Showing posts with label satu malaysia. Show all posts
Showing posts with label satu malaysia. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Malaysia negara inovatif dan inovasi.


Malaysia inovatif peneraju inovasi.
Malaysia inovatif pemacu ekonomi.
Malaysia inovatif tingkatkan kemahiran.
Malaysia inovatif menciptakan kejayaan.
Raikanlah kreativiti budayakan inovasi.
Tinggi budi kaya pekerti harum nama ibu pertiwi.

First time aku dengar bait-bait lirik tu, terdetik dalam hati..
kreatifnye student Universiti Lim Kok Wing..muzik, lirik, semua mantap..
kalau dulu dengan lagu 1 Malaysia mereka..habis gempak lagu tu..
sekarang dengan lagu inovasi mereka..
memang best dan saya bagi rating 5 stars!
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia!
Majulah Malaysia setaraf dengan negara lain.
Bukalah mata dunia lain bahawa Malaysia mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi 
dengan negara lain..
Malaysia sebuah negara aman dan damai.
Peace no war orang kata.
Betullah..Malaysia ini memang bumi yang indah dan rakyatnya ramah.
Saya SAYANG MALAYSIA.



Intai Apa Ada!

Wednesday, June 1, 2011

aku antara 86 merayu untuk biasiswa JPA luar negara!

Sebelum tu, no offence okay. Sern nak minta maaf kepada 86 pelajar yang merayu untuk biasiswa JPA Luar Negara. Sern bukan salah sorang penerima biasiswa tu. Sern penerima elaun jek.
Okaylah, actuali dapat info daripada berita NTV7 mengenai keputusan kabinet tentang rayuan pelajar 9A+ untuk mendapatkan biasiswa JPA Luar Negara ni. 

Result        : Fail! Rayuan ditolak kabinet. *jgn la sedih okay.*
Cara atasi : Kerajaan telah menempatkan mereka yang cerdik               
                     pandai ni dalam IPTS terpilih yang dalam negara 
                     Malaysia sahaja. Dengan biasiswa tajaan juga.*ada 
                     juga kan*

Bagi Sern, kerajaan dah cukup baik memberikan biasiswa itu kat korang 86 tu. Yelah, berbanding mereka yang tidak mendapat langsung kan. Walaupun tak berperluang untuk melanjutkan ke Luar Negara, tak pat jumpa omputeh, at least dapat jumpa Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir kat Malaysia. Opps, lari topik. haha. Belajar mana pun dik, kalau niat nak dapat ilmu, akan dapat juga . Tak yah la nak study luar negara tu..Malaysia okay ape..aman, damai.peace no war okay! *Bukan mood jeles kat insan-insan stdy over the sea okay*..Itu adalah kenyataan. Setakat ni Malaysia aman damai. Tiada rusuhan, tiada gempa bumi. Kalau kat luar tu keselamatan pun tak terjamin lagi tau. So, terima jek la dengan hati yang terbuka. Kepada mereka yang terbaca (86 orang tu) jangan marah Sern. Pendapat Sern jek.hehe.. Korang still ada tajaan what..=) Okaylah, good luck yo! Belajar rajin-rajin! Study tu biarla relax jak, tapi result biar gempak kasi bangga mak bapak!







P/S : Kerajaan terpaksa menanggung kos RM54.6 juta kalau taja 86 orang ni.hurm..kalau dalam negara RM4.61 Juta sahaja( Kalau tak silap).. Ada pro and cons juga la kan..ngee.. Sern terima elaun dari BPG jek! haha..
Intai Apa Ada!

Ko Santau aku, aku Santau ko balik!


Selamat malam semua. 
Okay, kali ini Sern nak bawa semua ke alam Santau.
Santau? Apa tu Santau? Sejenis kuih ke? Santau ni tempat pelancongan ke?
hah, untuk pengetahuan semua Santau merupakan rangkaian daripada 3 perkara iaitu ramuan, sihir dan mahluk halus. Santau sering diamalkan di Indonesia, MALAYSIA, Philipine dan sedikit tempat di Selatan China. Korang tau tak jenis Santau yang ada?
Ada 4 jenis Santau iaitu Santau Angin, Santau Tuju, Santau Makanan dan Minuman dan Santau Langkah.
Mari kita tengok satu persatu.
Santau Angin ni disebarkan melalui angin samada secara bersemuka atau melalui sebaran. Santau ini diletakkan di celah kuku sebelum dibuang di tempat orang ramai. Melalui pengetahuan Sern, 1 jari boleh beri kepada 20 mangsa. Kalau 10 jari? Astaga..sendiri fikirla eh.
Pastu Santau Tuju. Santau ini ditujukan kepada individu berkenaan. Peratusan kena ada 99.9%. Elakkan daripada menyebarkan tarikh lahir anda kerana si penyantau boleh membuat kiraan dalam tarikh lahir anda dan bila hari anda boleh dikenakan. So, hati-hati dalam berikan tarikh lahir anda. *takutnye...sern nye ..*
Then Santau Makanan dan Minuman. Ia dimasukkan dalam makanan dan minuman. Jika seseorang mengamalkan pendinding diri, dia boleh detect dengan cara seperti gelas or pinggan pecah, terdapat rambut dalam makanan. Jangan ambik ringan okay kalau ada rambut dalam makanan tu. Jangan ingat rambut tu jatuh or gugur okay. Take more serius okay.
Last sekali, Santau Langkah. Boleh dilakukan samada di rumah atau pejabat or mana-mana je. Si penyantau akan taburkan semua benda dia buat then sebut orang yang dituju tu. Apabila dia memijak atau melangkah, then sahla dia kena. Jadi, mulakan langkah dengan kaki apa? Mesti semua tau kan. Pehatikan juga sekeliling tu okay.
*SUMBER DARI NENEK GOOGLE*

Kenapa Sern tetiba bawa isu Santau ni. Ini sebab ada berlakunya perkara sebegini dalam masyarakat kita. Ini kisah benar dan bukaan rekaan Sern. Perkara ini terjadi di tempat Sern tinggal. Jiran Sern sendiri. Dia terkena santau oleh orang yang tidak berperikemanusiaan. Yang kenanya anak , yang nak ditujukan kepada si bapa. hurm, apala masyarakat kita ni. Mengikut sumber, hampir keseluruhan tempat sudah terkena dan kami terpingga-pingga mendengar kenyataan itu. Si penyantau nak santau orang tu sebab ada perselisihan faham. Adoii la..takkan silap sikit je nak santau? Ambil la alternatif lain berbanding dengan melakukan perlakuan syirik ni . Hurm, harap si anaknya semakin sihat. Walaupun luaran nampak takda, tapi Sern percaya masih ada lagi melekat dalam badannya. Kesian dia..dah la perempuan..hurm...Moga Si penyantau mendapat balasan daripada Tuhan. 

P/S : Kalau mimpi jatuh tempat tinggi atau mimpi dapat bayi..anda patut berhati-hati. Ada orang hasad dengki tengah menghantar sesuatu kepada anda. Takut kan . Jauhi Santau ni. Janganlah saling menyantau. Kang tak pasal-pasal tersantau diri sendiri okay!



Intai Apa Ada!

Tuesday, May 3, 2011

Hari Bumi Sedunia.

Hye all!!
Mesti korang rasa post aku kali ni dah basi kan..?
but, who care?? Kalau statement bako-bako boleh diguna sampai sekarang, kenapa topik post aku tak leh..?hehe.. Emo tetiba an..
jap..korang tau ke bila Hari Bumi Sedunia?
ni nak habaq mai..
20 April 2011 okay...Pada hari tu, IPG kiterang iaitu, IPG Kampus Dato' Razali Ismail buat sambutan Hari Bumi Sedunia.. Kami unit kajian sosial 1 dan kajian sosial 2 bergabung tenaga menjayakan program ni..(Padahal dah memang projek KKBI)..hahah...
Hari Bumi Sedunia adalah bagi menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kita terhadap bumi yang tercinta ini.. Sayangilah bumi kita selagi kita berada di dunia ini. Jangan aniyainya kerana ianya turut bernyawa juga..okay..

Jom layan gambar sepanjang Hari Bumi Sedunia IPG KDRI 2011..

Pasti dirinya berusaha untuk hidup..chayok!!
Bertungkus lumus menanam pokok disekitar...pokok balak..pokok jati..hurm..hutan la IPG ni nampaknya 10 tahun akan datang....

Kanak-kanak terencat...ngee..=p..jangan marah suraya....


eh...tu kan budak takda hala tuju...=p


Si kurus dan si tiada hala tuju! ngam sangat la....


Jom kemas barang...! Siap dah...wooii..mana cangkul ni...!!! hehe...
P/S : Tahniah kawan semua..kerana berjaya menyumbangkan keringat dalam usaha mengindahkan dan menyahut seruan kerajaan...Selamat Hari Bumi Sedunia...!!!! Korang? Bila lagi..????!
Intai Apa Ada!

Thursday, November 25, 2010

Layak ke mereka dapat award tu?


tajuk tampak menyengat sikit ye..ehhe..persoalannya...
mampu kah mereka?
itu yang menjadi persoalan semua rakyat Malaysia..
semua menaruh harapan kepada team Hoki Malaysia 
untuk memenangi pertandingan tersebut sekaligus 
menghadiahkan EMAS KE-10 kepada Malaysia
selepas sasaran 9 Emas tercapai.
Ini adalah kali pertama Malaysia melayakkan diri ke Final..
setelah mendapat Gangsa pada Sukan Asia yang lepas..
segalanya terjawab jam 5.30ptg nanti.
Kita doakan agar mereka mampu melakukan sesuatu yang mengejutkan semua pihak terutama kepada mata negera Asia yang lain..

P/S : layak ke olimpik kalau menang..!! Good luck team Malaysia!
Intai Apa Ada!

Sunday, November 21, 2010

MALAYSIA atau CHINA?! (soalan wajib jawab bagi blogger!)


#LIN DAN(CHINA) VS. DATUK LEE CHONG WEI(MALAYSIA), 
Final BADMINTON SUKAN ASIA, GUANGZHOU#
nah! korang dah tengok kan gambar tu..! mesti korang faham kan maksud gambar tu..?
kalau tak faham gak, oh! Sern cadangkan korang gi la hentak2 kepala kat dinding..then, datang balik, buka entri ni..! gurau-gurau..!
korang..! 
korang rasa Datuk Lee tu boleh tak eh menang final nanti?
menentang Lin Dan kot..kuasa besar la juga dalam sukan Badminton ni..
jom..! kita tengok, sapa yang bakal menang?kita tengok siapa yang kena..!!! Pilihan korang sapa?
esok, live di TV2 jam 8.30am..
jangan miss tau! 
acara wajib tonton musim ni..!!


P/S: oh! Sern rasa Datuk Lee Chong Wei boleh menang. Tapi, segala mungkin berubah. Kalau lah boleh gi China tengok kan bagus...hurm...
Intai Apa Ada!

Saturday, November 20, 2010

MALAYSIA MENANG BADMINTON?!!!

MALAYSIA SILVER MEDALIST
yahooo!!!
Malaysia tempat kedua!!!
happy sangat-sangat...walaupun kalah pada Indonesia..they had done their best!
game favourite oh! Sern...
game BADMINTON
Koo n Boon!! 
final points to INDONESIA.
Markis Kido n Hendra Setiawan!!
21-16, 24-26,19-21
both of you had make us proud!!!
make it more on future!~~~
tahniah sekali lagi kepada team Malaysia walaupun tewas!! persembahan yang baik daripada mereka!!
u all the Best!!
Intai Apa Ada!

TOPUP PERCUMA!!!OLE-OLE PERCUMA?!!


wow!
tampak menarik tertarik kau memang da'bomb je kan tajuk tu...
ehhehe...!~
biasa je.
kerja mudah untuk dilaksanakan..
sini, oh SERN! nak buat promosi sikit...
senang je.. laksanakan guna click sini sana je..eeh...

jadi lah FOLLOWERS Oh SERN! yang ke- 80, ke-100. oh SERN akan bagi topup RM10..apa macam? ada brans?? untuk topup..

dan....
jadi lah orang yang ke-50 dan ke-100 untuk tekan butang likes-find us here kat sebelah kanak blog tu...ehhehe...mudah sahaja..!~ untuk ole-ole dari Sarawak!~
yang berjaya oh SERN! bagi lah ye..
so....sapa cepat, dia dapat!!~~
ni janji oh SERN pada semua..!~
Intai Apa Ada!

team TAKRAW MALAYSIA MENANG?!!!

huh...
patutnya kita bergembira kalau sememangnya tajuk tu jadi kenyataan...
tetapi..
hati ini berkecai...
MALAYSIA jauh ketinggalan dengan THAILAND..
iaiatu MUSUH UTAMA negara kita dalam game ni.
sedih sangat...
MALAYSIA DAH KEHILANGAN PINGGAT itu...
tapi..
dah rezeki...
nak buat macam mana kan..
apa pun...
TAHNIAH kepada team pertama MALAYSIA kerana layak ke AKHIR.
PROUD TO BE MALAYSIA..
mata akhir utk MALAYSIA..
10 - 21
dengan kemenangan kepada Thailand..
hum..

p/s: harap2 badminton Malaysia ke peringkat akhir...Datuk Lee Chong Wei...harapan Malaysia...!
Intai Apa Ada!

Friday, November 19, 2010

SECRET RECIPE bg PROMOTION TURUN HARGA???!!!

hye all!! hahahha..mesti hang pa semua terkejut tengok tagline tu kan? relax ar ... tu nak kasi ummph sikit kat entri je..!~ ehhehe...
Harini, aku telah menghabiskan masa seharian aku dengan berfoya-foya 
dengan geng dari kecil ku....
nak tau tak sapa??ahhaha..
mesti nak tau kan..dyerang ni comel-comel gak tau.
macam tuan yang tulis ni gak!hehehe..!~~ 
(Biarlah nak ngaku comel or hansem, ada ke orang tak nak??)..hehe..
arini, kterang singgah di Secret Recipe setelah letih foya-foya..
moktif utama nak hantar kawan geng aku..shimai namanya..ehehhe.
then, ktrang ronggeng ke Parkson..tak beli apa2 pun..saja je... cuci mata..eheeh..!~
than, baru lah kiterang p SP..ahahha.
so, oder la menu yang yummy2..ehheeh..!~
nak tau tak ape?
nak la.
nak la..
nak lah ek..
tak kira..nak gitau gak!!!!

1. Fibre Cheese Cake
2. Smarties Treats

Sedap tauuu!! heheh...sedap hingga jilat ibu kaki!!!haaa..
dah la..malas nak leter...!~ bosan gak baca panjang2..ehehe..!~ 
eh jap! ni hah..ada pic sket..tgok lah eh!~~
layan jer la..!!!!!


#Dengan Angela, Sern & Anthony#


#makan dengan sopan#
P/S : dapat murah dan promotion sebab ada kawan bagi potongan! kawan masa sekolah Menengah...
dia keje sana..so dia guna potongan Staff..!~~thanks Suraya...!~tak sangka jumpa sana...

Intai Apa Ada!

Thursday, November 18, 2010

SETAN muncul??

hye suma..!!
nampak je gempak kan tajuk entri tu? tapi..motif memang nak bagi gempak pun... nak menarik perhatian korang..!! caya tak setan dah muncul? caya tak? caya tak? cayalah...! tak caya sudah! ni ha!..setan-setan ni yang aku maksudkan tu..! jeng jeng jeng.....!!

 Isetan - Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing

 Hindusetan - Ni untuk golongan2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang, masih menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, taksedar.......jadi lah hindusetan !!!

 Santan - Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.tapi, AWAS!! jangan pula main masak!..banyak santan dalam masakan ni  boleh membuatkan  kolesterol naik tanpa sekatan pastu dpt penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung..time tu, sesal sudah tiada makna...ahahah...!~~


tu semua sekadar gurauan dalam nasihat..hehe..!~ tidak berkaitan dengan yang hidup mahupan yang telah mati...okay??hahaah..!! okay, next entri!!!~~

Intai Apa Ada!

Wednesday, November 17, 2010

home SWEET HOME !

yey!
we about to land in few minutes. All passengers please..........bla..bla..bla...
statement tu disebut oleh pramugari masa dalam flight! GOSH! is that im dreaming?? now i am in my HOMETOWN, BINTANGOR, SARAWAK..!! yahoo..! terasa masih dalam mimpi lagi..mana tak nya, pada sebelah pagi outing lagi di Terengganu before fly balik...sebelah malam pulak dah berada di Sarawak!! macam tak cayer je..sekejap je dah berada di negeri terChenta ku..ahahah..~walaupun flight delay dan menyebabkan aku tiba di sarawak agak lambat, tapi aku tetap menunggu dengan tabahnya...ehheh..!~ tak merungut pun..duduk je tunggu untuk depart..last2, depart..fuhh! dalam hati girangnya tak terkira beb!!~~

n now...sern gah meniarap di atas tilam sambil merajinkan diri menaip diari umum ni..!!!hahahha..share2 pengalaman mengembirakan..!! pagi ni aktiviti pertama di bumi kenyalang adalah foya2 dengan mama di pasar tani..!!hahaha..beli2 sayur, ayam, ikan..eheh..!~ semua faveret sern yang dipilih oleh mama..dah lama request..so, now is the time to accomplish it!!hahahah...*lantak la nak guna bahasa rojak pun*...skati gua...

then, kterang p breakfast di kedai faveret.....!!! yummy, sedap tak terhingga...konyang den..!~he3..pastu, balik umah...sesampai je umah, buka lappy, online..pasang lagu kuat2..nyanyi kuat2..sampai mama marah..ahahhahaha..~~

then lagi, masak keropok lekur...kegemaran zaman belajar di Terengganu..haisz! memang tak leh miss la keropok tuu...yelah, dah aku beli untuk bawa balik!!kih3...sedap2...so now...continue with my main project..!!!!online la seharian..pastu nak tdor ni actuali..dah ngantok!!!!! klah, akhir kalam, selamat hari raya aidil adha...ahahaha..!~~to all muslim frens..!~~
 and, Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......
Intai Apa Ada!

Tuesday, November 16, 2010

yippie!! im FREE from PRISON!!~~

hype!!~~
tajuk je gempak..tpi actuali biasa je benda aku nak muntahkan kat sini.ahahha...
sebenarnya kan...aku dalam keadaan yang dilema skrang...
dilema apa eh??
ni hah!!!!!!
#Dilema nak balik#

but....!!! wait!!! today is 16th Of NOVEMBER 2010..let me check gain the  calender..! GOSH! today i will go back to my home!!!!!yahoo!! how happy am i... hari yang ditunggu-tunggu berkunjung tiba.. giler lama shial  dowh nak tunggu tarih tu...PENANTIAN YANG SUNGGUH MENGEMBIRAKAN MENYIKSAKAN!!!! Bayangkan lah SEM ni jarang giler balik..bukan jarang! memang tak pernah balik!! mana tak, PBS wat kat Perak lak tu...umah member... hais... jadi arini...aku akan NAIK FLIGHT balik dahh....balik mana?? SARAWAK beb!!! as usual, aku akan naik perkhidmatan AIRBUS yang paling digemari aku...!~~herheh... jeng..jeng..jeng....ni dia....!!!

#MUAH...HEART this#

naek MAS bagi aku memang terbaik..segalanya terjaga..dari makan, minum dah rehat la..segalanya bagi aku TERBAEK bai...!yang penting, makanan ada, semua jalan..ahhahaha..!~~
nak share sket maklumat flight aku nih...ahhaa...
MH1335 
Dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur 
jam 4.15pm
then sambung flight
MH2718
Dari Kuala Lumpur ke Sibu, Sarawak
jam 7.30pm.
* tinggal 14 Jam lagi....ehhe..jam update ne 2.45am...

tapi kan, before aku balik esok a.k.a arini, aku outing dengan bestie dan roomate kesayangan aku.ahahha...
sape dyerang?? tak yah gambar la..malas expose..kang popular dyerang..cukup sekadar nama dyerang..ahhaha.. Areman, Frynd...!~ opss! terlupa menyelit seorang kumbang, AINI..ahahhaha..~ kesian kat dia takda geng nak kuar, jadi ajak la...
(so what? lantak la nak ajak dia sorang je gurl.bukan nak buat apa pun..ajak makan je kot. nak fikir lain or nak NGUMPAT tu, aku doakan mulut korang berulat time mati nanti..ahahahhaa...)

then, malam tu kiterang p cari tempat makan..kterang lapar gilerrr!! terutama aku...tapi malangnya, banyak giler kot kedai makan tutup..ntah, nape ntah...so...kterang pusing-pusing, jalan-jalan..so kterang pun amek kputusan makan kat DeDuyung...!! nama kedai nampak la gempak..tp service tak tau agi..1st timer katakan..!! so, aku order la sup ayam, daging masak kicap, nasi putih dan teh O beng...OMG!!!! u all nak tau tak? aku SUMPAh tak datang dah kedai ni. perkhidmatan , tahap banggang siot! lambat cam siput VAVi..hahahah..!~dahla time tu lapar gilerrr!~ kalau bukan kerana kedai lain tutup, tak hingin aku singgah kedai tu..! taubat tak DATANG dah..sorry la ye tuan kedai..!ngutuk jap.hahaha..~ tapi kan...kesian kat aiman, dia tak dapat bihun goreng dia..last, dia menikmati je ayam masak kicap dia..mmg WTh la kedai tu..! 
so pas makan tu kan...kterang teruskan agenda seterusnya...apa lagi...RONGENG la...KT la jawabnya..last outing aku dengan dyerang untuk malam tu...!~

first destinasi, kterang p ni hah..tempat ni..apa nama dia..resipi rahsia?? or Secret Recipe dalam bi nye...!~ apa lagi aku, penggemar kek..ahaha..!~ aku rembat la satu kek..then belanja la roomate aku satu..aku rembat ni....kire faverat la juga.....~ tengok ah aku rembat kek apa..jap2...

#tau tak ape nama kek ni?? Golden Nuget la..mmg thuMBS UPs la..#

pastu, kterang trus pergi ke destinasi seterusnya..aku mengidam nak makan KFC!!~~~ehehe..so decide gi yang 24hours tu..dekat ngan terminal bus KT tu...tp kan..agak mengecewakan..sesampai je ayam dah abisssss!!!bukan santan dah abiss! ayam dah habis!!faham! kena tunggu 20min...aku decide tunggu...tapi apabila tunggu tu, aku tengok jam aku dah 11.05pm..aku rasa dah lambat nak mampus..pagar IPKDRI tutup jam 11.30pm lak tu..! apa lagi..aku blah ar dari KFC yang babun tu..! kuciwa..!kuciwa..!last, aku decide nak pandu lalu atau DRIVE-THRU je. sng sket! tk perlu nak fikir daa...!~
so drive aku, areman pun pecut gi drive-thru dekat ngan Giant KT tu..!~~ 
sesampai je, aku order ni....
#yummy..#
Big Mac tuu..aku memang suka menu ni...!~ terbaek dari ladang la bagi aku...tak kisah la korang nak cakap tak sedap ke..boikot ke..aku punya suka, hal aku lah nak beli..guna duit aku kan?bukan duit korang..so, mine ur own business la keh!hahaha..
pas order tu, kterng pun balik ke IPG terCHENTa ku..tpi Pak Awang iaitu tempat sewa kerta anta kterang balik..Pak Awang ni baik tau..mesra pelanggan plak tu..!~hehehe...memang selesa  ngan dia..eheh..!~ 
fuhhh!~~ tau jam brapa kterang sampai?? jam 11.31pm!~ahhaha..nasib baik pak gard bagi masuk..kadang-kadang apabila angin dia tak elok, banyak soal dlu baru bagi masuk..arini okay plak..maybe dia tau kot, student dah nak balik..eheh..~ bagi chance kan...ehehe..!~thanks pak!!

jujur aku kata, aku selesa keluar dengan dyerang.boleh ilang stress..ilang segalanya..mana tak nye gelak memanjang je kat kreta..so mmg faveret team aku kalau aku nak outing dengan dyerang..the best la dyerang..tapi kalau ada budak sengal iaitu MIra n kak Dib lagi la..happening glerr..siap karok agi! karok percuma la beb!~ pasang lagu besar, then melalak la ikut suka pun...sapa nak dengar, kterang sendiri je...ehehe..~ so, aku heart n love dyerang ni..areman, frynd, mira, aini n kak dib!~like outing with them~

tapi..............malam ni malam terakhir kterang untuk outing sama..mana taknya...cuti semester dah berkunjung tiba....! memang tak sabar nak balik..tapi time kat rumah nanti komfem terfikir-fikir time outing ngan rakan-rakan sini..apa pun...cuti tetap cuti..so, balik umah tika ada peluang tu..aku dah tk sabar nak balik ni..nak jumpa semua orang kat Sarawak tu..lama bebeno aku dah tak balik nogori den..ahahah..!macam n9 plak aku ni..negeri Sarawak tau aku nye..ehehe..~~termegah nyadi rakyat Sarawak..iban seketika.!hahaha...
so, to all my friends, happy holidays..jaga diri sepanjang cuti..jaga tingkah laku..kalau drive tu, drive hati-hati..tk mau la dengar apa-apa brita yang menyedihkan time cuti okeh?janji tau..do ur best during holidays..enjoy it till da blast!hahahha..~ cuti memang ditunggu-tunggu kan..!~ janji enjoy it..eheh..! okeh bebeh, got to go ..late already.. i rest my case..tata...today early in the morning wanna outing with sabahan n sarawakian juniors..ehehe..!! so meet u guys later at 9am okeh!!~ nitess!!hehe..opsss...silap...morning..!~ jumpa lagi kawan-kawan IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL DAN PENSYARAH-PENSYARAH PADA TAHUN DEPAN IAITU 2011..kalau dipanjangkan umur adalah rezeki kita jumpa...orang kata ajal dan maut di tangan Tuhan..kita tak tahu bila ianya datang menjemput..so bersedialah eh..selamat beramal..ehehhe..!~ adiosss!~~


#Mohon maaf segala khilaf ye..mohon 0-0..happy hols!~#


Intai Apa Ada!

Saturday, July 17, 2010

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2010



hye peeps..
selamat malam saya ucapkan..haha..skema giler ayat..
pe habaq?lama dah aku tak update blog ne..dalam 2 hari gak la asenye..ehehe..
so ape cer korang??
wee..
arini best sangat....kelas kiterang diarahkan untuk pergi ke Wisma Darul Iman..
buat ape??
kiterang gi tengok pertandingan ala-ala teater gitu la..
siok beb....
ramai giler kot orangnye..
ada 15 semua negeri amek bahagian..mana tak nye..Peringkat Kebangsaan kan..ehheh..
5 negeri yang telah terpilih ke peringkat akhir iaitu berlangsungnya pagi ne..
antaranya Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Johor dan Terengganu.
semua nye memang best..cuma..ada la satu team ne diragui kelayakan nye..mana tak semua cakap tak best..ahhahha..rahsia2 negeri mana..haahhaha..
nak tau tak keputusan..?hehehe.
aku rasa bangga plak berada kat dewan tadi..seperti aku plak yang wakil Sarawak..best siot team Sarawak tadi..
semua terhibur beb..rasa sekejap giler pengisahan mereka..yang negeri lain rasa macam lama..
semua dah duga keputusan macam mana..ehehhe.
Sarawak Champion!!!yeahh..(tak sia-sia aku teriak tadi untuk team Sarawak)
proud to be Sarawakian yeah..

Sarawak diwakili oleh 3 orang yang terdiri daripada 3 orang lelaki..
1. Al-Zubair Bin Zainon
2. Azwan bin Kajang
3. Shahrizan Bin Sarbini
Tajuk : Memori Sebuah Tirai Besi (tentang Rosli Dhobi)

best sangat....rugi tak rakan tadi..
ape pun..congrates kat team yang lain..
2nd Kedah, 3rd Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 4th Terengganu & 5th Johor.
untuk pengetahuan, Terengganu diwakili oleh guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Mizan.
congrates kat dyerang gak coz membawa nama ipg dyerang ye...


p/s:taun depan nak take part boleh tak..?tpi..bakat tu ade ke..?hahaha...
okaylah..pena berhenti disini.
Intai Apa Ada!