Announcement!!!

The blog has moved to


Thanks for your support!!!


Check out this cool stuff:

Tuesday, February 14, 2012

Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012


Assalamualaikum

A quick brief : Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau telah diadakan pada 11 Februari 2012 yang lepas. Temasya tahunan yang baru berusia dua tahun ini merupakan satu Identiti daerah Tawau yang diwujudkan bagi mengetengahkan kepelbagaian kaum yang terdapat di Tawau khususnya dan Sabah amnya. Selain itu, Festival ini juga secara tidak langsung mampu mempromosi daerah Tawau di peringkat antarabangsa.

Ok pengenalan yang cukup skema itu amat memedihkan jari jemariku yang menaip ini. Sebagai kakitangan kerajaan yang rajin kerja tapi malas update blog, dewasa ini aku hanya mampu berblogging jika ada event menarik berlaku disekitarku.

Masuk tahun kedua krew Tawau Bloggers / Tawaurian diberi peluang untuk turut sama menjayakan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau. Bukan nama yang dicari, Bukan menggambar untuk koleksi diri, ataupun berpoyo mengusung kamera kesana-sini. Segalanya kami lakukan demi minat dan rasa sayang kami kepada daerah Tawau tercinta. Ya mungkin kata-kata sebegini hanya wujud dalam drama korporat bersiri. Namun bila bercerita pasal ikhlas, tentunya Allah saja yang tahu.

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-5
Jemputan dari Indonesia. Ni la aku malas ni. Kenapa mereka kiut??

Untuk menceritakan berkenaan etnik pada malam tersebut, tentunya aku tidak reti. Namun yang pasti, berbeza dengan tahun lepas, setiap kontinjen dalam Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 ini turut mempertontonkan kepada umum adat perkahwinan masing-masing. Melihat mereka sahaja boleh buat mereka yang bujang terus ingin berkahwin. OMG..

festival kebudayaan antarabangsa tawau 2012-15

Tarian dari adik-adik etnik Cina

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Untuk Menceriakan Lagi Hidup anda!