Saturday, March 21, 2009

cuti-cuti malaysia...

alhamdulillah, sejak aku join group mca 071 m ni, bnyk tmpt dah aku pg..start ngan melaka, then every semestre msti ade je program. bagus gak tu..bak kate pakcik aku, selagi pokok tu blom berakar tunjang, pegi la mane nak pegi...takut nanti bile akar dah banyak, nak cabut pon susah..tapi rase nye tahun ni la tahun yang paling banyak aku bejalan..xpe la..membantu ekonomi negara, walaupun ekonomi sendiri semakin susut..hehe..
so, ni aku nak share sikit mane tempat yang aku dah pegi..!!!


dataran pahlawan melaka(2008)-ni la trip yang paling sempoi, pegi melaka semata-mata nak mkn asam pedas..haha. memang menguji ketabahan jiwa menempuh kesesakan lalu lintas kat melaka tu..sampaikan ade platun yang surrender..haha..pape pon..ini lah titik permulaan hidup group MCA071M yang meriah..salut y'all guys!!






cameron highland(january 2009)-ha..ni nak citerni..tahun ni mmg aku bnyk bejalan..xtau nape, mungkin sbb bnyak tekanan perasaan kot..haha, xpe la..at least dpt pg tgk cameron highland tu..malang ckit nasib ktorg sbb time ktorg pg tu ujan satu hari da...walaupun x lebat, tp hujan tu telah menyebabkan suhu turu dengan mendadak..sejuk gilak..haha.sampaikan nak amek wuduk kat masjid kat atas tu pon seksa bai..cam gne air dlm peti ais..perh..haha,
and lagi satu yang menarik, aku rase nak amek je lori pickup diorg yg ade tulis CH tu. hahaha..






port dickson (february 2009)-ni trip reU ngan dak2 MRSM aku..agak havoc jgk wlaupon x brape rmi sbb sumer sibuk study nak exam..tp puas ati gak dpt nek banana boat, jatuh 4 kali kat tgh laut tu, dah la ku x reti berenang...hahaha..kecut telor..
hahaha..anyway, thanx to the organizer yang bersusah payah, n thanx to the members yang datang.korang sumer mmg best..jejaka2 dah makin tampan, n gadis2 semakin ayu..
hahaha..(^_^)



pulau temasek(february 2009)-ni trip ngan stdnt mfi, dua bas punya trip..mula2 nak wat lawatan sambil belajar kat national university, skali x jd la..so, jln2 je la kat pelau temasek ni..so dapt la amek gambar kat depan berhala merlion nih..hahaha..walaupon seronok, tapi aku rase singapore xde pape kot. lebih kurang cam kl je, cme lg padat dan sesak..xnak la aku kije kat ctu..haha..papehal, thanx to the organizer..len kali klu nak wat pg thailand ke, myanmar ke, rusia ke, jepon ke ajak la aku skali..aku sedia komited..haha

so itulah beberape tempat yang sempat aku amek gambar mase melawat tempat tu..ade lagi la beberape tempat..tapi xde picture dah..
abes sem ni ade plan lg nak pegi jalan-jalan, idea awal nak pg pulau perhentian, tapi x tau lagi..masih diperingkat perbincangan..huhu
pengajarannye ialah, marilah kita menikmati alam ciptaan tuhan ini, ada hikmah disebalik ciptaanNya..
aku syorkan, kepada mereka yang hanya suka menghabiskan duit, shopping, men game or menghabiskan duit dengan bende2 yang kurang memberikan faedah tu, pegilah melancong..
bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman..
till next time..
au revoir..!!

-many people fail to plan, but some people plan to fail-

Friday, March 20, 2009

hahahaha..

knape aku ketawa..
aku pon xtau..

hahahaha...

__sometimes kne gak ketawa__

Friday, March 13, 2009

pantun jenaka_kah kah kah


Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Tanggal 02 Ogos 1998


Di Pondok Kecil
dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia


tribute to my late father, MD. Rohani Bin Nor; died on 02/08/1998;
may Allah bless your soul and rest in peace
Al Fatehah

Thursday, March 12, 2009

rahsia alam..nilaikan diri..



Allah telah menciptakan dunia ini dengan sangat sempurna.. kesinambungan ekosistem yang sangat tidak mampu ditandingi oleh manusia. kehebatan hanya milik Allah sahaja.

telah dinasihatkan manusia supaya tidak berjalan mendongak ke langit, takut nnti jatuh tersungkur tersepak batu.
sesungguhnya rahsia alam yang diciptakan Tuhan ini amat luas.. sejauh mana pon ahli-ahli sains menyelidik, tidak juga mampu menemui jawapan bagi semua persoalan. mengapa begitu?
kerana itu adalah Kuasa Allah s.w.t. ALLAHUAKBAR..

satu perkara yang menarik untuk diperkatakan ialah tentang hidupan marin yang hidup diwah laut. tanyalah pada sesiapa pon yang ahli dalam bidang tersebut, pasti dia tidak mampu memberi jawapan pada semua perkara.

misteri laut dalam...hanya Tuhan yang tahu.
Giant squid, megalodon, giant jellyfish dan sebagainya.. tak kira juga yang hidup di tasek-tasek seperti lockness monster, naga tasik cini dan sebagainya..

Jika difikir dari segi logik sains, mustahil makhluk-makhluk tersebut dapat hidup.
namun siapa yang tahu?
mungkin juga ia hanya cerita rakyat tempatan yang berkhayal macam-macam. mungkin juga ia hanya cerita yang pada mulanya untuk menakutkan kanak-kanak dari bermain air ditasek-tasek yang bahaya.

namun itulah hakikatnya..
jika ada bukti yangg menyatakan ia tiada, maka tunjukkan pada dunia, biar hilang semua fitnah..dan jika tiada, duduk diam dan kajilah secara berhikmah....

perlunya kita merasa rendah diri atas apa yang kita ada. kerana itu adalah sikap sam'iyyat yang penting dalam kehidupan seharian...
dan jangan lah pula kita demand sesuatu yang sangat sukar dipenuhi..itu hanya akan membawa kehidupan yang lebih susah..

sesungguhnya berlaku adil itu lebih mudah jika kita mahu..

Wednesday, March 11, 2009

dulu..aku pernah..


pernah satu ketika
lewat malam begini

aku tertarik pada sesuatu yang indah
yang sempurna

yang cukup segala
pernah juga satu ketika
aku cuba
menjadikan diri ini gembira
seketika
walau jauh
sudut hati terpendam jiwa lara
indahmu bukan ciptaan manusia
indahmu itu sempurna
diberikan aku kekuatan baru
bagai sinar mentari
yang sirna seluruh alam
bukan cahaya lampu
yang hilang diwaktu siang
kutemu arah tuju dengan hadirmu
sebagai tunjuk arahku
tiada lagi jiwa sesat
mencari-cari dalam gelap
tika lampu sedang malap

tapi itu dulu
memang aku pernah
berasa bahagia sementara

tapi itu dulu
aku pernah merasa gembira
saat duka ku dah lupa

terima kasih buatmu
yang pernah suatu ketika
kerana itu dulu
itu dulu..

Tuesday, March 10, 2009

hikmah "lupa"


dunia diciptakan dengan pelbagai dugaan. namun Tuhan telah menciptakan manusia itu satu sifat yang hebat. "LUPA". mengapa kita mesti lupa? mengapa dikurniakan lupa pada diri manusia itu?
bukankah lebih baik kalau manusia sentiasa ingat pada semua perkara?
jawapannya, kerna ia adalah nikmat tuhan yang sgt sempurna... bayangkan hidup kita yang penuh dengan pelbagai masalah, memori-memori pahit dan kemarahan yang mendalam..
semua itu pasti akan membelenggu hidup kita setiap hari..
apa salahnya lupa skali skala..mmg dah difitrahkan akal fikiran itu, ada sifat lupa..
lawan sifat lupa adalah ingat..
so x salah klu kita lupa, cuma kita perlu sentiasa beringat..
bnyk perkara yang kita perlu ingat
dan banyak perkara juga yang kita mesti lupakan..
jangan la sampai lupa apa yang kita blaja dalam dewan peperiksaan. kita perlu usaha untuk mengingat pada ilmu yang bermanfaat..
ingat tu..
lupakanlah salah silap orang lain..
maafkan mereka..
itu lebih baik..untuk diri kita dan orang tersebut..



----there are times when man must stand and fight-----

Sunday, March 8, 2009

hidup bermazhab



assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

alhamdulillah, aku diberikan kesempatan pada waktu ini untuk meluahkan sedikit ilmu yg aku dapat..sejak kebelakangan ini aku selalu mendengar syarah-syarah daripada ulama-ulama diMalaysia, dan bersyukur aku kerana daripadanyalah aku dapat ilmu yang selama ni aku tak pasti...Namun begitu aku kecewa kerana ada antara ulama kita yang berbalah tentang pendapat masing-masing..

Mufti Perlis; banyak pihak yang menolak pendapat beliau, ada juga ulama yang aku sangat kagum suatu ketika dahulu, kerana kehebatan dan kepetahan suaranya, kini berani dengan sangat jelasnya menggunakan panggilan yang kurang enak didengar terhadap beliau..adakah salah apa yang dikatakan oleh beliau? sedangkan seliau adalah seorang sarjana dalam urusan hadis(bermakna beliau adalah orang yang arif, yang tinggi ilmunya dalam bidang hadis)?

ada juga aku mendengar syarah daripada seorang guru mengenai fahaman wahabi..beliau menentang sekeras-kerasnya fahaman wahabi yang menolak amalan bid'ah..masalahnya sekarang, yang mana satu yang betul?

pada pandangan aku, mengapa ulama yang dipandang tiggi ilmunya oleh masyarakat islam yang lain ini, hanya saling mempertikaikan fahaman masing-masing sedangkan sepatutnya mereka mencari jalan penyelesaian, memberi penjelasan, mencari kata putus, berlandaskan kitab-kitab ulama'-ulama' terdahulu, merujuk kepada Al Quran dan Hadis, suapaya islam kembali ke arah yang sebenar..supaya masyarakat islam lebih jelas dengan islam..lebih bersatu..

tetapi yang sangat mengecewakan hati adalah, kita sibuk berbalah sesama sendiri sedangkan islam semakin ditindas oleh orang-orang kafir...sedih bila melihat ulama' kita sibuk bersyarah sana-sini, sedangkan masalah sosial yang dari dulu lagi dah muncul belum lg dapat diselesaikan..dan negara-negara yang benci dengan islam pastinya akan ketawa besar melihat perpecahan umah islam ni...

minazzulumati ilannur..itu yang patut kita fikirkan sekarang ni..mana pergi nya sifat adil seorang ulama malaysia? bersatulah wahai umat islam sekalian..sedarlah bahawa Islam diambang perpecahan..

marilah kita kembali kepada Al Quran dan Al Sunnah, marilah kita ikuti langkah para ulama' mazhab kita yang sangat adil dalam mencari jalan penyelesaian..Sebagai umat islam yang mengamalkan ajaran Ahli Sunnah wal Jama'ah, mari kita contohi methode Imam Syafie dalam mengatasi masalah khilaf, berlandaskan ikhtilaf yang yang haram, dan ikhtilaf yang tidak haram..

namun yang paling utama adalah Al Quran dan Sunnah, kerana itulah wasiat Nabi Muhammad sollallahualaihiwasallam yang paling berharga, bagi panduan kita selaku umatnya diakhir zaman...

Empat orang Ulama' Mazhab kita juga telah menyarankan:

Telah berkata Imam Abu Hanifah r.h:

Kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w, tinggalkanlah pendapatku itu.

Imam Malik bin Anas r.h pula pernah berkata:

Saya hanyalah seorang manusia, terkadang tersalah, terkadang benar. Oleh itu, telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan Al Quran dan al Sunnah, ambillah; dan bila tidak sesuai dengan al Quran dan al Sunnah, tinggalkanlah.

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie r.h:

Bila kalian menemukan dalm kitabku suatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.

Imam Ahmad bin Hanbal r.h:

Barang siapa yang menolak hadis Rasulullah s.a.w, dia berada di jurang kehancuran...

wallahualam...

--------there are times when man must stand and fight, even when standing is not easy-------

Saturday, March 7, 2009

Cinta tanpa Percaya



satu cinta dua jiwa
satu kalimah tiga perkataan
sumpah setia tak kira apa
janji mesti dikotakan

namun cinta tiada erti
andai tiada sikap percaya
baru tahu isi hati
ikhlas jiwa atau dusta

waktu itu tiada guna
bersedih duka mengadu domba
semua salah diri yang ada
"kalaulah aku pernah percaya"

dua sifat yang berbeza
percaya benar atau tidak
semua ijtihad pada yang Esa
supaya tidak menyesal kelak

andai kail panjang sejengkal
jangan lautan hendak diduga
jauh mana hati tak kenal
jauh lautan bisa dikira

enough!!

Assalamualaikum

MATLAMAT.GOAL.OBJECTIVE.

banyak perkara yang perlu dibincangkan dalam dunia ni. sebahagiannya berguna dan sebahagian yang lain hanyalah picisan. perlunya kita sedar bahawa dunia ni bukanlah tempat untuk berhibur. kita diciptakan untuk satu tujuan. kita ada matlamat. we have goal, target, and objective. tapi kejatuhan moral dikalangan masyarakat dunia, menunjukkan keruntuhan tamadun manusia. sedar atau tidak, nilai2 murni dalam jiwa manusia semakin meruncing. zaman kegemilangan tamadun manusia semakin kritikal.

manusia tidak ada matlamat yang jelas lagi dalam hidup mereka. ataupun matlamat mereka hanyalah materialistik semata-mata. jelas iktibar dari sejarah lampau tidak lagi dipedulikan manusia sekarang. yang penting bagi mereka hanyalah hiburan dan perkara2 yang memuaskan kehendak mereka. nafsu lebih diutamakan daripada kehendak agama.
pernah suatu ketika malaysia ini jarang sekali terlihat perempuan2 melayu yang bertudung, namun atas iktibar dan matlamat yang jelas dari sesetengah pihak, akhirnya revolusi tudung itu berlaku. anak2 diajar bertudung sejak dari kecil. satu kejayaan pada agama dan bangsa melayu yang boleh dikatakan bangsa yang semuanya beragama islam suatu ketika dulu.

namun semua itu sudah menjadi sejarah. melayu kini bukan lagi bangsa islam. tudung kepala juga semakin kurang dilihat dipakai oleh generasi baru. atau pun yang bertudung cuma hiasan semata, tiada jiwa agama pada pemakaiannya. nampak cantik dari luaran, namun dalamnya kotor juga seperti yang lain.bukan mahu menuduh sebarangan, namun semua ini ada buktinya disekeliling kamu. cuma kamu perlu perhati dan ambil iktibar. cukup lah sekadar ini bagi muqadimah yang ringan. buat renungan kita bersama.. perjalanan kita masih jauh. penghujungnya belum kita tahu dimana, atau sempatkah kita sampai ke penghujungnya, atau adakah penghujung perjalanan kita itu hanya mati?
semua itu kita perlu fikir..itulah fitrah diciptakan akal fikiran.

wahai manusia..

kembalikanlah sifat2 murni kamu..

bersihkanlah hati2 kamu dari kotoran dunia


sekian..till da next post(noktah)


------------------there are times, when man must stand and fight--------------------