"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, April 30, 2011

UMNO JAHAT! KASIHAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.

Aku kasihan melihat DSAI sentiasa diekori dan dikelilingi wartawan. Soalan-soalan yang dikemukakan wartawan amat perit untuk dijawab. Sebelum ini apa saja yang berlaku ke atas dirinya, DSAI akan lantas memberitahu wartawan, "Inilah konspirasi jahat kerajaan UMNO". Kes liwat 1, kes liwat 2 dan video seks juga dikatakan suatu konspirasi politik yang amat jahat oleh UMNO. Dan ada pihak pula menyalahkan Datuk Trio kerana mendedahkan video itu kerana tindakan Datuk Trio itu telah mengaibkan individu tertentu iaitu Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim. Kenapa yang si pencuri tak bersalah sebaliknya pihak yang mendedahkan si pencuri pula dipersalahkan? Mengikut kebanyakan pembangkang mengatakan sipencuri itu telah diaibkan kerana dia bukan si pencuri. Apakah benar si pencuri itu tidak mencuri? Dan adakah individu yang mencuri itu merupakan hasil usaha jahat pihak tertentu (konspirasi)  hingga menyebabkan dia tertuduh sebagai pencuri?
Jika kes liwat 1 DSAI dibebaskan oleh mahkamah kerana terdapat kesilapan teknikal tetapi laporan hakim menyatakan bahawa kes liwat tetap berlaku. DSAI merengkuk dalam penjara dan menghidapi sakit tulang belakang yang serius. Video youtube telah mendedahkan kepada umum, bahawa sakit tulang belakang yang didakwa Anwar merupakan suatu lakonan Anwar. Selepas PR menang besar dalam PRU12 bulan Februari 2008, Anwar sekali lagi tanpa segan dan malu, sekali lagi mendakwa bahawa pada 16 September 2008, Pakatan Rakyat akan menduduki Putrajaya. Beliau mendakwa usaha mengambil alih Putrajaya itu telah mendapat sokongan Yang DiPertuan Agung dan Angkatan Tentera. Berpuluh-puluh MP dari BN akan melompat parti bersama Pakatan Rakyat. Sebaliknya apa yang berlaku? Sebaliknya ramai MP dan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP meninggalkan parti dan ada yang menyertai UMNO/BN. 
DSAI terus berjuang untuk menjadi Perdana Menteri. Apa yang berlaku terhadap dirinya merupakan konspirasi UMNO/BN. Pemimpin-pemimpin utama PKR/PR yang mengisytihar diri keluar parti didakwa dibeli oleh UMNO/BN. Yang tinggal cuma Azmin Ali, Tan Chua dan isterinya Wan Azizah yang masih setia bersama dengan PKR. Adakah nama-nama besar pemimpin PKR berikut yang mengambil keputusan meninggalkan PKR itu telah menerima imbuhan dari UMNO/BN? Mustahil! kerana di kalangan mereka ini ada maruah dan integriti.
PEMIMPIN UTAMA PKR
1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir Kerusi Parlimen 
1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin
Kerusi DUN 
1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam

Setakat hari ini belum kita dengar pemimpin UMNO menyertai PKR. Walaupun UMNO dicemuh dan dicaci oleh pembangkang tapi rata-rata rakyat berbangsa Melayu beragama Islam masih yakin dengan UMNO untuk mempertahankan dan membela nasib bangsa Melayu/bumiputera dan agama Islam. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa keputusan pilihanraya kecil di Semenanjung, Sabah dan pilihanraya baru-baru ini di Sarawak. Apakah Anwar dan PKR masih betul?
Kelmarin kira-kira jam 4.20 petang Datuk Eskay telah melaksanakan sumpah laknat di masjid. Beliau mengakui bahawa beliau bersama dengan Anwar dalam video seks itu. Dan beliau mengakui bahawa pelaku seks itu ialah Anwar. Kenapa Anwar perlu melenting bila ditanya oleh wartawan pasal jam omega, pasal nama beliau disebut dalam video itu? Jika beliau dipihak yang benar lakukanlah sumpah laknat atau mubahalah supaya isu video seks itu dapat ditamatkan dengan segera. Tidak perlu menepis dan membuat soalan balas dengan wartawan hingga wartawan diperbodohkan dengan soalan "Awak orang islam atau tidak?".  Kasihan si Anwar sebenarnya. Beliau sudah terdesak. Tapi sebagai ahli politik beliau tidak boleh melakukan tindakan yang boleh memadamkan kerjaya politiknya. Beliau akan mempertahankan bahawa video seks itu merupakan suatu konspirasi politik UMNO/BN seolah-olah UMNO/BN sangat takut kepadanya ekoran kebangkitan Pakatan Rakyat selepas PRU12 yang lalu. Rasionalnya, UMNO semakin kuat dan BN mulai mendapat keyakinan rakyat. Buktinya beberapa pilihanraya kecil yang lalu, calon BN menang. Berapa ribu penyokong-penyokong Anwar mengiringi dan menunggunya di mahkamah? Dulu ya kerana dulu rakyat belum kenali siapa Anwar. Tapi sekarang tidak sampai 20 orang itu pun pemimpin-pemimpin utama, MP dan pasukan peguam Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang terpaksa memberi sokongan kerana kepentingan politik.
Walaubagaimana pun masih ada lagi pemimpin dan penyokong PKR yang taksub. Apa yang dipaparkan mereka kata itu bukan rupa Anwar, Sumpah laknat itu tidak menurut syariat Islam. Anwar adalah pemimpin ABIM yang berpegang kuat dengan ajaran Islam. Semua yang berlaku ke atas Anwar itu merupakan konspirasi jahat UMNO. Hakikatnya, salahlaku Anwar semakin hari semakin terdedah. Dapatkah rakyat boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang terlalu banyak konflik diri sejak beliau dipecatkan oleh Tun Mahathir. Negara Malaysia dikira lebih aman dan maju jika Anwar mengundur diri dengan baik sejak beliau didakwa terlibat dengan kes liwat 1 dulu. Apakah Anwar mungkin mahu dia ditangkap dan dipenjara untuk sekali lagi bagi mendapat simpati rakyat ke atasnya? Tunggu dan lihat.

Wednesday, April 27, 2011

Janjilah apa pun untuk orang Cina, mereka tetap menyokong DAP, kenapa?

Orang Cina sangat pintar dalam politik. Mereka bukan majoriti di bumi Malaysia. Tapi mereka boleh menguasai politik di negeri-negeri tertentu. Tidak hairan jika orang Cina mungkin suatu masa nanti akan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Ini boleh berlaku kerana Cina bersatu walaupun mereka ada yang menjadi ahli MCA, Gerakan mahu pun DAP. Orang Cina mudah untuk bersatu dan akan bersatu padu untuk membuat sesuatu perubahan. Pengundi-pengundi Cina boleh menolak dan menerima seorang calon. Mereka tidak peduli calon itu orang tempatan atau orang luar, calon itu dari BN atau DAP. 
Orang Cina tidak peduli baik budi sesebuah kerajaan tapi bagi mereka calon yang baik ialah calon kepada parti yang dapat membela nasib bangsa mereka. DAP sebenarnya lebih racist daripada UMNO. DAP tidak pernah berkempen untuk membela nasib orang Melayu di bandar mahupun di kampung-kampung. Sebaliknya pemimpin DAP lebih faham bahawa pengundi Cina lebih selesa jika DAP secara berterus terang memperjuangkan untuk orang Cina. Itu sebabnya calon DAP menang di Pulau Pinang dalam PRU12 walaupun Guan Eng bukan rakyat tempatan. Beberapa Pilihanraya Kecil yang lalu jelas menunjukkan bahawa majoriti pengundi Cina memberi undi kepada calon DAP walaupun mereka tahun calon DAP jika menang sekadar memanaskan kerusi pembangkang sahaja. Akhbar-akhbar Cina yang menerbitkan kenyataan perkauman manakala pemimpin DAP berceramah dengan meniup semangat perkauman di kalangan kaum Cina di bandar-bandar tapi tidak pernah pun pemimpin PAS bangkit untuk menegur. Jika berlaku di Utusan Malaysia, bukan kerajaan DAP di Pulau Pinang sahaja yang mengharamkannya, malahan pemimpin PAS turut bersetuju dengan MCA bahawa akhbar Utusan Malaysia diboikot. Begitulah tekanan dan asakan yang dikenakan kepada orang-orang Melayu dan juga akhbar berbahasa Melayu. Apakah Melayu akan terus begini dan sampai bilakah orang Melayu mampu bertahan?
Kata orang, sebusuk-busuk UMNO pun, masih lebih baik daripada PAS dan parti-parti lain dari segi perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam. Sebaik mana pun PAS kata orang, PAS tak mampu membela nasib bangsa Melayu dan agama Islam kerana perjuangan PAS sudah tersasar jauh malahan menjadi kuda tonggangan kepada DAP dan PKR. Orang Melayu hanya ada satu pilihan yang terbaik iaitu terus menyokong UMNO untuk survival politik masa depan orang Melayu di tanah air sendiri. Jika tidak orang Melayu akan menerima nasib yang sama dengan rakan-rakan kita di Singapura. Lihatlah sendiri apa yang sedang berlaku dengan nasib orang Melayu di Pulau Pinang? Tepuk dada tanya minda.

Tuesday, April 26, 2011

Harakah: DAP menyertai BN atas jemputan UMNO!

Harakah Daily 26/4/2011 memaparkan berita besar "DAP akan tolak jemputan UMNO sertai BN".

DAP akan menolak jemputan Umno untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) jika benar akan ada pelawaan seumpama itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Sehingga kini kita tidak tahu apa-apa lagi tentang hal ini sehinggalah kita diberitahu hari ini, namun kalau adapun  kita akan kekal bersama Pakatan Rakyat," kata Guan Eng ketika ditemui sejurus selepas sidang medianya di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Pagi tadi, Harakahdaily menyiarkan laporan kononnya Umno sedang berusaha untuk mendekati DAP untuk dipelawa menyertai BN.

Menurut sumber itu, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Komen:
Itulah kerisauan PAS sebenarnya. PAS takut UMNO akan menerima DAP. Kata pepatah Melayu "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". UMNO bukan parti lemah hingga terpaksa menggadaikan maruah parti untuk bersama DAP. UMNO bukan parti PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP, parti mewarisi perjuangan komunis sealiran dengan semangat perjuangan PAP di Singapura. UMNO tidak akan tunduk kepada tekanan parti-parti komponen seperti MCA. Parti-parti komponen yang diibaratkan umpama "musuh dalam selimut" atau "api dalam sekam" eloklah isytihar keluar tinggalkan BN serta merta. BN tidak suka kepada parti-parti yang suka tikam dari belakang. 
Oleh itu PAS jangan takut atau sengaja 'test'  kawan-kawan pakatan seperti DAP. Ingatlah UMNO sama sekali tidak menggadaikan maruah seperti PAS. Sanggup menggadaikan perjuangan Islam kerana menjaga hati kawan DAP. UMNO tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir andaikata UMNO bersendirian dalam BN sekalipun. Pemimpin PAS bertanggungjawab berlakunya perpecahan di kalangan orang2 Melayu/Islam di Malaysia sejak berpuluh tahun dahulu. UMNO menyeru ke arah perpaduan Ummah manakala PAS pula menyeru ke arah perpecahan dan permusuhan di antara umat Islam. Orang UMNO dikafirkan. Orang yang menjadi ahli PAS masuk syurga. Sembelihan orang UMNO haram! Pasangan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO tidak sah! Maka jadilah dua imam dalam sebuah masjid. Pemimpin PAS merupakan individu yang bertanggungjawab berlakunya kafir-mengkafir sehingga perpecahan di kalangan umat Islam hingga sekarang masih berlaku.

Wednesday, April 20, 2011

Aku tetap sokong UMNO walaupun pemimpinnya pandang sebelah mata!

Aku bukan tak pernah minta daripada pemimpin UMNO. Setakat ini pemimpin UMNO di tempat aku termasuk Ketua Bahagian pernah memberi sumbangan RM10k untuk suatu program sukan peringkat kebangsaan. ADUN kawasan pun juga tidak kedekut sudah beberapa kali menghulurkan peruntukan sama ada peruntukan kerajaan mahu pun peruntukan peribadi. Aku dah naik malu nak minta kepada pemimpin-pemimpin UMNO di tempat aku.
Pada tahun ini aku diamanahkan untuk menjadi Pengerusi Penaja suatu program peringkat negeri. Aku pun menghubungi Pegawai Khas Dato' Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Telefon punya telefon dapatlah bercakap dan diberitahu aku supaya tidak datang ke pejabatnya sekarang kerana pusat khidmatnya untuk penduduk di bahagian itu sahaja. Untuk orang lain eloklah ke Pejabat UMNO Negeri. Aku pun berpatah baliklah dengan hati yang sedikit kecewa. Selepas bayar Tol aku berpusing patah balik ke Pulau. Atas jambatan pula ada kemalangan berlakulah kesesakan berjalanlah kereta aku perlahan-lahan dan kadang-kadang berhenti. Lebih banyak berhenti daripada berjalan. Aku menggelisah dalam kereta aku fikir macam2. Apa pula jawapan yang akan aku terima daripada pegawai di pejabat UMNO Negeri?
Kira-kira jam 4.00 ptg dapat jumpa juga dengan pegawai di pejabat UMNO itu. Aku serahkan surat mohon sedikit peruntukan cuma RM3k sahaja. Bukan RM13k ataupun RM30k. Satu program peringkat negeri jika RM3k tidaklah begitu besar. Oleh kerana jumlah peruntukan tidak begitu besar, aku menaruh harapan yang tinggi akan dapat peruntukan yang diminta. Kira-kira seminggu kemudian, aku difahamkan surat itu masih di atas meja. Seminggu kemudian aku telefon pegawai berkenaan dia jawab belum jumpa lagi dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Selepas seminggu kemudian program dimaksudkan itu pun berlangsung tanpa sebarang jawapan daripada pihak UMNO Negeri. Malu aku nak bercakap kepada AJK Program peringkat negeri bahawa UMNO tak ada duit. Sebaliknya aku tahulah sangat, bukan tak ada duit. Dato' Pengerusi pun dari cakap-cakap orang UMNO sendiri adalah orang korporat. Tapi mungkin aku bukan Ketua Bahagian atau bukan Ketua Cawangan. Jika aku Pengerusi Mubarak, Perkasa, Belia 4B, MAYC atau Pewaris mungkin akan dilayan dengan baik. Mungkin pula ditanya kenapa minta sikit sangat?
Tak apalah semua itu telah berlaku. Aku tetap bekerja untuk UMNO. Bukan UMNO buat semuanya betul. Yang tak betul kita kena tegur. UMNO bukan milik orang tertentu. UMNO milik ahli-ahli UMNO. Kita kena jaga dan pelihara UMNO dengan baik. Bagaimana nak jaga UMNO? Terpulanglah dengan cara dan kemampuan masing-masing. Kita harap pemimpin UMNO jangan lupa bahawa peranan ahli UMNO yang biasa seperti kami ada juga impaknya. Jangan kerana dia Dato' atau Ketua Bahagian atau Yang Berhormat, Pengerusi NGO-NGO tertentu baru kita nak layan. Orang macam kami di pandang sebelah mata sedangkan orang seperti kami sudah berpuluh tahun berjasa kepada UMNO tanpa goyah. Tanpa ada kepentingan peribadi bekerja menghambakan diri kepada UMNO setiap kali pilihanraya umum. Pemimpin UMNO hari ini yang baru usahlah terlalu bergaya dan mudah lupa. Rakyat sedang memerhatikan anda semua. Kesilapan pemimpin UMNO yang lalu jangan diulangi lagi. Perjuangan UMNO/BN yang di bawah kepimpinan DS Najib Tun Abdul Razak sedang berada pada landasan yang cukup baik. Aku tetap sokong UMNO walaupun pemimpin UMNO pandang sebelah mata!

HARAKAH DULU DAN SEKARANG - KASIHAN RAJA PETRA KAMARUDDIN

HARAKAH DULU- RAJA PETRA

Sumbangan pembaca Harakah 
Dalam pada itu, kunjungan Harakah ke kediamannya bertujuan menyampaikan amanah daripada para penyumbang yang terdiri dari pembaca Harakah, khususnya kepada keluarga mangsa ISA (Raja Petra)
Dalam pertemuan tersebut, wakil Harakah menyampaikan sumbangan RM 1000 kepada Marina sebagai meringankan bebanan perasaan dan sokongan moral kepada mereka sekeluarga.
Dalam pada itu, Marina menyeru para penyokong Raja Petra dan mereka yang menentang akta zalim ini ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, 22 Oktober ini untuk mendengar keputusan 'harbeas corpus' Raja Petra.
 HARAKAH SEKARANG 19/4/2011
Isu akuan bersumpah blogger Raja Petra Kamarudin penuh putar belit yang ditimbulkan kembali oleh para pemimpin Umno BN, disifatkan oleh PAS sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.

Untuk memahami isu itu, kesemua pihak perlu menyedari kedudukan Raja Petra itu sendiri yang hanya sebagai rakyat biasa, bukan pemimpin negara dan bukan juga pemimpin parti politik penting di tanah air.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu sebarang isu yang timbul berkait dengan Raja Petra, apatah lagi jika jelas berputar belit seperti berkaitan akuan bersumpahnya berhubung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai sebarang makna jika dilayan oleh PAS.

Monday, April 18, 2011

Sikap pengundi Cina terhadap Barisan Nasional sudah berubah!
















Agak sedih juga apabila melihat sikap pengundi Cina di Sarawak semasa keputusan Pilihanraya Negeri diumumkan. Jika dibandingkan dengan kerusi yang dimenangi oleh DAP dalam pilihanraya yang lalu, mereka berjaya menambah dari 9 kepada 12 kerusi. Percaturan mereka memainkan isu perkauman nampaknya berjaya terutamanya dibandar-bandar. Mujurlah tsunami 'tukar kerajaan' yang mereka canangkan tidak menjadi kenyataan! Kalau tidak, apa yang berlaku selepas ini!

Senario pengundi-pengundi Cina yang menolak BN nampaknya semakin meruncing selepas PRU ke-12 yang lepas. Saban kali bila ada PRK, undi kaum Cina akan beralih kepada DAP! Peranan parti kaum Cina yang ada dalam BN nampaknya tidak berfungsi dengan baik. Apakah sikap orang Cina kepada orang Melayu yang telah banyak membantu mereka sejak dari merdeka sehingga sekarang sudah banyak berubah! Apakah apabila mereka melihat orang Melayu semakin berpecah, maka inilah peluang bagi mereka untuk menuntut pelbagai tuntutan yang adakalanya tidak masuk akal!

Sampai bila kita harus berbudi kepada mereka-mereka yang tidak tahu menghargainya!Barangkali kita masih lagi mengingati generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.

Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".

Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.

Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam.

Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya.

Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai.

Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.

Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba.

Sama-samalah kita fikirkan. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Wednesday, April 13, 2011

Mesti baca: Enam (6) bukti 'wajah' sebenar Anwar!!

KUALA LUMPUR 12 April - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.
Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.
Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.
"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.
"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.
"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?
"Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.
Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.
"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.
Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.
"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.
"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.
Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.
Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.
"Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,'' tambahnya.

Sumber: Utusan Malaysia 13 April 2011

Monday, April 11, 2011

MAHFUZ OMAR NAIB PRESIDEN PAS TIPU ORANG SARAWAK

Petikan Dari HARAKAH DAILY 10/4/2011:
Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.  Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri.
Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan.
"Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan. "Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat," katanya ketika berceramah di sini.
Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain. Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti.
Di Kedah dan Pulau Pinang juga katanya, keadaan serupa berlaku apabila kekayaan negeri dibahagikan untuk dinikmati rakyat negeri itu.
"Kalau 2008 rakyat Kedah, Selangor, Pulau Pinang tak buat perubahan, adakah mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang? "Seperti Sarawak, walaupun rakyatnya 30 tahun di bawah BN, pemimpin kaya, rakyat papa kedana.
Komen:
Kesenangan yang ada di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat hari ini adalah hasil perjuangan BN. Setelah memerintah 3 tahun, janji-janji dalam manifesto pilihanraya dulu pun tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Jika ada pun, ibarat kata pepatah Melayu " Telur sebiji, riuh sekampung". Rakyat Pulau Pinang termasuklah Melayu, Cina dan India sudah muak dengan cakap putar belit CM Pulau Pinang dari Melaka. Dalam pilihanraya umum akan datang, kami rakyat Pulau Pinang mahukan anak Cina Pulau Pinang yang jadi Ketua Menteri.

Saturday, April 9, 2011

Ramai pelik pembangkang tolak penubuhan Suruhanjaya DiRaja

ni komen terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Najib Tun Razak mengenai isu video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mempersoalkan sikap pemimpin pembangkang yang tidak pernah konsisten sehingga sanggup mengadaikan prinsip bila satu-satu perkara yang timbul tidak menguntungkan mereka.

Sebaliknya kata Najib, mereka akan mengambil kesempatan bila ada isu yang menguntungkan sahaja.

Menurutnya, sikap pemimpin pembangkang itu jelas tergambar dalam kenyataan pemimpin-pemimpin mereka berhubung kontroversi video seks sekarang.

"Nampaknya pembangkang tidak konsisten dan mereka tengok keadaan. Mereka rasa kalau ada sesuatu yang tidak menguntungkan mereka, mereka akan ketepikan soal prinsip," katanya menjawab soalan mengenainya di sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong Khamis.

Beliau diminta mengulas mengenai pendirian semua Ahli Parlimen pembangkang menolak cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks tersebut yang terbongkar hujung bulan lepas.

Najib berkata kebiasaannya pembangkang akan mendesak supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan tetapi dalam kes ini mereka membisu.

"Ini yang ramai orang rasa pelik dan aneh sebab sebarangan isu, merekalah yang pertama akan mendesak suruhanjaya diraja ditubuhkan.

"Yang pelik bila isu ini bangkit, mereka membisu, malah mereka menolak untuk menubuhkan suruhanjaya diraja," kata Najib.

Dalam perkembangan lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz Khamis menerima dua memorandum daripada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali bagi pihak Perdana Menteri bagi mendesak kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video aksi seks melibatkan pelaku mirip pemimpin pembangkang.

Memorandum kedua pula mahu kerajaan menubuhkan sama ada Suruhanjaya Diraja atau mengadakan inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani.

"Memorandum daripada Perkasa berhubung isu video seks menguatkan lagi hujah untuk dibawa kepada pengetahuan kabinet pada mesyuarat esok, manakala usul berkaitan kematian anggota kastam akan diperhalusi sementara menunggu siasatan polis selesai,

Friday, April 8, 2011

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat video seks ke kabinet Jumaat ini...nak 'settle once and for all'

Harapan rakyat negara ini untuk mendapat kebenaran secara telus dan terbuka tentang isu video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim besar kemungkinan menjadi kenyataan.

Menteri DiJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang jaga portfolio undang-undang memberitahu satu sidang media di bangunan Parlimen pagi Rabu beliau akan membawa cadangan bagi penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja ke mesyuarat kabinet Jumaat ini.


Katanya beliau sendiri akan menyokong cadangan berkenaan.


Beliau berkata isu ini harus di
'settle once and for all' .

Menurut Nazri, penubuhan suruhanjaya itu perlu selepas Datin Seri Wan Azizah Ismail menafikan lelaki terbabit hubungan seks dengan pelacur China dalam video itu adalah suaminya.
Katanya, kerajaan dan orang ramai perlu tahu mengenai kebenaran mengenai siapa dalam video itu selepas penafian Anwar dan Azizah.
Ia juga bertujuan membersihkan nama kerajaan atau UMNO yang kerap dituduh pembangkang terbabit sesuatu isu berkaitan pembangkang.
Menurut beliau, tiada soal peribadi dalam isu ini tetapi disebabkan penafian tersebut, seolah-olah kerajaan terbabit dengan video itu.
“Kita perlu buktikan dan tahu siapa dalam video tersebut.Kenapa (pembangkang) perlu takut. Kerajaan dan BN juga ambil risiko dengan penubuhan suruhanjaya ini,”.
“Kalau bukan (Anwar), ini peluang mudah jadi PM,” katanya Nazri lagi.
Sementara itu ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim memberitahu Agendadaily, adalah tanggungjawab kerajaan mencari kebenaran dalam isu video tersebut.
“Selagi tidak diselesaikan, ini jadi kekalutan pada rakyat. Kita juga tak mahu ini (kekalutan) kerana satu orang (iaitu Anwar),” katanya.
Katanya, tidak ada sebab mengapa pembangkang termasuk pemimpin PKR tidak setuju dengan penubuhan suruhanjaya itu yang bertujuan mencari kebenaran.
“Jika mereka tak mahu, mereka berat sebelah. Sebelum in, mereka yang kerap minta ditubuhkan (suruhanjaya),” ujar beliau.
Bagi Zahrain, rakyat perlu tahu kebenaran dan siasatan suruhanjaya itu kelak akan menjawab segala teka teki siapa lelaki dalam video itu sebenarnya.-Agenda Daily 6/4/1011

Sunday, April 3, 2011

Pasangan yang dinikahkan oleh Jurunikah UMNO adalah tidak sah!

Pengikut Pas yang taksub dengan perjuangan parti itu pernah memulaukan imam UMNO dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.
Perkara itu didedahkan oleh bekas penyokong kuat parti itu, Aziz Jusoh, 51, yang mendakwa, ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.
"Malah, sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.
“Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya.
Aziz membuat pendedahan tersebut pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Gong Tinggi dekat sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.
Aziz mendakwa, akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat di rumah berimamkan siaran langsung di radio.
"Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya.
"Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutama penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu," akuinya.
Aziz mendakwa, fahaman yang disebarkan oleh penceramah Pas lazimnya menjadi amalan penyokong akar umbi yang kurang mendalam ilmu agama mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
"Mereka (penceramah Pas) tidak boleh menafikan perkara ini kerana saya adalah salah seorang penyokong yang taksub dan berbuat demikian semata-mata kerana terlalu setia terhadap perjuangan parti itu sebelum ini," dakwanya.

Anwar dan semua pemimpin pembangkang sangat gembira video seks itu tulen?

Setelah pihak PDRM jalankan siasatan, didapati video seks yang didakwa melibat pemimpin pembangkang itu sebenarnya tulen. Ertinya tiada berlaku perbuatan mengubahsuaian pada video itu seperti 'superimpose' dan sebagainya. Ini bermakna jika lelaki itu Y maka Y lah lelaki itu. Jika pasangan lelaki itu bernama X maka X lah perempuan itu.
DS Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis sebaik diketahui bahawa dirinya dikaitkan sebagai lelaki Y. Beliau menafikan bahawa perutnya tidak sebuncit seperti lelaki Y itu. Datuk Johari Abdul merupakan pemimpin pertama pembangkang yang menyaksikan video seks itu turut menyokong bahawa lelaki Y bukan DS Anwar Ibrahim. Pemimpin pembangkang kebanyakannya mengatakan video seks itu merupakan konspirasi UMNO mahu menjatuhkan DS Anwar Ibrahim. Karpal Singh pula mahukan Datuk T ditangkap dan menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video seks ini. Karpal Singh sudah jadi peguam politik yang sudah 'double standard' dalam kes-kes yang melibatkan ahli politik. Jika kena pada ahli politik BN cepat-cepat diminta ditubuhkan segera Suruhanjaya Diraja. Presiden PAS, Haji Hadi Awang merupakan ulamak dan pemimpin utama sebuah parti Islam sepatutnya menyokong 100% usaha penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menjalankan siasatan ke atas video seks ini. Sebaliknya semua pemimpin-pemimpin pembangkang menolak usaha penubuhan itu kerana kemungkinan besar mereka percaya bahawa video seks itu tulen dan benar. Jika Suruhanjaya Diraja dapat membuktikan kepada rakyat bahawa lelaki Y itu adalah pemimpin utama pembangkang maka jahanamlah impian mereka untuk menawan Putrajaya dalam PRU yang akan datang.
Sebenarnya video itu tulen, namun demikian lelaki Y itu belum tentu pemimpin pembangkang ataupun lelaki Y itu seiras dengan pemimpin pembangkang itu. Untuk kepastian ini, maka semua pemimpin pembangkang jangan takut kerana video itu adalah tulen/asli. Jika DS Anwar Ibrahim menafikan dia bukannya lelaki Y kenapa perlu takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja. Malahan ada yang mencadangkan ketua-ketua parti pembangkang, DAP, PKR dan PAS serta NGO-NGO turut berada dalam Suruhanjaya itu sebagai pemerhati. Jika penubuhan Suruhanjaya Diraja memakan masa yang lama, eloklah video seks itu ditayangkan di parlimen supaya dapat semua wakil-wakil rakyat memutuskan secara undian samada lelaki Y itu adalah DS Anwar Ibrahim itu benar, tidak pasti atau tidak benar [baca sini]. Tak usahlah di sana sini, seluruh pelusuk negara pemimpin pembangkang berceramah politik menafikan kepada rakyat. Bersusah payah nak beritahu kepada rakyat bahawa video seks itu adalah usaha jahat UMNO. Yang peliknya Datuk Eskay tidak pernah menjadi ahli dan pemimpin UMNO dan beliau merupakan sahabat paling akrab dengan Anwar sebelum ini. Persoalannya kenapa DS Anwar Ibrahim pula membiarkan Datuk Eskay membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah dirinya? Mengapa DS Anwar Ibrahim tidak menyaman Datuk Nala juga sahabat karibnya yang tidak kurang mendedahkan pelbagai kecurangan yang dilakukan oleh Anwar? Dan mengapa DS Anwar tidak menyaman Ummi Hafilda, adik Azmin Ali yang berceramah di merata tempat memburukkan nama baiknya sebagai Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang di khalayak ramai? Datuk Nala pula mengalu-alukan agar DS Anwar menyaman beliau supaya beliau dapat mendedahkan segala perlakuan songsang Anwar di mahkamah [baca selanjutnya].
Yang jelas UMNO tidak terlibat. UMNO tidak perlu mengada-adakan konspirasi kerana selepas PRU12, beberapa PRK telah memihak kepada BN. Majoriti rakyat dan pengundi sudah dapat menilai yang mana intan dan yang mana batu. UMNO sudah belajar dari pengalaman lampau. UMNO sudah mengkaji bahawa perbuatan memburukkan seseorang peribadi pemimpin politik itu bukan politik yang matang. Politik memburukkan peribadi calon hanya datang dari parti pembangkang terutama PAS yang kononnya mendokong syiar Islam mengamalkan konsep dakwah islamiahnya. Hingga hari ini belum kita dengar pun seorang pemimpin DAP memeluk Islam kerana dakwah TG Nik Aziz. Politik Malaysia pada hari ini jadi caca merba karenah pemimpin pembangkang yang gelabah jingga. Jangan gadai masa depan anak cucu kita kerana pembangkang yang terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan kepentingan dan kebajikan rakyat. Membina sebuah negara yang maju dan aman damai tidak semudah membina sebuah kondominium. Fikirkan banyak kali sebelum membuat keputusan.

Saturday, April 2, 2011

Isu video seks lelaki Y: Kisah benar dari Dato' Eskay

Setelah lebih satu dekad tidak bertemu, semalam, Dato’ Eskay dan saya ditakdirkan Allah s.w.t bertemu semula di Shah Alam. Panjang cerita kami, kembali ke zaman kami merancang membuat sebuah filem bertajuk ‘Kacau Malaya’ bersama Datin Tiara Jacquelina dan Uwei Hajisaari. Dato’ Eskay masih seperti yang saya ingat tentang beliau, lincah dan sporty.
Di dalam pertemuan semalam, Dato’ Eskay di temani oleh Dato’ Shuib Lazim dan pertemuan itu disertai oleh lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif. Saya berterima kasih kerana dipelawa ikut serta kerana terdapat beberapa soalan yang saya benar-benar mahukan kepastian dari Dato’ Eskay.
Ehsan RBF Online

Dato’ Eskay semalam mengesahkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghubunginya sewaktu video seks yang dikatakan menyerupai seorang pemimpin pembangkang disiarkan di Carcosa Seri Negara, sebulan selepas rakaman dibuat.
“Eskay! Where are you?” tanya Anwar, menurut Eskay. Data-data daripada maklumat panggilan telefon, data-data sms di antara Anwar dan Eskay telah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
Dato’ Eskay juga tidak menafikan, Anwar secara terbuka lebih fokus menyerang Tan Sri Rahim Thamby Chik daripada dirinya, sedangkan penglibatan RTC hanya bermula 3 hari sebelum pihak media didedahkan dengan video tersebut. Bagaimanapun, Eskay amat kesal bila ada penyokong Anwar cuba mengaitkan tindakannya itu dengan kes mahkamahnya dan juga sebagai satu aksi untuk mendapat habuan lumayan.
Untuk itu Dato’ Eskay telah memberitahu para blogger yang hadir bahawa beliau adalah rakan berhibur Anwar sejak beliau mula curiga tentang perhubungan Anwar dengan Sukma Darmawan, adik angkat Anwar dari Indonesia.
“Suatu masa, Anwar duduk di kediaman rasminya sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000 di rumah tersebut….” Eskay memulakan cerita.
Eskay mendakwa Anwar kemudian mengajaknya ke rumah untuk melihat tempat wang itu disimpan dan hilang. Ketika di rumah tersebut, Eskay terlihat Sukma di dalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur Anwar.
“Saya tanya dia, siapa tu… Anwar kata oh itu adik angkat saya…” tambah Eskay yang mendakwa dia curiga kenapa bukan anak-anak Anwar yang tinggal dibilik sebelah Anwar, sebaliknya, apa istimewa seorang lelaki dewasa yang ‘lembut’ itu untuk diberi bilik betul-betul disebelah bilik tuan rumah.
“You like him?” tanya Anwar. “Please, I am straight” kata Eskay dan menurutnya, Anwar juga segera menepuk tangan ke dadanya dan berkata, ‘I pun straight tau….”
“Selepas itu Anwar seolah-olah mahu buktikan bahawa dia memang straight dan ajak saya pergi berhibur…” itulah penjelasan Eskay bagi menceritakan bagaimana Anwar sering meminta dia ikut serta dan kemudiannya mengendalikan perempuan-perempuan untuk Anwar.
“Macam Dato’ Nalla, tetapi Nalla pun ada sekatan, saya tidak…” tambah Eskay yang merupakan bekas sport therapist bagi pasukan Jimnastik Sukan Olimpik Amerika Syarikat dan kelab American Football ternama, Dallas Cowboys.
“Kenapa Dato’ tak dedahkan ini lebih awal?”, tanya seorang tetamu yang hadir.
“Apa bukti saya nak sokong dakwaan saya?” pantas jawapan Eskay. “Tetapi bila saya dapat video ini, bukti itu (seolah di anugerahkan Allah) diberi kepada saya”.
Eskay yakin semua ini adalah petunjuk dari Allah s.w.t. Sebelum ini Eskay yang dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu proses pemulihan Anwar setelah kemalangan terjatuh dari kuda, pernah mendakwa kepada para wartawan, ‘enough is enough’ dan tidak mahu lagi dipergunakan oleh Anwar. Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah jawapan dari Allah s.w.t.
“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk check and balance. Saya bukan ahli UMNO dan mana-mana parti pun. Tetapi saya suka bila pembangkang kuat, supaya kepentingan rakyat terjaga”
“Tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat di tipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan”, tegas Eskay menjelaskan tindakkannya.
Dato’ Eskay bagaimanapun meminta penyokong-penyokong Anwar supaya tidak menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian,  Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.
“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak…”
“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan…” desak Eskay.
Soalan tersebut ialah, pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?
“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.
“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog…” minta Eskay.
“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.
Penjelasan Eskay semalam menampakan episod ini akan berpanjangan lagi. Skandal video seks lelaki menyerupai Ketua Pembangkang yang sedang disiasat polis itu seolah-olah hanyalah permulaan. Anwar dan Wan Azizah telah menolak permintaan Dato’ Trio yang terdiri daripada Dato’ Eskay, Dato’ Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik supaya berundur dari persada politik tanah air.
Semua yang hadir yakin, Eskay yang merupakan ‘anchor’ dalam episod ini, mempunyai lebih dari sekadar video seks untuk didedahkan kepada umum. 
 Sumber: Kickdefella

KARPAL BERPUSING-PUSING KERANA POLITIK DI MAHKAMAH

Pelbagai pihak hari ini mengecam Karpal Singh kerana mengamalkan sikap ‘pilih bulu’ dalam isu video seks yang dipercayai melibatkan seorang pemimpin pembangkang apabila pengerusi DAP itu hanya menggesa polis menahan trio ‘Datuk T’.
Karpal bukan sahaja mahu trio Datuk T ditahan kerana melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan tetapi juga menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat video berkenaan serta menyifatkan pendedahan itu bertentangan dengan nilai moral.
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap ‘pilih bulu’ Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu membuktikan Karpal terperangkap dalam jerat ciptaannya sendiri akibat gagal membezakan antara kepentingan politik dan profesion selaku peguam.
“Saya suka mengingatkan Karpal, dalam isu bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, D. P. Vijandran, dia bukan sahaja memiliki dan mendedahkan video seks itu pada 1989 tetapi turut menyimpannya selama beberapa tahun. Kalau tidak silap video itu hanya diserah pada 1992.
“Kenapa pula pada masa itu tindakannya tidak salah di sisi undang-undang dan kenapa pula kami tidak boleh mencari kebenaran dengan menonton video itu. Sedangkan dahulu, dia sendiri menggesa pemimpin BN menonton video Vijandran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim memberitahu, beliau tidak terkejut dengan sikap Karpal kerana dakwanya, itulah cara seorang pemimpin murahan DAP dan peguam yang gemar memutar-belit bertindak.
Sebagai contoh, katanya, pada tahun 1997 Karpal mendakwa mempunyai bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Dermawan tetapi kemudian bertindak menjadi peguam bela kepada ketua pembangkang itu.
“Kalau dia bermaruah dan berprinsip, maka dia juga perlu bersetuju agar video seks yang dikatakan mirip Anwar itu ditayangkan kepada umum dan Anwar perlu bersara daripada politik,” jelasnya.
Bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong, Karpal adalah sebahagian daripada kelompok penyokong Anwar yang sanggup memperalatkan apa sahaja undang-undang jika ia mampu memberi kepentingan politik kepada pembangkang.
Menurutnya, Pengerusi DAP itu menyokong Anwar secara membuta-tuli sehingga sanggup menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja meskipun sedar langkah tersebut merupakan jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai kebenaran.
“Dulu, kalau timbul apa sahaja berkait dengan isu yang mampu memberi keuntungan politik, Karpal dan puak-puak pembangkang inilah yang menyalak menuntut suruhanjaya diraja tetapi kenapa takut apabila video ini dikaitkan dengan Anwar,” soalnya.
Sementara itu, Bendahari Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Mohamed Aziz berkata, sikap hipokrit Karpal itu adalah manifestasi pembangkang yang bukan sahaja tidak bermoral malah prinsip perjuangan mereka sudah terkubur.
“Itulah sikap pembangkang, demi kepentingan politik meskipun bukti semakin jelas bahawa video seks tersebut adalah pemimpin pembangkang, semua kunci mulut. Inilah gaya politik lidah bercabang yang sanggup membunuh kebenaran,” katanya.