Tuesday, April 29, 2014

Topik Mangga Muda & Ibu Hamil

Bismillahirahmanirrahim



Suka makan mangga? Mangga masak ke mangga muda? Mungkin ada yang suka dua-dua sekali. Mangga dalam gambar kat atas tu, pemberian daripada jiran saya minggu lepas. Mangga dari pokok sendiri tu.

Mula-mula tengok memang nampak nyum nyum nyum sungguh. Besar mangga tu. Dalam hati mesti ingat dah masak. Bila jiran ni tanya nak ke tak, saya pun nak lah kan. Sekali katanya "Ni mangga muda kak, tak besar sangat. Ada lagi besar dua kali ganda."

Maka saya pun dalam hati 'kecewa'. Sebab saya tak makan mangga muda. Ha??? Pelik ye. 


Kalau ditanya kenapa perempuan yang sedang mengandung suka makan mangga muda, saya tak ada jawapan untuk soalan tu. Sebab sepanjang tempoh mengandung saya tak pernah mengidam/teringin/request mangga muda. Mungkin sebab saya jenis tak pandai makan mangga muda, tu yang tak termengidam langsung tu. Tapi, saya bersyukur sebab ada je orang sekeliling yang ambil berat tentang keadaan saya tengah pregnant. Buktinya? Nah,  walaupun saya tak minta, ada je orang bagi saya mangga muda. Daripada membazir, saya bagi kat orang yang suka makan mangga muda (hehe, mintak maaf ye). Tak susah nak cari sebab majoriti suka. Yang dalam gambar tu, saya dah bagi kat MIL.

Saya pernah terbaca (tak ingat dalam majalah or internet) yang perempuan mengandung ni mengidam sesuatu sebab tak cukup nutrisi benda tu dalam badan dia. Kesahihannya tu saya tak pasti. Kawan saya pernah sepanjang tempoh mengandung, dia makan sabun, ok! Sedap dia kata. Saya tengok depan mata dia makan sabun. Huhu. Lain badan, lain ragamnya. Ada yang makan masam sebab katanya nak hilangkan rasa mual. Yang tu ada betul gak. Tak kisah lah apapun yang diidamkan. Yang penting kandungan sihat dan selamat.

p/s: tapi, saya makan nenas sebab nenas favourite saya. Amaran: Jangan ikut!


Tuesday, April 15, 2014

Bila Anak Jatuh Katil...

Bismillahirahmanirrahim

Sedih rasanya nak taip entri ni. Kalau boleh tak nak ingat langsung seolah-olah perkara ni tak pernah terjadi. Tapi selepas muhasabah diri, saya cari sudut positif di sebalik kejadian ini.

Alhamdulillah secara fizikal, tak ada kecederaan langsung. Tak ada luka, tak ada darah, tak ada lebam. Tapi kecederaan emosi, pasti ada. Sebab A.D nangis sekuat hati. Hubby dah pergi kerja. Cuma kami berdua di rumah. Tangisan A.D, walaupun baru mula beberapa saat, dah buat saya cemas. Cepat-cepat saya call hubby. Saya buat loud speaker sebab saya sambil peluk anak. Syukur alhmdulillah, dengar je suara papa dia, A.D berhenti nangis. Lama jugak la tersedu-sedu. Lepas off hand phone, saya cuba main dengan A.D, alhmdulillah dia respon macam biasa, siap gelak-gelak lagi. Mujur A.D selamat. Tapi esoknya, A.D demam. Berjangkit dengan saya. Malam tu kami bawa ke klinik. Kami bagitahu doktor yang A.D jatuh katil semalam, then harini demam. Doktor check,just demam biasa. Paru-paru tak ada masalah. Tangan, mulut dan kaki pun bersih.

Muka demam hari ke-2
Terus saya bukak katil tu, letak tilam atas lantai je! Buat macam sepupu saya, Cikgu Ros Nazirah. Tak taulah bila ummi dan papa nak pasang balik katil tu, nak.




A.D sayang,

On April 9th, 2014 you turned to 7 month-old. On the same date, ummi woke up as early as 2:00 am to complete some online works at Microworkter (I didn't do this frequently. Only when I feel like doing good and when you had a tight sleep). By 4:30 am, I started to cook nasi goreng for puasa-ganti's sahur and then performed sunat prayers. While performing prayer, I heard you crying. But it's ok because papa was there accompanying you to sleep. Your cries became louder and therefore insisted ummi to go upstairs to brestfeed you. It was 5:40 am when I'm done breastfeeding you, just few minutes before waktu sahur gone. I slowly put you back on the bed and quickly went downstairs for sahur. Great! Ummi managed to do it, sayang.

I fell asleep after Subuh prayer, on the bed, next to you. Extremely exhausted, perhaps. I was under semi-conscious condition when papa said he off to work but I could remember papa kissed us as usual. I fell asleep again until 9.30 am. At that time, you'd already woke up, playing and rolling on the bed alone.

Knowing that you are now expert in rolling over your body, ummi and papa took precaution by blocking the edge of the bed using as many pillows as we can because only two of us sleeping on the bed (papa sleeps on the floor). When I sleep together with you, I became the divider, too (^_^).

When I woke up at 9:30 am, I wanted to bring you downstairs. But don't know why, I felt so dizzy like I'm sick. I tried to close my eyes for couples of second but it turned to sleep for couples of minute. By the time I opened my eyes, oh no! You'd already laid down on the floor!!!

Thursday, April 10, 2014

Review: Nasi Arab D'arab Cafe Bukit Raja, Klang

Bismillahirahmanirrahim

Nasi arab oh nasi arab. Sedap dimakan bersama keluarga. He he.

Harini saya nak kongsi kisah kami sekeluarga (keluarga kecil kami) makan nasi arab di  Restoran D'arab Cafe dekat Bukit Raja, Klang. Kami pergi last week tapi, baru harini update.

A.D asyik pandang nasi papa je.

Restoran ni terletak dalam kawasan perumahan Bukit Raja. Bukan di town ataupun tempat komersil. Dekat-dekat dengan Batu Belah. Biasanya kami dari Bandar Sultan Suleiman ni akan lalu jalan Rantau Panjang. Sampai dekat Shell Batu Belah belok kiri (simpang sebelah Shell). Then jumpa traffic light, belok kanan. At the next traffic light, belok kiri which is sampai lot kedai dalam taman perumahan Bukit Raja. Siap bagi direction lagi tu. Hehehe. 

Rasanya kalau tanya orang Klang, belum tentu diorang tahu tempat ni sebab yang glamournya ialah branch nasi arab dekat Seksyen 7, Shah Alam. Pernah sekali kami makan kat Seksyen 7 tu. Tapi, rasanya branch Bukit Raja ni lagi selesa kot. Sebab kat sini bukan food court. Kat sini kedai lot tepi. Lebih kemas dan bersih. Harga pun jauh lebih murah daripada seksyen 7. Cumanya kat sini tak ada nasi manday.

A.D bagi Tupperware bubur kat papa. Minta papa isikan nasi arab. Hehe. Ceria je anak ummi & papa ni.

Maaflah tak ada gambar nasi arab. Ramai orang, segan nak snap snap gambar. Kalau nak datang malam minggu, kena datang awal. Kalau tak, habis. Pukul 9 malam pun dah kira lewat dah. Kami dah kena 2x.  Tak sempat parking kereta lagi Bangla tu dah datang cakap habis. Hehehe.

Memang best la makan nasi arab ni.

Kalau saya rajin nanti saya buat entri review pasal nasi arab Marakesh, Harbour Place pulak ye.

Monday, April 7, 2014

18 Jenis Hadiah Perkahwinan yang Dicadangkan

Bismillahirahmanirrahim

Pergi jemputan kenduri kahwin rumah Nek Su (nenek saudara sedelah suami) Ahad lepas dekat Kg. Kubu Gajah Luar, Sg. Buloh, teringat pula zaman kenduri kahwin saya sendiri 2 tahun lepas (2012). Biasanya kalau kita datang majlis perkahwinan kenalan/saudara-mara rapat, kita bawa hadiah (selain duit salam kerok yang dah jadi adat.. hehe) ye tak?

Kalau ada di kalangan kawan-kawan yang tengah memikirkan hadiah apa yang sesuai untuk dibawa ke majlis perkahwinan, apa kata browse senarai cadangan kat bawah ni. Senarai ni terhasil daripada pengalaman saya dan suami sendiri yang menerima hadiah perkahwinan tak kurang 60 buah daripada saudara-mara dan rakan-rakan kami, Alhamdulillah.

#1: Set Teh / Kopi / Gelas / Cawan

 Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, ini adalah hadiah yang paling popular. Mungkin kerana selain harga yang berpatutan beserta design yang cantik, hadiah ni dilihat relevan untuk digunakan dan memenuhi ruang dapur pasangan yang baru berumah tangga. Kami terima hadiah ni sangat banyak daripada saudara-mara dan rakan-rakan. Alhamdulillah.

#2: Set Pinggan Makan / Mangkuk

Yang ini tak berapa banyak diterima walaupun ia sama penting dengan set gelas. Mungkin disebabkan harganya yang agak mahal. Mangkuk kecil pun memadai. Boleh guna untuk makan manisan seperti pengat.

#3: Periuk Nasi Elektrik (Rice Cooker)

Harga tak berapa murah tapi sangat bermanfaat. Yang saiz kecil sesuai untuk makan berdua/bertiga (anak baru seorang). Yang saiz besar pula boleh guna bila saudara-mara/kawan datang ke rumah. Terima 1 besar, 1 kecil. (^_^)
#5: Set Tupperware / Yang-sewaktu-dengannya
Wow! Saya ada dapat set Tupperware yang betul. Best! Sangat suka :) Yang sewaktu dengannya pun ada. Boleh diguna untuk bawa bekal ketika perjalanan / simpan kudap-kudapan di rumah. Bekas simpan nasi / canister air Elianware juga berguna.

 #6: Cerek Elektrik / Thermopot

Kegunaannya sama penting dengan rice cooker. Terima 2 thermopot. (^_^)

 #7: Toaster

Kalau bosan, boleh bakar roti. Selalu gak saya bakar roti pagi petang. Terima kasih kawan-kawan HR Ayamas.

#8:  Periuk / Kuali

Kami terima hadiah periuk daripada mak & abah saya. Dapur gas model baru yang melekap ke permukaan para simen tu pulak abah hadiahkan masa mula-mula masuk rumah sewa. 
#9: Jam Dinding

Kalau di dapur, set cawan yang popular. Kalau di bahagian ruang tamu, jam dinding antara yang popular. Terima 6. Ok juga. Boleh letak di seluruh bahagian rumah. Masa itu emas.

#10: Frame Kaligrafi

Hiasan yang sangat saya suka. Kalau bagi kawan hadiah pun saya suka bagi frame kaligrafi. Selain berfungsi sebagai sebagai hiasan dinding, ia juga menunjukkan identiti penghuni rumah. Selain frame ayat al-Quran, saya juga ada terima bingkai cermin yang ada kaligrafi doa melihat wajah di cermin. Dalam banyak-bayak hadiah, hadiah ni paling istimewa. Sebab kawan-kawan HR Ayamas belikan. Dapat 2 hadiah daripada mereka walaupun masa tu dah lama jadi Ex-Ayamas. Terharu sebab diorang sudi datang majlis perkahwinan kami ramai-ramai.

#11: Rak Comel

Sebelum ni saya tak pernah terfikir rak comel ni untuk dibuat hadiah sehinggalah saya terima rak ni sebagai hadiah. Letak di ruang tamu. Sangat berguna juga tau.

#12: Kipas Angin

Jarang orang nak bagi kipas angin kan? Masa mula-mula duduk menyewa dulu, bilik tak ada kipas. Jadi, kami dah guna kipas ni awal-awal lagi. Terima kasih :)

#13: Selimut

Saya rasa hadiah selimut ni paling relevan. Ada terima satu daripada sepupu. Kalau terima banyak pun tak apa sebab senang nanti kalau ada saudara-mara yang datang tidur kat rumah, boleh guna selimut tu.

#14: Set Cadar

Sangat suka dan sangat berguna. Tak perlu nak beli cadar lagi untuk tempoh 5 tahun pertama. Terima 3 kesemuanya daripada adik-beradik abah (my aunts & uncle)

#15: Lampu Tidur

Ini pun saya suka. Nampak macam remeh. Kalau tak ada kat rumah, memang tak beli lah. Tapi kalau ada orang hadiahkan, memang akan digunakan. Terima 2 daripada sepupu dan rakan UPM.

#16: Buku Motivasi

Ye, saya ada terima satu. Buku motivasi untuk menjadi wanita/isteri solehah daripada Kak Zety.

#17: Telekung + Sejadah + Kain Pelekat

Saya tak ada terima hadiah macam ni. Tapi saya dan mak suka bagi hadiah ni untuk pengantin. Senang nak solat berjemaah kalau saudara-mara datang. Lagilah kalau pengantin tu jenis macam saya -  letak telekung kat kereta satu, kat rumah tingkat bawah satu, kat tingkat atas satu. Dulu masa kerja, kat ofis satu.

#18: Tuala

Kalau anda nak kelainan, silakan. Sebab ia sangat berguna. Tapi, saya tak pernah buat pun. Terima pun tiada. Hehehe.

AWAS! Senarai di atas untuk mereka yang memikirkan hadiah apa yang patut dibeli. BUKAN untuk mereka yang memikirkan hadiah apa yang patut diminta. Hohoho. Kesudian tetamu hadir pun patut dianggap sebagai satu hadiah.

Thursday, April 3, 2014

Check Up 7 Bulan & Perkembangan 6 Bulan A.D

Bismillahirahmanirrahim

Pagi tadi bawa A.D check up umur 7 bulan kat KK Pelabuhan Klang. Eh, kejap. Ada ke check up 7 bulan dalam buku baby? Dalam buku memang tak ada tapi A.D kena datang untuk monitor berat badan. Sebab masa nak masuk umur 5 bulan, A.D diserang demam yang pertama (sebelum ni tak pernah demam walaupun suntik vaccine 3 serangkai). Masa tu, he refused to be breastfed. Susah betul nak menyusu. Perut pun nampak kempis je. Bila datang check up umur 5 bulan, berat badan cuma naik 100gm. Risau dibuatnya. Doctor advised me to start introducing him a solid food sebab mungkin he's in the transition period antara susu dan makanan pejal. 

Alhamdulillah when we came for 6-month check up, he gained 500gm weight increase. But still kena datang untuk periksa berat lagi on the following month. Jadi bila kami datang pagi tadi, berat A.D naik 300gm (6.1kg). Check up kali ni takda vaccination. Tapi, misi ada tanya "Dah pandai apa? Makan banyak mana?"




Kalau masa 5 bulan dulu, A.D pandai meniarap je. Tapi bila umur 6 bulan ni, A.D dah laju meniarap & terlentang. Siap bergolek-golek lagi. Kalau bentang toto kat bawah ni, habis dia balun golek dari hujung ke hujung. Mulut pula riuh sebut "ba bu ba bu ba... bu bu bu bu.. pa pa pa".

"Tapi, anak ummi belum merangkak lah sayang." He can move backwards, but he rarely move forward. Hehehe. He can do bumping. He always lift up his punggung (imagine that with his face facing down, betul-betul tonyoh tilam). I had once saw him in crawling position but he didn't move at all. Langsung tak gerak. He may not strong enough to move in the position. 

He ate almost any soft-solid foods. He ate birthday cake, ice-cream, bahulu, cream-crackers, papaya (of course in a small quantity). He loves eating bananas. I gave him banana almost everyday for his tit-bits and it helps him to poo poo smothly. He ate biscuits too (Heinz Farley's biscuit with banana's flavour). Of course, he eats porridge for lunch and dinner.

We (ummi & papa) love u so much sayang :)