Mata sekeliling yang tajam
Ibarat masa menghiris waktu
Mulut kosoong yang berkata dengan hati yang kering
yang kontang dengan kata manis
Memandang dan berkata itu kata kerja yang mudah
'cuba kau pakai kasutnya'
'Apa kau rasa selesa? apa kau mudah untuk berjalan?'
Hanya sendiri yang tahu.
Tertulisnya jalan hidup adalah kehendakNya,
Aturnya cantik, kau kena percaya,
Lepaskan apa yang terikat, percaya apa yang dihadap,
Dia atur bukan sia-sia , ada sebabnya.
Ada panduan untuk manusia.
Kau sedar atau kabur ?
Mana mahu letakkan pandangan plastik itu?
Mana mahu arahkan kata kata kosong itu?
Tidak perlu diarahkan kemana, hanya untuk diri sendiri.
Kerana itu kata hikmah dariNya.
Kerana kata itu
membentuk ketulan hati yang membawa semangat,
yang membawa kaki yang melangkah maju,
melihat dengan mata dengan pandangan ma'rifatnya.
Syukur Tuhan. Aku percaya kau ada.
Ya, kau ada :)
senyum berlalu pergi.