Saturday, April 28, 2012

Cadence Full Moon Party

ohoi blog!!

alamak, seriously abang ada busy sikit lah lately. sekarang dah nak kena start draft paper untuk publication. ini ntah berapa kali la supervisor abang suruh betul kan. pening okeh. maka 2 minggu yang lepas, abang telah dijemput ke full moon party kawan abang punya anak. nama maknya adalag Mandy dan anaknya Cadence. ini first time kut abang pergi party macam nih. pergh meriah macam kenduri orang nak kawin. since abang ni kan macam indoor husky yang kalau pergi ke mana mana pun wajib sesat (hazab kan?) maka abang telah mengangkut mudder and mami untuk pergi sekali. he he he. abang jadik driver yang sangat kompiden. kalau tak nanti asik tgk GPS bisu ini. last2 nanti orang ingat abang membalas message di facebook pulak. kesian kan husky indoor yang selalu disalah erti. he he he. 

haa ini lah baby cadence tuh. comel kan dia. abang rasa dia banyak ikut muka alvin dan ramai pun orang rasa macam tuh. tak kisah la ikut siapa siapa pun muka dia tapi baby cadence memang sangat kiyut! pipi pun tembam nih. mandy ada suruh abang carry her in my arms, tapi tak berani lah. dik oi, kau ingat nih anak patung? he he he. abang biasa jer pegang budak sebab hey 2 orang anak buah abang tuh kan abang take turn jaga dengan adik dan ummi abang taw. jangan main main! he he he. 
kami sampai lambat sikit kut. tunggu myza kat satu petrol station and then dalam sepuluh menit perjalanan sampai la rumah mandy. husband mandy mmg best. sporting giler la alvin. he he he. dia steady jer buat lawak semua dengan kami. from my observation kan, melayu yang datang tak berapa ramai pun. in fact minority of the jemputan. tapi mandy sediakan 2 set makanan, halal and non-halal (sebab liquor but no pork). ada sup yang direneh dengan arak dan alvin dah siap2 bagitahu. they were being a good host and hostess. mak si alvin pun sangat peramah. dia sempat datang meja kitorang untuk borak borak.



ok ada satu kuih nih yang abang sangat suka. kesuakaan sampai dengan tiada kemaluan meminta kepada si mandy untuk kuih ini. nahhhh rasakan dia bagi sebekas. kuih tu namanya Ang Ko Kueh or Ang Ku Kueh. dia rasa macam kuih koci orang melayu. sticky2 dalam ada inti yang manis. of course it is halal. kueh nih ada banyak warna sebenarnya. warna merah biasanya  tak ada lard ataupun benda2 yang non halal. tapi kalau warna lain2 you've to ask.  





Abang nak ucap terima kasih kepada Mandy sebab invite abang to this party. dapat jugak jumpa dengan baby cadence. thanks jugak pada mami ana lewis and mudder yang teman abang untuk sampai ke destinasi ini. he he he. 

ok itu jer abang nak cerita dulu. skarang nak bantai membuta. hari sangat panas la recently. eh by the way, abang tengah foster anak kucing~! experience yang sangat challenging. 

-Ang Ku KuAYIEh-

Disclaimer: Gambar-gambar dari entry ini tidak boleh digunapakai di mana mana page lain tanpa kebenaran saya. Sekian terima kasih. 

Thursday, April 12, 2012

Genting: Riang Ria di Kota Keriangan (dan Kekeringan Dompet!)

ohoiiii blog, 

haaa ekceli cerita nih dah basi tapi abang tetap nak cerita jugak. ala apa salahnya dik, abang bukannya pergi luar negara bagai pun. abang pergi genting yang tak berapa nak sejuk dah tuh. hello dah suam2 kuku yer. abang siap pakai suwar pendek dan baju t-shir sehelai. sampai sana, hujan lite2 basah kuyup pun tak sejuk jugak. maklumlah abang dah berubah menjadik husky. 

ini bukan kali pertama la kitorang pergi genting dan harap harap bukan kali yang terakhir. abang suka keluar dengan family dan kawan kawan jugak dik. dan kalau abang outing or vacation dengan mereka nih abang akan ambil gambar bersama. kalau abang pergi overseas lagi la wajib abang ambil gambar setiap delapan belas saat sekali. abang hairan jugak orang pergi berjimba jimbara dengan kawan kawan di luar negara tapi bergambar hanya seorang. sangat musykil kan dik? ehhh abang cerita pasal sapa ntah nih? 

ok berbalik kepada percutian kota keriangan pengeringan duit ini, dulu kan dik 7 tahun lepas lah harega nya tiket adalah MYR 38 sahaja. luar dalam kau boleh main sebab combo.  sekarang dan naik katanya. tiket outdoor jer lima puluh hengget. cuma  yang bagus dulu ada permainan yang kau kena bayar sextra sekarang tak payah bayar lagi. maka, mati lah kau beratur forever. ok pemainan kat bawah nih namanya space shot. masuk kali nih abang dah main agak berkali kali. dan setiap kali naik dan jatuh, setiap kali itu jugak lah nyawa tertinggal kejap kat atas. kali nih adik beradik abang semua naik. last time adik lelaki abang yang kecik tak berapa nak kecik tuh tak dapat naik sebab masa tuh tinggi tak cukup. this time semua boleh naik dan anak buah abang sekali boleh naik. haaaaa, now depa tahu la apa rasanya. haaa lupa pulak nak cakap. adik abang yang number 2 bawak kawan sekerja dia. ok gak budak tuh tapi dia alim sikit la. abang selamba badak jer pakai suwar pendek. seb baik bawak kaim pelikat la la la la dalam beg comel abang tuh. he he he. 


selebihnya acara sendirian berhad sebab ada yang mengelinjang nak naik benda berpusing 360 darjah yang tak tergamak abang nak try. kang belum sempat turun atas tuh jugak abang membelahakan muntah. so abang feeling2 artis model ubat kurus tapi versi yang sebelum makan lah mengambil gambar.

yang paling best pergi genting kali nih adalah sebab mak abangkan buat request nak naik macam macam. wargh giler best dating dengan dia. maklum la tak ada makwe maka abang dating dengan mak abang je lah. ekekekeke. sedeyh ker? tidak lah kan. makwe ekceli anytime boleh cari dik. kitorang paling suka naik gajah nih dik. 2 kali okeh mak abang naik. first naik berdua, sekali gajah orang lain naik tinggi gajah kitorang forever tak naik. mak abang cakap berat la giler! ha ha ha ha. 

haaa sebelum kitorang naik gajah tuh kan, abang cakap nak beli topi yang kiyut tuh. lepas tuh abang pun pilih la angry bird kut. then mak abang cakap since abang suka anjing, why not ambik wolfy punya topi. warghhh tu jam gak rasanya nak menanges keterharuan. since mak abang yang pilih abang pun pakai tanpa rasa segan dan silu. ekekekekeke. 



percutian ini sangat best lah. sebabnya semua orang mmg happy terutama sekali laskar senawang 2 orang tuh.  maka tu jer nak cerita yer. gambar bersama2 keluarga dan rakan sepekuluaran adalah penting dik. bagi mengelakkan fitenah orang cakap kau disponsor sugar daddy ataupun sugar mummy.  bila orang mengata kau tetiba tahu nak emosi padahal salah sendirian berhad. apa punya orang la kau ini. 

-GEAYIENTING-