HOT NEWS

Pelanggan Tetap Spanar Buruk

Jumaat, 28 Oktober 2011

Senarai Peserta Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk

,
Assalamualaikum semua..Giveaway dah tamat..
Hola hola tahniah kepada semua yang telah berjaya mengejoinkan diri untuk 
Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk..
Nampaknya ramai gak yang join 
Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk ni..
Alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan..
Tak sangka sungguh,spanar ingt tak ramai join tapi rupa2nya..
Terharu spanar dgn sambutan giveaway ni..
Kat bawah ni semua adalah senarai akhir peserta 
Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk.


Senarai Peserta Angry Birds Giveaway 
By Spanar Buruk





  1. IqaWangi 
  2. SyuwaiStory
  3. Red 
  4. Joel Leslie
  5. Elyna
  6. Abazilah
  7. Cik Meifaa'
  8. HanisAleeya
  9. Cik Rose Cute
  10. PedangTajam
  11. Put!
  12. Syaheera a.k.a Ciput
  13. Nani
  14. Farz Zull
  15. Darling Ninie@Mama Comel
  16. Izamin
  17. p!q4h b@guss
  18. Masz86
  19. pUtEri_RiAnG
  20. Mama Ishazah
  21. Nur Syahida
  22. Zie
  23. Kaseh Suchi
  24. Nanakimie
  25. Nur Afirah
  26. Atien
  27. Nur_Iman_Hanna
  28. ReYnn
  29. Iebah
  30. Dunia Kebahagiaanku
  31. Bieyah Ahmad
  32. Rainysream
  33. ^FA NORIZAN^
  34. Phat
  35. Budak Blogger
  36. Fiey Azwani
  37. Zih@n
  38. RoslanPutra
  39. Riya Meera
  40. Nasuha
  41. Sniffa93_Aznil4eva
  42. Mimie
  43. Tak Suka Menaip
  44. E-ra pa Sha
  45. Si Skru
  46. NaUrAh♥ShAzWaN
  47. ♥♫♥kek cokelat♥♫♥
  48. Asrirayrock
  49. Syafiq Said
  50. Princess Azne
  51. Nasya Bella
  52. LoveLicious!
  53. Ayien Bf
  54. Fiezah Kecik
  55. AYuNG
  56. AzzaLife Story
  57. Noor Fatin
  58. NiGhTiNaNgLe_FARA
  59. CikHoneyBee
  60. Nida
  61. Syai Sipot
  62. Susen Nana
  63. Munirah Izzan
  64. Kiwi
  65. Keri Ikhwan
  66. Pink Lavender
  67. Miss Ct

Dah tau siapa pesertanya kan?..Keputusan?..
Korang tunggu ye nanti spanar umumkan..
Sila bersabar k..Sentiasa bersama blog spanar 
untuk tau status terkini mengenai ga ni..Bye smua..
Senarai pemenang bakal di umumkan dalam masa terdekat ni ye..

Read more

Giveaway : Domokun Vs Angry Birds

,
Assamualaikum semua..
Hari ni spanar nak join 
dari Cik Atien..Rasa nak dapatkan hadiah yg dia bgi tu..
Spanar sgt suka domokun tpi pada msa yg sama,
spanar suka angry birds..
Camne na buat pilihan ni adoii..
Tapi takpe la,spanar join gak..
Sape2 nak hdiah dari Cik Atien,jom join smua..




Spanar Buruk suka domokun 
tapi spanar suka gak angry birds..
Camne nak pilih ni pening spanar la..
Spanar nak dua-dua blh tak Atien?..
Hehehehe..







Jadi dari gambar ni semua,spanar nak domokun la..
Spanar sgt suka domokun..
Spanar sgt suka domokun sbb dia sgt cumel..
Menarik perhatian spanar..
Tatau la nape sgt cumel domokun ni..


Ok,kat sini spanar nak tag kawan 
baik spanar yg sangat suka domokun 
dan angry birds ni..
Harap2nya diorang suka kan tag ni:



Read more

Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk

,
Ini Entry Tertempek Sampai 28 Oktober 2011


Hai hai hai..Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua..
Hola-hola tengah buat pe tu semua..
Hari ni spanar ada buah tangan special untuk kawan2 spanar..
Mesti ramai yang rindu kat spanar kan?..
Biasa la,ai kan retis bertempiaran hehehehe..


Kali ini dengan kehadiran buah tangan spanar,
sedikit sebanyak dapat ubatkan rindu korang pada spanar..
Jom chekidout buah tangan spanar kali ini..


Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk





Ada rasa nak join tak?..Macam best je kan?..Tol tak tol tak..
Korang baca je tajuk,mesti nak join kan..
Kepada sesapa yg berminat nak join,jom kita check 1 persatu terma dan syarat..
Mesti nak kena ada syarat..Kalau tak de syarat,baik tak pyah buat giveaway..

TERMA & SYARAT:

Mesti ada blog untuk buat entry,kalau teda blog korang tengok je la ye..

Mesti letak tajuk "Angry Birds Giveaway By Spanar Buruk"..

Mesti letak banner yang tak berapa cumel ni dalam entry korang..

Tiada paksaan untuk follow ke apa..Nak follow,follow je..
Kalau tak mau pun takpe..
Tapi korang kena la amik inisiatif sendiri macam mana 
nak tau update tentang giveaway ni k..
Contoh macam letak banner kat sidebar ke,
letak link blog spanar dalam bloglist korang ke..

Spanar nak korang buat entry tentang giveaway ni ringkas je,
senang tak serabut kepala spanar nak baca..
Kalau ada buat pnjang,spanar otomatik rejek je..


Tinggalkan entry yg telah anda buat tu ke entry ni k..Nanti spanar nak terjah..
Klau tak tinggal,acane spanar nk tgk kan?..


Giveaway ni akan tamat pada 28 Oktober 2011 
pada jam 12 tengah hari..


Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti sampai boleh 
tarik perhatian spanar nak baca byk kali..hehehehe..


Hadiah Angry Birds yg spanar nak bagi ada 5,jadi ada 
5 pemenang kesemuanya..
Tiada no 1,2 atau 3..Dan tak boleh pilih hadiah..

Jadi cepat2 jom join..sambil spanar buat giveaway,
sambil tu spanar boleh eratkan ukhwah antara blogger kan..

Read more

Segmen:Jom Join Bloglist Asrirayrock

,
Assalamualikum seme hai tgah buat pe tu..
Rini spanar teda plan pape na wat jdi 
spanar nak join 
sbb spanar asyik miss je na buat..
Maafkan spanar eh asri asyik skip je nak buat entry ni..




Maafkan spanar eh asri..
Spanar nak msuk bloglist ni,
spanar ingt nak buat entry 
kaw2 punya tpi sudahnya ta jdi gak...


Sedih sgt ni asri..
Tapi takpe la at least spanar 
dpt join gak wlaupun last minit kan?..
Hehehehe..
Asri tau kan blog spanar pe..

Read more

Sabtu, 22 Oktober 2011

Ikuti Cara Nabi Menjaga Kesihatan Diri

,
Assalamualaikum semua..Panas panas dari bengkel spanar..Spanar nk kongsi artikel yang bermanfaat untuk kita tau tentang cara Nabi menjaga kesihatan beliau..Artikel ni spanar baca dari Harian Metro tapi lupa hari apa..Spanar rasa entry ni bermanfaat untuk kita..Jom kita baca satu persatu macam mana Nabi kita menjaga kesihatan diri supaya kita pun boleh sihat seperti Nagi juga..Antara cara-cara Nabi menjaga kesihatan ialah:

1)Selalu bangun sebelum subuh 
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. 

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 


2)Aktif menjaga kebersihan 
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. 

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) 





3)idak pernah makan berlebihan 
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) 

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.  Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat. 

4)Gemar berjalan kaki 
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. 

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi. 


5)Tidak pemarah 
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. 

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.  Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah  di hati. 




6)Optimis dan tidak putus asa 
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t. 

7)Tidak pernah iri hati 
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.” 

8)Pemaaf 
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. 

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. 


Dah baca dan dah fahami?..Jadi inilah masa kita untuk mengamalkan cara-cara yang spanar dah kongsi ni..Semoga kita juga akan sihat fizikal dan mental seperti Nabi kita insyAllah..Ok la,jumpa lagi di entry akan datang Assalamualaikum semua..





Read more

Jumaat, 21 Oktober 2011

Freaky Friday ~ Surat Cinta Paling Lawak

,
Read more

Khamis, 20 Oktober 2011

Tekanan – Tanda2 Dan Cara Untuk Mengatasi

,
INSIDEN remaja atau golongan muda bertindak agresif di luar batas kemanusiaan kepada keluarga sendiri semakin menjadi-jadi.Kadangkala disebabkan perkara kecil pun ada yang sanggup mencederakan insan yang selama ini banyak berkorban untuk mereka.Berita seorang gadis di Sabah yang membunuh neneknya selepas disuruh masak nasi sangat menghiris hati. Tambah sedih apabila ada remaja belasan yang nekad membunuh diri sendiri kerana terlalu kecewa hubungan cinta putus di tengah jalan.

Ini antara contoh yang menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja juga mengalami tekanan - aspek yang biasanya dipandang ringan.Namun Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada 2006 mendapati ramai remaja berusia 16 hingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan mental (14.4 peratus) berbanding 11.2 peratus di kalangan orang dewasa.


Kajian itu juga menunjukkan secara keseluruhan 11 peratus golongan muda berusia 16 hingga 24 tahun pernah terfikir mahu membunuh diri, kata Pakar Psikiatri Hospital Assunta, Dr Philip George.Menurut Dr George, remaja adalah zaman peralihan antara alam kanak-kanak ke dewasa di mana kebanyakan perubahan perkembangan fizikal, kognitif dan sosio emosi berlaku dalam tempoh ini. Jika dulu tempoh remaja bermula dari umur 12 atau 13 tahun ke 20 tahun, tetapi kini tempohnya menjadi lebih panjang iaitu daripada umur 10 hingga 24 tahun.

Ketika remaja inilah mereka banyak belajar kemahiran sosial dan membentuk karektor peribadi yang dipengaruhi oleh:

·  Pencapaian pendidikan 
·  Hubungan dengan ibu bapa dan ahli keluarga 
·  Peluang untuk berdikari dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri
·  Hubungan dengan adik beradik
·  Hubungan dengan rakan-rakan
·  Peluang bersosial dengan rakan berlainan jantina                                                                                                ·  Kecenderungan terhadap sukan, hobi dan aktiviti 

Namun alam remaja juga adalah alam yang banyak tekanan. Tekanan ini disumbangkan banyak faktor termasuk pendidikan, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, kurang perhatian keluarga, keyakinan diri dan pengaruh rakan-rakan.“Trend sekarang yang mana ibu bapa lebih banyak memberi penekanan kepada pencapaian akademik sangat membimbangkan kerana ia secara tidak langsung akan meminggirkan aspek penting lain dalam kehidupan. Kurangkan penekanan terhadap pencapaian anak-anak dalam aspek kehidupan lain boleh mengikis keyakinan diri yang sekali gus akan meningkatkan tekanan.

“Malangnya ibu bapa sering melihat tekanan sebagai masalah orang dewasa saja, tetapi hakikatnya perkara ini turut berlaku pada kanak-kanak dan remaja. “Oleh itu ibu bapa menganggap isu menguruskan tekanan tidak penting bagi kanak-kanak dan remaja. Mereka akan jadi individu yang sangat lemah (emosi dan fikiran) apabila berhadapan dengan tekanan.

“Kelemahan inilah juga yang boleh membawa remaja kepada kemurungan. Apa yang membimbangkan ialah kemurungan di kalangan remaja semakin meningkat dan biasanya kes lebih banyak berlaku pada remaja perempuan selepas mereka akil baligh,” katanya.

Selain itu, masalah kurang keyakinan diri (yang sepatutnya dibina sejak kecil) juga perlu diberi perhatian. Ibu bapa boleh meningkatkan keyakinan diri anak-anak kecil dengan memberi ganjaran apabila mereka berbuat baik dan ganjaran terbaik ialah dalam bentuk pujian, bukannya barang atau duit. Pun begitu ibu bapa perlu ingat, tidak kira sayang mana pun mereka kepada anak, anak-anak perlu diberi hukuman apabila melakukan kesalahan.

“Konsep keibubapaan baru di mana ibu bapa menjadi kawan kepada anak remaja sendiri adalah baik, tetapi perlu ada hadnya. Ibu bapa kena menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi dan hukuman (yang dipersetujui anak dan ibu bapa) jika melanggar peraturan ditetapkan. Ajak anak dalam perbincangan supaya dia menghormati peraturan di rumah.

“Masalahnya ibu bapa sekarang tidak tahu apa yang baik untuk anak-anak mereka dan kebanyakannya lewat memberi hukuman. “Hukuman sepatutnya dijalankan sejurus selepas kesalahan dilakukan. Lebih penting, ibu bapa perlu sepakat untuk mendenda anak, tetapi lebih baik jika perkara yang boleh menyebabkan dia dikenakan hukuman itu dapat dielakkan,” katanya.

Rasa lemah dan kurang keyakinan diri juga boleh mendorong kepada perlakuan berisiko tinggi seperti minum alkohol, salah guna dadah, memandu atau menunggang motosikal dengan laju atau terbabit dalam aktiviti seksual. Keinginan membunuh diri juga semakin meningkat di kalangan remaja dan mereka yang ‘lemah’ serta ada masalah kesihatan mental lebih cenderung untuk membunuh diri atau sekurang-kurangnya mencederakan diri sendiri.

Hubungan keluarga dan sosial

SELAIN pencapaian dalam pelajaran dan keyakinan diri, faktor hubungan keluarga dan sosial juga boleh membuatkan remaja tertekan. Perubahan struktur keluarga iaitu saiz keluarga yang semakin kecil, kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja dan kurang meluangkan masa berkualiti untuk berinteraksi dengan anak-anak juga memberi kesan negatif kepada perkembangan remaja.

Anak-anak akan berasa sunyi dan kesunyian inilah yang boleh mendekatkan remaja dengan kemurungan. Apatah lagi jika ahli keluarga lain tidak memainkan peranan sebagai kumpulan sokongan dan pemberi bimbingan. Maka tidak hairan jika ramai remaja beralih kepada kawan-kawan untuk meluahkan perasaan.

“Ada satu perkara yang ramai ibu bapa terlepas pandang iaitu tidak membincangkan isu remaja dengan anak ketika mereka kecil. Sebenarnya dari kecil anak perlu diberitahu masalah yang sering dihadapi oleh remaja seperti merokok, salah memilih kawan atau terjebak dengan gejala tidak bermoral. Jadi dari awal mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan jika berhadapan dengan perkara itu,” katanya.

Apa pentingnya anak kecil dibekalkan dengan ilmu menguruskan tekanan? Ia sangat penting kerana pada umur yang semuda ini anak-anak tidak tahu tindakan sewajarnya yang perlu diambil apabila berhadapan dengan tekanan. Mereka masih belum dapat membezakan tindakan yang diambil boleh mendatangkan kemudaratan.

Kita tentunya tidak mahu anak-anak yang masih berada di bersekolah mengambil keputusan nekad membunuh diri (dengan pelbagai cara) kerana masalah keluarga, sasaran untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan atau dibuli oleh rakan-rakan semata-mata tidak dibekalkan dengan kemahiran berhadapan dengan tekanan.

Projek Gatehouse yang dijalankan selama enam tahun oleh penyelidik Universiti Melbourne, Australia ke atas pelajar sekolah mengenai penggunaan dadah, aktiviti seks, kemurungan dan keinginan membunuh diri mendapati masalah sosial ini menurun sebanyak 50 hingga 66 peratus selepas pelajar dibekalkan dengan ilmu pengurusan tekanan harian.

“Ramai ibu bapa merungut hubungan dengan anak remaja semakin renggang.
Sebenarnya remaja ada niat untuk berdikari dan ia perlu digalakkan. Beri ruang untuk berbincang dengan anak-anak, tetapi ibu bapa perlu tahu cara berkomunikasi dengan mereka. “Remaja suka kalau ibu bapa terbabit dalam aktiviti mereka walaupun sekadar menjadi penyokong.“Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Anda boleh mulakan sesi dengan bercerita supaya dia ada ruang untuk bersuara.

“Melalui cara ini barulah ibu bapa perlahan-lahan dapat menjadi rakan anak dan mereka pula boleh meluahkan masalah, jika ada. Ketika berbincang ini, ibu bapa perlulah meletakkan diri mereka sama taraf dengan anak dan bukan bertindak sebagai ketua keluarga,” katanya.
Cabaran lain ialah peningkatan pendedahan pada media dan Internet yang mungkin boleh memberitahu remaja bahawa idea membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sebagai sesuatu ‘biasa.’




“Memang banyak perdebatan sama ada media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lainnya boleh menyebabkan kemurungan. Pada masa ini media sosial dianggap mungkin boleh memburukkan kemurungan kepada mereka yang sudah mula mengalami masalah ini. Seseorang remaja mungkin akan berasa lebih tertekan apabila melihat kegembiraan rakan-rakan maya sedangkan dia tidak berpeluang menikmati semua itu.


“Pada masa sama, media sosial juga boleh mengurangkan peluang untuk membentuk kemahiran bersosial yang asas kerana remaja tidak perlu berinteraksi secara bersemuka. Inilah sebabnya ibu bapa perlu memantau penggunaan media sosial ini supaya anak anda tidak terjebak dengan risiko yang berkaitan dengannya. Bukan sedikit kes rogol dilaporkan membabitkan remaja perempuan apabila bertemu dengan rakan maya mereka. Namun bukan semuanya buruk kerana ada juga laporan mengatakan media sosial ini boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang remaja,” katanya.

Pemakanan dan rehat secukupnya termasuk tidur juga memainkan peranan penting dalam kesihatan mental. Pemakanan kurang berzat atau terlalu banyak makanan diproses seperti makanan segera boleh mendatangkan tekanan pada badan - yang mempengaruhi emosi dan fikiran. Remaja memerlukan antara sembilan hingga 10 jam tidur kerana kekurangan tidur (tidur lewat malam) memang akan memberi kesan negatif pada kesihatan mental mereka.

Tanda kemurungan remaja

BERBEZA dengan orang dewasa, tanda kemurungan kanak-kanak dan remaja lebih bersifat fizikal iaitu daripada segi tingkah laku. Antaranya ialah:
·  Selalu berasa sedih atau rasa tidak berguna
·  Tidak lagi mementingkan penampilan dan kebersihan diri
·  Enggan berinteraksi dengan orang lain
·  Suka melanggar peraturan
·  Merosakkan harta benda awam
·  Menunjukkan sikap melawan
·  Tidak mahu ke sekolah
·  Pencapaian akademik merosot
·  Hilang minat terhadap aktiviti kegemaran seperti sukan, membaca, muzik dan lain-lain                                                              ·  Perlakuan berisiko seperti merempit, menyalahguna dadah atau terbabit dalam aktiviti seksual                                          ·  Lebih cepat marah dan terganggu daripada biasa


Jika anak anda menunjukkan ciri-ciri di atas, ia menandakan mereka mahukan perhatian ibu bapa atau meminta bantuan dalam diam. Ibu bapa disaran supaya mendapatkan bantuan pakar psikiatri secepat mungkin supaya masalah yang ditanggung anak tidak melarat.

Menurut Dr George, Befrienders iaitu kumpulan sokongan melalui telefon melaporkan jumlah panggilan yang mengadu mahu membunuh diri semakin meningkat dan sebahagian pemanggil terdiri daripada remaja.

Rawatan

APABILA seseorang berjumpa pakar psikiatri, biasanya ramai beranggapan orang itu sudah ‘tidak betul’ atau gila sehingga menyebabkan sesetengah keluarga berat hati hendak mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor kerana bimbang diberi label yang memalukan.Ada keluarga atau ibu bapa lebih rela mengurung anak yang bermasalah di rumah tanpa menyedari tindakan itu sebenarnya akan lebih memburukkan keadaan. Lebih menyedihkan apabila ada sesetengah keluarga merantai si pesakit untuk mengelakkan dia keluar dari rumah.

“Berdasarkan pengalaman saya, ramai remaja yang bersyukur apabila dibawa mendapatkan rawatan kerana mereka sudah tidak tahan lagi menanggung tekanan atau gejala kemurungan. Bantuan profesional boleh datang daripada kaunselor, pakar psikologi atau psikiatri. Kebanyakan hospital kerajaan dan swasta mempunyai pakar psikiatri atau kaki tangan khas untuk membantu kes berkaitan masalah mental.
“Pakar psikiatri akan menjalankan penilaian dengan mendapatkan maklumat daripada remaja bermasalah, ibu bapa dan adik beradik. Kemudian mereka akan menjalankan ujian untuk mengetahui jika ada masalah kesihatan lain yang mungkin menjadi punca dan akhirnya mencadangkan pelan rawatan.



“Rawatan untuk pemikiran membunuh diri akut atau mereka yang ada masalah penyalahgunaan dadah mungkin memerlukan pesakit untuk tinggal di wad buat sementara waktu,” katanya sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

Ubat juga mungkin akan diberikan tetapi sesetengah ubat antikemurungan perlu diambil secara berhati-hati (di bawah pemantauan doktor) kerana pada remaja ia boleh menyebabkan keinginan membunuh diri semakin tinggi dalam beberapa minggu pertama ia diambil. Biasanya perubahan dapat dilihat selepas satu atau dua bulan dengan pengambilan ubat yang teratur namun kebanyakan kes perlukan rawatan sekurang-kurangnya selama enam bulan untuk benar-benar ‘pulih’ dan mengelakkan berlakunya pengulangan semula masalah kemurungan.

Lain-lain rawatan termasuk terapi perlakuan kognitif, hubungan sesama manusia dan kaunseling pada remaja berkenaan dan keluarganya. Kemurungan boleh dirawat dan hampir 80 hingga 90 peratus pesakit sembuh dengan rawatan yang bersesuaian.

Read more

Blogger Chat Room


Mari Tukar Link

Samseng FaceBook


Ai, Takkan Tengok Je.:)
 

~Spanar Buruk~ Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger