Tuesday, October 19, 2010

Bila Dengar Sahabat Sakit..

Bismillah..
Berita terkini dari sorang kwn ,buat makluman kat Fb semalam mengenai salah seorang kwn se ITM kami dulu baru je menjalani pembedahan jantung kat Spital Ampang.. Terkejut juga Ibu baca. Segera Ibu menghitung umur kami, tak silap umur nya hanya setahun atau dua lebih tua dari Ibu. Maknanya d peringkat umur kami sekarang, mmg mudah 'terjebak' dgn gangguan 3 serangkai ni..

Sakit Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi.. Aduhai besar nya nikmat kesihatan tubuh badan yang Allah bagi..Bila ditarikNYA nikmat ni, w/pun sedikit, sgt terasa kelemahan diri ni..

Kwn Ibu tu dah pun selesai pembedahan membetulkan 2 saluran yg tersumbat. 1 lagi saluran yg dah 90% tersumbat perlu di operate lg selepas 3 bln. Semuga kwn Ibu yg pernah jadi tumpuan ramai siswi masa kat semester 1 dulu, akan segera sembuh dan semuga org2 tersayang sentiasa tabah menghadapi dugaan. Amiin

D fb smalam juga seorang lg kwn Ibu sempat bercerita yg beliau pernah pitam d sebuah Airport dan masa tu bp nya 170/120.. Tinggi tu.. Ibu sekadar mengingatkan Encik Pengurus RM tu,, kalau dah pernah pitam sbb BP nya tinggi, ada kemungkinan akan kena stroke jgk nanti.. Maaf la ye..kut nasihat telus saya semalam dah buat awak tak lena tidur.. Karang tak pasal2, lagi bertambah naik Bp awak...

`Ala kulli haal,, apa yg Ibu nak sampaikan sebenarnya ialah, jaga lah kesihatan..

"Take good food, best drinks, live a happily life and stay calm inside out.."

Monday, October 18, 2010

Isnin..Hari pujuk Memujuk

Pagi ni alhamdulillah ibu managed to wake up early,, as early as 5.30 pagi. Dan Abah pun dpt berjemaah Subuh kat Surau blkg rumah kami .

Mcm biasa la hari Isnin, org keje opis pun kemalasan nak bersiap, inikan pulak anak2 kami yg bersekolah rendah lg ni.. Beberapa kali di kejutkan suruh bgn bersiap, lagi sedap diorang tido..Kak Nini la yg paling awal bgn , yg lain mmg 'liat lleit' ..

Bila dah selesaikan urusan jemuran kat beranda, Sempat Ibu goreng Mee pg ni..Baru je hidang mkn pagi, si Kak Nani mula nangis..Lucunya kat luar mula hujan, yg kat dlm rumah lg lebat hujannya..

Abg Aman pulak boleh berlawak.." Tu la,,, K.Nani kan tak nak tgk tv td, nape Abah suruh tgk tv pulak pg2 ni.." ( d terbalikkan nya dari cerita yg sebenarnya..)So kena la Ibu jd tukang pujuk..Dari tak nak mkn, dia pulak paling lama kat meja mkn...

Tiba time nak g skolah, nak kena pujuk g supaya dia join semua yg lain masuk kereta, at least Ibu tak perlu patah balik ke rumah lps hantar Aman dan Nini utk ambik K Nani pulak..Dah la skolah dia yg paling jauh..dkt Tmn Melewar sana, kena cross DUKE..
Berbekal la pulak mee goreng dm mangkuk dan air teh panas utk sambung mkn dlm perjalanan..

Alhamdulillah..Lega sgt bila semua dah masuk kereta dan ready nak ke skolah..W/pun agak lambat jgk pg ni..Boleh excuse la agaknya sbb hujan..

Tp bila Aman dan Nini dah turun kt skolah , sebaik nak bertolak ke destinasi kedua,, Kak Nani pulak bersuara.." Bu, Mana kasut kakak..?Tak de pun ni.."
Rupanya dia t`lupa nak pakai kasut td..(Sabar ..Sabar....)

Alahai, kena baik smula jugak....Al least "anger managemant" Ibu pagi ni agak excellent... dlm kawalan dan Alhamdulilah ..rasanya byk sgt syaitan tewas pagi ni..Sbb Ibu dpt kawal perasaan marah..Ya la..bila kita marah kan, lagi byk Syaitan masuk dkt dan bertambah besar dan gemuk gemuk lg saiz nya...

TU la sebahagian dari hidup Ibu seharian..Apa pun Alhamdulillah..Terlau byk utk disyukuri dlm hidup yg singkat ni..

Wednesday, October 13, 2010

Aman..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Hari cuaca panas terik kan..Dari pagi mcm biasa la. saya duk ke sana ke sini...Almaklum hari sekolah. Pilot awal pagi lagi dah 'pakai topi' siap utk penerbangan..

Hari ni ada sesuatu yg saya nak share kat sini.. Masa gi ambik kat sekolah td, Abg Aman (Nama penuh dia Muhammad Rahman Arief) nampak letih sgt.. Masuk je dlm pesawat kami dia dgn muka monyok nya sgt2 mengundang rasa kesian Ibu..

Ibu : Penat sgt ke Man?
Aman: Aa ah Bu...Aman tak bawak bekal air td..Hari ni kan PJ..dahaga la.
Ibu : Dah, masa rehat Aman beli apa..?

Aman: Aman beli air satu je.Kwn Aman pinjam duit lg 50sen. Aman tinggal 50 sen je la.

Ibu : La... Dah tahu tak de bekal air, nape Aman bg pinjam kat kwn pulak duit?
(Mula rasa tak senang ..kut dia kena buli dgn kwn2 ke...Ishhh cepat betul Ibu
pikir yg tak elok...Astaghfirullahal `Aziim)

Aman :Dia tak bwk duit la Bu.. Kesian.. Aman ada jugak duit w/pun tak bwk air.Nasib
dia lagi teruk dari Aman..

Lega Ibu rasa bila dgr hujah si bujang ni. Alhamdulillah, sekurang kurang nya anak yg cepat naik tgn dgn adik beradik kt rumah ni ,, kat sekolah pandai pulak dia lembut hati bila ada kwn dlm kesusahan..

Sbnrnya Ibu ada plan lain utk dia lps tu.. On d way balik rumah lps ni,, nak tinggal kan dia kat surau utk solat b`jemaah Zuhur..So mesti la ada upahnye dulu.. Basah2 kan tekak dan sejukkan hati dulu..

Dah selesai pekena ais kerim dlm roll roti,, elok je dia setuju Ibu drop kan dia kat surau....Alhamdulillah..semuga amalan yg Ibu sdg tekan kan sejak last week ni akan terus melekat kat hati dia ..dan semuga anak Ibu ni akan mekar rasa cinta nya pd 'Rumah Allah' dan akan sanggup utk jd pengunjung setia ke sana utk berjemaah.. Amiin...


* Dari Hati Berkata... Byk sgt perkara yg dilalui sejak beberapa minggu ni yg sgt2 Ibu syukuri. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
T ksh Wan Maduni (Kedah), Midah(S/Alam), Lisa dan Bonda Lisa (KG Raja Trgganu), Tie(Sabah) dll..