ohoiii blog,
abang demam lah. kesian kan abang. hello abang, kalau demam pergi la clinic ker ospistal ker. apa kejadahnya cerita dalam ni persis tembok derita pulak. ekceli tak der la terok mana pun. mengada jer lebih. ok tadik petang abang telah dihubungi oleh kawan yang dekat2 sepuluh tahun tak jumpa. eh kalau lapan tahun tak jumpa tuh boleh kasik up jadik sepuluh ker? overstating tak?? macam ada sorang chef tu? apa? boleh lah kan? ini bukannya nak bawak masuk mahkamah pun.
so kami pun berjumpa lah di kedai mamak jer. abang nih mana la reti tempat2 mahal nih dik. lagipun dah tengah bulan. kalau arwah bapak abang dulu gabenor bank mesia tinggalkan satu khazanah macam Qarun maka hari2 abang belanja kawan abang baskin robin ataupun tony roma's okeh. dia nak pass kad kahwin dia dik. ok sebelum tu kan abang nak cerita kawan abang nih macam mana orangnya.
abang kenal dia masa abang buat A-Level. ye lah dik abang tak pandai macam budak2 lain lepas SPM teros pergi over-der-seas. tapi kawan abang nih pandai tau. dia nih jenis yang pendiam. paling pendiam antara kawan kawan abang, kalau borak dengan dia kan, sepatah kita tanya tak patah patah la jawapan yang dia bagi. kalau dia bangun pagi tetiba dia buat lawak kan dik maka gegak gempita la kitorang semua. abang satu sekolej A Level dengan dia. mmg sangat penyabar dan sangat la tinggi tahap ke-tawadhu'an dia. sangat cool dan sangat macam macam perkara yang baik, kalau nak list mmg panjang lah. then lepas A-level abang satu uni dengan dia pulak. ok kalau abang nak menceritakan ke-elokan dan kehenseman physical dia nih kan, kalau adik adik rasa abang nih hensem (*ok ini babi punya perasaan perasan kan?) kawan abang nih seratus juta billion lagi hensem dik. contohnya la kan, warna kulit abang nih kan kalau nak sama kan dengan dia kena rendam dalam clorox sedekad dik. mau reput kan? ha macam tuh la andaiannya. kalau dia berjalan baik kat uni mahupun kalau kuwar makan mmg semua orang akan pandang dia dik. sumpah abang tak tipu dik. begitu indah la ciptaan tuhan nih. rambut dia perang dan segala bulu yang ada di badan dia naturally perang. dia nih set2 alim dik, dia tak main la kaler2 rambut nih. lagi pun sapa pulak nak mengalerkan bulu ari ari ataupun bulu ketiak perang kan? mampus gugur pulak nanti bulu2an tuh. eh korang yang perempuan jangan nak try2 pulak sebab nak hilangkan bulu kat kaki korang kaler kan. abang tipu jer okeh. ha ha ha. abang rasa kalau abang sebut nama dia semua orang pun kenal la kut.
tadik abang berborak potpetpotpet dengan dia. benda pertama dia carutkan abang (dia tak pernah mencarut abang tau sebelum nih), dia kata abang taff. paling taff antara kawan kawan. ayat sebenar dia adalah, abang dah gemuk sebab kawan kawan lain masa kat rumah sewa dulu semua menten kurus. abang jer membesar bagai belon. maka abang pun macam biasalah bila dah duduk mengoder makanan teros bertanya soalan soalan cepuk emas. dari soalan2 yang abang tanya kan, sebelum nih abang ada kepercayaan kepercayaan karut tapi tak la sampai mengangkat diri sebagai nabi yer. so antaranya ialah
Kepercayaan 1- dulu kan abang selalu percaya yang semua orang nak jadik hensem dan kaya sebab kita boleh dapat sapa sapa pun yang kita nak atau suka. atau paling kurang pun orang terkinja2 mengelinjang nak kat kita.
Kepercayaan 2- pastu abang tetap percaya selepas melihat retis2 korea yang kering kerempeng bermuka jambu tapi bersuara manchos (terbalik sangat dengan abang lah kan? muka hanchos suara kepit!) maka perempuan2 yang baik mahupun tidak baik akan sujud ayapan bila kala melihat kita berjalan.
Kepercayaan 3- abang percaya sangat sangat orang yang hensem lagi kaya tidak akan mungkin di rejek apatah lagi ditinggalkan oleh kekasih hati. in contrast orang hensem nih lah yang super heartbreaker okeh.
tapi lepas borak dengan kawan abang nih kan, abang seolah2 tak percaya yang dia pernah menyalahi kepercayaan abang yang ke-3 tuh. ya allah abang giler tak percaya ada perempuan yang boleh tolak dia. giler ker apa perempuan tuh. kawan abang nih kan sebaik2 manusia dan hampir sesempurna manusia biasa (ok baca betul2 yer. manusia biasa bukan manusia luar biasa sampai kau boleh suruh pengikut kau angkat jadik nabi pulak).
 |
Meraong setiap kali diajukan soalan cepuk emas. |
abang pun tak tahu la apa yang perempuan tuh nak. kalau abang nih kena tinggal abang tau la kenapa kan. maklum la manusia kompliketed macam kompleks membeli belah yang tak boleh blah nih sapa la mampu nak tahan kan? gunung pun boleh ranap mengadap perangai abang. eh if you expect me to diss my ex, jangan la macam tuh. dia baik okeh, abang jer yang berperangai yang bukan bukan kut. eniwei, itu jer kut abang nak cerita. so i shared my story to him too. and dia cakap, jangan putus asa dan terus berusaha mencari cinta. tak ker ko nak meraong dik. dah tuh study abang nih sapa nak buat kalau nak mencari cinta? alamatnya ketua la tak kawin kan? okeh mari nanges bersama sama dengan abang. itu jer nak cerita. BYE!