Tuesday, December 29, 2009

Beberapa hari je lagi..


'Indahnya Hidup Ini' - By Nur Raudhatul Imane bt Mohd Rashid.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selepas lama jadi silent reader kat blog sendiri, hari ni (awal pagi sebenarnye..dah kul 1.35 pagi..) dapat jugak Ibu spend masa jap. Semua dah tido, except Ibu dan Along.

Kelip pah kelip pah (again..bahasa ibunda) rupanya dah tinggal beberapa hari je lagi, nak masuk tahun baru masihi 2010. Maknanya bertambah lagi usia Ibu..Pernah buat joke dgn Kak Long,tahun depan agaknya Ibu akan mula beli majalah MIDI..Sebelumni tak kisah pun pasal jurnal tu, cuma satu hari tu masa duk tgk tgk nak pilih majalah, Ibu tertarik dgn majalah MIDI ni..Ada yg special tertulis kat front page..**UTK WANITA 40 THN KE ATAS++ (lebih kurang camtu la..)

Anyway 40 is just a figure..Yg penting, hati dan semangat kita mesti sentiasa segar dan positif, insyaAllah.

Dan seperti biasa, tahun baru sgt sinonim dgn AZAM BARU.. Agaknye apa azam baru Ibu ye.. Panjang pulak entri kali ni kalau nak di cerita kat sini..So Ibu decide nak buat kelainan sikit. Program bermula silently from 1 Jan 2010 nanti..Masuk awal bulan feb 2010 baru Ibu akan bagi hints sikit sikit progress nya..Sape sape nak join boleh bagi feedback kat column comment tu ye..

(InsyaAllah, this time I`ll be more serious and commited)

"Robbi yassir Wala Tu `assir Ya Kareem"

Tuesday, December 22, 2009

Salam..aduhai , sejak last week Ibu rasa sgt sgt tak selesa. Mcm ada tak kena je kat area blkg kepala,left side. Tapi tu la kan, jd isteri dan ibu ni.. selagi daya selagi tu la mcm mcm tugasan perlu dibereskan..

Dua mlm lepas, sambil bawa Ichad aka Tengku Muda ke Klinik (rupanya dia kena jangkitan paru paru..kesian ibu tgk masa first time ambik Nebuliser) oh ye..sambil bwk dia , ibu pun jumpa la Doc , ngadu lebih kurang perihal 'ketidakselesaan' yg dialami semenjak dua menjak ni..

And..guess what? BP Ibu naik..Oh Tidak..170/100.

(I need a break. I need fresh air..This headache really drive me up side down...)

And worse come to worst..

Kaki kiri ibu yg dulu pernah tercedera masa kat Srwk, dah start sakit semula..Dugaan ni, But again, life must go on..MOVE..MOVE..

Moral of da story..


Sayangi diri anda..Take good food, enough sleep, and think positive..

***Dari Hati..

(Again..I need a rest and ample time for my ownself. Yess!! Am looking for a hari Pelepasan Am..Boleh gitu...?)

Wednesday, December 09, 2009

The Story Teller @ kak Nani

Beberapa hari lepas..

Ibu: Nampak dah mendung la Bah.Ibu baru nak solat ni, nanti hujan basah lagi kain kat depan tu..Along kat bawah ke?

(Cepat cepat Ibu laung kat Along..mintak dia tolong angkat jemuran..)

Ibu: ALONG..TOLONG ANGKAT KAIN KAT DEPAN YE..DAH NAK HUJAN NI..

(Tiba tiba Kak Nani aka The Story teller masuk bilik Ibu..)

K.Nani: Ibu..Kakak nak tanya ni..Nape masa Ibu mintak Along angkat kain tadi, Ibu cakap angkat kain je..Bukan ke yang Ibu jemur tu ada baju,seluar,tuala,baju nenen,kain.. tapi nape Ibu sebut angkat kain je? Yang lain tu Ibu tak sebut?

(Ibu senyum sambil duk pikir mcm mana nak explain kat Ahli Fikir kecik ni..)

So jawapan 'innocent' Ibu lebih kurang camni..

Ibu: Kakak nak tahu ye..Sebenarnya dari ibu kecik dulu lagi, kalau nak angkat kain kat jemuran tu, orang tak sebut satu satu nama dia..Semua orang sebut 'angkat kain 'je..

K.Nani : Ye ke Bu?

(Nampak mcm dia tak puas hati je dgn jawapan Ibu..Kena mintak 'talian hayat' Abah
ni..)

Ibu:Abah, ada jawapan lain tak..(Ibu pun ulang lagi sekali soalan k.Nani tadi)

Abah: Kakak , cuba tengok..Semua yg Ibu jemur tu, bahan asalnya dari kain. Kak tengok seluar abah, baju Ibu, baju kakak.. semua dibuat dari kain kan...

(Kami tengok dia dah senyum dan angguk je..Faham la agak nye..)



***Dari Hati

Kadang kadang soalan anak anak ni bunyi nya pelik tapi tu la caranya yg betul kalau nak belajar..Jgn malu nak bertanya.Mcm Si story teller kami ni..

Thursday, December 03, 2009

Soal Jodoh... Mr Right or Mr Wrong..?

Assalamualaikum..

Kali ni ibu nak berkongsi kisah benar yg dilalui seorang kawan baik. Panjang ceritanye, tapi elok ibu ringkaskan je..Bukan bertujuan hendak mengaibkan tetapi sekadar berkongsi kisah hidupnye..mungkin hari ni dia yg tanggung, kita pun tak tahu, mungkin esok lusa akan berlaku pd org terdekat dgn kita...Hidup kita ni kan Darul Ujian..(Meminjam kata kata Mama Salbiah)

Hampir dua puluh tahun lebih dulu, dia bertemu jodoh dgn kawan setempat kerja.Masa tu ada pro dan kontra dari kerabat terdekat, maklumla calon nya bukan dari kalangan warga Tok Raja Jembal(merujuk kpd ore Klate..) tapi dari sebuah negeri yg sgt kuat memegang adat. Disebabkan kesungguhan si calon suami utk memperisterikannya dan kata org, jodoh nya kuat maka terbinalah ikatan suci..

Itu cerita dulu..Dan selepas dah ada beberapa org anak,(yg kebanyakannya berjaya dlm akademik dan memiliki rupa paras yg 'sedap dipandang'..) terkini Ibu dapat berita yg kurang mengembirakan pulak..

Kawan baik Ibu ni mengadu yg baru sekarang dia sedar ..He`s not the right person..Means after their long journey together, now only she discovered that he is her Mr Wrong..

Rasa simpati sgt sgt semasa Ibu luangkan masa jd pendengar luahan hati dia baru baru ni..Tu la kan.. dalam hidup kita ni, tak semua yg kita inginkan dapat kita kecapi keseluruhannya..Spt kawan baik Ibu ni, dapat jodoh yg 'KAki surau', ada pendapatan tetap,tapi mengikut ceritanye..kurang bercakap la pulak..dan disebabkan dua dua b`keje, maka si suami kurang nak berkongsi certain expenses, tapi kalau dgn anak anak teramat la dermawan..

DAn banyak lagi aduan yg perlu di OFF RECORD.. So bila Ibu fikir kan semula, sebenarnya Allah dah tentukan jodoh terbaik utk kita.Dan disebabkan kita ni pun bukan sempurna, ada terkurangnya, maka kita perlu cuba menerima pasangan kita seadanya. Dan cubalah sebaik mungkin utk menyedarkan pasangan kita supaya tahu, what are those Do`s and Don`t yg dia perlu ingat.

Cinta perlu dipupuk..Bukan sebulan sekali atau setahun sekali tapi setiap hari..Rasanya belum terlambat utk kwn baik ibu ni 'tekan butang refresh' dan dkt kan semula cinta yg dah menjauh tu..

Sepertimana pesan Ibu kat dia baru baru ni..(Sebenarnya ianya lebih kpd mengingatkan diri ibu sendiri..)

"Cuba bertahan..Jgn mudah menarik diri..Kalau laluan sukar semasa membesarkan anak anak dah berjaya dilalui dan bersusah senang bersama, kenapa bila anak anak dah mula bekerja, perlu dilayan perasaan sebegitu..? Cuba pandang semua kebaikan dan jgn fikirkan kekurangan suami..Kita juga tidak sempurna kan...?

Semuga kawan baik Ibu dapat absorb kata kata Ibu..

***Dari Hati..
Hidup kita ni terlalu singkat utk ditangisi.. Nikmatilah setiap detik yg Allah beri dgn hati tenang dan redha dgn apa jua dugaan yg diberi..Takkan diduga hambaNYA lebih dari tahap yg mampu ditanggung..

Thursday, November 26, 2009

Anda Jenis Yg Mana Satu ?


(Gambar sekadar hiasan...Buah hati kami..Tengku Muda aka Ichad)


Assalamualaikum..Semua dah tido termasuk abah yg dah lena kat depan tv tu..Saja Ibu tak nak kejut kan dulu ajak tido kat atas.. biar je tv yg duk tonton dia, bukan dia tgk tv..Jam pun dah kul 12.00 lebih, kalau dia ada around, selesa sikit kan..Kalau masa dia o/station, dah lama ibu dan anak anak masuk bilik.

Sebenarnye idea nak tulis kat entri ni dtg dari siang tadi lg tp di sebabkan agak sibuk almaklum tgh cuti sekolah, selalu bertangguh nak mengadap PC.

You all perasan tak,, dalam hidup kita ni kita pernah berurusan dgn beberapa spesies orang..?Kali ni ibu nak bagi 2 jenis je..Like it or not, spesis A ni mmg wujud dan bertebaran di muka bumi ..Mungkin kewujudan mereka ni sbg dugaan kpd insan insan lain ..

Bandingkan..Dan cuba recall semula pengalaman lalu ..

Jenis A

"Kalau boleh kita nak elak dari bertemu.Atau lebih tepat lagi, kalau mendengar nama dia pun kita dah rasa bagai memikul beban..Apatah lagi kalau terpaksa berdepan, bercakap atau apa apa lagi.."


Jenis B

"Kita suka sangat kalau berpeluang berdampingan dan dikaitkan dgn dia. Dengar namanye orang sebut pun kita dah rasa tenang dan tertunggu tunggu bila lagi dpt bersua, dan setiap perkara yg dia buat akan buat kita selesa dan selamat..."

Haa..jauh nya beza antara 2 spesis ni kan.. Tujuan entri kali ni bukan utk mengata atau mengajak para pembaca semua mengumpat..(nauzubillah)..Tapi sekadar utk bermuhasabah diri..

BIG QUESTION MARK TO ALL..ANDA JENIS YG MANA SATU ???

Friday, November 20, 2009

Step By Step Sayang....

Alhamdulillah sempat jugak Ibu taruk entri hari ni.Dua tiga hari ni agak sibuk, mcm biasa setiap hari tentu ada perkara baru yg berlaku.Yang tentunye memerlukan perhatian Ibu..

Abah kurang sihat dari last week.Agaknye terlalu penat asyik o/station je.Seminggu ke Srwk.Travelling yg agak mencabar bila perlu naik bot seberang sungai ke ladang jauh jauh, tido pulak kat area rumah pekerja ladang yg kurang selesa,balik dua malam kat Semenanjung,kena pegi lagi ke Kuching, KK (Sabah) dan re-tour ke Kuching semula.
Ibu dah agak,bila balik nanti ada la orang buat muka monyok..penat tahap maksima.
MC dari Doc hanya buat Abah bertahan kat rumah cuma 2 hari.Hari ni dpt lagi mc tapi biasa la Abah, "workoholic"..nak stay kat ofis je, byk keje tak selesai..
(Yang,, sebenarnye selagi 'ada nadi'..keje tu tak abis..Sayangi lah diri Anda sendiri sebelum menyayangi perkara lain dalam hidup ni..)

Topik kali ni sebenarnye pasal "Mbiak Benar" kami..Muhammad Raheem Irsyad. Biasa la..Orang ada anak kecik ni, asal buka mulut je, mesti ada cerita pasal anak.Bulan ni dah masuk 11 bulan usia Ichad aka Tengku Muda.
30 hb Nov ni maka genap la umur dia setahun..Alhamdulillah..

Sejak awal bulan ni lagi Ibu dah semakin sibuk mengawal trafik si kecik ni. Kalau dulu bila kami tinggal 2 org je kat rumah, boleh Ibu letak je dia kat mana mana asalkan bagi dia mainan dan dia boleh nampak Ibu. Tapi bila dah masuk 11 bulan lebih ni, minat terkininye mendaki..Apa lagi.. Panjat tangga ke tingkat atas.. Cepat betul tangan dan kaki bekerjasama menaiki anak tangga.Pendekata Ibu kena follow je belakang dia..Belum pandai jalan tu..Confident je naik tangga sambil mulut duk panggil ABAH...ABAH...ABAH.. (Alahai..Ibu yg duk teman dia hari hari ni, jarang dia sebut.Tapi Abah yg jarang jarang ada kat rumah tu.. senang pulak dia sebut)

Dan...Dari pagi tadi, makin laju dia mula melangkah sendiri..Syukur Ya Allah..Anak ku dah pandai jalan..Alhamdulillah..Semakin meriah la rumah kami..Bila dia mula melangkah je, kakak kakak dan abang mula riuh seronok tgk kan si Adik mula menapak..
Dan pagi tadi semasa Ibu bentang kan sejadah utk solat sunat Dhuha, Si kecik ni pegi duk kat depan, meniru cara tadah tgn berdoa.Ibu yakin dia dah faham,ada kaitan antara sejadah,pakai telekung dan doa. Alhamdulillah..

Terlalu banyak yg Ibu syukuri dalam kehidupan seharian.Walaupun Ibu memilih utk tidak berkerjaya seperti Ibu ibu lain, dan menumpukan perhatian kpd hal ehwal keluarga,(Pengurus Operasi Rumah Tangga la...) sbg isteri, ibu dan segala macam yg berkaitan dgn keperluan anak anak..jauh di sudut hati ni, ibu sgt berpuas hati dan bersyukur..Anak anak dpt merasa air tgn Ibu sendiri, bgn tido je Ibu ada kat rumah, Nak tido pun Ibu boleh pok pok..(Tak mcm dulu masa Ibu sibuk dan byk urusan yg sepatutnya Ibu buat, terpaksa di pikul oleh Kak Saparlina..)

Aduhai..masa tu Ibu selalu berangan nak jaga sendiri anak anak..bersalah sgt sgt bila Ibu sampai rumah dah kul 11 mlm dan ada anak yg dah tidur pun..Kesian bila tatap muka anak tido kan..Dan masakan si Kakak Indon ni pun lain je, tak mcm cara Ibu tapi bnyk perkara yg terpaksa 'diterima tanpa rela'..

Dan,,sekali lagi Alhamdulillah. Selepas kami berhijrah ke Srwk, Ibu buat keputusan berani. No more maid in da house. Ibu nak jaga sendiri.. Any business in the future..InsyaAllah buat Homebased.

Family first..So bila dah transfer balik awal tahun ni, dgn si kecik baru umur 30 hari masa tu, w/pun agak kelam kabut..Ibu tahu dan semakin yakin yg keputusan ni yg terbaik. ( Ibarat kata sorang blogger, keje surirumah dan isteri ni , keje dgn Allah...)

Betul kan..

Friday, November 13, 2009

Jejak Kasih Pagi Jumaat..Alhamdulillah

Bismillah..Hari jumaat, biasanya hari paling sibuk ibu. Anak anak balik awal dan cuma selang masa setengah jam je dari masa Along balik dgn Kak Nani balik dari tadika.Nak ngemas, masak,laundry,tu belum kira sessi kawalan trafik dgn Si Tengku Muda. Pendek cerita, "ppeluh pah kketing" (bahasa Ibunda lagi..)

Tapi sejak dua tiga hari ni selalu teringat kat sorang kwn yg lama betul ibu dah tak jumpa. Agak nya dia pun duk teringat jugak kat ibu..He he he..Who knows..

Pagi ni sempat ber`fb dgn Ani jap.Cuba la trace si kwn ni berpandukan no yg Ani bagi...Alhamdulillah. Hajat ibu tercapai.Ceria je suara Li (perempuan la..) di hujung talian.Bertukar cerita suka duka..Rupanya dia tinggal tak jauh dari tempat ibu sekarang.Makna nya dgn izin Allah kami akan berpeluang jumpa nanti..
Benar jua kata Mama dulu, ikatan ukhuwwah persahabatan kerana Allah adakalanya lebih kuat dari ikatan sesama pertalian darah daging kita. Ada masanya kita lebih terkenangkan kwn kwn baik yg dah lama tak jumpa, berbanding dgn saudara kita sendiri..

`Ala kulli haal..Life must go on..Begitu la kwn ibu yg sorang ni, respect betul dgn cara dia. Siapa la kita hamba ciptaanNYA utk melawan apa jua takdir yg ditentukan ALLAH..

Utk Li..Ingat tak masa kat ITM dulu, kita pernah sebut..BEST WOMAN WIN..

Wednesday, November 11, 2009

Van Jenazah...?




Assalamualaikum..

Hampir tengahari tadi masa keluar kali yg ke 3 utk jemput Kak Nani dari sekolah tadika, ibu terserempak dgn van jenazah.Dan disebabkan kereta ibu duk paling depan maka dapat la tengok jelas lintas lansung ke dalam van tu.

Wajah wajah pengiring (mungkin anak anak atau sedara mara si mati) semuanya sugul, muka sedikit merah dan kesedihan jelas tergambar.. Begitu la kehidupan ni, terlalu singkat sebenarnya. Bila dah tiba masanya dipanggil pulang, tak kira bersedia atau tak, laluan dan perjalanan nya mcm tadi la.

Rumah kediaman kami sekarang ni sebenarnya berjiran dgn "Alam Fana"..Nape ibu kata camtu? Ya la..Kalau belakang dapur kami tu kwsn kubur yg luas dan mmg dkt sgt..cuma dipisahkan oleh pagar simen tu je..Tak pe , bukan nya diorang boleh balik semula selepas di'simpan' kat situ..Anak anak pun dah faham.

Walaupun sekejap je sebenarnya berselisih dgn konvoi yg nak ke kwsn kubur tadi, tapi Allah telah beri kesan yg besar pd ibu sejak balik rumah tadi.

Suddenly teringat isi dalam blog CL http://manzlie-makkah.blogspot.com Ada satu entri tentang orang yg semasa hayatnya sentiasa melewatkan waktu solat,suka solat di hujung waktu. Selalunya cerita camtu kita terbaca dalam Mastika, tapi disebabkan ianya kisah benar yg berlaku di Tanah Suci Makkah sebagaimana yg diceritakan oleh CL yg sekarang menetap di sana..maka Ibu rasa elok la dikongsi bersama dgn semua rakan bloggers.
InsyaAllah akan ada dikalangan kita yg akan berubah selepas baca kisah benar tu.

Dan rasanya petang ni ibu nak stat ngulang lagi sekali baca buku MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR.Tulisan DR.A`idh Al-Qarni,Dr MUhammad bin Abdurrahman Al-Uraifi dan Syaikh Muhammad Husain Ya`qub..

(Sama sama lah kita berdoa semuga kita memperoleh Husnul Khatimah, kesudahan hidup yg mendamaikan dan berbahagia dlm iman dan Islam..Jua kepulangan yg sgt sgt dirai kan oleh segala isi langit dan para malaikat..Amiiiiin)

Thursday, November 05, 2009

Handphone ku..Inna lillahi Wa inna Ilaihi Rooji`un


Kalaulah penggantinya lebih kurang camni...

Assalamualaikum..Malam ni 'line clear' awal so sambil nunggu benda dlm kukusan tu siap, ibu ambik peluang jap taruk entri baru.

Yess...Ape yg dlm kukusan tu ye. Al kisahnya hari ni banyak ilham datang, disokong pulak dgn bahan bahan asas dah tersedia. Siang tadi, rendam 1 kg beras pulut dlm dua bekas berasingan. So lps isyak td,bila dah berjaya pok pok si Tengku Muda (nama manje je tuhh..selalu d tukar tukar pun..kdg kdg ibu panggil "Mbiak Srwk"..ikut suka je..)projek pertama, molah tapai (makna nya buat tapai)..pastu kukus yg sebahagian lagi tu buat pulut kuning pulak. Alhamdulillah baru selesai projek kedua.

Noor, Ha...Rajin sik kamek..?

Tu baru intro..Belum berkait dgn tajuk kat atas pun..Alahai.. Selasa malam baru ni, handphone ibu terrrrr masuk ke dalam mesin basuh. Yg pelik nya bila dah mula proses basuhan, Ibu yg duk masak kat dapur boleh dgr dah bunyi mcm benda keras duk berlanggar dlm mesin tuh, dan Ibu dah buat inspection sendiri..tekan "pause"..seluk tgn cari dlm basuhan tu, kut ada mainan kanak kanak ribena termasuk ke dlm tu.. Boleh tanya lg diorang.. " Sape yg masukkkan mainan dlm bakul baju kotor?" Of course la jwpn nya "Tak de Bu.."

Tu la kan..Bila memang Allah nak tarik balik rezeki kat tgn kita..Sampai ke sudah..Ibu boleh LUPA yg masa nak bwk turun bakul laundry tadi, sebelah tgn dukung Si Tg Muda, sebelah lagi jinjing bakul laundry dan HP tu pun dimasukkan dlm bakul tu sekali..Bila dah sampai ke bwh, buat tu, buat ni..terus LUPA dgn nasib si kwn baik ibu tu..Elok pulak dia terselit kat celah2 kain baju..

Dipendekkan cerita..Bila dah siap, nak unload dari mesin baru la ibu ambik selai selai baju dan cek apa yg bikin bunyi tadi..
Rupanya kat bawah sekali baru jumpa.. Kesian dia..Tempoh perkhidmatan dgn ibu setakat mlm tu je..

Mlm nye pulak bila Abah call dari Mukah (Srwk) ke talian rumah, bertanyakan nape tak dpt contact hp..Cerita la bla bla bla... Alhamdulillah cool je suara Abah kat hujung talian..Dah tak de rezeki, redha je la kan..

InsyaAllah ada hikmah tersembunyi di sebalik setiap kejadian..Yg pasti nye..Abah kena keluar bajet khas la bila balik dari outstation nanti..Ye la kan..Nanti susah jugak Abah nak contact Ibu kan..

Dan dua tiga hari ni, memang terasa sgt spt kekurangan sesuatu bila keluar rumah atau ke mana mana..Mcm kurang satu teman.. Henpon la tu...He he he..

Friday, October 30, 2009

To Buy Or Not To Buy..Rumahku Syurga Ku


(Gambar ni tak de kaitan dgn tajuk cerita..Saje je..Dah besar pun Tengku Muda.Hari genap 11 bulan)













Assalamualaikum..
Kali ni ibu nak berkongsi cerita pasal beli rumah.Baru 2 mlm lps Abah bagitau ada rumah nak dijual di Taman Perumahan yg kami stay sekarang.Macam biasa la tugas contact ejen diserah kat ibu..Dipendekkan cerita mlm tadi kami pun pegi la tgk rumah tu.

Ha ha ha rupanya kat jalan yg sama dgn rumah sewa kami sekarang, dan yg lucunya..tu antara rumah yg Abah selalu usik ibu..kononnya dia nak beli rumah tu nanti.Dan rumah tu jugak la yg jadi perhatian Ibu dan anak anak tiap kali kami lalu dpn tu.Menariknya bukan sebab pattern nya atau cat ada ciri ciri "Wah..." bila mata memandang.. Nak tahu sebab ape...?

You all bayangkan..Antara ayat ayat yg selalu ibu dan anak anak kata bila lalu dpn rumah tu..

# Kesiannya Tuan rumah ni, tak sempat nak angkat jemuran..Kena kejar dek ALONG..Boleh dia tinggal camtu je rumah dia..

# Tengok..Pasu bunga dia pun ALONG pecahkan. Ni kes berat ni..apa laa nasib org tu kan..

# Laaa.Dah kena simbah cat merah la pulak..Nape la pegi pinjam dgn ALONG..Kan dah susaaah..

Dan malam tadi, lain pulak ceritanya..

Ikutkan hujah si Peguam yg wakil owner rumah tu,pemilik asal ada masalah so dijual @ dipindah milik kat second owner.Gedebakk gedebuk..Second owner nak immediate cash..dijual pd harga below market price..which is really memikat hati Abah selaku pembayar tunggal setiap transaksi belian aset..
Bab harga tu Ibu setuju jgk sbb kalau rumah lain kat area taman ni, purata harga dalam RM350K ke atas, so bila yg tu nak dijual pd harga slightly lower..WHY NOT kan..

Outlook nya pun nampak ok EXCEPT kat few parts yg ada 'kaler merah' tempat kena simbah dan dibuat lakaran besar RM RM RM dgn cat merah tu..

Sebenarnya kalau orang yg tak pernah baca "Koran" pun mesti boleh agak, rumah tu ada history yg berkaitan dgn pinjam duit tak dpt nak bayar..Dulu pun pernah kami lalu, tgk ada kertas yg difotostat gambar perempuan melayu..mtk dibayar hutangnye..Kesian makcik tu..Dan sampai sekarang kita semua tak tahu kat mana dia gi menyorok, sampai kain baju kat ampaian pun ditinggal camtu je..

Tapi dalam duk berkenan nak beli..ada jugak terdetik dlm hati..Entah entah bila Peguam tadi pegi bwk org utk kasik clear semua 'isi alam 'yg bersepah kat depan tu hari ni..(Kami tak dpt masuk tgk ke dlm sbb dia kata nak kemas dulu baru boleh open for viewing..)Entah entah..Dia jumpe 'mak cik' tu dah kering kat dalam rmh tu..kena ikat kt tiang ke..kena potong 14 ke..Atau ape ape la..Ya la kan...Bila deal dgn ceti haram ni..mesti berakhir dgn episod sadis je..Nauzubillah.. So b`balik pd kisah kat atas tadi, tolong la pakat bagi pendapat..BUY OR NOT TO BUY ?

Saturday, October 24, 2009

Thanks for the Songs..


Salah sorang peminat 'tegar' Pak cik ni..Lawa topi bang..

Hari Sabtu.Pasar Tani Taman Melawati. Macam biasa, bila ada kelapangan kami berdua akan ke sana,cari ikan hidup (bahasa ibunda..), sayur dan apa apa je utk mengisi fridge kami, atau lebih tepat lagi bekalan bahan masakan utk restoran kami kat rumah tu.Al maklum anak anak tengah membesar, perihal masak memasak ni mmg jadi agenda penting dalam senarai daily tasks ibu.

Sape sape yg selalu ke pasar tani Melawati ni, tentu tahu apa yg buat kita selalu terbuai perasaan sambil duk jln jln pusing keliling kat situ..

Tengok betul betul gambar kat atas tu.. Tu la seniman penghibur kami tiap minggu.Lagu lagu dendangan dia pun mmg jenis evergreen je. Ada sekali tu, masa dia duk nyanyi lagu Alleycat..(ibu dah lupa apa tajuk nya) Kebetulan Ibu dan Abah lalu dpn dia, terus tabung RM kat dpn dia tu kami isi..dan dlm hati Ibu berkata " Thanks for the song.." Suara Pak cik ni pun sebenarnya boleh tahan. Tu la anugerah Allah..Dikurangkan kemampuan melihat, diberi NYA pula banyak kelebihan lain.

Apa apa pun kehadiran Pak cik tu amat menyenangkan para pengunjung..Hari ni antara lagu dia yg masih ibu ingat sampai malam ni..Lagu DJ Dave..

Dalam kabus pagi
Ku kehilangan mu
Sekeping hati yg telah luka
Kering air mata
Ku tidak berdaya
Kecewa selalu kecewa..
Apa kan daya..
Kenangan tinggal kenangan
Kehilangan mu ku bersedih..
Tapi tak mengapa sayang
Ku pujuk hati ku ini

Semuga Pak cik tu sentiasa hadir kat situ tiap Hari Sabtu. Dan semuga tabung RM nya dapat diisi penuh oleh para peminatnya..(Termasuk la Ibu dan Abah)

Friday, October 16, 2009

Kepada Mu KEKASIH

Layaaann....



Kepada Mu Kekasih
Aku serahkan jiwa dan raga
Jua segala nya
Apakah kau akan menerima
Penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku
Dalam keadaan ini...

Wednesday, October 14, 2009

Khabar Dari Saratok


Gambar lama.Belakang dapur tu, bangunan yg kita nampak tu Everise dan sebelah kanan gambar..opis abah dulu(Felcra Bhd).Dkt je kan..Kdg tu kami boleh lambai to each other masa ibu duk jemur kain kat beranda atas..abah kat tingkap bilik opis dia.Masa kami pindah, pagar tu dah penuh dgn bunga bungaan dan sekeliling nya dah merimbun pokok serai, pokok pisang, pucuk manis dan mcm mcm.

Alhamdulillah..Dapat call dari Lily di Saratok pg ni.Ingat kan Mrs Kumagai tadi.

Banyak cerita suka duka kami kongsi bersama.Ada yg d promote naik pangkat, ada yg balik bercuti kat semenanjung la, cerita majlis raya besar besaran kat tmn dpn rumah sewa ibu dulu, pasal orang tu masih suka tido bgn lambat dan kalo nak gi rumah dia w/pun jiran dkt dkt tu, mesti call dulu, tak leh redah je..nanti kena marah..Ha ha ha..Masih perangai lama nampaknya.Belum berubah..

Oppps..ni dah kira ngumpat la Ibu rasa..Astaghfirullahal`Aziim..
(Mancai juak kamek pagi tuk!!)


**Dari Hati..Lama tak dgr suara Sis Lina(MPOB)rasa nak oda satey,rendang dan mcm mcm lagi dari Chef ni..Best Gilerr..

Monday, October 12, 2009

Pulut Durian..Nyamannn Gilak.


(Mrs Kumagai..thanks for this foto)


Salam..
Semalam kami adik beradik berkumpul kat rumah Pak Faris Dan Ibu Sal di Puncak Alam..
Program kami meeting pasal persediaan Ayah Su (adik bungsu Ibu) bulan Feb 2010 ni.Dan acara kemuncaknya makan Nasik meja panjang ramai ramai ( dah tentu Tok Ngulu atas meja adalah Budu dan seulas durian dlm mangkuk budu tu..) Nyaman nya..

Lepas zuhur, mesyuarat dimulakan..dan habis mesyuarat, kami layaaaan lagi makan Pulut Durian.Abang @Zauji la tukang kopek durian. Adik Ipar Ibu, Mr Adam Kumagai pun apa lagi, ambik bahagian la..tapi dia ni tak suka makan dgn Sticky Rice..Seronok tgk si Mrs Kumagai pulak makan, sambil mkn sambil sembang.

Alhamdulillah dapat jugak kami geder geder dalam kesibukan masing masing. Puan Puspa Rod And CO. dtg bawak Camry baru.Elok la tu..Rezeki bertambah.

Abang @Zauji pulak sanggup angkut Laptop, siapkan kertas keje Bajet FUESB utk tahun depan. Sambil nunggu nasik dihidang oleh anak anak dara kami tadi, sempat jugak Abg mengadap..At least dia tak ketinggalan dalam program kami walaupun Ibu tahu, dia sekarang dlm tahap Busy Gilerr.. (Thanks Dear..U`re so supportive)

Apa pun terima kasih yg tak terhingga Ibu ucapkan pd Tuan Rumah merangkap Pemilik Adagaya Butik di Mydin Subang Jaya tu.Hidangan mcm mcm semalam tu sgt membuka selera kami. Apalagi si Sal yg tengah sarat mengandung sempat lagi ke dapur sejak awal pagi. Semuga bisnes Adagaya semakin maju dan berkembang..( ibu dpt tahu dah ada consignment ke Brunei) Amin..

Dan on d way balik semalam, kami singgah kat Sungai Buluh, beli sikit bunga dan pasu baru.. InsyaAllah esok ibu ada projek baru yg nak dimulakan..

Wednesday, October 07, 2009

Alahai INTAN..Al Fatihah utk Arwah Ani..

Pagi ni..Klinik Seri Indah..Taman Samudera, Gombak.
Sambil tunggu giliran nak bawak Nini jumpa doktor. Another mother kt sebelah pun sama mcm Ibu,kami berbalas senyum.. hati hati je dia dgn anak anak yg 2 orang tu, sorang sakit mata teruk jugak sampai nak bukak mata pun susah. Anak yg sakit tu disuruh pindah seat jauh sikit dari kami.Si anak patuh je..( Dlm hati ibu..Mcm pernah ku jumpa orang ini..Tapi di mana ya??)

Dah siap giliran dia jumpa Doc, terus dia dtg sebelah ibu.." Mtk maaf kak ye..Nak tanya sikit..Akak pernah study kat ITM Kelantan ke dulu? Saya ni.......Akak dulu O.C kan? Saya selalu gi dorm TAQWA..Jumpa Maya, Midah, Miza,...
Tak sangka kan.. Bla bla bla..

Sempat la kami bersembang sebelum dia mtk diri utk gi office semula kat CIMB.Antaranya Intan cerita baru ni dia gi KB, seronok sgt.."Pantai Timur pun ada lagi mcm dulu.." Situ la tempat kami shopping dulu dulu..senang sbb dkt BSN dan Pasar Siti Khadijah..

Tapi ada satu berita dari Intan tadi. "K.sue ingat tak kwn kitorang, Si Anie.." Ibu pun terus dapat mengagak apa yg nak Intan cerita.." Aaa.K.sue dpt tahu dari Ida."
Kata Intan.."Betul la tu k.sue..Dia meninggal 14 hari lepas bersalin.."

Semuga roh Ani (Adik kecik) tenang di sana, di samping Yang Maha Mencipta..

Tuesday, October 06, 2009

Kembali Terjalin

Bismillah.. Minggu ni ada banyak perkara seronok yg berlaku..atau lebih tepat lagi,, segmen jejak kasih Ibu. Kadang bila kita tak plan sgt, ianya tiba tiba jadi.Tu yg buat bestnya kan..YeeeHaaaa..

Kalau sebelum ni Ibu boleh terserempak dgn Cikgu Siti Hajar Dollah kat Tmn Metro, jumpa Duya dan husband (dah ada cek mek sorang)kat Bazar Ramadhan Tmn Samudera, dan diberitahu yg Kartini Kamarudin pun stay area dkt dkt ni je, dan jumpa gak dgn si Jee (ITM Pahang dulu) Dah jadi Lecturer..

Kali ni Ibu terpanggil utk search kat Face Book. Bukan biasa sgt pun belayar dlm FB tp disebabkan masa balik raya hari tu, ramai pulak anak buah dan dua tiga adik beradik yg bercerita pasal FB, Ibu pun terpanggil la utk jenguk semula ke FB Ibu yg dah lama bersawang tu.

Gedebak gedebuk..dah banyak kerat yg Ibu dapat contact semula.Terutamanya kwn kat Sekolah Naim LilBanat dulu dan yg sama sama kat ITM Kem Kijang dan ITM Segamat dulu.
Selepas berbelas tahun, Kak Dah (Wan Zaidah) rupanya kat London sekarang, Nik Akmal dan Mrs nya (Haima) pun dah dpt dihubungi semula, Dari friendlist dia la Ibu dpt tgk dari jauh si Lizzy (Haliza), Reza Rosdee,Anuar Rawi,Sabrizan Rashid (kami ada jumpa dulu masa Ibu kat Balok), dan beberapa org lg yg kenal gitu2 je.

Alangkah lg seronok kalau dapat contact semula Ruslaili Muhammad (masa balik raya, lalu dpn rumah dia dah d renovate jd big banglo), Dari si Duya Ibu dapat tahu sikit sikit cerita terkini psl dia..
Cik Dah (Nik Rashidah), Nana, Nordiana Ali, Fendi Nasir(pernah dtg salon Ibu dulu bwk wife dia),Nik Nasimah dan lain lain..

Cepat nya masa berlalu, Ibu dapat tahu ada di kalangan kwn kwn kami ni yg dah kehilangan orang tersayang, beratnya dugaan..semuga mereka tabah.Hidup perlu diteruskan, kalaupun bukan utk kebahagiaan sendiri, mungkin utk melihat senyuman anak anak..

'Ala kulli haal..Ibu sgt bersyukur dgn apa yg dilalui..InsyaAllah lebih ramai lagi yg dpt di jejak..semuga ikatan Ukhuwah akan kembali terjalin..

Friday, October 02, 2009

Sepi Itu Indah.

Salah seorang anak bertanya hari ni.."Bu, Bu tak boring ke duk kat rumah je..Abah selalu pegi sana pegi sini..Ibu tinggal sorang.."
Tak sangka ada anak yg terfikir pasal 'sepi' ibu ni.Sebenarnya ni kali ke dua dia bertanyakan soalan lebih kurang begitu kat ibu.

Masa kali pertama ditanya, ibu cuma senyum dan dia sendiri menjawab.."Tak pe la Bu, kawan je la dgn anak anak kan.."Dan Jawapan ibu utk soalan yg sama kali ni.." Mcm ni la, bila ibu dah decide nak jaga anak sendiri mcm sekarang, ibu tak dapat la keluar selalu, nanti sape yg nak masak, nak jaga anak kat rumah. Nak ke mcm anak orang lain yg mak dia keje tu..duduk kat rumah dgn org gaji je.." sempat pulak si dia ni mencelah.." Aaa..mcm Mak Lang kan. Dia selalu gi over sea tapi anak anak selalu kena tinggal dgn Bibik je.."
Jauh di sudut hati Ibu, terlintas juga rasa bangga dgn keperihatinan si anak yg makin dewasa ni. Agaknya dia kesian bila Ibu banyak spend masa di rumah dan melayan segala macam hal ehwal keperluan dia dan adik adik, dan bila Ibu tak ramai kawan di sini, tak de program berjemaah mcm dulu, tak de attend kelas masak masak Wadira,dan lebih kasihaaaan lagi..Abah lak selalu outstation.

Wahai hati..
Ketahuilah,
bukan salah pun
jika sesekali terasa sunyi,
sepi dan keseorangan, tak berteman.
Dan tidak salah juga
bila sesekali rasa cemburu,
risau datang bertandang.
Wahai Tuhan
Ku telah redha memilih
utk mendahulukan Amanah Mu
Sbg hamba Mu,
Juga isteri kpd seorang suami
dan ibu kpd anak anak kami..
Selagi daya ku
Namun ketahuilah

Wahai hati..
Ada kala ku cuma mampu memerhati
Pada hari hari yg datang dan pergi
Selalu ku berbisik pada hati
Dalam bercinta kita perlu telus.
Wahai Tuhan..
Hatiku ini milik MU.
Hatinya juga milik MU ya ALLAH..
Dan doa ku..
Satukan lah hati kami.
Seindah cinta Adam dan Hawa
Andai Engkau mengambil semula
Rasa cinta,kasih sayang milik MU
dari hati hati kami,
Tabahkan lah hati ini..
Dan pinta ku
Penuhilah setiap ruang hati ku
dgn kemanisan
rasa cinta, rindu dan taat kpd MU
seperti yg ku rasai
sejak mula mengenali Cinta MU
dulu,ketika ini..
dan biarlah sampai ke hujung nyawa ku nanti...

Wednesday, September 30, 2009

Wang Besar...Wang Besar..


Assalamualaikum..Lama betul tak menulis kat sini. Ibu selalu jugak buka blog tapi skadar jadi tetamu dalam blog sendiri. Almaklum, sibuk dgn program raya. Suka ke ...tak suka ke.. bila dah masuk musim raya ni, ada la beberapa hal dan keperluan peribadi terpaksa di ketepikan dulu.

Hari ni dapat la ibu jengah sekejap.. Jap lagi bila si Tengku Muda dah bangun, tak dpt dah nak ber'blog'..Tangan dia lagi laju nak tekan keyboard, pegang mouse,mcm la DeskTop ni dia yg empunya.

Kurang sihat dari malam tadi,tp kalau dah namanya seorang IBU..selagi berdaya bangun, seluruh anggota badan perlu bersatu, tugas harian mesti 'beres'..terutamanya mcm minggu ni..anak anak dah mula sekolah dan Abah pulak dah mula outstation trip nya ke Sibu dan Sandakan start Isnin hari tu.. sabar je..

Sebenarnya ada yg menarik utk dikongsi bersama hari ni. Panggilan dari Kak Long tadi sgt 'berkesan' utk menyuntik semangat pagi ni. Hidup mesti diteruskan. Pencarian WANG BESAR selagi berpeluang seperti yg kakak sulung ibu ni amalkan sgt baik utk dijadikan panduan.Semangat juang mcm ni la agaknya yg ada dlm diri Ushawan Melayu yg dah berjaya selama ni.. InsyaAllah berkat usaha penuh kesungguhan dan doa munajat yg tak henti henti..suatu hari nanti, empayar MOK LONG (panggilan anak anak ibu utk dia..) akan berdiri gagah sebaris dgn ushawan uahawan lain.


****( Begitu juga la hasrat Puan Sue sendiri..he he he..Amin Amin ya Robbal 'alamin..)

Wednesday, September 16, 2009

Salam dan Kemaafan.

Dah tak banyak hari lagi nak raya. Anak anak mula countdown..berapa hari lagi nak balik Tanah Merah.Al maklum sejak kami pindah ke semenanjung awal tahun ni, belum sekali pun kami berpeluang balik ke kampung ibu, berbanding dgn kunjungan ke Segamat, ibu pun dah tak ingat lagi berapa kali kami dah balik.

Dekat nak raya ni, biasa la antara ucapan yg kerap akan disebut semua orang..."Selamat Hari Raya".."Maaf Zahir Batin.." (Dan ada jugak yg lebih kalkulatif..)Ucapan nya lebih kurang gini .."Kira Kosong Kosong la ye"..

Tangan dihulur dan salam bersambut.TAPI jangan terlalu yakin jika dgn hanya berbuat begitu, segala kesalahan dan ter'kurang' ajar yg telah anda semua lakukan sebelum raya akan ter"delete" secara automatik. Dan jangan pula mengharapkan seseorang segera melupakan apa jua kenangan lama yg telah anda suramkan warna nya, atau anda dengan angkuh nya mengguris hati sesiapa dan mungkin dgn bangga sekali dpt membuatkan seseorang mengalirkan air mata...

Pengalaman kita tentu berbeza..Bersyukurlah jika kita tidak perlu memohon kemaafan disebabkan terlalu banyak salah laku kita terhadap makhluk ciptaan Allah di muka bumi ni..Dan kita juga patut sangat sangat bersyukur jika orang sekeliling tidak pernah terguris dek kata kata kita..(Kira Ramah Lingkungan la..)

Teringat kata kata Mama suatu masa dulu.." I can easily forgive..BUT I wont forget" Dan Ibu jugak teringat petikan ni..
"Namun Apa daya..Aku Manusia..Gagal menghapus kenangan lama.."

Dan apa kata sempena hari raya yg dah dekat ni, kita ubah sikit tatacara Salam Raya kita..Sebutkan sekali apa jua kesalahan yg kita nak si dia maafkan. Baru la aci kan..Guane..? ADA BERANI????

Wednesday, September 09, 2009

Bukan Anaconda





Pagi ni ibu turun lambat sikit dari biasa.Lepas babai Abah dan Along awal pagi tadi dan layan si Tengku Muda, ibu sambung gosok baju kat atas.

Sempat tgk TV3 jap, rupanya rancangan Ole Ole Chef Wan. Ha..Mcm biasa la, ibu suka tengok celoteh dia ni..Antara dialog yang buat ibu senyum sendiri tadi..(Elok juga dikongsi bersama teman teman blogger kat sini kan..)

Lebih kurang cam ni la pesanan dia tadi. Mungkin kalau org lain yg kata, kesan nya kurang berbekas kat ingatan ibu..Tapi bila dalam versi Chef Wan, senang je CPU ni nak auto save..Caya lu..

" KITA NI MESTI TAHU APA YG KITA MAKAN TU ADA KHASIAT KE TIDAK.YE..PASTIKAN DALAM SAJIAN KITA TU BERZAT..ADA PROTEIN, KARBOHIDRAT, SERAT,BLA BLA BLA..(DAN MCM MCM PESANAN YG BAIK BAIK DARI TOP CHEF NI ..)

JANGAN MAIN SUMBAT JE SEMUA BENDA MACAM ULAR SAWA YE..

KENAPE WAN CAKAP CAMTU..? SEBABNYE KITA NI BUKAN ANACONDA YE CIK JAH..iNGAT..YOU ARE WHAT YOU EAT...!!!"


Sekadar pesanan utk diri ibu sendiri..JANGAN JADI ANACONDA !! ( he he he)

Tuesday, September 08, 2009

UPSR..


Along dan adik adik.4 thn lepas. Raya kt Saratok.(Masa tu Ichad belum ada)Semua cute je kan..Skrg ni masing masing dah tinggi.


Salam.. Hari ni Along mula exam..Tengokkan dia dah baik dari demam pagi tadi, lega sangat sangat ibu rasa. Al maklum dua hari lepas Along demam teruk. Dah 2 minggu demam on and off.Sampai la dua mlm lepas, Abah bwk lagi sekali ke klinik, buat ujian Influenza A. Alhamdulillah -ve.Doktor bagi injection utk prevent dari kena H1N1.

Semalam pun ibu pujuk Along tak bagi puasa dulu..Kena makan ubat dan antibiotik ikut aturan, Alhamdulillah pagi ni dia nampak ok sikit walaupun masih kurang aktif.

Cerita pasal UPSR ni, dulu ibu duk dengar je luahan hati kengkawan yg mana anak anak diorang nak periksa. Risau, susah hati,tak lalu mkn pikirkan anak nak periksa,kenalin ( ni pun bahasa ibunda..maknanya berdebar).Dan masa Abah ditugaskan kat Felcra seri Bandi (Kemaman) dulu, lagi la menarik suasana nya bila anak anak nak exam ni..Nape yek..?

Menurut sorang kwn kat sana dulu, bila anak anak yg nak exam ni mula masuk dewan, kaum ibu pulak akan berkumpul kat satu tempat yg pihak sekolah sediakan ..Bila anak mula menjawab soalan, kaum ibu pulak akan mulakan bacaan Surah Yaasin..Ha..Camtu sekali kuatnya sokongan utk perjuangan anak menuntut ilmu..Kalau lah anak anak tahu betapa besarnya harapan kita nak tgk diorang berjaya `ala kulli haal..fi ddunia wal akhirat.

Dan sekarang tiba la giliran anak ibu pulak..InsyaAllah semuanya berjalan dgn baik.Doa ibu dan abah sentiasa mengiringi setiap langkah Along.
(Sempat ibu pesan kat Along pagi tadi supaya tenang, mulakan dgn Bismillah, Selawat..Dan anak dara ibu ni mcm biasa la..senyum..)

Semuga impian Along nak ke Sekolah Berasrama Penuh akan tercapai..Aaamiiin.

Thursday, September 03, 2009

Kenangan Ramadhan di Saratok..

Assalamualaikum..Kelip pah... kelip pah..( ni bahasa ibunda Ambo.)Hari ni dah 13Ramadhan. Cepatnya masa berlalu.

Lama ibu tak update blog.Streamyx buat hal.Alhamdulillah petang kmarin baru dapat masuk semula.Panjang ceritanya..Dipendekkan, hari ni ibu ke udara semula..Ni pun selepas berjaya tidurkan si Tengku Muda. ( He he he..Sape pulak ni..?)

Selepas beberapa tahun berpuasa kat tempat orang, tahun ni kami sekeluarga dapat menyambut Ramadhan di semenanjung semula..Tapi sejujurnya hati ibu masih di sana, terutama bila terkenangkan kemanisan berpuasa, ber'sungkei',berterawikh, berdhuha,bertugas masak utk iftar dan macam macam lagi..

Rasanya Mama Salbiah pun turut merasai apa yg ibu rasa sekarang..(Terima Kasih mama,, pengalaman yang tak kan Su lupakan..antaranya bila satu mlm tu, Su terpilih jadi imam solat terawih di kalangan jemaah wanita di surau Darul Muafiqin, Tmn Seroja..Biar pun cuma utk 1 mlm je, rasanya kalau kat tempat lain, Su tak dpt peluang tu)

Dan bila kami dah berpindah balik ke sini, Mama di Seremban (dan kdg kdg Melaka,S`pore,Putrajaya,Subang Jaya dan merata riti lagi), Su dan fmly kat sini, Cikgu Siti Aishah dgn keje sekolahnya, Cikgu Jun pun dah selamat kembali ke pangkuan Abe di T`ganu.. mungkin Iftar di Seroja tahun ni tak macam dulu lagi..Cuma ibu sentiasa doakan semuga masih ada lagi para jemaah yang rajin hidupkan surau, kekalkan aktiviti macam dulu..seolah olah kami masih di sana..InsyaAllah ada kelapangan kami akan ke sana lagi...

**** Mungkin tak ramai yg tahu kat mana Saratok ni..Satu pekan kecil di Sarawak.Kalau tgk peta, lokasinya antara Bandar Sarikei dan Betong.Kalau dari airport Sibu by road, perjalanan dalam 2 jam.Kalau dari Saratok ke Kuching lebih kurang 5 jam dgn kenderaan darat.

Anak anak ibu pun sampai sekarang masih lagi duk tanya, "Bu, Bila kita nak balik saratok? Duk kat sana best kan..Kak Nani suka nak main taman dpn rumah kita tu..Nak pegi Rayyan, Nak jumpa kwn kat Sekolah Hikmah." Dan mcm mcm lagi hasrat anak anak.. Macam tak puas lagi stay kat Sarawak..

Pd ibu la..Sebenarnya kat mana pun kita ni tinggal, selagi orang orang tersayang ada di sisi (dan kita saling memerlukan), kita tahu sesuaikan diri dan jgn sekali kali sombong,DAN yg paling penting, "Berpegang pd Tali Allah dan Tali sesama Insan" insyaAllah Allah dekat dgn kita dan alangkah indah dan lebih bermakna hidup ni kalau kehadiran kita dapat memberi manafaat kpd orang orang di sekeliling..

Friday, August 07, 2009

The Storyteller..Anak Yg Rajin

Salam semua..Ibu ada satu cerita nak dikongsi..Biasa la, hal anak anak..kadang kadang boleh buat kita senyum sendiri..

Hari ni kan Jumaat.Yg sekolah pagi balik kul 12.00 tgh hari. Kak Nani (Tadika Kemas) mcm biasa, kul 11.30. So nak jimatkan masa ulang alik, ibu keluar ambik dia lambat la sikit, nak terus sambung ambik yg 3 orang lg tu kul 12.00 kat Sekolah Taman Selasih.

Bila ibu sampai,spt yg di jangka, Kak Nani la yg paling lambat balik,tp dia boleh maintain senyum dan babai kuat kuat kat Cikgu..( Dlm hati ibu, lega..dia tak merajuk)
Dan memandangkan ibu masih dalam rally posa ganti lg,ditambah pulak Adik Ichad demam, ibu tak masak hari ni, kami terus ke TU DOK KOO..Beli nasik Ayam utk semua.Dan mcm biasa, K.Nani mesti ada permintaan..Ajak ibu masuk Minimarket dpn tu, ikut kan je la..Dah janji, satu barang je..Dia setuju.

Masa kecik..Kat Sarawak

Kami tiba kat depan pagar sekolah Along cun cun pukul 12.00, dia kata nak nyorok kat belakang..Kak Nini pulak mtk nak gi beli ais krim MingoMingo..Ibu layan lg.. Duk kelam kabut pulak, ais krim cair dalam keta ibu..Alahai..

Kemuncak ceritanya..Bila sampai dpn rumah dan ibu dah bwk Ichad turun, semua yg comot dgn ais krim dah basuh dan masuk rumah..Tengok si kecik tu seronok main dgn abg Aman, ibu kasi clear sikit kt dpn tu..Tiba tiba...

Kak Nani dtg dpn ibu, masih dgn beg sangkut kt belakang..Menangis..

Ibu : Kenapa kakak nangis ni?
K.Nani: Semua org tinggalkan kakak.Turun je..Ibu pun sama..Biar kan je kakak ni.
Ibu : Ye ke..ibu ingatkan semua dah turun.Kakak kan dah besar..turun je la sendiri

K.Nani: Ya la..Ibu tu biarkan je..nanti kakak MATI dlm kereta tu..(Sambil nangis)
Ibu : Isshh ! Tak baik cakap camtu.Mana ada org mati dlm kereta.

Ibu ingatkan luahan hati si Storyteller ni habis kat situ je..Tapi bila dah masuk dalam dia sambung lagi..(Kali ni lagi la tinggi 'pitching' dia)

K.nani: Kalau kakak ni mati..TAK DE LA ANAK IBU YG RAJIN..

OOOO...ke situ pulak..Sabo je..



Kawan Baik Dora.


Nur Raudhatul Imane aka Nani The Storyteller..5 tahun.

Thursday, August 06, 2009

MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Sesekali 'masuk majalah'..Dapat cover muka depan lagi..Ha ha ha..Ibu cuba cuba je..Sambil tunggu abah balik keje, dia ada seminar kat IOI Puchong dari pagi tadi.
Along dah siap masak mee sanggul kat dapur tu, Nini pun abis sessi belajar ptg ni, Si Aman main basikal kat dpn rumah, Kakak Nani tido dan adik Ichad duk atas riba ibu..Selagi dapat melekat kat badan ibu, selagi tu la...Donia ini Ichad yg empunya..

Sunday, August 02, 2009

Kelebihan Syaaban




Petikan dari hmetro online..Elok sangat dikongsi bersama kat sini..

SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

MasyaAlllah..Besarnya pahala berpuasa..

Saturday, August 01, 2009

Irsyad..

Irsyad..Kasih Sayang Ibu SepeNUH Hati..

Baru petang tadi Abah bantu ibu download gambar dari HP. Sekian lama 'cable kecik' tu dia duk bawak dalam beg keje dia.

Dari banyak gambar tadi ada dua tiga keping yg Ibu suka tgk..dan rasanya ibu ibu lain pun sama taste dgn ibu..Suka tak tengok gambar masa anak kita tgh tido?

Jom tengok gambar Irsyad tido..Manjanya..Agaknya apa la mimpi dia ye..



Do..Do..Do..Ichad nak tido..



Tertidur atas walker..



Tidur la sayang..Semuga mimpimu indah..


Alhamdulillah pd 30hb july baru ni, Ichad dah genap 8 bulan..Gigi bawah dah 2 btg dan atas pun dah tumbuh 2 btg..Semakin aktif dan selera makan pun excellent ..
apa je yg kami mkn, mesti dia nak rasa..

Semuga anak bongsu kami ni akan membesar sbg kanak kanak riang..sama seperti kakak kakak dan abang.Penuh kasih sayang dan doa dari ibu abah akan sentiasa mengiringi Along,Nini,Aman,Kak Nani dan Ichad..Insyaallah cemerlang di dunia, Berbahagia di Akhirat nanti...

Monday, July 27, 2009

21 Pesanan utk Para Suami..

Sekadar berkongsi beberapa input yg ibu dapat dari Pakar di http://pakarhowto.com

Baik hati si Pakar ni, siap offer supaya disebarkan kpd kwn kwn.Maklum la, ilmu yg berguna elok dikongsi bersama.

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Justeru, beliau meminta saya kongsikan 21 pesanan isteri untuk suami ini supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer.


1) Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2) Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3) Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4) Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5) Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6) Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7) Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8) Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9) Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10) Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11) Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12) Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13) Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14) Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15) Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16) Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17) Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18) Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19) Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20) Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21) Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Sebarkan kepada seberapa ramai orang yang boleh, khususnya kepada para suami. Semoga dengan usaha kerdil ini, maka akan menjadi lebih baiklah kehidupan berumahtangga kita, amin insyaAllah.

Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga saya dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.


Sekali lagi..Terima Kasih Daun Keladi untuk Pakar..

Sunday, July 26, 2009

Al Fatihah buat K.Min (1958-2009)




Innalillahi Wainna ilaihi Rooji`uun..Al Fatihah untuk Arwah Yasmin Ahmad yg telah pulang menghadap Pencipta Yang Maha Agung pd 25/7/09 jam 11.45 mlm.
Semuga ruh Kak Min ditempatkan di kalangan ruh para mukminin dan tenang dia di sana.

Sekadar renungan..Ibu diberitahu oleh Abah tentang pemergian insan seni yg banyak idea kreatif ni masa sedang sibuk kat dapur pagi tadi.Kami semua 'kesiangan' pagi ni,, jadi sambil nunggu ibu siapkan breakfast cum early lunch,Abah duk mengadap dpn PC, baca hmetro online..Terkejut juga dgn berita tu.

Ibu antara peminat idea jujur dan kreatif pembikin filem wanita ni..Dan dalam diam diam juga, ibu antara follower blog http://yasminthefilmmaker.blogspot.com.Nampaknya lps ni dah tak dpt lagi nak jenguk jenguk ke situ..Tak pe lah..

Begitulah sebuah kematian. Datang tanpa dijemput, waima kita dalam keadaan macamana sekalipun bila tiba waktu yg ditetapkan NYA sejak azali lagi..Tidak akan berubah detiknya beberapa saat lebih awal atau pun dilewatkan mengikut kesesuaian perancangan sendiri..

Ibu terpanggil utk bermuhasabah sendiri..Bagaimana keadaan nya semasa tiba giliran ibu sendiri nanti..Kehidupan seharian seorang surirumah dan ibu sgt menuntut masa ibu.Ada masanya kepentingan sendiri ditolak ke tepi utk mendahulukan keperluan anak anak dan suami.

Besarnya tanggung jawab utk mendidik anak anak agar memelihara solat,mendampingi Al Quran, melembutkan hati mereka agar mencintai ajaran Islam, mentarbiah akhlak anak anak agar tidak terikut ikut dgn kekasaran akhlak anak anak lain di zaman sekarang, juga tentang batas batas aurat puteri puteri ibu, dan segala mcm yg mungkin Abah sendiri sering terlepas pandang ..Al maklum la...

Dan ibu sgt sgt mengharapkan jgnlah nanti ibu tiba tiba dijemput pulang dalam keadaan masih bertangguh utk solat, berhutang puasa,berkira kira juga utk berzakat atau dalam keadaan insan insan di sekeliling tidak redha..Beratnya tanggungan ibu nanti..Buruk nya keadaan ibu semasa menghadap Allah nanti..Na`uzubillah..Bagaimana nanti..

Dan...

Sama sama kita berdoa, sebagaimana yg diamalkan Rasulullah..maksudnya..

" Ya Allah, aku mohon diberi Husnul-Khatimah, dan mohon dijauhkan dari Su`ul-Khatimah"

Benarlah sebagaimana sabda Rasulullah (Riwayat Al Tabrani)..yg bermaksud

"Cukuplah mati itu sebagai guru atau pelajaran"

***Dari Hati..
Siapa lah kita utk mempersoalkan status seseorang @ hamba ALLAH yg diciptaNYA..Kita juga belum tentu sempurna..Biarlah hanya ALLAH yg menentukan..
Semuga kita semua berkesempatan utk melakukan yg terbaik selama tempoh yg sesingkat "antara Azan dan Solat" ini.. Wallahua`lam.

Monday, July 20, 2009

Hari Wisata Ayong..

5.30 ptg..

"Ibu,ambik Along...."
Alahai, Along jalan je la ye..Ibu baru lepas mandikan adik ichad..

Dah selamat sampai rupanya. Dari minggu lepas lagi, si along duk mula countdown berape hari lagi nak pergi ikut lawatan anjuran sekolah.Hingga lah semalam dia masih dgn 'checklist' , lepas kami serahkan si Abah dan luggagenya kat drebar teksi utk ke KL Sentral, misi seterusnya adalah masuk ke Giant, cari kodak utk camera along..

"Aiyaa..susah mau jual kodak sekarang..customer sudah tukar pakai digital maaa.."

Dan lagi satu hal la pulak..

"Ini kamela tidak pakai bateri..tidak bagus punya..kasi anak anak main punya..tapi boleh la tangkap foto dkt swimming, masuk dalam air pun tidak apa.."

Pulak dah..Makna nya kamera Along yg Abah bagi tu nang sik bagus.."kamegha jait"..

Ok..Plan B..Nak senang, ibu akan tukar HP dgn along pagi esok. Bagi dia ambik gambar guna HP ibu je..Tapi setelah di fikir 'banyak lapis', idea tu kurang selamat..Almaklum si manis 12 ni dah pernah ada rekod terendam HP lama ibu dulu kat dalam air, masa dia ikut mak sedara nya mandi manda kat.... dulu.Tp ibu memang nak bagi dia seronok esok, biar dia dapat snap beberapa keping gambar dgn kwn kwn..First and final year kat sini.InsyaAllah next year dapat masuk mana mana sekolah berasrama..

Lepas Maghrib..Tukar Plan C. Ajak si Kakak Nani temankan ibu keluar cari kodak lagi tp kali ni kamera ibu pulak jd pilihan. Harap harap berjaya..

Kedai terakhir kami mlm tadi adalah 7 Eleven.Alhamdulillah selesai dan sempat pulak kak Nani posing kat dalam kedai masa testing kamera tu..

Itu cerita malam tadi..Petang ni, Along dah selamat sampai ke rumah dgn senyuman.
"Best la Bu.." dan "Along dah solat tadi kat Masjid Shah Alam"... dan " Along ambik gambar kat tempat Pilot duduk dalam kapal terbang tu,kat bhgn sayap dia pun skali.."
Ha ha ha.. Ibu sekadar jwb dgn lawak yg boleh buat dia senyum malu malu..
" Ye ke..? Tak patah ke sayap k/terbang tu?"..."Mana ada..Ibu nih.."

***Semuga lawatan hari ni jadi sessi santai Along dgn kwn kwn dan cikgu cikgu.Saja je Ibu dan Abah bagi can.Lepas ni kena tumpukan perhatian belajar..Study smart utk UPSR..Tak lama lagi dah..JUST AROUND THE CORNER !!

Sunday, July 19, 2009

1..2...3...nyanyi

YOU ARE MY SUNSHINE..




Antara favourite song si anak bongsu ibu..Muhammad Raheem Irsyad. nama manjanye ICHAD..

Anytime je, kalau kami mainkan lagu kat RealPlayer ni, dia akan dtg kayuh walker tu, duk tunggu dpn PC ibu..

To ichad..Besar cepat cepat.. Ibu tak sabar nak dgr ichad bercerita mcm kak nani, nak tgk ichad main bola dgn Abg Aman.(Kalau tengok kan saiz betis dia sekarang ni, ibu rasa Maradona pun boleh tabik springgg..ha ha ha..)

Saturday, July 18, 2009

Bidadari - Dcl



Assalamualaikum..Topik kali ni khusus utk adik kakok hok sangat prihatin bab penjagaan dalaman wanita..Especially utk yang dah kawin.

Sbg salah seorang pengedar DCL ibu nak ajak semua pengunjung blog (yg prompuan je tau..)utk merasai kebaikan minuman utk kesihatan dan kecantikan ni.

Secara jujurnya, masa ibu mula mengambil minuman ni, bukan sbg pengedar pun.Ramai 'forumer' kat wanitamelayu duk bagi komen baguuus je pasal Bidadari ni..So nak dijadi kan cerita, semasa berkunjung ke rumah kawan di Kemaman,ternampak la kotak Bidadari ni kat rumah dia.Ibu pun tanya la detail lagi pasal produk ni..Alhamdulillah berkat ikatan ukhuwah kami, dia berjaya dptkan Bidadari ni utk ibu pd harga pengedar.

Thanks juga to Mrs K kat Kota Damansara yg sgt prihatin dan berjaya memikat hati ibu utk join jadi pengedar juga akhirnya..

Sekadar berkongsi kebaikan minuman berkhasiat ni.. Kalu demo duk di sekitar Gombak ni, dan terasa nak cuba Bidadari ni, boleh la jenguk jenguk ke kedai ibu..




**Salah seorang 'Bidadari Kecil' ibu..

Friday, July 17, 2009

Tuu Dok Ko..

Sedap je sebut "Tu Dok Ko..".. Sebenarnya ni nama satu restoran kat Taman Samudera, Batu Caves.Lokasinya kat depan Pasaraya Yu Vin.Landmark utamanya Giant tu la..

Ibu bukan nak promote restoran ni.Rasanya tak perlu publisiti meluas pun sebab dah ramai yg tahu, especially di kalangan oghe Kelate di sekitar Gombak ni.Ada cerita lain nak dikongsi bersama.

Pagi semalam lepas hantar kak Nani ke Tadika, ibu dan Ichad ke situ la, nak beli Nasi Belauk dan Nasi Kerabu..Maklum la, bila Ma ada kat rumah, selera ibu pun jadi 'nyaman' je..Selalunya kami kongsi makan sama sama..Kalu ma tak abis, sik hal..Kamek abiskan..

Ceritanya..Tengah beratur nak oda nasik kat depan tu la..

Mr.X : Eh! Tidok anok Muloh Wok Me ko nih?
Ibu : Ho.Yo la..Sapo dio ni.Mitok maah la..Ambo tok che..
Mr. X : Ambo ni oghe Jelutong..

Bla bla bla,,,

Sessi Jejak Kaseh lagi rupanya..Alhamdulillah..Sejauh mana pun kita melangkah kat bumi Tuhan ni, sampai ketika nya kita tetap dipertemukan semula dgn insan insan yg pernah mengenali kita suatu masa dulu, Tidak kira dalam suasana macamana sekali pun..

Dan "Tu Dok Ko" juga pernah jadi lokasi ibu "jemeghok" dgn kwn lama aka satu sekolah kat Naim Lil Banat dulu..Durasni..

Rasanya ramai lagi yg pernah merakamkan detik detik 'terserempak' geng lama kat situ..Al maklum..Bila masuk je kat situ, rasa macam gi mana mana kedai di KG MACHE, @ Pulai Chondong jah..Spirit Klate is everywhere..Yesss!!!

Monday, July 13, 2009

Doa Termakbul..

Ptg Sabtu..Anak anak duk tanya si Abah.."Kita tak keluar ke ptg ni Bah..?" Kesian pulak dgn budak budak ni. Masa Abah ada kat rumah ni la boleh jln . Kalau masa Abah tak de, ibu cuma bawa keluar area dkt dkt je..al maklum la..si Ichad dah tak suka duduk kat Baby Seat lagi..Dah mula pandai nak pegang stereng dan tekan hon.Dgn kata lain, byk gangguan masa ibu drive. Tambah pulak ibu belum mahir jln kat sini,dgn heavy trafficnya, jd to play save, baik tunggu abah je bwk kami keluar.Dan ibu cuma perlu drive di lingkungan route biasa dan hanya bila perlu sahaja.

Kami bawak anak anak ke Taman Metropolitan. MasyaAllah ramai nya orang,macam ada pesta pulak.Berderet kereta parking kat luar pagar.'Jauh nya org tu kena jln masuk..'Kami cuba masuk cari parking kat dalam, dan selepas duk pusing..Alhamdulillah dpt parking..

Acara utama kat sini..Main Layang Layang..Jogging..Layan anak naik basikal..Makan makan..Sambil abah layan Aman,Nini dan Kakak Nani "naikkan" Naruto yg kami beli kat Pantai Batu Buruk baru baru ni, Ibu duk sembang dgn along sambil pujuk Ichad..

Tiba tiba....

Ibu : Assalamualaikum.. Siti ..?
CT : W`kmsalam..Eh! Lamo nyo tok jjupo dih..

Bla... bla... bla.. bla..

(Jumpa kwn lama lagi)Selepas hampir 10 tahun..Dah jadi cikgu pulak.Rajin dia sambung bljr ambik pendidikan..Yg best nya Siti stay kat Tmn Koperasi Polis ni je..Dan ada sorang lg kwn kami pun stay area sini juga.InsyaAllah pertemuan seterusnya akan di rancang nanti..

Minggu Silaturrahmi

Minggu lepas boleh di sebut minggu Silaturrahmi atau sedap juga disebut jejak kasih..

Mula dari pertemuan kami sekeluarga dgn K.Nisah di Tapak Jualan dpn Sate Samuri Kajang.Kak Nisah ni isteri staff abang semasa kami di Saratok dulu.Diorang masih tinggal di Sarawak, cuma balik utk urusan pendaftaran anak di Nilai university..Lama juga dia kat sini, sambil uruskan kedai yg disewa kat situ..Banyak cerita kami bualkan mlm tu..(Terutamanya kategori yg perlu di 'off record'..Rupanya sepeninggalan kami pulang semula ke Semenanjung, ada di kalangan kwn kat sana yg di uji Allah dgn bermacam macam dugaan..termasuk la masalah rumahtangga..

Kesian mendengarkan khabar dari Saratok.. Apakan daya dunia ni kan "Darul Ujian" (Sekadar memetik kata kata Mama Salbiah dalam sms nya baru baru ni..)

Semasa kami tengah menikmati hidangan sate mlm tu,sorang perempuan yg duduk kat meja depan kami duk senyum senyum kat ibu..Rasa mcm pernah kenal tapi tak pasti kat mana.
La..rupanya kwn masa kat ITM Segamat dulu.(Sekarang ni UITM) Namanya Jie..Dari Branch Pahang, Ibu dari Kem Kijang..Kami sama sama grade kat Segamat.Sempat la sembang sekejap,dia datang kat meja ibu..Nampak sweet je sbb skrg Jie dah bertudung..Alhamdulillah dibukakan pintu hati ke arah itu..

Seronok dapat jumpa kawan lama ni..Byk nostalgia lama lama masa jadi student dulu..Dan Jie dah jadi Pensyarah Fakulti Business & Mgt sekarang.Banyak nama nama yg kami cuba recall semula mlm tu, dan kebanyakannya dah berjaya..

Pertemuan dgn si Jie mlm tu memberi harapan kpd ibu..Semuga ibu akan dapat jumpa lebih ramai long lost friends kat sini..

Friday, July 10, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, banyak perkara baik yg berlaku beberapa hari ni..Walaupun ada juga selingan dugaan yg melanda, (bkn pada Ibu, tapi pd adik ipar merangkap suami kesayangan adik ibu..)berita terkini dari sjmc tadi, baru selesai sessi laser. InsyaAllah semakin pulih..

6/7/09 (Isnin)

Ibu tunaikan impian Aman nak kan "BAKUGAN"..Kelakar betul, Ibu ni mana la kenal benda ni..Rupanya 'to`et' je benda nya..Pelik betul la budak budak sekarang..Benda kecik camtu pun boleh jadi mainan dan buat demo nih leka..

7/7/09 (Selasa)

Abah selamat sampai dari Miri ptg semalam, so the next day kami plan nak gi buat I/C Along hari ni.Dia sanggup ponteng kelas agama ptg ni.Katanya susah nak cari hari abah ada kat rumah. Seronok tgk kan dia bersiap nak ke Jabatan Pendaftaran. Sebenarnya ibu dan abah pun lagi la seronok nak bawak anak pegi buat I/C..Rasa mcm kami dah ada anak dewasa je..He he he..

Ptg nya turn ibu pulak.Projek nak bikin Choc. Muffin mesti menjadik petang ni.Lastly malam baru dapat buat, si manja Ichad punya hal.Asyik nak berkepit dgn ibu je..Sabar la sayang, bg la ibu peluang nak masuk "Bakery" Ibu..
Dan akhirnya dapatla semua orang makan Muffin hand made ibu.*(kecuali Aman..awal nya anak bujang ibu tido)


8/7/09 (Rabu)

Along seronok betul nak ke sekolah pagi ni..(Kesinambungan dari semalam punya excitement la..)Kami belikan dua kotak London Swiss Roll spt yg dia mintak, nak bawa kat kwn kwn sekelas..Ibu usik.."Agaknya kesyukuran sempena buat I/C semalam.." Dan spt biasa, anak dara ibu ni senyum je la..


9/7/09 (Khamis)

Lagi kezutan utk ibu..Kakak Nani yang merajuk dgn abah mlm tadi bila si abah tak belikan 'Barbie' kat pasar malam Tmn Samudera rupanya dapat hadiah yg jauh lagi bermakna hari ni..

Masa ibu gi jemput kat Tadika,senyum simpul bukan main lagi, Kak Ogy pembantu tadika yg hantar dia ke kereta.

Ibu : Aiik..Besarnye hadiah kakak dapat.
K.Ogy : Aa Aaa..Kak, Nani dpt no 1 Pertandingan Mewarna Anjuran SYABAS.
Ibu : Ye ke? Alhamdulillah..

Dalam kereta..

K.Nani : Best la Bu..Kakak dapat no 1. Pak Cik yang keje SYABAS kata kak no 1.
Ibu : Amboi, seronok la kakak hari ni..

Dan senyuman dia masih terukir manis,ceria dan apa apa je yg menggambarkan keseronokan seorang anak yg dapat hadiah besar camtu..

`Ala Kulli haal..Anak anak ibu ni memang bertuah.Ada ibu abah yang sentiasa akan pastikan "everything is ok" ..Ada problem, kita bincang sama sama..
Ibu ada kat rumah all the time, kita tak perlu ada kak Saparlina (bibik) lagi. Should anyone need anything, Ibu buatkan..

Itu pilihan ibu, dgn restu abah..Tak perlu Pembantu. Rasanya lagi puas hati urus sendiri. Penat ke, tak cukup masa ke,bukan ke kita semua diberi tempoh masa yang sama setiap hari..InsyaAllah akan dipermudahkan setiap urusan kita.

Dan out of all the hectic moments, bisnes ibu masih tetap beroperasi..SOHO...Small Office Home Office..

Alhamdulillah..

Sunday, July 05, 2009

Ambo Oghe Kelate..



Salam..Tadi jenguk jenguk ke blog Kelantan Blogger.
Berkenan pulak kat satu gambar ni..
Mitok izin Tuan Guru deh, Ambo nok buh gambar nih dale blog ambo..
Semugo sapo sapo hok baco blog nih, ake pakat baco doa tuh.

Saturday, July 04, 2009

Dari Hati..

Di kala lisan ku
tak mampu meluahkan
Yang tersirat menjadi
yang tersurat..
Dan
ada jua ketika
Kau tak betah mendengar

Kan ku biarkan
Hati sahaja berkata kata

Mungkin itu lebih baik..
Lantas
ku berbicara
Dari Hati..

Friday, July 03, 2009

Outstation lagi..

Mulai Isnin minggu ni, hubby kena pegi outstation mcm biasa semula.Isnin ke Perak, balik hari selasa. Semalam Rabu ke Sabah.Katanya kena masuk Danom, mencabar jgk tour kali ni. Pagi tadi seawal kul 6 pagi,masa wake up call dia bagitau dah nak bertolak masuk ke ladang.Almaklum kat sabah lebih cepat 'cerah tanah'..
Petang tadi,sms lagi dah ada kat Lokan.(Sebenarnya tak tahu pun kat area mana Lokan ni, tp boleh agak ke dalam sgt tempatnya sebab cuma ada 1 line coverage.Tu pun ikut nasib..kalau ada angin, dapat la 1 bar)..Kesian abang..

Dan..Macam biasa. Abah tak de, maknanya semua tugas disandang oleh ibu..Alahai, time cenggini la terasa seronoknye tinggal kat Saratok dulu.Tapi apakan daya, perjalanan hidup dah tersurat.

Kalau dulu, bila abah busy masuk ladang ke, pegi meeting kat Kuching ke,atau sampai ke Mukah atau sesekali kena balik ke KL,ibu tak kisah sangat.Byk agenda ibu bersama Mama salbiah dan jemaah kat seroja.Rindu tu tetap ada la..cuma kemanisan menghadiri Kelas Dhuha bersama Mama selalu nya dpt mengisi masa selang ibu.Berdhuha, baca doa harian,ngaji,Asmaul Husna,Istighfar Baroya..

Sibuk tetap sibuk..Maklum, tinggal kat tempat orang, ibu selalu nak pastikan keselamatan anak anak terutama masa ke sekolah dan balik.

And the same practices kami buat bila dah balik Semenanjung, hantar dan jemput balik.Cuma bezanya tahun ni masa selang ibu kat rumah byk dikawal oleh si Manja Ichad. Dulu lepas selesai urusan hantar anak,kami sama sama kat Surau Tmn Seroja.Byk aktiviti belajar dgn Mama.Indahnya hidup berjemaah..

Kat sini, belum berpeluang nak join such group.Dan tambah dgn ber`anak kecik ni, pergerakan ibu agak terhad..



Dari kiri Aishah,Yah,Mama Salbiah dan Ibu {dukung adik Nani}


Saja je flash back pasal kerinduan pd Sarawak..Agak nye apa la aktiviti jemaah kat sana selepas ibu, Mama dan Siti Aishah dah transfer balik..

InsyaAllah ibu akan berkunjung ke sana nanti, bersama Mama dan mana mana jemaah dari sini yg sudi..semuga dpt mengubati rindu kami pd sebuah surau dan jemaahnya di suatu tempat yg agak jauh..beribu batu dari sini..

Thursday, July 02, 2009

Rats in my kitchen..

RATS IN MY KITCHEN..




Alahai..Apa patut ibu buat ye. Ada tikus kat dapur tu.Abah pulak tak de ni. Yg pasti lebih dari sekor.Rasa lamanye nak tunggu abah balik ptg esok. Terfikir jugak nak gi Kedai Hardware beli racun tikus, tapi geli pulak, nanti diorang "mati mengejut" kat mana mana celah kabinet..Tak tahan nak hidu bau nya nanti..

Sunday, June 21, 2009

Meniti usia senja..

Seorang ayah yang tinggal keseorangan di sebuah rumah besar di satu kampung.Anak anak kebanyakan nya tinggal jauh dan ada juga beberapa orang yang sudah berkeluarga tinggal berdekatan tetapi atas alasan sibuk dgn tugas harian tidak dapat menjenguk si bapa.


Dan disebabkan faktor usia dan beberapa penyakit berangkai yg relevan dgn usia lanjut juga, pergerakan si bapa agak terbatas.. Sekadar berulang alik ke masjid dan banyak mengisi masa dgn mengaji Quran.Kadang berehat di bilik je, dan kadang duduk duduk kat beranda luar dapur sambil baca akhbar Harakah.

Alhamdulillah, ada juga anak anak yg dapat pulang menjenguk kebajikan dan bertanya khabar.Bukan huluran wang ringgit yang diharapkan dari anak anak tapi sekadar menumpang keseronokan mendengar hilai tawa anak cucu dan kemeriahan di meja makan...

Mana yg cari ibu nak buat aduan bergaduh dgn si abg, si kecik pulak menangis nak nenen, si kakak pula bising marahkan si adik mengacau waktu dia belajar..Sesekali suara si Atuk lembut memujuk si"Ben 10" supaya jgn usik si adik..Nampak sgt dia terhibur dgn 'kebisingan' dan keletah Aman.

Bila berpeluang bersembang, dia mula bercerita tentang cara masakan arwah isteri. (yang lebih dahulu dipanggil pulang Pencipta Yang Maha Agung.) Kami anak menantu sekadar mampu mendengar luahan..Di hati kami.." Saratnya rindu Abah pada arwah Mak"


***Dari Hati

Jalan hidup kita ni memang dah tersurat sejak azali. Kita sendiri pun tak tahu guane kesudahan episod hidup kita bila meniti usia emas nanti..Ya Allah, Berikanlah kami peluang utk terus menjalani usia tua kami bersama, agar kelak ada surau/masjid yg dpt kami imarahkan,dekatkan hati hati kami kepada MU walau di mana kami ditempatkan nanti dan bahagiakan lah rumahtangga yg kami sama sama bina atas nama MU ini Ya ALLAH..Amin ya Rabbal Alamiin..

Thursday, June 18, 2009

Kenangan Indah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah dalam kesibukan seharian dapat juga pagi ni mengadap pc sekejap sementara si manja ibu main main sendiri..

"Hidup tak selalu nya indah"

Ayat di atas ni memang 'catchy'.. selalu kita baca ayat ayat camni kat dalam novel atau foot note banner filem.

Apa kata pagi ni aku revise sikit.

"Hidup ni tak selalu nya indah. Terimalah kehidupan dan orang orang di sekeliling kita seadanya, tanpa menyalahkan atau mengaibkan sebarang kekurangan mereka.Dekatkan hati dan diri mu kpd Allah, maafkan kekhilafan org yg berurusan dgn mu, sentiasalah bersyukur dgn apa jua rahmat dan hidayah dari NYA..Berusaha lah untuk menjadi yang terbaik mengikut landasan yang Allah tetapkan. Apa yang kita sgt sgt inginkan tetapi tidak pernah tercapai, mungkin telah ditakdirkan tidak sesuai untuk kita..Kerana DIA Maha Mengetahui. Alangkah indah nya hidup ni..MasyaAllah..


**Dari Hati..

Alangkah 'nyaman'nya kalau kita dan kehidupan kita ni diingati sebagai kenangan indah oleh sesiapa saja yang berpeluang berdampingan dgn kita.Dan mereka akan sanggup utk terus hidup bersama kenangan indah itu walaupun kita tiada lagi kelak..

Wednesday, June 10, 2009

Saturday, May 30, 2009

Cuti sekolah lagi.

Hari ni 30hb Mei , hari pertama cuti sekolah. Awal pagi lagi si Along dan Nini dah bangun dah bersiap.Hari ni juga kedua dua anak dara kami akan mengikuti kursus Kaedah Mokhdar di Country Homes Rawang.Maknanya 7 hari pertama cuti kali ni akan diisi dgn input yang amat berfaedah. Kepada sesiapa yg pernah hantar anak anak berkursus dgn En Mokhtar ni tentu sependapat dan sehasrat dgn kami..Sebanyak mana pun yg kami keluarkan sbg yurannya, harapan kami sbg ibubapa sgt tinggi menggunung..
InsyaAllah 1 minggu di sana, Along dan Nini akan melalui pengalaman menarik dan seronok. Apa lagi dgn kehadiran 5 orang lagi sepupu bersama..

Dan macam orang hantar anak pegi masuk asrama, siap dgn beg besar sorang satu,'cetong' berisi keperluan mandi, selimut, cadar dan lain lain..Malam tadi selepas anak anak dah masuk tidur kami ke Giant utk beli bekal mkn dan minum.. Serba sedikit utk tiap jenis makanan termasuk la biskut Jacobs,Air Tin,Kek Pisang, Mamee dan beberapa benda yg agak agak dapat mengenyangkan diorang kat sana nanti..Sambil ibu duk ambik itu dan ini isi ke bakul, si Abah pulak duk komen.."Ibu ni.. macam nak hantar anak gi berkelah kat sana.."

Camtu la..orang lelaki ni kdg kdg kurang sensitif bab ni kan..Tak pe la..Sekurang kurang nya kami saling lengkap melengkapi.

Dan petang tadi, ibu call hp Along utk bertanya khabar..sebenarnya nak dpt kan first impression anak anak beberapa jam selepas kami tinggalkan kat sana. Kata Along.."Semua ok bu..Lauk pun sedap.Ada lauk ayam jgk." Komen Nini juga lebih kurang sama..

***Dari Hati:
Betapa penting nya peranan makanan sedap dan bekalan 'cikedih' yg sedap sedap dalam hidup anak anak.. Semuga anak anak ku dapat tidur lena malam ni..dan disulami mimpi yg indah indah..

Rasa sunyi pulak sejak sampai rumah tadi..(Terkurang 2 orang ni.)

Thursday, May 28, 2009

Suami mithali..Nak jadi tak..

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepadasemua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dansekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.
Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

# Elok la diperbetulkan niat tu..kawin kerana Allah,bukan sbb nak ada orang yg boleh jaga makan minum dan basuh baju, jaga anak, dll.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

# Jaga hatinya, praktikkan apa yg dia suka dan jauhi apa yg dia tak suka.


3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.
# .....

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minityang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

# Teringat kata kata Ustaz Fadhilah Kamsah, ada org lelaki yg cukup kelakar,peramah dan tip top kat pejabat TAPI bila balik rumah jadi pendiam, pemalu ..

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
# Senyum tu kan sedekah..Dapat pahala..

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

# Si isteri selalu kena layan cakap dgn anak anak je..Apa salahnya bercerita dgn isteri dan bagi peluang anak anak beri pendapat masing masing..Kalau tak, budak budak cepat ngantuk..Asal naik kereta je..tido..

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

# Bab ni kaum suami selalu terlepas pandang.. Masa bercinta sanggup talipon lama lama, sms pun sampai lenguh ibu jari, dah lama kawin dia boleh lupa..Ada ka patut..

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

# Ada juga spesis yg siap makan kenyang kenyang dulu @ boleh singgah minum petang dulu sebelum balik ke rumah, TANPA ingat nak bungkus apa apa kat isteri dan anak anak kat rumah..kesian...

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suamiisteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

# Mesyuarat kat pejabat lebih penting sbb bos selalu evaluate prestasi.. Kat rumah bos tak nampak..

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

# Salah satu cara mendidik isteri dan anak anak, praktikkan amalan yg baik. Jgn mungkir janji.. Beritahu semula jika anda tak dapat tiba spt yg dijanjikan.. Biasakan minta maaf..Anda akan lebih dihormati.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

# Tak baik kedekut dgn ahli keluarga..Merekalah yg sentiasa mendoakan anda..

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan,kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

# Suami yg baik akan sentiasa peka kpd keadaan isteri..

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
# Jgn hanya patuh kepada arahan dan perintah majikan di pejabat, sesekali bawa ahli keluarga ke majlis ilmu, dan dedahkan kepada aktiviti mengimarahkan surau dan masjid.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

# Ada juga suami yg 'sakit mulut' dan 'cepat mengantuk' bila sanak saudara dtg berkunjung dan bermalam..Kesian si isteri asyik kena 'cover line'..

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumahtangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
# Jgn sesekali mengagumi majikan anda sbg Role Model di hadapan isteri..Dia juga mungkin hanya cemerlang dalam bidang tertentu sahaja mungkin juga mengabaikan tanggung jawab membina insan dlm institusi keluarga sendiri..AWAS..

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
# Jgn sekali kali..Lukanya amat dalam dan tak terperi..

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
# Wahai suami sekelian.. apa wasiat anda utk isteri.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
#...

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

# Ambil berat segala luahan isteri dan anak anak..Anda mungkin memandang ringan kerana anda sendiri tidak melalui kesukaran yang dialami mereka sepanjang peninggalan anda ke tempat kerja..

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar,waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

# Suami yg bijak selalunya TIDAK berdiam diri bila ditanya pendapatnya oleh si isteri dan tidak akan memarahi anak anak yang mengadu tentang salah laku ahli keluarganya yg lain..Seorang bapa MESTI bersikap melindungi anak anaknya..

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
# ...

sumber asal dari : MatJa ( ahmad_rizza@yahoo.com.my )

***Dari Hati
Terima kasih yang tidak terhingga kepada blog pakarhowto. Banyak ilmu dari anda saya pelajari hari ini..