Hari kedua, 27 Februari 2016
Maka alhamdulillah, menjelmalah jua hari seterusnya di Miri ini. Bangun pagi, Subuh yang sejam lebih awal daripada semenanjung. Siap-siap dah set dalam mental kena bangun lebih awal walaupun semalam dekat pukul 1 pagi juga baru dapat lelapkan mata. Anak-anak aktif ini bila di tempat baru memang makin aktif dan susah nak tido. Melompat-lompat atas katil, explore sana sini. Bilik yang pada awal-awal masuk tadi sangatlah kemas dan tersusun cantik, sudah berubah rupa hanya dalam setengah jam sahaja๐
. Bertabahlah abi dan umi melayan anak-anak aktif dan bijak ini.
Pagi-pagi lagi sama-sama bersarapan dengan suami di hotel, bergilir-gilirlah sebenarnya sebab dua anak hebat itu sudah pastinya belum bangun tidur lagi. Lepas selesai semua, suami dijemput oleh penganjur ke tempat program. Maka tinggallah saya dan anak-anak untuk explorasi Miri kami hari ini. Sementara anak tidurlah cuba menaip selaju mungkin, mengemas apa yang patut. Mujur baju-baju semua dah siap iron semalam.
Maka dipendekkan cerita, jam 10.30 pagi, siaplah kami semua sekali dengan suap anak-anak makan nasik goreng yang ditapau pagi tadi.
Seelah siap kami terpaksa menunggu lama sedikit di lobi, kerana kerenah saya juga yang kononnya tak nak memyusahkan orang lain, nak uruskan sendiri kereta sewa. Alkisahnya, hampir 6,7 nombor kereta sewa yang saya dapat di internet saya hubungi mengatakan yang tiada sewa hari ini, semuanya telah penuh orang tempah. Wah, dasyat juga ya Miri ni. Saya dengan penuh yakin tak settlekan awal pasal ini sebab ingat ada je kereta sewa. Ditambah pula masih berbolak balik dengan tawaran penganjur yang nak uruskan juga kereta untuk kami.
Akhirnya ada satu kereta yang available, tapi perlukan deposit RM200. Tambah dengan charge RM 100 sehari maka saya perlukan RM 400. Oh tak cukup duit tunai ni, maka kena jalan pulak cari ATM. Tolaklah stroller denga dua anak hebat ini. Dah sampai ATM terdekat, ATM tunai tu pual habis duit. Allah, ujian betul.
Dipendekkan lagi juga cerita, akhirnya minta tolong suami jugalah, dan penganjur uruskan. Maka hampir jam 11 dapatlah kami sebiji kereta putih Myvi! Alhamdulillah!๐๐๐
Tempat pertama yang dituju selepas dapat kereta ialah Tamu Muhibbah dan Tamu Khas. Mula hajat nak tunjukkan Fatihah haiwan-haiwan eksotik (ulat gonggok) dan buah-buahan tempatan yang ada di sana tapi mungkin disebabkan masa tu tengah hari rembang, maka nampak macam banyak gerai tutup. Saya pun tak jadi nak turun dari kereta, sebab panas sangat. Fikirkan anak-anak ni rasa macam susah pula. Jadi kami hanya lalu-lalu di gerai dengan kereta sambil bagitau Fatihah apa tempat ini dan fungsinya.
Lepas itu kami ke Miri Handicraft Centre. Tak jauh mana dan senang sahaja nak jumpa. Memang rasa survival betul drive dengan dua anak tanpa carseat ni! Memang biasa je drive dengan mereka ni, cuma dengan carseatlah. Kali ini dengan jalan yang tak biasa, tempat yang pertama kali datang, tanpa suami disisi, tanpa carseat saya drive juga. Mulut memang terkumat kamit je baca doa dan zikir sepanjang memandu. Tapi alhamdulillah, saya rasa jalan-jalan di bandar Miri ini sangat mudah. Kereta pun tak banyak sangat, mudah. Tempat-tempat yang nak dituju pun dekat-dekat.
Oh ya berbalik kepada cerita tadi, di Miri Handicraft Centre. Tak banyak sangat kedai, tapi barang-barangnya menariklah juga. Tetapi ternyata saya bukan kaki shopping sangat, tak tahu nak beli apa. Cendermata ke cenderahati ke tak terasa sangat nak beli. Kecuali fridgemagnet. Untuk Fatihah belilah juga satu gelang tangan manik buat kenangan, dan untuk Fatih sebiji bola takraw rotan yang kecil dan comel je.
Selepas itu saya makin keliru nak ke mana. Nak ke taman-taman cuaca masih agak panas. Tengok di peta bandar Miri yang saya ambil di hotel, ada lokasi Taman Bunga Miri. Tapi malangnya lepas GPS ke sana, bukanlah sangat macam taman bunga yang saya bayangkan. Hanya ada beberapa pokok-pokok bunga yang ditanam dalam pasu yang diletak selonggok. Nampak terbiar dan tak terurus dah๐
Maka lepas tengok GPS, ternyata Canada Hill, tempat terletaknya The Grand Old Lady dah tak jauh pun. Masih sekitar situ. Mula-mula saya ingat tempat ni terletak di pinggir bandar. Jadi, terus saja saya ke sana. Ramai yang cakap tempat ini paling best pergi boleh tengok sunset dan suasana petang. Ataupun malam. Tapi saya tengok Muzium Petroleam yang juga ada di sana tutup jam 4 petang. Maka saya lebih rela terlepas sunset daripada terlepas nak masuk muzium. Lagipun tanpa suami takkan Maghrib2 nak bawa anak-anak ke sana kan. Jadi saya pun terus memandu ke arah Canada Hill.
Sampai di sana cuaca masih agak panas. Masuk muzium dulu yang beraircond. Muzium ini walaupun tak besar mana sangat, tapi nampak macam agak usang dan terbiar. Sampaikan Fatihah asyik dok sebut takut, takut. Siap kata 'its so scary'! Mungkin juga sebab pada masa tu kami sahaja yang ada dalam muzium tu, tiada pengunjung lain. Saya tengok tadi ada je yang dok bergambar di luar, tapi mungkin mereka tak masuk dalam. Saya memang suka muzium-muzium sejarah macam ni. Jadi tak kesahlah ada orang ke tak, saya mesti masuk.
Tempat ini, di sinilah telaga mintak pertama yang dijumpai dan digali di Malaysia ini. Sejak tahun 1910, bermula dengan penduduk menggali dengan tangan hinggalah dimajukan sebagaimana yang kita tengok apa yang dibuat oleh Petronas sekarang. Telaga (Well No.1) terletak disini. Banyak juga fakta-fakta menarik tentang petroleum, tapi saya tak dapat nak berlama-lama dan nak explore, sebab Fatihah asyik nak nangis. Sabar jelah. Fatih je sporting, lari sana sini explore merata.
Selesai explore muzium kami pun bergambar sikit di luar. Sebab kami 3 beranak je, bergilir-gilirlah ambil gambar. Mujur sekarang Fatihah dah juga boleh diharap untuk amikkan gambar. Walau kadang-kadang ada sedikit masalah dengan kualiti gambar๐
Selepas selesai di Canada Hill, jam dah hampir 4 petang. Maka saya bercadang untuk terus ke SMK Agaam Miri, tempat suami berprogram untuk jemput beliau. Tapi rupanya sekolah tu sudah dekat dengan Luak Esplanade yang juga ada dalam list untuk saya jejaki. Maka sekaliharung terus.
Malangnya sampai di Luak Esplanade, tepi pantai, anak-anak dah terbungkam tidur dalam kereta keletihan. Maka tidak dapatlah saya keluar berjalan-jalan di pantai. Hanya menikmati pemandangan dari dalam kereta di samping tengok pemandangan anak-anak tidur. Saya yakin dan percaya, yang bergelar ibu bapa, perasaan melihat anak yang sihat sedang tidur nyenyak memang antara nikmat dunia yang wajib disyukuri.
Malamnya pula kami tak kemana dah, ikut suami yang berkuliah Maghrib di Masjid Al Istiqamah dan kemudiannya makan malam. Malam ni pekena laksa sarawak yang memang menjadi kegemaran saya. Sebenarnya saya suka semua jenis laksa asalkan namanya laksa! ๐ Tapi sudah pasti laksa Kedah atau laksa Penanglah yang paling digemari.
Berakhirlah hari kedua kami di bandar Miri ini. Bandar yang bersih dan menenangkan.
Antara pengajaran penting yang saya dapat hari ini, besarnya cabaran ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sendirian. Haruslah kita memberi sokongan dan membantu mereka ini. Saya yang merasa seharian pun dah rasa letih amat. Justeru, betulkan cara pandang kita kepada ibu-ibu tunggal ini. Mereka perlukan sokongan. Dan hargailah pasangan kita selagi mereka sentiasa disisi๐