1 untuk budak-budak, 1 kolam sederhana & 1 lagi kolam untuk orang dewasa sahaja.
Puas mandi manda,Kami singgah ke Animal farm.kecil je tempat nya.
Boleh la tunjuk marissa peacock,bird,ayam,arnab & sebagainya.
Kemudian kami balik bilik bersihkan diri berehat.Tidur dulu.
Boleh tahan jugak lah masing-masing anak,bapak nya tidur lena hampir 2 jam.
kepenatan sangat lah kan..ummi nya je tak tidur pasal memang jarang nak tidur siang hari.
Pukul 3 ptg kami bersiap untuk keluar makan.Perut pun dah laparkan,Siap sekali bawa barang nak berkubang lagi,nak bawa marissa mandi pantai pula.
Avilion memang ada pantai private untuk tetamu sahaja.Pantainya pun bersih dan terpelihara.
Cuma tak berapa luas sangatla.
Marissa 1st time pergi pantai.So dia menjerit-jerit tak mahu pijak pasir.Geli ke takut ke tak tahulah dia..
Balik dari puas bermandi manda,sebelum sunset tu kami jalan-jalan di sekeliling kawasan peranginan tu.Ambil gambar untuk kenangan.
Senja kami balik ke bilik bersihkan diri & berehat.
Pukul 8 malam kami makan malam di Hotel sahaja.Disebabkan kepenatan nak dinner di luar,.
Malam masing-masing tidur awal kepenatan.
Hari terakhir sebelum check out pukul 12 tengahari. Kami gunakan waktu yang ada dengan sebaik nya.
Pagi-pagi dah bangun.Pukul 7.30 pergi sarapan dan mandi manda lagi.
Tapi pukul 10 marissa dah boring & kepenatan dah..dia tak nak mandi.
Kami balik ke bilik berkemas untuk Pulang.
Itu jela cerita percutian kami ni.
Takdelah menarik sangat,Tapi sekadar perkongsian.
Kalau pergi lagi ramai lagi meriah rasanya.
Alhamdullilah sepanjang percutian marissa nampak sangat enjoy & tidur dengan lena.
Kami pun rasa relax & chill sepanjang percutian.
Kat Avilion ni banyak lagi aktiviti boleh buat sebenarnya.Boleh memancing,ada Movie cinema untuk yang berkeluarga & ada lagi aktiviti-aktiviti lain yang belum sempat nak explore.
Masa suntuk lagi kan.
InsyaAllah next time kalau datang lagi mana tahu ada rezeki lagikan.
Next getaway macam nak rasa bercuti di Avani Sepang Gold cost pulak.
Dengar review ramai cakap best.
Tengoklah macam mana masa & peruntukannya jugak kan.
Ok lah sampai sini dulu yer.
Salam sayang,
Sulinda
SOLE-GARAM MINERAL
Perkahwinan adik saya
Bilik anak perempuan
Saturday, May 31, 2014
Pengalaman mengurus anak ketika perjalanan yang jauh(Long distance journey)
Assalamualaikum w.b.t.
- Baca doa sebelum perjalanan,banyak kan zikir bagi memudahkan perjalanan.
- Pastikan anak mempunyai car seat yang sesuai dan selesa,terutama bagi bayi disebabkan faktor jauh perjalanan tak kan nak mak nya pegang anak itu sepanjang jalan kan.kesian kat mak budak
- Perjalanan yang jauh terutama kalau membawa bayi adalah lebih baik ketika di waktu malam.Disebabkan faktor malam lebih sejuk,selesa dan waktu tidur anak
- Sediakan permainan bayi yang boleh buat dia terhibur dan bermain di dalam kereta ketika terjaga untuk elak dari kebosanan dan anak mula meragam
- Sediakan awal-awal minyak perut/angin,stoking,pampers,selimut,bakul susu,air panas,air masak,makanan bayi,kalau boleh cover tingkap dengan kain untuk elak panas ketika waktu siang atau cahaya lampu ketika malam supaya anak kita lebih selesa dari pencahayaan yang lebih.
- Pastikan kita berhenti diperhentian (RNR) bagi udara segar kepada bayi itu,rehatkan dia dan beri anak itu rasa bebas,takde lah rasa terbaring atau terperap saja dalam kereta kan.
APA ITU MINUMAN SUNNAH QASEH GOLD?
Minuman kesihatan berasaskan ramuan yang diiktiraf sebagai Makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Za’faran, Habbatus Sauda’, Buah Tiin, Zaitun & Air Zam-zam. Diperkaya dengan kehebatan herba tradisi seperti Gingko & Sireh. KINI DENGAN KHASIAT DELIMA & ARABIC GUM.
RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK LELAKI:
Qaseh GOLD KEKANDA dengan rumusan khas untuk golongan lelaki diperkaya dengan herba khusus seperti Guarana, Tribulus & Ashwaganda.
RUMUSAN TAMBAHAN KHUSUS UNTUK WANITA:
Qaseh GOLD ADINDA dengan rumusan khas untuk golongan wanita diperkaya dengan herba khusus seperti Passiflora, Pegaga & Manjakani
PENYEDIAAN SECARA AMALAN PENGILANGAN ISLAMIK (IMP):
Diperkasakan dengan bacaan Al-Quran dan doa-doa khusus oleh kakitangan yang sentiasa di dalam keadaan berwudhu yang Insya-ALLAH menghasilkan produk yang bertaraf HALALAN THOYYIBA (HALAL LAGI BAIK).
"Dapatkan keberkatan puasa anda dengan jus QASEH GOLD..."
Kehebatan QASEH GOLD - gabungan pemakanan SUNNAH yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan herba tradisi serta penyediaannya secara Amalan Pengilangan Islamik (IMP).
KEBAIKAN & KHASIAT QASEH ADINDA GOLD @ QASEH KEKANDA GOLD
:: Memberi tenaga tambahan dan menambah stamina badan
:: Meningkatkan daya imuniti semulajadi badan
:: Menyegarkan badan dan mengurangi rasa mengantuk
:: Menghilangkan letih lesu badan
:: Mengatur tekanan darah dan melancarkan pengaliran
:: Membantu memberi ketahanan badan dari penyakit seperti kardiovaskular dan kanser
:: Melegakan tekanan perasaan, sakit kepala dan migraine
:: Menghalang makan berlebihan dengan mengurangi rasa lapar serta selera makan
:: Mengandungi anti oksida untuk mempertahankan badan daripada dirosakkan oleh radikal bebas
:: Memberi tenaga sepanjang harian
:: Merawat 1001 jenis penyakit
:: Cara pengambilan yg mudah 2 sudu pagi semasa perut kosong dan 2 sudu malam sblm tidur..
:: Diikuti dengan niat...
Untuk konsultansi atau tempahan:
Email :sulinda84@gmail.com
Whatsapp / SMS :019-7296063
Friday, May 23, 2014
My 30th birthday
Assallammualaikum w.b.t.
Teks:Sulinda Sulihan
Syukur alhamdullilah saya masih dapat bernafas lagi di bumi Allah ini.
21/May/2014 genap umur saya menginjak ke era 30 an.
30 tahun saya dapat bernafas di bumi Allah ini.
Ucapan terima kasih saya ingin tujukan pada Ibu yang melahirkan saya 30 tahun yang lalu.
Kali ini,pada tahun ini saya rasa sangat bahagia dan gembira dapat sambut harijadi saya bersama suami dan marissa(anak)
Mereka lah kekuatan saya.selain dari ibu dan ayah.
Mereka adalah masa hadapan,nadi,kebahagiaan,amanah dan harapan saya.
Syukur Allah memberi saya menikmati rasa bahagia ini,rezeki yang tak pernah saya mimpikan.
Walaupun saya ini hamba yang selalu alpa...
Ok lah,berbalik pada sambutan harijadi saya.
Sebenarnya saya rasa dah cukup dewasa nak sambut birthday ni.
Tapi suami saya sejak bertunang memang dia akan buat saya happy dengan beli kek dan belikan hadiah
Saya rasa dihargai,ya itu lah yang saya rasa.lain orang lain pula cara mereka kan.
Tahun lepas suami saya bagi hadiah Samsung note 2.Gembira nya bukan kepalang.
Tahun ni suami saya nak belikan handbag coach atau MK.Tapi saya request nak cermin mata baru yang ada transition.
Waa permintaan gitu...hehe
Harijadi saya jatuh pada hari bekerja,jadi kami rancang nak sambut hujung minggu saja
Tapi masa harijadi saya tu suami saya balik awal dan ajak keluar makan malam.Lepas solat maghrib kami bersiap untuk keluar...Suami singgah jusco nak ambil duit.diam2 dia nak beli kan kek kat secret recipi.tapi dia cakap tak jadi sebab takde yang sedap.saya cakap sebelah secret recipi kan ada baskin robbin...Suami saya ajak pergi baskin robbin pastu suruh pilih yang mana suka...mahal betul la kek nye...kecik gitu je RM96.Tapi suami suruh beli je...
Bawa la kek tu ke restoran, tapi kami tak sempat makan pun.sebab marissa da tak reti diam...makan kat rumah je..balik cepat-cepat nak makan kek.takut da cair..syukurla buka kotak kek masih elok lagi..anyway, happy sangat..walaupun suami saya takde la jenis yang romantik..bila dia buat camni..saya terharu sangat..terima kasih Allah, ibu, ayah,suami dan anak tersayang..(^_^)