Thursday, April 30, 2015

ENGAGEMENT - HANTARAN L+P

Assalamualaikum,

harini terasa rajin nak update hal perihal bertunang pada 7 June 2014. ki ki ki . lama betul terperam!

Kita kasi start dengan HANTARAN pihak lelaki dan perempuan dulu ye

Bagi bakal pengantin ke bakan bertunang ke boleh lah tengok-tengok listing hantaran manatau boleh buat idea for yours pulak kan :-


P - L

. Kemeja
. Sejadah + Kain Pelikat
. Buah
. Cupcakes
. Buku Ilmiah
. Set Cookies Wondermilk
. Sireh Junjung










L - P

. Telekung + Sejadah
. Crabtree & Evelynn cookies set
. Coklat set
. Kek
. Sireh Junjung + cincin





Sedih betul gamba hantaran pihak perempuan. Photographer pilih bunga betul, boleh dia lupa snap hantaran perempuan. tak patut tak patut tak patut

Buat yang berkenan dengan hantaran fresh flower cenggini boleh pergi tempah dengan

ig : putrajayakl_exclusivehantaran
servis : 10/10 sangat menepati masa dan easy to work with!

Okay, good luck bridezilla sekalian alam!



NAJWA



Wednesday, October 15, 2014

TIPS KEPADA BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN

 PESAN UMMI :-

Wahai anak-anak gadis ku...

Ini tidak ada dalam kitab, jadi tidak perlu ummi sertakan nas dan dalil. Ini hanya tips untuk bakal pengantin perempuan.

Apa yang dibuat dengan wang hantaran yang diberikan oleh bakal suami.

a)  sebulan sebelum bernikah, mula membelek diri, belek muka, buat facial dan rawatan wajah.

b)  2 minggu sebelum bernikah, mula pakai lulur, mandi sauna.Tujuan nak buang kerak dan daki yang ada.

c)  1 minggu sebelum bernikah, buat mandi susu untuk lembutkan kulit.

d)  3 hari sebelum bernikah, buat urutan badan...

e)  Beli sedikit keperluan bersolek, beli minyak wangi.

f)  Beli cadar pengantin yang cantik dan lembut, jadikan kamar pengantin seperti syurga.

g)  Ada wangian terapi atau aromaterapi.

 
Perkara ini tidak memerlukan kos yang tinggi jika anak-anak bijak buat sendiri. Pakaian semasa majlis pernikahan, jangan beli yang mahal berlace, kalau hanya untuk pakai sekali.

Kalau ada baju saudara, atau sepupu atau teman, pinjam sahaja untuk waktu bernikah. Yang tidak boleh pinjam ialah baju tidur malam. Tu kena beli sendiri.

Kenapa kena buat semua ni? Untuk bakal suami.

Sebab tu jangan minta duit ibu bapa untuk keperluan diri bagi mempersembahkan pada suami ( jika tidak bekerja) gunakan wang hantaran yang diberikan.

source : Halaqah.net


Love,
NAJWA 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...