Tuesday, September 28, 2010

No title

Hari Raya yang baru berlalu ini membawa kesan yang sangat mendalam dalam diri aku. Rasanya inilah hari raya yang aku bersungguh2 nak menyambutnya. Aku pon x tahu sebab yang sahih, mungkin sebab aku terasa inilah Hari Raya terakhir untuk aku sebagai seorang manusia yang bergelar 'student'. Pastinya Hari Raya yang akan datang (InsyaAllah kalau dipanjangkan umur) berbeza, entah dimana aku berada pada masa itu, apa yang aku buat, dan bagaimana keadaan aku?? Semua itu diluar lingkungan kuasa manusia untuk mentafsir. Hanya yang Maha Kuasa yang mampu menentukan segalanya..


Cerita pasal hari raya, terlintas kat fikiran aku tentang suatu benda yang menarik perhatian. Tiga orang anak sedara aku yg umur nya lebih kurang (lahir sama tahun), dalam lingkungan 2 tahun (dengan nilai tambah), Anis, Alia, dan Adek (anak abg Man). Suatu perkara yang menarek, mereka ni belum fasih bercakap. Dah jadi kebiasaan untuk kanak-kanak ni mula bercakap dengan mula menyebut nama “ibu”, “ayah”, “abah”, “mak” dan seumpama dengannya. Yang menareknya disini, tiga orang dak kecik ni, membahasakn emaknya dengan gelaran ibu. Tapi bukan “ibu” yang keluar dari mulut dak-dak ni, tapi “abu”.Jadi setiap kali mereka memerlukan ibu mereka, bukan ibu yang mereka panggil, tapi abu.


**Rasa kesian kat emak2 dak-dak kecik ni, bukan jadi ibu tapi jadi abu. Hehehe ~^^


Ada suatu yang simbolik disebaliknya. Kita belajar membaca dengan mula mengenal huruf. Maka bermulah kita belajar A, B, C ila akhir.. Siapa yang susun abjad ni? Kenapa mula dengan A tak mula dengan I?? Kenapa Carmenta dan Evander mulakan abjad Greek awal ni dengan A??? TAK cukup dengan tu, kita juga belajar Jawi (arabic characters) dan juga ianya bermula dengan ALIF yang bunyinya sama dengan A.


Huruf A ni paling banyak guna dalam ayat kot? Mungkin juga, kalau anda kira huruf A dalm teks ini, saya pasti ianya lebih dari huruf2 yang lain. Tapi kenapa kita guna banyak A??


Sebabnya, huruf A adalah yang paling senang dipronouncekan. Hinggakan dak-dak kecik tadi pon nak nak sebut “ibu” tersyasyul jadi “abu”. Mulianya ciptaan Allah, sejak dari zaman sebelum terciptanya huruf2 ini lagi, manusia sudah berinteraksi dengan sebutan paling mudah, “A”. Sebelum manusia itu belajar huruf2 Roman ni pon dia sudah pandai menyebut sebutan A. Dari sinilah kita bermula. Tiada A tiadalah Ayah, tiada Ayam, Tiada AAAAAAAHHHHHHH~~~..


Begitu juga halnya dengan nombor. Mengapa nombor bermula dengan 1? mengapa tak mula dengan 100?? sebabnya, jika tiada 1, maka tiadalah 100.


Simboliknya, semua perkara dalam hidup ini akn dimulakan dengan suatu yang simple, seperti hebatnya Allah menciptakan manusia daripada segumpal darah, seperti kejadian terhasilnya air hujan daripada wap yang tersejat dari bumi. Semua ini berlaku mengikut peraturan alam yang telah ditetapkan. Begitulah asam garam hidup ini. Tiada yang asas, maka tiadalah yang advance. Tiada yang mudah, maka tiadalah yang sukar.


**Renung2kan dan selamat beramal ~^^**


p/s: prktikal da nak abes, bersediakah aku utk ke alam baru? Boleh kah?? huh gementar~~

Friday, September 17, 2010

kata-kata bicara


Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim~.. dengan nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

aku bermohon perlindunganMu daripada kesesatan hati.

lama sudah blog ini tidak disi dengan kata-kata yang membuka minda. sering orang sibuk berbicara tentang perkara-perkara yang mengasyikkan, menghiburkan, dan melalaikan..

tapi bila kita fikirkan tentang kehidupan, seronok kita itu bukan suatu yang kekal, gembira kita itu bukan suatu yang konkrit, senang kita itu hanya sementara.. sepertimana yang telah dinyatakan dalam hadis Rasululllah s.a.w,

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.

ramai yang tahu akan hadis yang popular ni, tapi tak ramai yang ambil peduli atau barangkali sibuk dengan hal masing-masing hingga terlupa tentang saranan nabi. Maklumlah, dunia serba miden dan serba canggih, semua orang tak mahu ketinggalan, betul juga tu, "bukan ke itu satu daripada ciri yang dinyatakan dalam hadis tadi??". ya.. memang anda betul, tapi betula anda itu biarlah berlandaskan alquran dan sunnah. Agama tidak melarang umatnya mengejar kemajuan, kemewahan, kesenangan dunia, tetapi islam menggariskan panduan yang jelas tentang cara hidup yang diredhai Allah. Tak salah nak mengejar kemajuan, asalkan kita dijalan yang benar. sejauh mana benarnya?? Sumber yang Halalan Toiba (halal lagi baik).

menyentuh tentang perkataan popular, rasanya ramai yang inginkan popularity. Lagi-lagi aman sekarang ini yang media hiburannya seluas air dilautan, macam-macam ada~!! nak tengok?? tekan je~..^^, tak ramai antara kita yang kenal tokoh2 islam aman dahulu, bahkan antara kita yang kenal imam dikawasan mukim kita solat jumaat. Orang lebih kenal Ning Baiura daripada Siti Khadijah, lebih kenal budak Sepah daripada khulafa ar-Rasyidin.. huh, mungkin berat apa yang saya sentuh ini, tapi bukan saya berniat untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi kita perlu sama-sama sedar, siapa diri kita, dimana kita berada, bumi mana kita pijak..

kata-kata yang sangat berat diluahkan dari dalam hati.. mungkin ada rasa marah yang terpendam sekian lama, tidak berdaya diungkapkan.. siapalah hamba ini, insan yang lemah dibumi pinjaman Tuhan..Sejujur bucara kulempar hari ini, buat pedoman diri sendiri yang hina, mohon ampun dan maaf kepada semua, salah silapku tidak disengaja, mohon diampun dosa sesama kita.

kata-kata itu sukar dibicara, bila intipatinya sangat dalam....
selamat hari raya, maaf ahir dan batin...