Bismillah,
u olls ok ke tu.
Saya ada sedikit berita nak dikongsi. Berita terkini , tak berapa sensasi. Ingat tak pasal salon muslimah yg saya usahakan sejak dari anak anak masih kecil dulu. Ke mana pon kami pindah (atas sebab urusan penempatan kerja suami), operasi salon rambut dan kecantikan tetap berjalan.
Namun kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan.
Sejak fenomena Covid 19 , perniagaan saya agak terjejas. Kerap diarahkan utk tidak beroperasi. Semakin menngkat kes baru, makin lama juga operasi salon dicutikan. Tapi dalam waktu yg sama juga sewa dan utiliti tetap perlu dibayar.
Pada mulanya saya merancang utk terus bertahan hingga hujung tahun ni. Tapi dinasihatkan utk berani buat keputusan demi mengurus akaun yg semakin menyusut. Makanya di awal bulan Julai 2021 saya maklumkan kpd pemilik premis utk tamatkan penyewaan mulai Ogos 2021. Kami pindah keluar semua barang dan tinggalkan semua kenangan di situ. Suka duka pahit manis mengusahakan salon muslimah (kecantikan dan gunting rambut) saya simpan dlm ingatan.
Syukur Allah permudahkan urusan kami. Sebahagian besar perkakas salon telah dijual . Dan cuma sebahagian ditempatkan di rumah. Kami redha dgn ujian ini dan tekad utk bangkit.
Saya amat bersyukur kerana suami sgt menyokong dan sentiasa bersedia meyumbang tenaga dan idea utk projek seterusnya.
Nak tahu...?
Baca next posting , tau
Salam Kasih Sayang
~ Puan Sue ~
No comments:
Post a Comment