Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan...



Salam to all....

Alhamdulillah...sempat lagi berRamadhan tahun ini dan semoga sempat juga berAidilfitri.
Kiranya ada masa lapang dan masih rajin ke dapur dalam bulan yang mulia ini...insyaAllah...
akan diposkan juga N3 juadah berbuka.

Dikesempatan ini Kak June ingin mengucapkan kepada pengunjung...
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Pesan Kak June: Memasak itu satu ibadah juga.

Wednesday, July 27, 2011

Siput sedut...


Salam & morning....

N3 kali ini sebagai selingan sahaja  untuk mengisi ruang kosong dan untuk tidak menghampakan
pengunjung blogku yang amat aku hargai yang tak berapa kerat ini.
Dikesempatan ini juga nak ku rakamkan rasa terima kasih atas
kesudian Secubit Garam untuk berkunjung ke baby blog ku ini.
Terima Kasih Nor...akak dah lama follow blog Nor menerusi Kongsi Resepi yang akak
layari setiap kali mencari idea untuk memasak.
Dari situ akak temui beberapa blog masakan lain yang tuan rumahnya
sangat peramah dan mesra orangnya.
Terima kasih kerana sudi kongsi ilmu memasak kalian.

Berbalik pada selingan di atas...cerita mengenai hari terakhir ku di Brisbane yang dihabiskan
di Wellington Point.
Pagi itu air lautnya surut dan di kejauhan ternampak sebuah pulau kecil yang dikenali
dengan nama KING ISLAND.
Ajaibnya... semasa air surut, kita boleh ke sana dengan hanya berjalan kaki sahaja....dan dikatakan
juga bahawa air sesurut itu bukan sering berlaku.
Nampak gayanya memang nak dijadikan rezeki pada hari itu...
ku yang datang (mungkin sekali seumur hidup) itu diberikan pengalaman
meneroka lautan untuk sampai ke pulau tersebut klik sini...

Perhatikan apa yang kalian nampak di situ?





Hah! Tu dia...
Tapi jari-jari ku tak la segemuks itu ye...minta maaf bebanyak.
Cuma nak tunjuk contoh sebab masa datang tadi tak pulak bawak ruler/pembaris nak
mengukur akan kebesaran siput sedut yang terdapat
di Wellington Point ini.
"Ni kalau kutip dua puluh ekor pun dah penuh periuk masak lemak cili api dengan
batang keladi.." ceritaku pada DIL.
DIL ku tak banyak cakap...kalau kita gelak tergolek...gelak dia hanya dia seorang sahaja
yang mendengarnya.

Sekian...wassalam.

Pesan Kak June: Be careful in letting go of the things U thought are just nothing.

Roti John...


Salam & morning from Brisbane.........

Ini merupakan last N3 ku dari dapur Huda Rahman di Brisbane.
Rasanya Huda dah dapat sedikit sebanyak tips dari MILnya ini dalam memilih bahan
untuk memasak dan pengganti kepada apa yang tidak ditemui seperti kerisik
tempohari. Kami ada menemui kelapa biji...namun di dapur tiada
parut atau kukur pula. Maka aku gantikan dengan 'dessicated coconut' dan akhirnya berjaya juga
memasak rendang hari itu. Maklum la...dah nak raya ni...dia orang kan baru je sampai sana
tak kan dah nak balik pulak?

Namun...pagi ini kita sediakan Roti John pula kerana kemudahan mendapatkan daging cincang.
Seperti biasa untuk dua tiga N3 yang bersiaran dari dapur Huda Rahman ini sengaja
tak ku tuliskan resepinya kerana ini menu yang biasa dan simple je dan pasti
yang membuat kunjungan ke blog ku yang tidak seberapa ini
tahu bagaimana untuk membuatnya.

Sekian...Kak June ingin mengundurkan diri dari dapur Huda Rahman di Brisbane ini dan
InsyaAllah akan bersiaran semula di dapur Kak June sendiri di Setia Impian.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada DIL ku yang sudi
menerima kunjungan MILnya dan sibuk menyibuk di dapur comelnya itu.
Wassalam.

Pesan Kak June: A good life is when U assume nothing...do more...need less...smile often...
dream big...laugh a lot and realize how blessed U are for what U have. Ameen!

Tuesday, July 26, 2011

Nasi Lemak...


Salam & morning.........

Kita masih bersiaran dari dapur  Huda Rahman di Brisbane. Beberapa bahan tak kami temui
tapi kami rasa untuk merasa bersarapan Nasi Lemak di waktu pagi
sepertimana ketika berada di Malaysia
tidak la menjadi satu masalah.

Dengan menggunakan santan kotak yang berjenama KARA yang kami temui di sebuah
kedai runcit yang menjual barangan runcit dari Asia...
kami mampu menyediakan ala kadar.

Tanpa daun pandan...Nasi Lemak itu dimasak dengan hirisan halia sahaja.
Timun pula kami menggunakan 'Zuchinni'.
Rendang ayam...tanpa kelapa parut sepertimana yang mudah kita perolehi di tempat sendiri...
'dessicated coconut' itu disangai hingga keperangan dan diblender untuk
dijadikan kerisik.

Tanpa ikan bilis untuk sambal tumis..kami gantikan dengan telur.

Walaaa....akhirnya kami berjaya bersarapan Nasi Lemak.

Pesan Kak June: Penyediaannya sama sahaja...cuma kena pandai
menggantikan dengan apa yang diperolehi di situ.

Monday, July 25, 2011

'Barbeque'ing...


Salam & morning......

Kita bercuti masak di hari minggu. Kita jalan-jalan ke taman pula. Tapi masih juga dengan
acara masak-memasak ... tapi di tengah alam... di Roma Street, Parkland di Brisbane.
Aiseymen! Cuaca yang sejuk dengan suasana yang nyaman... kami ber BBQ di tempat yang memang telah
disediakan.
Nak pakai...silakan


Dah terbiasa nak tempat teduh...

Ini aje la bekal kami untuk testing pertama kali kat tempat tu...
Esok-esok kita datang dengan ayam percik pulak
biar terliur orang Aussie tu kan Huda?


Pemandangan Roma Park...dari tempat kami ber BBQ

Bestnya...kalau tempat macam ni ada kat Malaysia @ Setia Alam, khasnya...

Tak payah nak beli kayu arang dan mengipas nak menghidupkan itu arang sampai
nak nanges-nanges macam didera oleh mak tiri.

Angah la orang yang paling berbahagia bila jumpa tempat ni sebab dia
kan memang dah terkenal dari kecik dulu suka ber BBQ?

Pesan Kak June: Kena alas dengan foil...tak tahu dulu bekas dia orang panggang apa.

Friday, July 22, 2011

Fish & Chips...

Home-made Fish & Chips...
Salam from Brisbane.......

Kita masih bersiaran dari dapur Huda Rahman dengan menu Fish & Chips
pulak hari ini. Walaupun di luar sana menu ini boleh diperolehi
namun kami cuba menyediakan sendiri.
Hasilnya memang tidak menghampakan kerana bahan untuk memasaknya
telah kami temui.

Pada pandangan kalian pengunjung blog..bagaimana?
Ada rupa tak?




Meja ala-ala Jepun Angah untuk menampung makanan kami bertiga.
Nampak gayanya semua berpuas hati dengan menu kami
minggu ini.


Pesan Kak June: Kalau ringan tulang...berat la perut...kan?

Nasi Ayam...


Salam from Brisbane.....
Oleh kerana bahan pun kami dah perolehi, maka kami masak
Nasi Ayam...the all time favourite.

Maaf la tuan/puan pengunjung blog masak Kak June ni..
Kak June sengaja tak memberi resepinya kerana masakan yg dipos di blog ini
merupakan masakan biasa-biasa sahaja dan Kak June percaya
budak-budak pun boleh membuatnya.



Sup utk Nasi Ayam...

Biasanya sup untuk Nasi Ayam ini hanya sup kosong sahaja kalau kita makan di kedai...
tapi apabila memasak sendiri Kak June lebih suka masukkan bersama
dengan fishballs dan sedkit taugeh.
Ia akan menjadi lebih menarik dan anak-anak pun sangat menyukainya.

Selamat Mencuba dari dapur Huda Rahman di Brisbane.

Pesan Kak June: Masak masakan yg menjadi kegemaran agar tidak berlaku pembaziran.

Chicken Chop Home-made Version...


Salam to all........

Aargh! Akhirnya kami dah ketemu dengan kawasan yang menjual barangan HALAL.
Alhamdulillah.
Jauh dari rumah dan sekali keluar tu kena buat stok simpanan. Di Palmdale
kami temui kedai yg menjual ayam dan daging HALAL.

Maka...atas permintaan Angah...ku prepare
Chicken Chop versi kegemaran keluarga yang menggunakan sos sendiri yg
melaut gitu...

Sos Chicken Chop versi kami..
Compliments to Huda Rahman from her kitchen in Brisbane.

Pesan Kak June: Jangan jadikan memasak itu satu masalah...kerana kita yg buat dia kan?

Breakfast di rantauan....


Salam & morning to all......

Hi there!
Ini la sarapan kami semasa first week sampai ke negara orang.
Masih belum tahu di mana kedai yg ada menjual barangan halal.
Kena guna yg kering-kering dulu utk mengalas perut
dalam cuaca yg sejuk ini.

Burp!! Alhamdulillah...



Angah sebenarnya rindukan si TOBY tu...
semasa kami ke COLES, salah sebuah supermarkat yg terkenal di sini selain
WOOLWORTHS...
terjumpa la pulak dengan makanan yg menggunakan jenama
UNCLE TOBY...

Nak di share pun tak boleh sebab Toby tu makan ke
biskut utk orang diet ni?

Pesan Kak June: Jangan cerewet...makan la apa yg ada...asalkan HALAL.

Jumpa lagi!

Tuesday, July 19, 2011

Cuti Masak...

Sedapnya tido....
Salam to all..........

Argh! Tuan punya dapur minta maaf...
buat masa ni tengah bercuti sakan...tak dapat nak post apa-apa N3
yg
menarik buat tontonan.
Lagipun 'sprinkleofluv' ni pun kebetulan aje dipisahkan dari blog asal
untuk lebih fokus kepada blog masak-masak.


Baru nak hidup la katakan....
Hari-hari pun masak...kalau tengok dapur Mat Gebu @DTS tu pun dia
pos aje masakan segala bagai.
Tapi tak biasa kan?..bila dah licin pinggan baru teringat
tak di'photo shoot' itu menu daaa....

So...akhirnya...blog masak Kak June ini....baru la ada dua tiga N3 aje...
Namun...insyaAllah, lepas balik bercuti nan panjang ini
akan ku usahakan juga.

Ingat dulu nak buat blog ala-ala dari dapur ke dapur. Tapi bila ke Aussie ni...
makanan lebih kepada menu Kebab, Sandwich dan Pizza.
Tapi ada la beberapa yg dapat dikongsikan bersama dari dapur Huda Rahman
di Brisbane ini.
InsyaAllah ...akan diposkan N3nya kemudian.
Buat masa ini...nak merayap puas-puas dulu.

Pesan Kak June: Manusia bukan jentera...jadi kita perlu berehat juga.

Tuesday, July 12, 2011

Going Vegetarian?

Salam from Brisbane...

Maaf la...tak ada resepi yang istimewa dapat dikongsikan di blog ini untuk beberapa lama kerana Kak
June sedang beralih angin....

Hanya sayuran sahaja yg bisa dimakan tanpa was-was
Bekalan ringkas kami...

Teman pengunjung blog mesti tergelak sakan melihat bekalan yang  kami bawa .  Kesian kan?
Kami yang baru sampai di negara orang ni masih belum berjumpa dengan tempat-tempat yang
menjual ayam/daging yang halal.
Kalau ikut nak terjah tu di supermarket berdekatan dengan rumah ada aje bekalan barangan
tersebut, namun alhamdulillah kami masih waras.
Untuk beberapa minggu ini...mungkin tidak ada apa yang menarik untuk ditayangkan di blog ini. Walaubagaimana
pun...insyaAllah...kami akan cuba kirimkan sesuatu yang istimewa dari dapur
Huda Rahman di Brisbane, Queensland.
Pesan Kak June: Kena pandai memasak ketika merantau ke tempat orang kerana
payah untuk mencari makanan segera yang halal.

Jumpa lagi!