Thursday, December 29, 2011

Minyak Jerslin...Testimoni terkini

Assalamualaikum...

Ibu baru je selesai berurusan muamalat dgn dua pelanggan ibu dan anak. Ceria dan peramah kedua dua nya , sgt memudahkan urusan berjual beli di kaunter dpn.

Dipendekkan cerita, pelanggan ni dtg nak beli Minyak Jerslin. Katanya salah sorang kwn yang dah lama berhajat nak mengandung lagi telah menggunakan minyak ni. Dan alhamdulillah dgn izin NYA kwn tadi dah di sahkan mengandung dan testimoni direct dari 'pengguna yg berpuas hati" tadi telah mengundang rasa teruja di hati kakak tadi..

Kata Ibu, kita kena berusaha dan anggap la minyak Jerslin ni sbg perantara usaha kita, manakala yg mengizinkan hanya ALLAH. Dia bersetuju, Alhamdulillah sekurang kurang nya kita sama sama memperbetulkan anggapan masyarakat sekarang..

Ada ketika nya sesetengah org mudah kagum dgn berbagai testimoni, dan mengharapkan perkara yg sama akan dilalui bila menggunakan produk2 tertentu.. Terutamanya dlm usaha utk mendapatkan zuriat, kita tentunya mampu berusaha dgn berbagai kaedah, moden, tradisional, mkn mcm mcm ubat atau mencuba bermacam macam teknik **(OOpppps.. terover sudah..)

Ibu suka nakmengingatkan diri sendiri dan sahabat2 semua, yakin lah bila dah semua ikhtiar kita buat , yakin lah bahawa Allah lebih tahu bila waktu yg sesuai utk dimakbulkan hajat kita. Cepat atau lambat , tentu ada hikmahnya.. Redha dan bersabar lah...

`Ala Kulli haal...Ibu sgt2 bersyukur, urusan di Sue Beauty Saloon semakin meriah, samada jualan dan kunjungan pelanggan utk servis rambut , muka dan badan. Dah lama tak berpeluang balik tepat waktu, mcm biasa..

Maaf ya anak anak..semua ini utk kita semua.. Bila Ibu dan Abah sibuk, tak bermakna kami tak beri perhatian atau tak sayang,, kita tetap ada masa santai "utk kita kita aje" kan..

*** Lagi satu testimoni yg Ibu rasa kaum Ibu akan seronok baca. Kalau ada anak yg masih kencing malam, cuba sapukan minyak Jerslin ke perut dan ari ari anak, insyaAllah anda akan lihat perubahan yg menakjubkan nanti..Selamat mencuba dan jgn lupa berdoa semuga Allah permudahkan urusan kita semua...

Thursday, December 15, 2011

Anda stressed?

Bismillah..

Anda stressed? Tak pe , Jgn risau,,

Sesekali" tensi", "serabut perut" atau "senok otoks"..Ianya adalah perkara biasa.

Teringat pesanan Mama Salbiah , katanya dunia ni kan Darul Ujian, maka kita tak dapat lari dari di uji.

Benar sekali kata mama, setiap kali di uji kita akan jadi lebih kuat dan tabah. Dan mungkin lebih bersedia utk ujian yg seterusnya..

Ibarat kata adinda saya Ummu Ummar, " Koho byk duga`ang koho dedil"

Berbalik kpd gambar di atas, ianya bukan sekadar hiasan. Org2 yg hidupnya banyak bersulamkan dugaan, bukan bermakna Allah tak sayang. Sesekali kita di uji dan kita akan berusaha utk menghadapi dan menyelesaikan masalah yg menimpa, hasil nya akan membuat kan kita tersenyum puas..

Pernah tak dgr .."No pain, NO gain"

Sekali sekala menikmati "desserts" kan sedap... Tp `ala kulli haal, begantung juga pd tahap dugaan yg menimpa dan kesudian kita utk menerima ujian dari Allah..

Jika kita tidak redha dgn apa jua dugaan yg menimpa dan berterusan menyalahkan org org sekeliling, dan tidak dpt memaafkan kesilapan diri sendiri, maka kesannya amat buruk.. Kita sebenarnya akan mempertikaikan ketentuan kejadian yg dah di aturkan seelok eloknya oleh Allah..

Sesuatu yg paling kita inginkan dan Allah tidak izinkan utk menjadi milik kita, sebenarnya DIA lebih mengetahui rahsia segala sesuatu kejadian. Percayalah jika ditakdir kan sesuatu tu bukan rezeki kita, yg dah ada dlm mulut pun boleh terkeluar semula atau baru nak di suap ke mulut,,tiba tiba boleh terjatuh..Bukan kah Allah lebih mengetahui apa yg lebih baik utk kita ?

Renung renungkan dan selamat beramal..

Salam Kasih Sayang dari IbuSue..

Wednesday, December 07, 2011

Bercuti @ Layan keje

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti sekolah masih panjang lagi, kadang kadang rasa kesian kat anak anak ibu, rutin harian yg sama..

Awal pagi bangun ,mandi, solat subuh, dan lepas breakfast bersiap2 utk ke kelas Intensif Al Quran.

Pukul 9.00 habis kelas, Ibu jemput balik rumah. Kadang kadang kena stay kat salon Ibu dulu sampai tengahari. Bila dah sampai rumah, acara bebas. Selalunya on line je la..Tak pun, mengadap tv, sambil gaduh berebut channel.

Bila tak sibuk sangat di salon Ibu cuba jugak balik jenguk anak2 sekejap..kalau tak, dkt nak malam baru boleh jumpa Ibu semula..Selalu Ibu rasa kesian..

Last week kami ke Kuala Selangor, bawak anak anak ke Kg Kuantan tgk kelip kelip, ke Bukit Malawati..Si kecik , adik Ichad la yg paling enjoy masa naik trem ke Bkt Malawati. Katanya "keretapi Dinasour" ...

Bila on our way balik ke Batu Caves semula esoknya, Abg Aman tanya Ibu.." Bu, sekali ni je ke kita gi bercuti? sekejap sgt la.."

Sekali lagi Ibu dicuit rasa kesian..

So dari pagi tadi Ibu cuba cari masa yg sesuai slow talk dgn Abah , destinasi seterus nya hujung minggu ni, insyaAllah kita semua akan ke Cameron Highland pulak..dan nampaknya Ibu kena tutup salon sehari..Nak tutup hari Sabtu, sayang pulak rasanya. Hari sabtu baru baru ni pon Ibu terpaksa buka separuh hari je, sempat la gunting beberapa kepala je..terus balik mengemas dan bertolak ke Kuala Selangor.. Maaf ye pelanggan sekelian...Family first.No matter how 'right' u are..

No choice, kali ni kena korbankan hari Isnin pulak..InsyaAllah hari Sabtu Ibu pulun abis sampai petang dan awal pagi Ahad kita berangkat. Nak merasa ronda ronda Pasar Malam Berinchang.
Semuga Allah permudahkan perjalanan kami nanti..

Thanks to my dearest Zauji Habibi kerana bersedia ambik cuti on Monday.. Untuk anak anak kan :)