Wednesday, July 6, 2011


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, harini tepat 18 tahun saya dah hidup di dunia ni. Ikut hati, saya taknak jadi besar, umur bertambah, selangkah ke depan mean semuanya selepas tu turut sama bertambah jugak dan semakin sukar jugak. Tapi nak buat macam mana kan :(

Daripada semalam, curious jugak nak tahu macam mana rasanya sambut birthday kat tempat yang berbeza, suasana yang berbeza, dengan orang yang berbeza. Serius lain, sangat-sangat lain.

Kalau dulu tahun lepas la, datang je sekolah pagi tu meja confirm penuh kena conteng dengan kata-kata yang alahai soooooo sweeeettt rasa nak menangis je baca. Penuh ucapan yang berbagai-bagai dari semua orang dalam kelas tu. Bila nak belajar je nampak those words, and terus senyum ketelinga happy dan bahagia :')

Tapi kat sini lain, dah takde dah semua tu. Dan serius saya sangat rinduuuuuuuu rasa bahagia tuu. Kat sini, saya rasa macam hari biasa jee. Saya sedih sebab harini, time birthday saya dalam kelas English, satu group saya kena marah dan tengking dengan lecturer depan satu kelas. Bayangkan awak kena marah dan tengking time birthday awak. Siapa tak sedih kan. Habis melayang mood satu hari :(

Tapi Alhamdulillah, ada jugak part best dia. Semalam balik pukul 1 dari bilik Atey dan Wardah, balik-balik tengok Wani dah tampal "Happy Birthday" kat pintu bilik saya. Terharu dia ingat even dia baru kenal saya and even dia guna kertas kajang and tulis simple-simple tak gempak mana pun nak guna kad segala bagai. Harini jugak saya menangis dalam kelas tasawur sebab ada orang buat presentation and dia pasang pasal khutbah terakhir Rasulullah. Awak tak rasa macam nak menangis mengalir air mata ke time birthday awak, awak dengar khutbah last Rasulullah and rasa terus nak muhasabah diri time tu jugak. Macam tiba-tiba Allah nak bagi peluang awak duduk fikir balik pasal hidup awak selama kat dunia ni time birthday awak. Sebab tula saya nangis. Plus bila dengar khutbah tu, saya teringat balik suasana yang sama saya rasa dekat Al-Amin dulu. Lagi lah saya menangis kerinduan yang teramat.

p/s : Saya dah ternampak test melambai-lambai saya, tapi malangnya saya tak mampu nak membalas lambaian dia dengan penuh gembira dan seronok. Rasa tak ikhlas dan senyum pun macam senyum paksa je bila balas lambaian dia tu. Hadoiii =,=