Thursday, December 31, 2015

CINTA Yang INDAH


Cinta yang indah
Ialah cinta tanpa kata-kata
Hanya doa menjadi teman setia
Cinta yang indah
Ialah cinta tanpa kata-kata
Di bibir lain di hati lain
Cinta yang indah
ialah cinta tanpa kata-kata
cukuplah tingkah menjadi pemudah bicara
cinta yang indah
ialah cinta tanpa kata-kata
kepada Allah tempat mengadu dan berserah
ya, cinta yang indah
ialah cinta tanpa kata-kata
kepada-Nya kita meminta dan bertawakal.

S. Hana AK

Wednesday, December 30, 2015

SI Pohon Jambu


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat sekalian

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2015, esok dah nak masuk tahun baru 2016. Saya tahu ramai yang nak bina azam baru atau mungkin ada juga yang mahu perbaharui azam yang lama. Saya? saya pun macam sahabat semua juga. Oh ya lupa, sihat ke semua, sihat ke pengembara blog saya? Insya Allah, moga kalian baik-baik sahaja. Saya sentiasa baik, Alhamdulillah. Bersyukur Allah SWT masih hadirkan diri kita satu benda iaitu nyawa.

Petang ni hujan. masa saya menulis ini pun hujan masih turun walaupun hanya renyai-renyai. Saya teringat, Saya pernah tulis dua buah entri tentang hujan ini suata ketika dahulu. Sahabat sekalian, kali ini saya tak bercerita pasal hujan. Saya ingin berkongsi rasa tentang pohon jambu di laman rumah saya ini. Saya selalu sebut pokok jambu ini dengan panggilan 'si pohon'.

Sahabat sekalian, Pokok jambu di depan rumah saya ini sudah pun ada sejak kali pertama saya menginap di rumah ini. Daunnya agak rendang, selalu menjadi tempat burung-burung syurga dan unggas alam bersenda gurau. Tupai selalu menjadikan si pohon jambu ini sebagai habitat keduanya. buahnya manis dan besar. Namun saya selalu bersaing dengan sang ulat buah jika mahu mendapatkan buah yang elok sebabnya selalu benar si ulat buah ini berumah di dalamnya. Kalau bukan si ulat, selalu juga saya bersaing dengan sang unggas alam iaitu tupai dan burung-burung syurga untuk mendapatkan buahnya yang besar dan elok. Namun tidak mengapa mereka juga makhluk Allah SWT. mereka berhak untuk melakukan apa saja dan berhak untuk menikmati rezeki daripada Allah SWT.

Saya suka dengan pohon jambu ini. Bagi saya pokok jambu ini adalah sebahagian daripada hidup saya. Kadang ia menjadi teman saya yang paling setia. Ia banyak memberi manfaat kepada saya dan orang lain. Kadang-kadang buahnya yang ranum saya kongsikan dengan jiran-jiran di sebelah. Kedudukan yang strategik menjadi petunjuk saya bila mana angin kedukaan atau angin kedamaian datang bertandang. Pohon jambu ini adalah anugerah yang tak terhingga daripada Allah SWT kepada saya. Sentiasa berjasa kepada saya dan orang lain selain makhluk Allah SWT yang lain. 

Pernah suatu ketika, hati saya disayat pilu bila mana jiran sebelah terpaksa memotong dahan-dahan yang singgah ke kawasannya kerana mahu membina bumbung. Lama saya perhatikan teman saya ini. Seakan terdengar raungan kesedihan darinya. Berhari saya memujuk diri,  hinggalah suatu hari Allah SWT hadirkan hikmahnya. Ya, dahan-dahan yang kudung kembali bertunas, Semakin lama semakin membesar dan merendang lalu apabila cukup tempoh kematangan dahan-dahan baru ini mengeluarkan buah yang lebih elok daripada sebelumnya. Gembira sungguh melihat perkembangannya.

Sahabat sekalian, saya selalu terfikir, pohon jambu ini selalu menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada saya. Saya ingin menjadi seperti ia. Sentiasa berusaha memberikan hasil yang terbaik kepada teman-temannya. Sentiasa berusaha menjadi yang terbaik kepada orang lain. Selalu bersikap positif dan percaya bahawa setiap kejadian ada hikmah yang tersurat mahupun tersirat. Suka saya nyatakan di sini satu kata:

Jadilah seperti si rama-rama, yang sentiasa menceriakan dunia ini. Walau putaran hidupnya hanya seketika, namun kehadirannya mampu merubah duri menjadi bunga, pilu menjadi riang dan mimpi menjadi nyata.

Sampai jumpa lagi sahabat semua. salam...

# gambar di atas bukan hak milik saya

Monday, December 21, 2015

Apa yang terucap di hati

Bismilahirahmanirrahim

Assalamualaikum semua sahabat sekalian...

Sebelum ini saya pernah kirimkan entri terbaru sekaligus memberi makna itulah entri terakhir tahun 2015 saya, namun apakan daya saya tak mampu mengawal tangan dan hati serta akal ini untuk terus menulis. Makanya terbitlah entri ini di dalam blog. Maafkan saya atas khilaf diri saya.

Baiklah, terus kepada perkara yang ingin disampaikan, kalian baca tajuk di atas? bacalah. Apa yang terucap di hati adalah kata-kata saya yang berunsurkan madah pujangga, dan kata-kata hikmah yang mana semua ini adalah hasil karya saya sendiri. Apa yang terucap di akal semuanya saya keluarkan melalui madah-madah puitis. Moga bermanfaat kepada kita semua...Insya Allah,aminn

" Jangan sangka orang yang bijak itu akan bijak selamanya. Suatu hari nanti dia pasti akan menjadi bodoh jika dia tidak berusaha mengekalkan kebijaksanaannya dan jangan sangka orang yang bodoh itu akan bodoh selamanya. Suatu hari nanti dia pasti akan menjadi bijak jika dia berusaha untuk menjadi bijak."

" Amal soleh yang banyak tidak akan menjamin seseorang itu masuk ke syurga. Amal soleh yang sedikit tidak akan menjamin seseorang itu masuk ke neraka. tapi rahmat Allah SWT pasti akan menjamin seseorang itu masuk ke syurga, kemurkaan Allah SWT pasti akan menjamin seseorang itu masuk ke neraka."

" Jadilah seperti si rama-rama yang sentiasa menceriakan dunia ini. Walau putaran hidupnya hanya seketika tapi kehadirannya mampu merubah duri menjadi bunga, pilu menjadi riang dan mimpi menjadi nyata."

" Alangkah sukarnya menuju ke arah cahaya. Alangkah mudahnya menuju ke arah kegelapan."

" Sikap jujur itu untuk sepanjang zaman, bukan untuk waktu-waktu yang tertentu."

" Biar mimpi sampai ke bintang, jangan mimpi sampai ke tanah. Tapi kalau mimpi sampai ke tanah, lebih baik mimpi itu biar tembus hingga ke mantel bumi."

" Kalah dalam pengharapan itu baik. Jangan kalah dalam keadaan berputus asa, kerana kalah dalam keadaan berputus asa itu bahaya. Boleh jadi hidup yang panjang ini akan menjadi singkat dan hidup yang singkat boleh menjadi panjang di sana nanti."

" Takdir hidup siapa yang tahu. Acapkali kita berusaha untuk memiliki apa yang kita mahu tapi jika takdir mengatakan " Tidak, itu bukan milikmu" siapa kita untuk menentangnya. Acapkali juga kita cuba menyelamatkan sesuatu keadaan dan berusaha untuk membahagiakan diri sendiri tapi jika takdir mengatakan " maaf, hanya setakat di sini saja" maka siapa kita untuk menentukannya."

S. Hana AK

Sampai jumpa lagi sahabat. Salam...

Thursday, December 17, 2015

Kalam Di Hujung Waktu

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum sahabat semua. Apa khabar kalian sekarang. Moga Sentiasa riang dalam meneruskan kehidupan. aminn. Malam ini setelah berbulan lamanya tak aktif dalam blog, baru kali ini saya cuba mengaktifkan diri walau hanya sebentar saja. Insya Allah moga bermanfaat bagi kita semua. Semalam tengah santai-santai, tiba-tiba terlintas pula mahu mengarang puisi. Di akhir-akhir tahun 2015 ini idea memang kering walaupun banyak perkara yang boleh dijadikan sebagai naratif. Baiklah, saya sajikan kalian dengan secangkir kalam saya sebagai penutup tirai atau entri post blog saya tahun ini.

Hidup perlu diteruskan
biar beribu cabaran melanda
tetap terus melangkah
mengejar cita
menggapai impian
di dunia dan akhirat.

Selamat jalan teman
tetaplah berjuang
mengejar impian
di balik kuntum harapan.

Baiklah, sampai jumpa lagi sahabat semua. Insya Allah, aminn.