Tuesday, May 25, 2010

Puisi kepada alam

ku cuba bertanya
pada alam
mengapa dia begitu setia?

ku cuba meluah
pada alam
bahawa dia adalah rumah kesedihanku

ku cuba memuji
juga pada alam
tentang keindahannya

tapi
yang dijawabnya
adalah ini

'aku setia hanya pada mereka yang menghargaiku
aku adalah rumah kepada mereka yang menyayangiku
aku adalah ciptaan dari Yang Maha Kuasa'

lidahku kelu
tanganku tak mampu ku gerakkan
mataku tak berkelip
bibirku terkunci
aku tak mampu berbuat apa-apa
hanya hatiku yang berbisik

'adakah aku termasuk
dalam golongan yang memuliakannya?'

Nukilan:
S. Hana AK
25 Mei 2010 (Selasa)
21.00 pm
KHAR, UPSI

Sunday, May 23, 2010

Satu Kisah Menarik Untuk Kita Renungkan Bersama

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).

Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.

Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:

1. Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).

2. Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.

3. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya.

Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:

1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

3. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.

4. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

5. Wang tunainya di bank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.

6. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.

7. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."

"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya.

Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

Friday, May 21, 2010

Duhai Hati, Tenanglah Dikau

Duhai hati
tenanglah dikau
Mengapa masih mengeluh
Terimalah kekecewaanmu
dengan penuh keredhaan
sesungguhnya Allah menyukai
jiwa hamba-Nya yang sentiasa tenang.

duhai hati
tenanglah dikau
mengapa mesti kecewa
mengapa mesti bersedih
mengapa mesti mengalah
ingatlah,
di sebalik kegagalan akan ada kejayaan
di sebalik kejayaan akan ada kegagalan
di sebalik kehidupan
akan ada pahit manisnya

duhai hati
tenangkan hatimu
berusahalah menerima kegagalan
kerana di sebalik yang tersirat
Tuhan sudah tetapkan hikmahnya
Usah menangis
Usah tangisi kegagalanmu

Duhai hati,
Sabarkanlah hatimu
Tabahkanlah hatimu
Carilah pengajaran di sebalik kekusaman itu
Carilah yang tersirat di sebalik yang tersurat
Dan
Carilah hikmah di sebalik kegagalanmu
Ingatlah
Bahawa tidak semuanya apa yang kita inginkan
Akan menjadi kenyataan
Juga
Tidak semua apa yang kita miliki
Akan kekal bersama kita
Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur
Dengan nikmat yang Dia berikan
Belajarlah menerima Qada Dan Qadar
Yang sudah tersimpan di Luh Mahfuz

Belajarlah menghadapi kekalahan
Duhai hati!!

Nukilan:
S. Hana AK
21 Mei 2010 (Jumaat)
18.50 Pm
KHAR, UPSI

Wednesday, May 19, 2010

Asmaul Husna

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w berrsabda; "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yg menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melindingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Tuesday, May 18, 2010

KISAH TELADAN - RASULULLAH S.A.W. DAN PENGEMIS YAHUDI BUTA

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.

Sunday, May 16, 2010

Luahan Hati Seorang Pencinta

Pergilah engkau wahai kekasihku
Tinggalkan aku sendirian di sini
Mengutip kenangan kisah kita
Mengukir kisah sejarah lalu
Jangan biarkan kenangan ini
Bersemi lagi di hatimu
Hilangkanlah ia wahai kekasihku
Kerna sesungguhnya
Aku tidak mungkin berpaling padamu

Biarku bawa luka di hati ini
Bersama pawana di malam hari
Mengutip sisa kesepian
Mengulit kesunyian di malam mimpi
Bersama sujudku pada-Nya
Bersama doaku pada-Nya
Kerna sesungguhnya cintaku pada-Nya
Melebihi kasihku padamu

Usahlah kecewa kekasihku
Kerna aku sudah hilangkan
Kekecewaanku terhadap cinta kita
Sudah ku tanamkan paku di hatiku
Bahawa di antara kita
Sudah ada tembok yang menghalang
Sudah ada laut yang diduga
Dan hilanglah titian
Penghubung kasih sayang kita berdua

Jangan menangis wahai sahabatku
Carilah teman yang lain
Yang lebih mendambakan cintamu
Kerna aku bukan ditakdirkan untukmu
Biarlah kita melakar kisah kita
Di atas serpihan batu
Agar hilang ditelan masa dan keadaan

Walaupun begitu
Aku akan tetap menjadi sahabatmu
Sahabat ketika diperlukan
Walaupun mungkin bukan sahabat sejati
Tapi cukuplah sekadar sahabat seperjuangan
Dalam menjalani hidup sabagai hamba Illahi
Selamat tinggal wahai kasihku!
Moga selamat dunia dan akhirat....

Nukilan:
S. Hana AK
16 Mei 2010 (Ahad)
21. 51 Pm
Khar, UPSI

Saturday, May 15, 2010

Diari kehidupan 50

Bismillahirahmanirahim
16 mei 2010 (Ahad)

Assalamualaikum
hai pengembara blog saya. terima kasih kerana mengembara di blog saya. hari ini adalah hari ahad. semalam hari sabtu. dua hari saya tak kerja. biasalah cuti. nak kerja apanya kan. duduk di rumah jelah masa hujung minggu ni. esok pula sambung kerja sampai hari Jumaat. nak buat macam mana kan.

sepanjang cuti semester ni tak ada perancangan lagilah buat masa ni. tapi dalam kepala saya saya dah rancang nak menulis. tapi tak tahulah bila masanya. kurang idea nak menulis pula kali ni. emm, tak apalah. Insya Allah saya pasti akan menulis juga. oh ya kalau anda semua mahu baca hasil tulisan saya pergila di penulisan2u. di situ ada 6 buah karya saya. tajuknya ni:

Gelombang04
Air mata Ibu
Bicara Gunung dan Bukit
Ilham oh Ilham
Kehilangan
Hidayah

bacalah jika anda mahu membacanya

nama pena saya pula: S. Hana AK

hmm sebenarnya nak promosi skit. biasalah kan.

baiklah, sampai sini saja diari hari ini. sampai jumpa lagi wahai diri dan anda semua. salam....Hanako

Wednesday, May 12, 2010

Diari kehidupan 49

Bismillahirrahmanirahim
12 mei 2010 (Rabu)

Assalamualaikum
Hai, Apa khabar wahai pengembara blog saya? tetap setia dengan blog saya? harap anda semua setia mengembara di blog saya yang tak seberapa ini ye. terima kasih. hari ini, kisah saya sentiasa sama dengan kisah yang sebelum-sebelum ni.apa lagi kalau bukan kerja kan.

pukul 8 pagi saya dah tercongak di pejabat kolej dan itulah kerja saya setiap hari sepanjang cuti semester ni iaitu selama dua bulan. alaa, kena bayar lah. bukannya free tercongak kat situ. tak kisahlahberapa bayarannya tiap bulan. pukul 1 tengah hari, rehat sampai pukul 2 dan pukul 5, balik. kalau ada kerja lebih, sampai jam enamlah kerjanya.

kerja saya bukannya susah sangat tapi perlukan penelitian yang tajam dan jitu. kadang-kadang kira kunci, semak senarai fakulti pelajar, jaga kaunter dan macam-macam lagilah. kadang-kadang tu saya kena menaip pula. ellah biasalah kan. dah memang kerja kami. sebelum kami masuk sini kami dah ditemuduga dan beberapa syarat dan amaran diberikan. semua syarat dan amaran awal tu saya dan dua lagi kawan saya sanggup terima.

antara syarat dan amarannya ialah kerja kami adalah suatu kerja yang berat dan kami terimanya. dan inilah kisahnya apabila kami berkerja di sana. biasalah, kalau kesalahan sikit tu kena tegur perkara biasa kan. kena marah pun ada tapi kami cool je. takkan nak lawan. dah memang saya buat salah. terang-terang lagi bersuluh.

emm, seronok juga kerja di sana. walaupun baru seminggu setengah saya kerja tapi saya rasa dah macam sebulan kerja di situ. staf-stafnya memang ramah. seperti kawan tapi masih ada batas perhubungan antara staf dan pelajar. faham-faham sajalah.

hmmm, rasanya sampai sini saja diari saya kali ini. sampai jumpa lagi di lain waktu wahai diri dan pengembara blog saya. salam....Hanako

Friday, May 7, 2010

Diari Kehidupan 48

Bismillahirahmanirrahim
7 Mei 2010 (Jumaat)

Assalamualaikum
hai, apa khabar pengembara blog saya? masihkah anda sudi bermusafir di blog saya ini? anda mungkin bosan dengan Diari saya yang tak pernah berganti? emmm, jangan bosan kerana hari ini saya sudah tetapkan hati dan minda saya bahawa saya akan 'mengupdate' diari kehidupan saya yang baru. hmmm, bacalah, jika anda mahu membacanya.

hari ini sudah masuk hari keempat saya berkerja di kolej saya. tolong mana yang patut saja. ikut arahan. kalau buat sendiri kang kena marah pula. masa mula masuk kerja tu perlabagi perasaan melanda hati ini. biasalah, kerja kali pertama di kolej. sebelum ni kerja di supermarket di KL. rasa seronok kerja di sini. tapi yang lucunya saya asyik jaga kaunter. huh, rasanya dah semkin cekap kot jaga kaunter ni. bukannya lama pun, minggu ni je jaga kaunter, lepas tu buat kerja lain.

seronok juga dapat jumpa rakan-rakan yang baru dan lama. semasa kerja di sini, dapatlah saya merapatkan hubungan silaturrahim kepada staf-staf pejabat tu dengan sahabat-sahabat baru saya. saya memang tak balik ke Sabah atau Kl. kerja kan....tapi satu sajalah masalahnya, masa cuti dua bulan ni barang-barang dapur kat mana nak beli. kalaulah restoren Sayang tu buka sepanjang cuti kan bagus. tapi nanti saya tengok. tunggu sajalah.

esok saya akan kerja juga tapi lewat sikit. hmm, tentu kolej ni akan sunyi setelah kepulangan para penghuninya tidak lama lagi. dan kami akan berkerja setiap masa. huh, semoga saya akan melaksanakan tugas saya sebaik mungkin. amin...doakan saya ya. terima kasih. sebenarnya bosan juga bila malam menjelma kerana tak ada apa yang nak dibuat. duduk menghadap laptop je. kalau ada buku cerita kan bagus. masalahnya semua buku cerita saya, saya dah habis baca.

nak buat cerpen, tak ada ilham pula sekarang ni. buat sajak pun tak ada idea. nak tidur pun tak boleh sebab saya dah tidur tadi jadi mata tak mengantuk. tapi jam 12 malam saya mesti tidur. kalau tak dapat apalagi paksa jelah kan. paksa punya paksa tup-tup dah pukul 9 pagi.

hmm, baiklah saya sudahi diari kehidupan saya ini dengan ucapan salam dari saya untuk diri dan anda semua. salam...Hanako

Monday, May 3, 2010

Diari Kehidupan 47

Bismillahirahmanirrahim
3 Mei 2010 (Isnin)

Assalamualaikum
Alhamdulillah, akhirnya berakhir juga pertarungan saya dalam lautan ujian yang diberikan oleh manusia kepada saya. ia tak lain tak bukan ialah peperiksaan yang saya jalani selama seminggu lebih yang bermula pada 23 April 2010 dan berakhir pada hari ini. syukur pada Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

kepada-Nya tempatku mencari keredhaan dan kepada-Nya aku berserah. saya sudah melakukan apa yang terdaya. saya sudah melakukan yang terbaik dan saya akan Redha dengan apa juga yang Allah takdirkan untuk saya setelah keputusannya keluar nanti.

seminggu dua ni kawan-kawan asyik bercakap tentang balik kampung. saya pun tak terkecuali mereka tanya. dan jawapan saya tetap sama.
" saya tak akan balik....kampung di Sabah."
kepada kawan-kawan saya, hati-hati balik kampung ya. baca bismillah bila naik bas atau berdoalah pada Allah agar kamu semua terselamat daripada sebarang musibah.

hmm, ku akhiri diari ini dengan lafaz assalamualaikum pada kawan-kawan dan pengembara blog yang saya kasihi. salam pada diri dan anda semua. salam...Hanako