rss
email
twitter
facebook

Friday, December 31, 2010

Blogger.com ~ Bermasalah?


Salam semua. Wah seronok betul semua bercuti sempena kemenangan pasukan Msia pada match Piala AFF SUZUKI 2010 baru2 ni. Sorry buat kengkawan sebab seminggu ni aku outstation jadi tak dpt nak posting sesuatu. Keje is no 1 kan? Dan baru2 ni bila aku gian nak buat entry tetiba masalah baru muncul. Aku tak pasti korang pernah mengalaminya atau tidak.


Blogger editor tak load!!
*
*


Beginilah keadaannya. Animated loading icon dia berpanjangan. Puas aku menunggu, buah tak jatuh2. Puas juga aku selongkar kat Google utk troubleshoot problem nih tapi tak berhasil! Dan aku juga tak boleh langsung mengedit posting yg lepas. Parah!!

Tetapi dgn semangat Msia Boleh aku telah mengambil langkah2 berikut:

1) Send email ke helpdesk dorang. - takde respon!
2) Tukar ke old editor - Senyap sunyi jer! (x berkesan la tu)
3) Tukar internet browser dari Google Chrome ke IE - BERJAYA!!


Aku pun tak pasti apa simptom yg melanda Blogger.com nih skrg! Rasa cam nak amik hosting berbayar jek tapi belum mampu lagi..so stick to free one for this temporary moment..

*
*
Kalau sesape yg expert to bagilah idea sket ya to solve this problem..





Saturday, December 25, 2010

Review #3 ~Weenashoppe


Terima kasih aku ucapkan kepada Kak Weena kerana sudi melanggan satu lagi tapak ads berbayar aku ni. Seperti yang dijanjikan, review percuma untuk pelanggan yang bertuah ni. Cewah, macam jual barang lak aku ye.

Kali ni lain daripada yg lain. Kalau dulu blog angahsayang2314 dan joharihamzah lebih tertumpu kepada blog personal tapi kali ni lebih kepada blog berunsur perniagaan. Dan yang lebih spesifiknya menjual pakaian khas utk wanita sahaja tau.

1) Pasal Kak Weena..


Hah..serba sedikit telah menjawab soalan tentang owner blog ni. MAXI DRESS?? Apa tu? Jom geledah!



2) MAXI Maxi maxi...






OOooo..ni rupanya MAXI DRESS nih! Baru aku tau. Memang klass. Cam selesa sangat. Memang sesuai buat akak2 yg ada cutting badan yg menarik.




3) Lagi yang menarik..




HU..memang bisnes minded tol Kak Weena ni ya. Selain dari pakaian sebagai dia punya core bisnes, pelbagai aksesori lain seperti tali pinggang turut ditawarkan.



4) My favourite...

Yuhuu..akhirnya aku jumpa gak kegemaran aku kat blog ni..iaitu Kek Lapis Sarawak.

Buat yg gemar tembikai..


Macam nama lagu Ziana Zain..


Memang best..best sangat!


5) Kesimpulan..

Buat yg berminat dan tertarik silalah jengah2 kat blog akak ni. Mana tau dia tengah carik bisnes partner ker. Hah rezeki tu. Berniaga memang paling best dalam dunia. So syabas Kak Weena!





----------------------------------------------------------------
Ads Berbayar ~ 1 ruang sahaja lagi!
Gempaknya Cuti Sekolah Astro - Buat Anak-anak
Season of The Witch - Mesti Tonton!


Friday, December 24, 2010

Banci 2010~ Why lelaki?


Gambar yg tak relevan langsung ngan tajuk!..

Salam muhibah semua. Terkejut beruk aku ngan statistik terbaru hasil dari banci yg dibuat bebaru nih. Antaranya ialah mengenai peningkatan mendadak nisbah lelaki berbanding wanita di negara kita. Ikuti laporan berikut:

*
*

*
PUTRAJAYA – Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang.
"Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi), Ismail Yusoff.
*
*
Ha, so kaum lelaki takleh guna alasan nak kawin lebih dari satu dah cam dulu sebab perempuan lak yg banyak choice skrg nih. Hehe.

Sumber: Kosmo

Belum Basi Lagi Beb!

Gempaknya Cuti Sekolah Astro - Buat Anak-anak
Season of The Witch - Mesti Tonton!


Thursday, December 16, 2010

Review ~ The Season of The Witch.


Apa kabar semua. Wah ramai ye yg bercuti panjang bersama anak2 kat kampung tuh. riuhlah rumah atok dan nenek. Atok! Oooo Atok.. Upin dh dtg nih..Anyway inilah masa yg terbaik utk dihabiskan bersama anak kan? dan antara aktiviti yang best bersama keluarga yg boleh korang buat adalah.....Jom Tengok Wayang!



Dalam bulan Disember ini hingga menjelang tahun 2011 ni byk filem best2 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara. Satu lagi filem yg dilakonkan oleh hero yg aku suka sgt nih - Nicholas Cage- telah muncul dalam satu filem bergenre supernatural thriller ~ SEASON OF THE WITCH ~ Satu filem peperangan epik yg sungguh mendebarkan! Aku dah tengok Trailer dia. Best.

Sinopsis serba sedikit berkenaan filem ini.
*
*

*
Tahun 2010 ni memang menandakan kemuncak karier Nicholas apabila beliau terlibat di dalam filem Season of The Witch ini. Nicholas membintangi filem yang mengisahkan di zaman Peperangan Tentera Salib di abad ke -14, kembali bersama temannya (Ron Perlman) ke tanahairnya yg telah hancur dimusnahkan oleh Black Plague. 




Di dalamnya turut mengisahkan mengenai satu wabak misteri yang melanda dipercayai didalangi oleh seorang ahli sihir lakonan Claire Foy. Sebuah gereja yang berhantu telah memerintahkan agar dia ditangkap supaya satu upcara misteri boleh dijalankan bagi menghentikan wabak tersebut.




Selain itu, filem ini juga menceritakan bagaimana seorang paderi (Stephen Campbell Moore) bersama seorang pahlawan kesatria (Ulrich Thompsen), seorang penipu besar (Stephen Graham) dan seorang pemuda yang keras kepala (Robert Sheehan) bergabung kuasa bagi satu misi yang menempuh pelbagai gangguan di sebuah padang gurun yang penuh dengan misteri dan perkara mistik yang bakal menentukan nasib seorang gadis yang perlu diselamatkan.




Lemah semangat susah nak tengok!

*
*

Dengar sinopsisnya pun dah best. tak sabar nak gi menonton kalau ada masa. Selamat Bercuti!



Monday, December 13, 2010

Review ~ Alun Tradisi


Berjumpa lagi semua. Sihat ke tidak? Kali ni lain dari yg lain pernah aku buat. Aku nak buat brief review pasal satu kumpulan ni yg aku tengok kian meningkat popularitinya di dalam bidang muzik. Dan yg paling bestnya ialah ianya muzik tradisi. Antara muzik yg ramai tak minat tapi bila dengar baru terhegeh2 nak minat. Memang best!

Kumpulan Alun Tradisi.

Walaupun dorang bergerak secara underground tapi dorang terdiri dari anak2 muda yg berjiwa seni dan mmg berbakat besar! Rata2 adalah pelajar dan bekas pelajar Akademi Seni Budaya  & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Beberapa org dari kumpulan ni dah memang terkenal pun dan telah mencipta nama dalam bidang seni antaranya:

1) Hasraniza Dollah

Kelahiran Limbang, Sarawak. Merupakan Juara Bintang Asli Remaja Kebangsaan RTM 2008.

Telah mengalahkan ramai yang berbakat. Petikan akhbar Kosmo.





2) Sukhairi Abd Samat


Seorang guru musik sambilan dan pernah memasuki final dalam Pertandingan Mencipta Lagu Asli 2009 anjuran RTM. 


Antara aktiviti dorang...Jom tinjau..

Di Palace of the Golden Horses, Seri kembangan @ Ramadhan 2009




Memenuhi undangan di Pullman Hotel, Putrajaya @ Ramadhan 2010 baru2 ni.




Show @ Mont Kiara Equestrian Resort


*
*

Untuk makluman, aku dan beberapa org kwn pun pernah mengambil khidmat dorang ni masa majlis kahwin dulu. Memang live betul! Walaupun sibuk dgn urusan harian sebagai student dan lain2 tapi dorang ni masih dapat memenuhi pelbagai majlis undangan, pertandingan, show syarikat korporat  dan sebagainya.

So bagi sapa2 yg berminat utk persembahan majlis kahwin dan sebagainya lehla jengah2 ke fanpage Alun Tradisi. Harga leh dirunding weh ;D

Majlis khatan?? Nak dialun gak ke? ;)



Saturday, December 11, 2010

Bomoh Patah | Pak Din Bomoh Patah!


Korang jangan panik apatah lagi terkejut dgn penemuan pasal bomoh patah nih. Ikuti kisah benar aku ini.

Salam semua. Seperti yang aku janjikan sebelum ini ada suatu peristiwa sedih yang melanda pada hari aku ke MAHA 2010 haritu. Tengok balik entry MAHA International 2010.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah ibu ku telah jatuh pitam (darah tinggi) sekembalinya dari MAHA 2010 dan berlaku di sebuah restoran. Dan akibatnya lengan ibuku telah patah. Dgn tergesa2nya aku bawa ke hospital utk diperiksa dan akhirnya disimen. Begitu bahayanya penyakit darah tinggi.

Dlm nak menunggu tempoh 3 minggu utk follow-up ngan doktor, aku telah mengambil ikhtiar utk hantar ibu berubat secara tradisional. Dan baru aku teringat tentang seseorang yg dikatakan boleh mengubat segala mcm penyakit termasuk kepakarannya dalam menyembuhkan tulang yg patah!
*
*

*

Berbekalkan sebotol air mineral dan alamat, aku terus menghubungi Pak Din dan ke rumah beliau yang terletak di Kg Sungai Penchala, KL.



Tak susah nak carik rumah Pak Din ni. Kalau tak jumpa gak korang tanye je kat org kampung situ, suma kenal dan leh tunjukkan jalan. Ha kalau korang dah jumpa tanda kat atas ni maknanya dah sampai la tu.



Hanya berbekalkan sebotol air dan bacaan ayat suci Al-Quran, Pak Din mengubati pesakit tanpa mengenakan upah tertentu. (ikhlas kalau nak bagi)



Selain patah, byk penyakit lain yg boleh diubatinya seperti darah tinggi dan batu karang. Pak Din ni sebenarnya dah memang terkenal sampai dah masuk paper pun. Tuanku Mizan (DYMM Agong) pun pernah berubat dengan beliau semasa baginda menjadi Raja Muda dulu.(Ada kat tenet, korang leh Google).



Keratan Akhbar



Tangan ibu ku pun setakat ni syukur dah semakin pulih dan tak sakit. Dan kalau korang atau family yg berhajat utk berubat lehla contact Pak Din. Insyallah berkat ikhtiar, doa dan tawakal kepada Allah SWT sembuhla segala penyakit hendaknya. Amin.



Friday, December 10, 2010

Income Terbaru~ Heartbeat.my!


Wah kengkawan. Memang tengah panas sekarang ni. Time Churpchurp pun tengah slow skrg ni so ramai yg terpaksa mencari sumber lain bagi menambah duit poket. Memang tak salah kan selagi ada usaha di jalan yang betul... Cut!!

Tanpa membuang masa diperkenalkan - heartbeat.my . 
Satu cara bagi yg ingin curahkan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai gift (wedding, anniversary, birthday etc) ikut cara korang. pelbagai barangan yg dijual seperti mug, tshirt, puzzle dn berbagai..

Selain menikmati pelbagai diskaun sebagai member, korang juga boleh menjana income dgn join Affiliate Program dorang nih..

Hanya beberapa step mudah..




2) Dapakan code korang di sini. Pelbagai saiz dan bentuk ikut kegemaran/ kesesuaian blog/site korang. Tampalkan dan start promote. (Macam biasa ;D)
*
*

*

3)Kelebihan...Banyak..


Cerita banyak tak guna. So ambik peluang selagi ramai yg tak tahu nih!! Sebar2kan lah ye..Oh ye lupa nak cakap...Tak perlu khuatir buat yg join Nuffnang..tak terjejas status korang. Bro sembang cakap la..(dia dah selidik kot..)




Thursday, December 9, 2010

Download Video Cara GABAN! Eh?


Salam semua. Asyik sibuk cerita pasal ads je kali ni aku nak curahkan sket ilmu yg tak seberapa ni. Mungkin ada antara korang yg dah tahu so buat2 tak tahu je ye sbb cikgu nak ngajar kat depan nih! Eh si Sudin apsal lama tak dtg kelas??..Mmm takpe. Kita teruskan..

Ramai sebenarnya yg suka melayan streaming video seperti Youtube, Dailymotion, Metacafe dan berbagai lagi. Ada juga yg gemar mendownload utk dsimpan buat koleksi. Dan berbagai juga cara yg digunakan antaranya Youtube Downloader. Ada satu cara lagi.



REALPLAYER



Ada banyak versi sebenarnya tapi yg aku selalu pakai adalah Realplayer Gold 

1) Install software Realplayer di sini atau di sini.



2) Buka paparan preferences dan ubah settingnya.


Korang leh setkan directory mana nak simpan video yg telah di download. (Save Files to)



3) Cara download tahap GABAN!

Hanya letakkan pointer mouse kat video dan paparan seperti gelung merah akan timbul. Klik dan video tersebut secara otomatik download. Sebab tu aku kata GABAN tul!





Proses download tadi boleh di cancel atau pause sesukahati korang je. Memang GABAN lagi!

*
*
Aku dah lama guna software ni dan memang easy. Tiada batasan. Ingat guna utk kebaikan. Selamat mencuba.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila Nak Basi Nih?!


Gempaknya Cuti Sekolah Astro - Buat Anak-anak

PRUDENTIAL Assurance - RM 30 for survey!



Tuesday, December 7, 2010

ASTRO ~ Gempaknya Cuti Sekolah


Salam buat semua pembaca. Ibubapa dan juga anak2 mereka. Ha sempena cuti sekolah yg telah berlangsung nih apa program yg telah diaturkan buat anak2? Ada yg hantar ke perkhemahan, kelas motivasi, kelas main pondok2 (rumah nenek) atau lepak kosong je kat rumah. Boring ke? Takde idea ke?
V
V
v

Ha sempena cuti ni ASTRO telah menyediakan sebulan penuh tayangan yg penuh manfaat lagi berkat oleh Astro TVIQ di saluran 552. Semua utk anak2.


Dari Isnin hingga ke hujung minggu pelbagai kategori tayangan pembelajaran yg bermanfaat disediakan mengikut kategori berikut:

1) Seni dan Kreativiti
2) Syoknya Sains
3) Animasi Beraksi
4) Riang Kembara
5) Bijak Memang Bijak

Ha..jawab lah kalau IQ tinggi! Bolehkah cawan plastik diangkat dengan belon?? Tak tau kan.. So jom layan siri tersebut dan banyak lagi.

So mak bapak leh la download penuh kalendar sebulan penuh bermanfaat ni.
*
*
Utk keterangan lanjut..

Ajak anak2 BERHIBUR SAMBIL BELAJAR. Baru canggih...



Bila Nak Basi Nih?!

PRUDENTIAL Assurance - RM 30 for survey!






Monday, December 6, 2010

MAHA International 2010

Salam semua. Sori tak dapat BW dan update post sehari lalu. Memang aku rindu giler kat korang tapi badan aku nih lagi rindu kat tilam dan bantal tuh. Kenapa? Letih weh. Mmg letih. Suma gara2 MAHA 2010 kat The Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).


Nak pergi tak tau jalan jadi..bukalah tenet..

Peta dia yg banyak membantu.


Kelmari (Sabtu) aku dan family meluangkan masa utk tengok pelbagai pameran yg berkaitan perladangan, pertanian, penternakan dan macam2 'per' lagi. Byk agensi2 k'jaan, NGO dan luar negara yg buat pameran. Bagi sesetengah org mungkin boring kalau bab2 pertanian nih, tapi sebenarnya memang tidak!! Best yg terlampau. Kalah Expo ICT beb!



1) Hampir GIVE UP!
Mau tak nye. Dari pintu masuk hingga ke nak parking jer dah lebih sejam. Ramai gak yg u-turn balik. Tak sanggup weh. Tapi mengenangkan mak dan wife yg begitu beria2 nak tengok, aku sondol aje. Alang2 dah sampai kan..



2) Parking.. NO PROBLEM!
Tapi aku respect kat pengurusan yg menyediakan tapak parking kete yg mmg mencukupi. Beribu2 kete yg masuk weh. Walaupun berbayar tapi aku reda. Anggap sedekah ;D



3) Macam2 karenah.
Terasa pesta sungguh. Selain deretan kete ferrari, porsche dan lamborghini utk sesi bergambar.. ada gak lori tram dan buggy utk kemudahan pengangkutan pengunjung. Tapi tak sempat bergambar ngan ferrari sebab brother kaya-raya tuh suma dah balik solat maghrib. Isk, nyesal ambik gambar lambat.



Nengok anak saudara aku si Abidah bergaya bersama tembikai gergasinya tuh.



Anakku Adi (stroller) bersama sepupu sepapat dia. Yg belakang tuh tak termasuk family sekali tau..huhu. Dah mcm kat ladang betul pun ada..hmm..sungguh segar dan nyaman..Rasa nak perah je susu lembu tu buat minum. Isk.



Japanese Bread ni mmg besor giler. Satu platun leh makan ni. nak beli pun gayatt..



Teh hijau yg marbles. Memang melekat.



Sebenarnya banyak lagi peristiwa yg menarik sepanjang pameran. Tapi disebabkan begitu sesaknya suasana..kamera aku pun tak memainkan peranannya dengan sewajarnya. banyak jugak khemah/ booth yg tak sempat pegi. Insyallah lain kali nak dtg lagi. Memang best. Tapi ada jugak peristiwa yg sungguh menyedihkan berlaku pada hari yg sama.. Nak tahu cerita ni tungguuu...


Bila Nak Basi Nih?!

PRUDENTIAL Assurance - RM 30 for survey!


Not Obsolete Yet. So Grab It!

One Step Ahead . No Turning Back
OnePlusYou Quizzes and Widgets