Showing posts with label corat coret. Show all posts
Showing posts with label corat coret. Show all posts

Pencarian Sponsor | 1st Queen Typo Giveaway 2014



Assalamualaikum ... motif gambar ?? yuhuu 21 March 2014 nanti merupakan 1st Anniversary Queen Typo dalam dunia berblogging .. Alhamdulillah setahun yang amat baik & positif bagi newbie macam Anis ni  booo anis   Jdi Anis bercadang nak adakan ??? 1st Queen Typo Giveaway 2014 !! wuhuu nampak tajuk ?? semua nak gempakkan ?? haihh anis anis .. disebabkan penyertaan giveaway yang lepas amat memberangsangkan jadi anis nak anjakkan giveaway ni selama 10 hari .. waa over
jadi bermulah pencarian sponsor yang comel gitu :D



Syarat :

Follow blog
Like page
Like gambar 
Iklan sekitar blog SAHAJA !!


Kelebihan Sponsor :
  
- Liker page meningkat
- Pageviews blog meningkat
- Follower blog meningkat
- Graph page meningkat 
- Mengeratkan hubungan sesama kita
- Earning meningkat


Barangan Sponsor :

- Novel
- Baju kurung
- Kain cotton 
- Baju batik
- Barangan kraf
- Barangan kecantikan 
- Dress
- Tudung , shawl
- Powerbank
- Topup (2sponsor) 
( kalau nak senaraikan semua , smpai esok xhabis )




 Sesiapa nak jadi sponsor tu boleh pm anis kat Personal FB atau Official Queen Typo ..
 Kalau sponsor ada cadangkan nak sponsor apa , boleh je diutarakan kat anis :)


Insyallah penyertaan mungkin melebihi 100 orang :D


McFlurry Thorbaikkk !!!




Assalamualaikum ,, motif gambar anis ??? saja bagi korang rasa lapar :D hihi Alhamdulillah kenyang lepas pekena MCD .. haha sebenarnya otak dah tak mampu nak recyle nak tulis apa lagi jadi ni je lah yang mampu anis khabarkan untuk sekarang ni :) ni first time pekena McFlurry .. Sebelum pernah jugak teringin tapi macam mulut berat je nak order add on dalam order -.-' paham ! dan akhirnya tadi tercapai hajat , Alhamdulillah memang sedap pun dan lagi sedap dari Sundae .. ehhh suka-suka hati je nak kondem orang punya resepi .. hahah ok lah sekian ..


p/s : entry giveaway tak taip apa pun lagi :(

Doa Memohon Perbaiki Diri #Salam Jumaat



Assalamualaikum , marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha agar diri ini sentiasa berada dibawah lindungi rahmat dan hidayah Allah .. Kita semua manusia yang tak sempurna namun itu bukan sebagai penghalang untuk kita jadi manusia yang bertakwa pada yang Esa ...

Salam Jumaat #Semua Kerana Allah SWT





Assalamualaikum , ini bahagia yang sebenarnya yang kita cari .. Ini sebenarnya bahagia yang kita perlukan .. Bahagia manusia hanya sementara dan mungkin tak akan kekal ..

Wordless Wednesday #11 Tanda Orang Yang Berbahagia



Assalamualaikum .. semoga kita sama-sama tergolong dalam 11 tanda tersebut :) Aminn ..

Keyword Minggu Ini




Assalamualaikum .. keyword minggu ini agak pelik sedikit sebab ada yang cari entry giveaway Simple Ramadhan Raya 2013  .. erkk -.- Ramadhan dah lepas , raya Aidilfitri pun dah lepas tapi kenapa ada yang search entry ni ?? ok ni secara tiba-tiba sebab sebelum ni tak ada yang search pun kan ?? ayoo apa-apa pun terima kasih sebab sudi sedekah pageview kat anis ..tocey-tocey <3




Tukar Kulit & Header !




Assalamualaikum .. muahaha :p saya suka saya suka :D hihi kulit & header baru .. header tu anis ambil dari google je then anis tuliskan tajuk blog .. weee sukanya , kulit pun anis curi dari google .. alah lupa siapa tuan dia *pstt kalau awk tuan dia, anis nak cakap terima kasih tau :D .. sekarang ni anis tengah mencuba lari dari warna pink sikit demi sikit .. sebenarnya anis tak adalah taksub sangat dengan pink ni tapi tak tahu lah kenapa blog pun boleh jadi pink macam ni .. warna kegemaran anis ialah merah dan biru .. hihi kontra gila :D

Sinopsis : Be My Wife - Nurul Ain Syuhada




Hubungan baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden.Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untk menjadi BENCI



Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah!



Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus.



“Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?” - HANNAH



‘Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!’- ELMAN



“Abang Elman yang masak?” - HANNAH



“Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?”- ELMAN



Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian.



Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?


REVIEW 


 Novel ini anis dah baca 1/3 bab di Penulisan2u dan anis sangat tertarik dengan jalan cerita yang mampu merobek perasaan .. Pelbagai ujian dan cabaran terpaksa ditempuh Hannah seorang diri tatkala suami sendiri membencinya namun perasaan benci sang suami tidak bertahan lama setelah berkahwin dengan Hannah .. Walaupun Elman tak mengungkap kat cinta namum hati Elman sangat mencintai Hannah dalam diam .. Begitu juga Hannah , kerana ego dia hanya mampu pendam perasaan . Semakin lama anis baca cerita ni semakin banyak konflik yang terjadi .. Kisah Hannah disantau bekas kekasih Elman dan bila Hannah nak bersalin anak sulung mereka , Elman berperangai pelik dengan setiausahanya dan sehingga Hannah membawa diri bersama anaknya ke luar negara .. Banyak konflik yang terjadi  dan tidak pernah putus cabaran dan dugaan .. Nak tahu apa yang terjadi antara Hannah dan Elman selepas itu ?? 


Jom dapatkan novel , Be My Wife! karya Nurul Ain Syuhada , novelis Best Seller Cinta Kontrak . Selamat membaca semua :D 


Topup Giveaway by Intan



Assalamualaikum .. macam mana episod 26 Ariana Rose semalam ?? Ok tak ?? Waa seronok je kan ,rasa blushing habis je pipi ni hehehe .. tak sabar nak tunggu winter wedding Ariana Rose & Tengku Adam Kamil ,haihh tengku kenapalah awk ni kacak over dose sangat ?? Ciptaan tuhan ,semua cantik & kacak . Main point harini ialah !! Jom join Topup Giveaway by Intan kat page Official Queen Typo





https://m.facebook.com/profile.php?id=640132742680911

Official Queen Typo

Admin Intan ?? Siapa tu ? Ok Official Queen Typo ada admin baru tau ..hihi nama dia Intan Mahanie .. so pliss be nice with my new admin ..cewahh sepaking London kau anis .. Topup Giveaway ni dia yg anjurkan ,jadi jom support ramai2 giveaway yg dianjurkan .. syarat senang je tau ..giveaway tu ada kat page bukan kat blog tau ..so chill sayang semua :*

Steambot Time !!



Assalamualaikum .. apa kena mengena steambot dan budak gemuk ni ?? haha hari ahad yang lepas , akak mempelawa kami berkunjung ke rumah dia kat batu gajah sebab nak makan steambot ... Wahh dah ajak makan , takkan nak tolak pulak .hihi dia saja buat makan-makan sebab abang ipar anis suka menjala ikan , udang dan lain-lain lagi lah .. Dapat udang fresh , byk pulak tu .. fuhh berpeloh teman nengok


Ni dia bahan-bahan yang sempat di'tangkap' sebelum masuk singgah ke perut .. wahh macam rugi pulak sebab tak dapat nak 'tangkap' gambar udang tu dulu .. steambot dia memang superb sedap .. rugi kalau tak makan .. hihi dan anis seperti biasa makan mana pernah cukup , hahah sampai dua kali tambah .. Alhamdulillah moment yang best dengan adik-beradik dan mak .. Abah tak dapat sertai sekali sebab tengah tukang rumah abang sedara .. tapi akak ada bagi udang bawak balik .. nanti buat lagi ya kak :D syg kau lelebih lah :*

Jom Cabar Minda - Peribahasa Emotion




Assalamualaikum .. letihnya badan , rasa nak terjun kat katil je sekarang ni .. tapi tiba-tiba otak kiri atau otak kanan -.- tak tahu lah yg mana satu rasa tercabar pulak dengan gambar kat atas ni .. wahh peribahasa lah :D dah lama tak dengar peribahasa , yelah dah hampir setahun lebih tinggalkan zaman persekolahan .. hihi jadi dengan rasa senang hati Anis nak cabar korang semua :D 

Siapa yang boleh jawab minimum 15 jawapan dari soalan ni akan dapat hadiah dari Anis :D mungkin topup RM5 .. terhad kepada SEORANG pemenang dan yg TERAWAL menjawap soalan di atas !!

jawapan letak je kat kotak komen , atau korang nak buat entry pun boleh :D letak jawapan kat entry dan url entry submit kat kotak komen bawah ni !!

Tamat : 02/02/2014 > 12:00 am

Blogku Slim



Assalamualaikum .. amboii dia , tahulah tuan dia ni keding je jadi dia pun ikut keding jugak tapi keding dia bagus , laju gitu :D  nak tahu tak blog korang tu slim ke chuby ke ?? boleh lah check kat sini mialiana .. url terus ke timbang berat :D

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN





2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN




Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.

Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, Novel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.



Broken Link Dalam Blog




Assalamualaikum .. korang pernah dengar mengenai broken link atau dalam bahasa url rosak .. hahaaa  .. Anis tahu mengenai broken link ni dah hampir bulan-bulan tapi tak tahu cara nak scan macam mana .. jadi semalam ternampak blogger Yaya cerita mengenai broken link kat blog dia .. Jadi Anis kliklah Broken Link dan akhirnya ini yang terjadi !! gambar atas | Sesiapa yang nak semak , bolehlah klik Broken Link .. Bila dah semak tu kita kenalah hapuskan dia seperti ultramen tutorial dari Coretan Hati Kathy 

Kerja Part Time





Assalamualaikum .. tetiba je kan upload Dress Aida tapi nak cerita pasal benda lain .. mungkin ramai yang dah tahu atau baru je tahu yang Anis ni ada jugak buat dropship baju,produk kecantikan ,Shaklee dan lain-lain lagi tapi biasalah dunia perniagaan ada naik turun dia .. Kadang-kadang ada jualan tapi kadang-kadang senyap sepi macam Anis duduk sorang je (dah malas kerja memang lah sorang-sorang).. Abang Anis pun macam tahu je keadaan Anis macam mana jadi dia offer Anis suruh jaga/ngasuh anak dia , Muhammad Aeril Dhani .. Aeril baru je nak masuk 3 bulan ..Wahh ini lah baby paling kecik Anis pernah jaga .. Dulu pernah jaga anak kakak , Farish tapi masa tu dia dah 6 bulan jadi tak banyak cabaran (sangat)


muka gangster Aeril bila ngorat awek :p

Tu lah Aeril , muka gila gangsterkan .. berkerut-kerut tapi sambil Anis jaga/ngasuh Aeril ni Anis jugak buat kelas tuition .. hehe yang ni Anis tak cadang pun nak buat tapi ada akak jiran rumah lama tanya , boleh tak Anis tolong ajar anak dia buat kerja sekolah dan ajar subjek yang Anis tahu .. Nasib baik budak-budak ni sekolah rendah je , kalau sekolah menengah tak dapat den nolong eaa .Bayaran yang Anis minta pun tak mahal sebab jiran lama kan ? sorang RM30.00 je sebulan .. hahah mahal ke ? puihh lah mahal .. Ada 3 orang yang datang belajar dgn Anis .. Ada lah income tetap dah sekarang ni .. hihi Haa satu lagi kerja Anis ialah ambil anak sedara darjah satu dan empat balik dari sekolah .. haha semua kau nak bolot Anis .. muahahah :p

Kemanusiaan | Adik Adra Memerlukan 1 JUTA untuk Pembedahan Hati ...




Assalamualaikum ..  kenal tak siapa selebriti dalam gambar ni ?? Adzriefaiz Adzlan atau lebih dikenali sebagai Faiz .. Seorang pengacara dalam rancangan travel iaitu Makan Angin .. Beliau baru bergelar sebagai bapa kepada Adra Afieya ..Comelkan anak dia ??
Namun anak yg baru berusia 6bulan ni mendapat perkhabaran yang sedih .. Adra menghidap penyakit kronik dan pembedahan haruslah dilakukan dengan kadar segera di sebuah pusat perubatan di Singapura. 

Dan lebih menyayat hati , pembedahan tersebut menelan belanja sebanyak RM 1 juta  ..

Adra menghidapi penyakit dimana hatinya gagal untuk berfungsi dan memerlukan penderma untuk meneruskan hidup.


Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan buat Adzriefaiz, disini Anis sediakan nombor akaun beliau:

 Adzriefaiz Adzlan
5622-2732-7760
Maybank  


Marilah kita sama-sama membantu adik Adra .. Semoga Allah memudahkan segalanya ..Aminn

Review | Jazz Power Bank








Assalamualaikum .. Alhamdulillah yeayy menang power bank super duper cute dari Jazz Power Bank .. woww Anis excited sebenarnya tau .. Jazz Power Bank  ni macam tahu-tahu je yang Anis sangat memerlukan power bank sekarang ni .. yelah sejak jadi Usahawan yang akan berjaya ini , masa banyak dihabiskan dengan pegang telefon jelah .. Almaklumlah yang bateri telefon zama yang serba canggih ni paling lama bertahan sekitar 11 ke 12 jam je tapi lepas tu dah berbunyi minta nyawa .. haha :)


Anis ambil model yg ni P26
Kisahnya bermula begini , Yuyu Eyka rakan blogger kita jugak sharelah post giveaway power bank ni dekat facebook  , jadi Anis dengan rasa yang suka-suka je join je lah giveaway ni dan semalam owner Jazz Power Bank ni hantar private message kepada Anis.. Dalam message tu berbunyi begini :::





Mula-mula tak percaya tau tapi lepas tu Anis usha lah page beliau , tengok-tengok nama Anis Zahidi ada kat situ dan dengan kecepatan sepantas kilat Anis pun hantar lah detail Anis .. hihi gila teraju teruja  :) Beliau suruh pilih model apa yang Anis nak dan dengan power bank yang perasaan cute tu suruh Anis pilih dia .. Model P26 .. kan banyak cute dia <3  So sesiapa yang nak memiliki atau nak mencuba nasib boleh lah terus layari Jazz Power Bank .. Kalau nak beli pun harga memang berbaloi-baloi :D


Backspce Game

harini na\ niat dihati tajnak tulis ba silap .. taknak teakan backspace supaya nak mengugi mtangan ni supaya laju dan apa aku merpeka ni .. aduhh jadu jadi lauan je lah anis merepek ya .dah ama da nak buat tap .tapi xada idea nak vab .backspave a[pa ..choii sungguh apa aku menc meerepek kat sini ..nama saya anu anis zahidi .. uur \\\ umur saya 19 tahu n tapi tak masuk lagi ..harini saja nak main backspace ..tap sebab xada akwan nak sembang tapi sealu mmg xada kawan pun .ayoo bosan lah .aanka sedara dah balik umha dia jadi tingal maksu dia yang tengah mereng ain backpsace ni ..nama pun blog queen typo xakan xadd silap atau tyop erroe kot ..ayoo maink mnjadi kadi errot ..ok sekian kemerepakan aku ni ..jumap dialain haro ..smoga panajang umur murah resele >rezeki

Review | Anis Choc Moist Cake





Assalamualaikum .. Cuba anda bayangkan , mata anda dijamah dengan kek coklat moist ?? Wahh mesti rasa nak makan bagi habiskan ?? Haa tapi kadang2 nama je kek coklat moist tapi tak moist kan ?? Kering je kek tu tapi kek coklat moist dari Anis Chocolate Melt memang superb terbaik !!  Memang AZ tak nafikan .. Kek coklat yang dihasilkan oleh Anis Chocolate Melt ni melt gilerr .. Memang terasa nikmat coklatnya .. Selalunya kalau beli kek coklat moist kat kedai-kedai luar mesti rasa macam sikitkan ?? Tulis je kat bekas 100gram tapi isi kat dalam Ya Allah memang tak puas makan tapi kek Anis Chocolate Moist ini memang banyak dan penuh sebekas bentuk love tu .. Waa rasa untung dan nikmat ?? Dengan hanya RM5.00 , anda boleh dapat rasa yang sangat bestlah .. Aduhh memang jatuh cinta habis .. Kalau nak buat untuk Doorgift pun sesuai ni ..



Tengok ?? betapa penuhnya bekas love ni .. Kepada sesiapa nak merasai nikmatnya kek coklat moist ini boleh lah Whatsapp : 018-4641511 (stokis Lovely bite) atau boleh terus cari dekat facebook mereka | Anis Choc Moist | dan boleh layari website http://anisfood.com.my/ .. Selamat mencuba !!

#AZ tu means Anis Zahidi iaitu me :) nanti korang pening pulak banyak sgt "Anis" nya :p
I LOVE BLOG QUEEN TYPO