Bismillah . .
Assalamualaikum . .
Hari tu dah cerita pasal Interview Dentistry UiTM , Interview Dentistry USM , Interview Pharmacy MSU . Hari ni , nak cerita pula pasal Interview Pharmacy UiTM .
For the first time , nak masuk Farmasi UiTM , kena lulus iv . First time okay . Iv ni , bukan pengalaman Yaya , pengalaman junior Yaya . Yaya cuma share-2 je . Yaya rasa sekarang ni , Yaya obses nak buat entry berkaitan pengalaman interview mana-2 universiti . AWAS ! Ini semua pengalaman junior Yaya , so , Yaya ambil bulat-2 apa yang junior Yaya cakap . Flow untuk iv Farmasi UiTM macam kat bawah ni eh .
- Dalam pukul 8.30 am, student untuk iv dikumpulkan dalam satu dewan kuliah , masing-2 duduk dalam DK tu borak-2 , kenal-2 satu sama lain (Dalam 100 lebih calon)
- Kemudian , akan ada satu taklimat
- Student dibahagikan kepada 18 orang satu kumpulan (untuk kumpulan besar)
- Kemudian , daripada 18 orang tu , dibahagikan kepada 3 group , jadinya , akan terhasil 6 orang satu group kecil
- Start iv dalam pukul 10 am macam tu
- Kumpulan-2 kecil tu akan masuk dalam bilik iv (keenam-enam orang sekali)
- Dalam bilik iv , akan ada 6 station yang berbeza , setiap sorang akan duduk kat satu station
- 2 station untuk station berehat , dan 4 station untuk sesi tanya dan jawab soalan
- Student diberikan masa 2 minit untuk buat brainstorming , dan kena jawab soalan panel dalam masa 5 minit
- Satu station WAJIB speaking manakala 3 station lagi boleh pilih nak bahasa apa
Setiap station tu , diuji perkara yang berbeza-beza ;
1. Motivation Station
Soalan tentang basic knowledge pharmacy & kenapa nak jadi ahli farmasi . Senang citer , common question la , pasal diri semua tu
2. Critical Thinking Station
Dia bagi teka-teki kemudian kita kena justify answer kita .
3. Ethic Station
Soalan pasal tindakan-2 yang akan kita ambil , berdasarkan situasi yang diberikan
4. Communication Station
Soalan pasal kita bagi advice kat orang berdasarkan situasi yang diberikan
Okay , tamat sudah . Good luck semua . =) Harap membantu .