7 kanak-kanak terbiar jadi anak angkat KAMPUNG TENGAH – Maj-lis Tindakan DUN (MTD) Guchil bakal menghulurkan bantuan sebanyak RM400 sebulan sepanjang tahun ini untuk memenuhi keperluan persekolahan empat daripada tiga beradik yang ditinggalkan ibu bapa mereka sejak tahun lalu. Pengerusi MTD Guchil, Zulkifli Yacob berkata, bantuan bulanan itu akan diberikan kepada datuk mereka, Kasim Mat Diah, 55, yang mengambil alih tugas menjaga tujuh cucunya yang ditinggalkan ibu bapa mereka sejak Aidilfitri tahun lalu. Menurutnya, bantuan itu untuk menampung persekolahan empat kanak-kanak berkenaan yang masih dibangku sekolah iaitu, Amirul Rizal,11, Afiq Asy-raf, 10, Natasya Emilia, 9, Haris Hafizi,7, masing- masing bersekolah di Se-kolah Kebangsaan Kam-pung Tengah. “Saya akan pastikan tujuh beradik ini mendapat keperluan yang mencu-kupi untuk menampung kehidupan mereka teruta-manya empat daripadanya yang masih bersekolah termasuk keperluan apabila hari raya nanti. “Sa...