Saturday, January 16, 2021
PKP lagi.
Bismillah,
Seingat saya kita semua mula ber PKP ni 18hb Mac 2020. Salon tak dibenarkan beroperasi . 3 bulan jugak la berjimba dalam rumah. Menikmati kehidupan sebenar seorang isteri dan ibu rumahtangga. Banyak aktiviti dari masak masak, menjahit seluar anak anak dari kain pelikat dan kain batik sarung. Berkebun hingga menjual anak anak pokok dan mak ayah pokok juga . The best part was when hobbies can transformed to cash flow. Tak banyak tak pe, janji ada. Pokok aloe vera , Turnera, rose jepun, bunga kembang pukul 10, pokok oregano, tu antara yg saya masih ingat la. Mudah sangat nak biz di alam maya ni . Masuk iklan kat Market Place FB , gambar mesti jelas dan menarik. Next step , bersedia je la layan pertanyaan dan ambil order.
Tapi mesti SABAAAAAR !!! Yg banyak bertanya , tunjuk minat mendalam tu tak semestinya akan beli. Kadang yg nampak mcm tak serius pun tapi yg ni la akan bagi kita rezeki kiriman Tuhan.
Selepas beberapa bulan berPKPB , sekali lagi salon diarahkan tidak beroperasi. Dalam keadaan income dari salon baru je rasa nak selesa,lega dan mula nak settle bayaran bulanan kereta. Tak pe laa, bukan mudah nak turunkan angka kes terkini . Kena redha utk berada lg sekali dlm keadaan tak berpendapatan dan waktu yg sama sewa dan utiliti salon perlu dibayar. Aduhai COVID 19.
Kali ni saya pastikan ada aktiviti muamalat dibuat dan saya libatkan semua ahlul bait termasuk Sang Zauji. Kami jual Cili Besar yg dah kami pack setiap satu bekas dgn harga RM 5shj. Mudahkan,, Saya gunakan medium WhatsApp group di Taman ni. Alhamdulillah. Laku Kerass tau .
Utk anda semua yg berhasrat nak tambah pendapatan di rumah , boleh la mula intai intai peluang. Zaman sekarang ni kita cari peluang , kalau tak nampak peluang , kita jadi orang yg mencipta peluang.
Bi iznillah.
~ Puan Sue ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment