Pemimpin DAP semakin berani kerana mereka tahu politik orang Melayu
semakin lemah. Pemimpin DAP bersifat semakin angkuh apabila mengetahui
bahawa PAS merupakan antara parti terbesar orang Melayu kuat menyokong
perjuangan Pakatan Rakyat.
Pemimpin DAP bertambah sombong lagi bila berjaya menjinakkan PAS yang
ekstrim suatu masa dahulu kini lebih liberal dan moderate daripada UMNO.
Banyak perkara yang boleh dijadikan contoh betapa liberalnya perjuangan
PAS hari ini.
PAS DULU
Cuba ahli-ahli PAS, PKR dan DAP Melayu serta mereka yang berada di atas
pagar lihat dengan mata dan dibantu dengan akal fikiran yang waras. Tak
perlu kita lihat lebih jauh. Cukup semasa zaman pemerintahan parti PAS
di bawah Presidennya TG Haji Hadi Awang. Amanat Haji Hadi Awang antara
punca utama umat Islam berpecah antara satu sama lain. Orang UMNO
sewenang-wenangnya dikafirkan. Sembelihan dan masakan orang UMNO
hukumnya haram dimakan. Jurunikah dari kalangan orang UMNO tidak sah.
Solat di masjid berlaku dua imam. Biasanya ahli-ahli PAS tidak mahu
berimamkan dengan imam orang UMNO dan sebaliknya ahli-ahli UMNO pula
tidak kisah dengan hal imam. Kenduri kahwin dan kematian orang UMNO
diboikot.
Kebanyakan ahli-ahli PAS dengan bangganya menjadi ahli parti syurga. Di
kereta dan motorsikal akan dipamerkan kata-kata semangat dan dasar parti
PAS seperti " KAMI SOKONG HUDUD", "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", DAN
KEPIMPINAN BERSAMA ULAMAK". Di dalam bilik tidur dan di belakang pintu
rumah akan terpampang besar potret Tok Guru Nik Aziz, ulamak kesayangan
mereka. TGNA merupakan ulamak PAS yang sering mengeluarkan fatwa-fatwa
yang boleh mengelirukan umat Islam kebanyakan.
PAS SEKARANG
Membenarkan orang kafir membaca al-quran dan menterjemahkan mengikut
kefahaman mereka di atas pentas politik yang dihadiri oleh kebanyakan
ahli-ahli PAS. Sebaik pemimpin kafir DAP membaca ayat suci al-Quran
dengan bacaan 100% lintang pukang, ahli-ahli PAS tertawa gembira
seolah-olah memuji kehebatan dan setuju dengan politik menggunakan ayat
suci al-Quran di kalangan orang kafir.
Manakala YB Khalid Samad digelar sebagai Khalid Gereja kerana sanggup
mengunjungi gereja kerana politik. Khalid Samad nak tunjuk kepada orang
kristian bahawa PAS merupakan parti yang begitu liberal dan tidak
ekstrim seperti yang dahulu. Pemimpin PAS boleh berada dalam gereja.
Mungkin kerana dasar perjuangan PAS semakin liberal itu maka penggunaan
kalimah Allah dibenarkan oleh sesetengah pemimpin utama PAS. Dalam isu
kalimah Allah nyata dan jelas berlaku percanggahan antara pemimpin PAS
sendiri. Ada yang menyokong dan ada yang menentang keras penggunaan
kalimah Allah oleh pihak gereja.
Keahlian PAS telah dibukakan seluas-luasnya kepada bukan Islam hingga
tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP) dalam tahun 2004. Oleh kerana PAS
cuba menarik golongan muda adalah dicadangkan pelancaran Kelab Penyokong
Muda PAS (KPMP) dalam tahun 2009. Sehingga hari ini, kemunculan KPP dan
KPMP hanya sekadar retorik PAS menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS
untuk semua. Suara-suara KPP semakin tenggelam kerana banyak permintaan
KPP tidak dapat dipenuhi kerana bertentangan dengan dasar perjuangan
PAS.
Kepimpinan ulama dalam PAS semakin berkubur. Suara ulama dalam PAS
semakin lenyap. Yang masih kedengaran adalah ulamak politik seperti TG
Nik Aziz, TG Haji Hadi Awang, Ustaz Ahmad Awang dan Tuan Ibrahim Tuan
Man. Dalam pemilihan muktamar PAS yang lalu, majoriti perwakilan PAS
telah menunjuk jalan keluar beberapa pemimpin ulama PAS. Ustaz
Nasaruddin Mat Isa ditentang oleh Mat Sabu. Walaupun Mat Sabu pernah
terlibat dengan isu moral tapi boleh mengalahkan seorang ulama PAS yang
juga bekas Naib Presiden PAS.
Muzakarah dengan UMNO ditolak. Sedangkan UMNO menerima pelawaan
muzakarah oleh PAS dengan hati yang ikhlas demi untuk perpaduan dan
kepentingan umat Islam. Bagi menjaga kepentingan politik PAS dan hati
rakan dalam PR, maka muzakarah dengan UMNO ditolak oleh PAS. Inilah
wajah PAS sebenarnya yang jelas menyanggahi perintah Allah dalam surah
al-Baqarah yang bermaksud, " Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan
janganlah kamu bercerai berai...". Dalam kepimpinan PAS sendiri wujud
percanggahan pandangan isu muzakarah di peringkat awalnya. Ada pemimpin
PAS yang bersetuju dengan bersyarat dan ada yang tidak bersetuju.
Sebaliknya keseluruhan pemimpin UMNO menerima muzakarah tanpa syarat
bukan kerana UMNO kelihatan semakin lemah tetapi UMNO melihat umat Islam
semakin berpecah maka terpikullah tanggungjawab menyatupadukan umat
Islam seperti yang diamanahkan oleh Allah SWT.
Jika ada tokoh agama lain menyeru ke arah kebaikan mungkin sedikit
tempias terkena kepada batang hidung pemimpin PAS maka tokoh agama itu
dicerca dan dilabel pelbagai yang tidak sepatutnya. Ada mufti yang
digelar anjing UMNO sedangkan mufti berkenaan bercakap atas kapasiti
mufti yang bertanggungjawab atas hal ehwal agama dalam sesebuah negeri
berkenaan. Selama ini pun kita tidak mendengar Haraqah Daily
mengeluarkan kata maaf oleh pemimpin PAS sendiri. Sebaliknya mereka ini
walaupun digelar ulama tetapi bersifat angkuh mempertahankan ahli-ahli
PAS.
Sebenarnya sudah ada trend mendiamkan diri di kalangan ulama PAS yang
jujur kepada perjuangan PAS yang asal. Namun tidak kurang pula ada yang
berani dan bangkit melawan arus seperti Pendakwah Bebas, ustaz Khazim
Elias, Tok Guru Lah, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Hassan Ali
dan bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hafiz
Noordin. Malahan sudah ada pun bekas ahli-ahli Dewan Ulama PAS, bekas
timbalan pesuruhjaya PAS dan sahabat baik TG Nik Aziz mengisytiharkan
diri meninggalkan PAS sebaliknya menyertai UMNO. Kenapa ini boleh
berlaku? Apakah tokoh-tokoh agama yang meninggalkan PAS itu sanggup
meninggalkan syurga yang dijanjikan oleh TG Nik Aziz?
Mungkin ulama-ulama yang meninggalkan perjuangan PAS itu takut diri
mereka tergolong sebagai ulama al-Su'. Ulamak al-Su’ (jahat) ialah
ulamak yang memutar belitkan
tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan
pemerintah walaupun bertentangan dengan agama. Nabi SAW telah
mengingatkan tentang bahayanya ulama’ jahat ini melalui sabdanya “Aku
bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. Bila ditanya :
siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’. Ulamak jahat juga seorang
munafik yang durjana kerana dia sendiri
tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain. Kita
mesti dapat membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat.
Ulamak politik dengan ulama pewaris Nabi.
RUMUSAN
Orang Islam di Malaysia perlu bersatu. Perpecahan umat Islam merupakan
cita-cita besar kaum Yahudi dan Nasrani. Sebelum terlambat, orang Melayu
yang juga orang Islam mengikut perlembagaan persekutuan perlu berfikir
sedalam-dalamnya. Orang Melayu/Islam merupakan majoriti penduduk di
Malaysia. Orang Melayu/islam sepatutnya kuat menuntut haknya sebagai
pribumi di Malaysia ini. Sebaliknya suara Melayu semakin layu dan suara
umat Islam semakin tenggelam kerana umat Melayu/Islam di Malaysia
berpecah sesama sendiri.
Bangsa yang kuat akan jadi lemah jika berpecah. Oleh itu marilah kita
umat Melayu/islam bersatu di bawah pemerintahan orang Melayu/Islam yang
terbukti pernah berjasa dan banyak membela nasib bangsa, agama dan
negara tidak lain dan tidak bukan adalah parti keramat UMNO.
Andaikata Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 alamatnya satu malapetaka dahsyat telah menimpa umat Islam di Malaysia ini. PAS hanya parti kecil dalam PR. Suara PAS tidak kemana dalam PR yang majoritinya ahli-ahli Yang Berhormatnya bukan Islam. Dalam PKR pun ramai bukan Islam apatah lagi dalam DAP.
Andaikata Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 alamatnya satu malapetaka dahsyat telah menimpa umat Islam di Malaysia ini. PAS hanya parti kecil dalam PR. Suara PAS tidak kemana dalam PR yang majoritinya ahli-ahli Yang Berhormatnya bukan Islam. Dalam PKR pun ramai bukan Islam apatah lagi dalam DAP.
Jangan tunggu nasi sudah jadi bubur. Lihatlah di keliling anda sekarang,
apakah nasib orang Melayu terbela di Pulau Pinang dan Selangor?
Pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di negeri pemerintahan PR.
Maksiat berleluasa. Pemimpin utama mereka bercakap tak serupa bikin.
Banyak muslihat daripada nasihat. Banyak tipu helah untuk menyelamatkan
kuasa yang ada. Hari ini majoriti rakyat sudah sedar bahawa mereka
tersilap beri undi dalam PRU yang lalu. Mereka tidak sabar lagi untuk
mengembalikan kuasa pentadbiran kepada BN/UMNO yang terbukti lebih baik
daripada PR. Mereka menunggu PRU13 untuk memberi undi kepada calon BN.
Selamat tinggal DAP, PAS dan PKR!