Assalamualaikum,
(gambar sekadar hiasan)
Sekadar berkongsi pengalaman lucu saya, mungkin juga pernah dialami sahabat2 lain.
Minggu lepas anak ke empat kami secara tak sengaja terpatah dua spek mata nya, maka nak tak nak terpaksa la kami berkejar ke kedai spek di Greenwood utk dapatkan ganti. Kebetulan pula esok nya dia perlu ambik bahagian dlm acara merentas desa , program Sekolah Taman Selasih.
Dipendek kan cerita selepas mencuba seberapa banyak bingkai spek yg ada di kaunter tu, bingkai yg terakhir dicuba berjaya dipadankan dgn kanta spek kakak, Alhamdulillah, misi selesai dgn jaya nya.
Disebabkan suami dah berada di dlm kereta bersama si Bongsu dan kakak yg lain, selesai saja urusan saya terus bawa kakak ke kereta, badan pun dah penat sangat, seharian di salon . Saya pimpin kakak (panggilan kami utk anak ke 4 ni) ke kereta yang sedang menunggu tak jauh dari kedai spek tadi. Dan tangan dah hampir menarik pemegang pintu belakang utk pastikan dia naik dahulu ,,tiba tiba terasa lain pulak bentuk kereta tu..
Rupanya salah kereta, warna je sama. Kereta tu Avanza dan kenderaan kami lain.. Cepat cepat saya bawa kakak ke kereta lain yg setia menunggu kami. Tanpa menoleh kpd pemandu kereta tadi saya terus masuk dan bercerita kpd suami, semua yg menunggu ketawa dan diam diam saya menoleh kpd Pak Aji di dlm kereta tadi,, nasib baik belum sempat buka pintu dan duduk di sebelah dia. Pasti marah Mak Aji nya nanti..
Saya tanyakan Kak Nani," kenapa tak bgtau Ibu, tadi tu bkn kereta kita..?"
Katanya "Kakak ingat kan ibu saje je nak kona kut jauh.."
(Bagus nye kakak ni sentiasa bersangka baik kat ibu...)
Mungkin faktor usia, pandangan saya terutama di waktu malam semakin kurang jelas. Dan saya ni jenis yg tak suka ingat no kenderaan suami, pastinya lps ni saya perlu lebih berhati hati..Bimbang juga tersebar berita tak sedap di dengar nanti. Aduhai..
Sebelum ni saya cuma terbaca pengalaman yg sama oleh kwn kwn di FaceBook , kali ni giliran saya...