KETIKA pengundi-pengundi Parlimen Bukit Gantang berkira-kira mahu menyokong siapa antara calon BN, Ismail Saffian, calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris dan calon PAS, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, antara pihak yang paling gembira dengan perkembangan ini ialah DAP.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham adalah orang yang bertanggungjawab menamakan Ir Mohammad Nizar sebagai calon yang sepatutnya mewakili PAS kerana penyokong-penyokong DAP amat mengkagumi Ir Mohammmd Nizar yang pernah meluluskan tanah kepada kampong baru untuk geran 999 tahun.
Bagi DAP, mereka berjaya mempergunakan Ir Mohammad Nizar untuk akur dengan kehendaknya. Maka, jika ada lagi pilihan raya, undang-undang membenarkan, DAP akan tetap mahu mencalonkan Ir Mohammad Nizar, walaupun di kawasan DAP kerana inilah satu-satunya orang Melayu beragama Islam yang mudah dipergunakan.Ir Mohammad Nizar seorang yang didakwa telah hilang semangat keMelayuannya.
Dia bersedia mengikut apa sahaja kehendak DAP. Dia mungkin sedar, dia menjadi Menteri Besar Perak, buat seketika atas sokongan DAP. Tanpa sokongan dan kehendak DAP, mustahil dia boleh duduk sebagai Menteri Besar, malahan mungkin untuk menjadi Exco pun, dia tidak layak.PAS tidak kuat di Perak. Maka, kemenangan PAS yang sedikit itu menjadi manafaat kepada kemenangan DAP yang lebih besar dari kemenangan PAS dan PKR.
Tetapi DAP ‘bijak’ menggunakan Melayu dan memperkudakan Islam. Mereka tidak perlu menjadi MB Perak untuk menganugerahkan sesiapa tanah, kerana ada ‘kuda kayu’ dan orang Melayu yang dicontrol pemikiran mereka.Tanpa kedudukan sebagai MB Perak, DAP tetap paling berkuasa di Perak buat seketika. Nasib baiklah masih ada beberapa kerat ADUN Melayu dan seorang dari keturunan Cina, yang sanggup menghentikan semua permainan ini. Nasib baik, Allah tidak mengizinkan DAP terus ‘mempergunakan kuasa’ yang mereka dapat melalui pertolongan PAS.
Maka, dengan izin Allah, Paduka Seri Sultan Perak memperkenankan perlantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru dengan sokongan 28 campur tiga ADUN di Perak yang menyebabkan kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR terlepas kuasa.Dengan ‘kelemahan’ yang ada pada PAS di Perak, maka DAP sangat-sangat menyayangi PAS kini, khususnya di Perak. Apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang, bukan orang PAS yang menamakan calon PAS, sebaliknya pemimpin DAP yang menamakan Ir Mohammad Nizar.
Gembira sungguh hati pemimpin-pemimpin DAP kerana mereka tidak perlu lagi mempunyai calon Melayu di kalangan DAP kerana mereka boleh menggunakan orang-orang Pas yang berperwatakan kuda kayu untuk memperjuangkan nasib DAP. Kini, tidak ada lagi kebimbangan di jiwa pemimpin-pemimpin DAP untuk meneruskan agenda Malaysian Malaysianya kerana PAS sudah menjadi sebahagian dari DAP.Khabarnya, DAP Perak bukan main gembira apabila cadangan mereka supaya Ir Mohammad Nizar dicalonkan, diterima. Malahan, beberapa pihak yang tidak berminat menyertai mana-mana parti politik menyifatkan DAP sekarang sudah menjadi penasihat kepada kepimpinan PAS.
Malahan, PAS dikatakan akan akur apa sahaja kehendak DAP khususnya di Perak, asalkan DAP menyokong mereka untuk menjadi Menteri Besar.DAP berjaya memesongkan otak dan pemikiran orang-orang PAS. Ketika orang-orang PAS berbaring di atas jalanraya kerana mahu menghalang majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry di Istana Bukit Chandan, orang-orang DAP duduk di rumah tanpa perlu berdemontrasi.
Mereka tahu, perjuangan mereka sudah diambil alih oleh PAS yang sudah mereka ‘kuda kayu’kan.Calon BN, Ismail Saffian adalah calon terbaik untuk dipilih pengundi-pengundi Bukit Gantang. Beliau bukan sahaja dipih atas kehendak pengundi-pengundi sendiri, malahan, pucuk pimpinan ketika mengumumkan namanya, menyifatkan Ismail Saffian adalah seorang calon terbaik untuk penduduk di Bukit Gantang.Ketika Ir Mohammad Nizar mencari simpati dari pengundi-pengundi Bukit Gantang, Ismail Saffian pula menawarkan khidmatnya untuk terus membangunkan kawasan Parlimen Bukit Gantang.
Pengundi-pengundi di Bukit Gantang tidak perlu bermain dengan sentiment dan emosi seperti yang dimainkan pembangkang kerana Bukit Gantang buat pertama kalinya kini akan diwakili anak tempatan, melalui calon BN, Ismail Saffian.Keangkuhan Ir Mohammad Nizar merampas mikrofon di Masjid Simpang baru-baru ini, yang disaksikan sendiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin membuktikan, semangat DAP sudah meresap dalam jiwa calon PAS ini. Hanya DAP sahaja yang sanggup melakukan sesuatu yang mengecewakan orang-orang Islam dan orang-orang Melayu termasuklah membuat tuduhan Pemuda Umno (yang semuanya Melayu dan beragama Islam) bagai celaka.
Hilang segala adap dan sopan sebagai seorang Melayu apabila DAP menyokongnya. PAS di Perak bukan baru tetapi kejadian-kejadian seumpama ini dianggap sebagai semangat PAS yang didorong DAP kerana selama ini PAS tidak melakukan perbuatan kasar seperti ini, terutama di Masjid Simpang yang memang dikunjungi ramai penduduk sekitar kawasan itu.Ir Mohammad Nizar mungkin mahu membuktikan kepada DAP, dia adalah pahlawan PAS yang sanggup berdepan dengan BN demi kejayaan DAP. Ir Mohammad Nizar barangkali mahu membuktikan bahawa DAP memang sepatutnya terus menyokongnya kerana dialah satu-satunya orang PAS yang berdarah campuran Cina dan sanggup diperalatkan DAP.
Apakah orang ini yang hendak disokong oleh pengundi-pengundi Bukit Gantang? Adakah orang ini yang pengundi-pengundi Buki Gantang mahukan? Tolaklah orang seperti ini. Kembalikan perpaduan dan keharmonian yang sudah terjalin selama ini. Di bawah kerajaan BN, pengundi-pengundi bukan sahaja akan tenang, aman, tenteram dan harmoni malahan, anak-anak kita semua dapat belajar dengan baik kerana kestabilan politik.
Abdul Ghani Ismail
mymassa.com