Pasir Oh Pasir
Oleh: yieMEGA
ISU CURI PASIR semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Malah isu ini sudah bertukar menjadi isu politik. Mungkin penulis sedikit terlambat untuk mengulas isu ini tetapi ia tidak menjadi masalah kepada penulis untuk mengulasnya pada kali ini kerana "Better late than never" .
Bercakap mengenai pasir ia adalah salah satu daripada hasil bumi Malaysia. Sepertimana benda-benda lain yang dijadikan Allah tuhan seru sekian alam di atas muka bumi ini ada gunanya. Bagi penulis pasir adalah sebahagian daripada tanah, cuba kita lihat kepada lirik lagu kebangsaan kita iaitu Negaraku "Negaraku, tanah tumpahnya darahku" ini bermakna pencuri-pencuri pasir adalah pengkhianat negara kerana menjual tanah tempat tumpahnya darah rakyat-rakyat Malaysia.
Apa yang menarik apabila isu pasir ini timbul, masing-masing asyik bermain 'tarik tali' dan saling tuduh menuduh. Jadi bagaimana isu ini boleh diselesaikan dengan cara yang sebegitu. Adalah lebih baik kita tidak bertengkar seperti mana kita berhujah antara ayam dan telur yang mana keluar terlebih dahulu.
Kalau kita terus mempertahankan pendirian masing-masing tanpa ada sebarang tindakan terhadap isu tersebut penulis percaya ia akan tetap menjadi 'polemik politik' sampai bila-bila dan isu tersebut tidak akan selesai kerana masing-masing asyik mempertahankan pendirian masing-masing tanpa ada sebarang tindakan yang lebih radikal terhadap isu tersebut.
Berapa lama lagi kita harus berperang mulut, bertekak dan bertengkar sedangkan isu itu tetap tak selesai malah menjadi makin parah dan serius. Isu ini harus diselesaikan bersama untuk kepentingan bersama. Ingatlah rakyat lebih suka kepada pemimpin yang lebih banyak bekerja daripada bercakap tanpa tindakan, atau kata orang 'habuk pun tarak'.
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan
-
*Mohd Asmirul Anuar Aris**PANDANGAN PETANG*
SAYA telah diberi satu laporan aktiviti Amanah Kedah 2023/2024 yang
dibentangkan dalam konvensyen parti itu ba...
2 days ago
No comments:
Post a Comment