ohoiii blog,
okay nak bagitahu sekarang ni stuck daalam kepala abang adalah lagu misah umar yang tajuk dia sampai bila. abang pun tak tahu la kenapa lagu ni macam sedap pulak padahal dah lama kut! pernah la dengar dua tiga kali but this time around dia melekat. adeh.
hah nak cerita yang ini. cerita pasal off road trip abang yang pertama. tak pasti la masa muda muda dulu abang pernaj ker buat kerja kerja CSR ikut off road ni. buat nya last october. ha ha ha ha december baru dapat menulis dik. sorry lah abang sedikit busy. nih blog pun dah bersawang. skarang ni orang dah tak tulis blog dik. sema update kat facebook sebab senang penceritaan nya.
proposal untuk buat CSR ni dah hantar dah hantar lama tapi biasalah macam macam kan iyer nyers maka recently baru approved. lalu kitorang memang agak la tergesa gesa buat kerja amal nih. nak pergi buat CSR install solar panel dan pembekalan air bersih di Pos Bihai. Pos Bihai nih kat mana? kay gua musang kelantan dik. abang pun sangatlah excited sebab nak powil (four wheel drive car) and it would be off road camel trophy sangat lah kan. plannya pergi 3 hari dua malam. jumaat sabtu dan ahad balik. bergerak khamis malam. masing2 semua berkumpul kat lab dan budak2 pun dah resah gelisah menunggu. haaaa yang menjadikan abang kancheong adalah bila boss abang cakap, jamban tak ada dik. and bila off road nih tak menentu kadang2 terkandas lalu kalau nak terberak rasakan lah tepi2 semak jer. astagafirullahhhhh dik abang masa tu jugak memberak kan diri. adoiyai, berak nih bukan perkara main main dik.

okay finally kereta2 hebat tuh pun sampai. hujan pun turun kejap lebat kejap renyai. dik, excited nervous semua ada. bila dikenangkan semula abang pun tak sangka abang berjaya bertahan dan menghabiskan perjalanan kerja amal ini. kitorang berenti sekejap makan kat bentong kut rasanya sebab ada pilot (nama panggilan driver) yang dah mengantuk. so diorang nak pekena kopi dan hisap okok dulu. all together ada dalam 10 kereta + 5 kereta yang join masa kat tol gombak. ada jugak group yang dah sampai gua musang and diorang bermalam kat sana. a yang gambar bawah tuh an hour from gua musang dan masing masing berhenti nak terkencing. dikkkk! abang kan seorang yang pemalu maka abang tak dapat mengeluarkan kencing!
finally kami orang pun sampai kat gua musang. sepanjang perjalanan tu mata punya lah mengantuk tapi abang tak dapat tidur sebab pilot abang tuh diajaknya abang berborak. ye lah dia pun mengantuk. abang tak dapat tahan mata lalu abang bantai jer membuta jugak. giler ker dik tak kasik abang tidur. lepas nih kalau abang pergi lagi off-road abang bantai jer tidur. ha ha ha.
kat RnR gua musang nih kitorang berhenti makan solat and membuang apa yang patut. abang menziarah toilet jer empat juta kali dik padahal tak ada benda pun yang keluar. aci macam tu? kemudian berkumpul kat IPD gua musang. Since jumaat kat kelantan adalah hari cuti maka kitoran conquer lah tempat letak kereta kat situ. macam macam acara bergambar sementara menunggu nak gerak off the road begitu.
ni adalah kiranya pintu masuk ke pos bihai dan beberapa perkampungan orang asli dan kat sini jugak lah tempat lawyer2 serta developer bergaduh dengan orang asli. kalau nampak ada banyak rumah2 tu, itu adalah pos kawalan.
kitorang start masuk jalna merah nih dalam jam 11 pagi. jangka sampai dalam pukul 4. tapi sepanjang perjalannnnnnaaaannnnnnnnnn iniiiii haaa dah macam kak eton kitorang nih dik. macam macam yang berlaku. kereta tersangkut, kereta meletop, orang nak kencing, battery kereta mati, nak kena tarik itu ini, ram kuat sangat. semua ada and all of these experience kau takkan dapat kalau duduk di office. bergantung jugak la kepada minat kau dik. ada orang suka buat benda gila macam ni dan hobi off-road nih mahal dik. everytime kau pergi trip kena siap simpan la puluh-puluh ribu sebab nanti ada je la benda yang rosak. lagi satu kau kena baik dengan pomen kalau nak ada hobby macam nih.
tengah hari berhenti makan. abang makan sekadar alas perut jer. takut nanti nak terberak pulak dik. from time to time memang akan berhenti untuk kencing and sejukkan enjin kereta. ini cerita naik bukit gunung ganang dik. dia punya teran minyak bukan biasa biasa.
haaa gambar bawah nih mmg epic. walaupun diorang nih dikira sudah amat pro dalam perjalanan off-road malang tetap tidak berbau. bukan accident tapi bila kau ram lebih kereta kau dan push lebih lebih, rasaian meletop dik. abang pun tak pasti nak explain macam mana tapi kerata tu enjinnya kalau tekan minyak, minyak hitam masuk sekali. nak settlekan kereta nih jer dah ambik masa sampai ke ptang.
oh rupanya kitorang tak berseorangan. kitorang pergi dengan kumpulan Technip! haaa abang kan peramah orangnya, maka abang pun tegur menegur beramas mesra. see baik tak abang. no dik, abang masa tu dah bosan menuggu. ha ha ha. 3 kali terkencing dalam semak. aaaaaaa abang dah pandai kencing tepi jalan giler! ha ha ha ha. achievement sangat ni.
okeh nanti esok abang sambung lagi yer. abang nak tidur. gudnaite.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
masa sampai malam tuh masing masing da rabak. dengan toilet tak tahu kat mana, lepas tuh makan pun main sumbat jer walaupun masakan adalah sedap. dah rabak mata ingat nak tidur jer dik. sekali tuh abang ternampak tadika itu ada toilet! ha ha ha ha abang kembali bergembira. lepas mandi dalam keadaan yang maha sejuk abang pun memberakkan diri lalu lena lah abang tidur malam tu. memang sedap tak sedar apa sehinggalah pagi tu abang dengar bunyi azan dik. abang ingat abang dah kemabli ke alam barzakh rupa2nya memang ada lah perkampungan orang asli yang islam. well kenapa tak pergi kampung situ? nak tolong atau buat misi kemanusian nih jagan la kira orang tu agama apa itu ker. janji orang yang memerlukan bantuan tu betul betul susah dan jenis yang berterima kasih kira on la tu.
pagi tu semua bangun tak berapa awal. abang pun sambung tdur semula. sejuk dik. memang sedap tidur dalam sleeping bag suam suam tidur diam diam dalam tu. tapi kan dik, kau jangan kentut!!! bangun pagi gosok gigi kat terpi sungai lepas tu tak payah mandi dulu dik sebab dah makan kau kena buat kerja. makan bekpes nasik lemak! perghhhhhh dalam huta makan nasik lemak dik.
kerja yang kitorang buat? memasang soalr panel untuk menerangkan balai raya yang diorang pun baru siap buat. kemudian ada juga lampu solar yang dipasang di beberapa tempat yang strategik untuk bagi terang sikit lah kawasan kampung ni. dulu kerajaan dah pernah datag bagi soalr panel dan diorang ada lah bekalan letrik sehinggalah battery yang jadi secondary power supply tu kong maka bergelap la mereka. battery ni, itu lah masalah dia, life span pendek tapi mahal nak mampus. bebudak EVA yang ikut ada sepuluh orang. biasalah ada yang function dan ada yang mengelat.
kerja kedua kitorang adalah membuat tong untuk mengisi air dari fiber dan resin. sebenarnya boleh jer beli tong air yang dah siap. abang pun tak paham kenapa nak menyusahkan diri buat tong tu. dah la resin tuh kalau hidu berterusan kau boleh dapat effect yang sama dengan menghidu gam dik. high jer nanti. lepas tuh fiber tuh kan macam tajam tajam selumbar. ha ha ha abang tak berkuasa lah membuat benda ketemeneh macam tu. lagi baik abang buat kerja berat.
sambil membuat kerja tuh bergambar adalah wajib. kalau ada kesempatan beginilah bergambar kerana ini kan memori. bukan hari hari kau naik Pos Bihai dik. tapikan ada manusia nih kan menjadi pos bingai di masa yang tak sesuai. eh ni mencarut siapakah?
kerja ketiga adalah memasang pam air untuk bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk setempat. haa kau tgk abang macam tulis report kat sini kan dik. semuanya sekali siap pasang pukul 5 petang hari ahad. dalam pukul 7 malam jugak lah baru kitorang bergerak keluar dari pos bihai. abang tak makan dik melainkan minum air mans sikit lah buat alas perut. masuk jamban kasi clear tangki simpanan. ha ha ha.
all in all it was a great trip. banyak abang belajar dari orang asli walaupun komunikasi sangat terbatas. they speak bahasa melayu macam kita jugak dik. kau jangan la ingat dia cakap dialect dia jer. weih tok batin dia kawin dengan minah salleh from germany giler.
not long tak sampai sejam kut perjalanan sudahhhhh sangkut dik. kereta zain meletop, kereta abang zul battery weak. wincher tak bergerak pulak tak dapat tarik. maka stranded la kitorang sampai hari isnin. dekat 12 jam sangkut dalam hutan. 8 malam sampai lapan pagi. tu baru nak keluar dari pos bihai. lepas tuh lepak pulak kat kampung Semu. kampung ni ada 3 rumah jer. ha ha ha. pening abang dik. haaa abang berak dalam sungai. best jugak. kocot mentolokoteks abang.
sudahnya pukul 12 malam baru sampai Uniten semula dan abang terus pewai. nasib tak demam dik. kelas abang pun berjalan seperti biasa dan hidup diteruskan. ha ha ha. okay itu jer nak cerita. nanti abang cerita kisah2 perlarian abang yang macam siput tu.
kBye dik.
-pos bihAYIEi-