Alhamdulillah selesai sudah Ramadhan, semuga segala amalan baik yg kita lakukan samada terang terangan atau sembunyi sembunyi akan mendapat ganjaran dari Allah swt.
Menjadi seorang hamba Allah , isteri, ibu, dan pada masa yg sama melakukan juga kerja2 lain amat mencabar sebenarnye kan..Pada Ibu, tugas amat mencabar yg perlu dilalui (like it or not..I have no choice) adalah bangun sahur..Lain org ..maka lain pengalaman kannn.. Bayangkan bila kita kena bgn semasa ahli keluarga lain sdg sedap tido, siapkan hidangan utk sahur..cabaran seterusnye nak kejutkan si oncot oncot kat atas pulak.
Kekadang zauji (in Arabic means suami) bgn juga bantu kejutkan anak anak ,,itu pun dah selepas beberapa kali dipanggil..
Cabaran seterusnya ..bila si oncot-oncot semua dah turun ke bawah..Ada yg terus duduk di meja mkn dgn rambut fesyen bgn tido dan mata tak dpt dibukak ..Aduhai ,,byg kan la.. Ada lg yg sampai hujung tangga je ,,bertukar jadi 'spider',,melekap kat lantai.. Dan ada juga sesekali yg bgn dgn fresh,,duduk je kat meja makan,,mula bercerita pasal mimpi semalam..Ada juga yg turun ke dapur dgn mood marah...
Hari ni kiranya dah 17 hari lepas raya..Ibu rasa lega sgt.. Puasa ganti pon tinggal 3 hari je lagi yg belum di selesaikan..Open house pun tak banyak mana nak di attend lg..
Sebut pasal raya, tahun ni la pembuka lembaran baru Ibu beraya tanpa ma di sisi kami..Semuga Arwah Ma dan Abah tenang di sana dlm rehat yg panjang,,tiada lg kesakitan.
Dan Ibu & Zauji mula sikit sikit merancang utk meng'up grade' beberapa sudut dlm kediaman kami..insyaAllah sikit demi sedikit kami akan lebih selesa di sini..sekadar yg termampu dan semuga keluarga kami diberi Allah kesempatan utk merasai sedikit kesenangan dan keselesaan di dunia...Amiin