::diari.buruk::
tidak wujud benda-benda penting di sini, sekian.
14 January 2011
11 January 2011
bintang hatiku ♥
Oh no, it's everything;
Do you really want to know?
How much I like stars?
Even though, I will tell you,
Would you believe me so?
Maybe not or perhaps~
***
Dan kini bintang bersinar
.
Meskipun sinarnya tidak terang umpama mentari
.
Namun mampu menerangi malam ku yang suram
.
dan menenangkan hati yang melihatnya
.
You're the only one
Kerana kamu adalah orang biasa yang luar biasa buat diri ini
Thanks for the trust you have given me :')
09 January 2011
Air mata
Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”
(al-Bukhari)
ALLAH tetap SETIA
Bagaimana saya ingin rasa gembira pada ketika saya menoleh ke belakang dan melihat sejarah hidup saya bagaikn sebuah hutan yg telah terbakar?Satu luahan dari seorang sahabat yang menjentik hati kerana pernah mengalami dan merasai betapa peritnya rasa terjatuh dan terus terjatuh. Susahnya untuk gagahkan diri bangun dari jatuh saat semangat itu lebih sakit dari luka kaki yang berdarah. Tapi kerana-Mu ya Allah, aku bangkit.
Kita tidak memiliki apa-apa dan kita juga bukan milik sesiapa melainkan DIA. Allah tidak pernah menyalahi janji-Nya. DIA akan terus memeluk kita sekalipun kita tersungkur dan berdosa. ALLAH tetap SETIA..
SAYA sayang KAMU
Sebenarnya post ini saya tujukan khas buat adik-adik ( lebih suka panggil 'adik' dari 'sahabat' kerana terasa gelaran itu lebih dekat di hati *memandangkan akk yg plg BELIA antara korang hehe )Terima kasih atas teguran² dan kata² semangat yang telah diberikan.
Nak tulis kat sini boleh? Hehe
"Dear Kak Ime,
Setiap perkara yang berlaku dalam hidup ni sebenarnya cara Allah nak latih diri kita. Kita berjaya, Allah nak latih. Kita gagal, pun satu latihan. Kadang² kita sendiri tak sedar kemanisan 'latihan' tu. Bila ada masalah, kesusahan..kita selalu mintak cepat² la selesai. Tapi sebenarnya, kita tak sedar, proses yg lama tu sebenarnya Allah nak latih kita, nak kita perbaiki diri. Sebab Allah tahu, masa depan lebih mencabar untuk kita. ALLAH SAYANG KITA. Sebab tu Allah nak kita bersedia dari awal."
"Kak Ime, semoga setiap RBC ( sel darah merah ) yg bawa darah ke otakmu utk berfikir kerja utk Islam akan diredhai Allah atas pekerjaannya membawa oksigen utk membantumu berfikir jalan yg terbaik utk sama² mengembalikan kegemilangan Islam sepertimana zaman khilafah Islamiyah suatu masa dahulu. Optimislah suatu hari nanti Amerika Syarikat akan berpresidenkan seorang pemimpin Islam sebagaimana Rasulullah SAW dahulu optimis berjiwa besar utk dapatkan gelang raja Parsi. Maafkan diriku kerana alpa memberi semangat buat dirimu tatkala diuji.......Do feel to share anything with me. Sometimes only being a good listener can also ease the burden.."
"Kamu harus KUAT kerana DUNIA MEMERLUKAN KITA."
"Kita sama² tingkatkan Tsaqafah untuk ISLAM ye, ukhtie..."
Allah..menitis air mata time baca kata² yg kamu semua berikan. Teguran dan semangat ni insyaAllah akn disemat dlm hati..moga dikuatkan utk terus memperbaiki diri~
Selama ni hanya mengambil semangat dan motivasi dari bahan bacaan, terkadang dalam mendengar masalah orang dan memberi nasihat juga sebenarnya ditujukan atas diri sendiri sbb tekanan² yg diterima itu baik utk kita sebenarnya cuma jangan sesekali menjadi hamba kepada tekanan. Kita mampu utk mengubah tekanan itu menjadi dorongan..untuk menjadi lebih kuat dan lebih tabah (dengan izin Allah, insyaAllah) Cuma, memberi nasihat kepada orang lain tidak sama dengan menasihati diri-sendiri. Diri ini ingin juga maju ke hadapan tapi kadang² tertinggal di belakang..kerana keseorangan. Tapi kali ni terasa seperti ada yg menghulurkan tangan saat terjatuh, menepuk bahu saat terleka...dan perit beban di hati selama ni gugur bersama² air mata ni. Terima kasih adik-adik ku~ Manisnya berukhuwwah kerana-Nya..Alhamdulillah.
Alangkah indahnya klu dapat kita fahami bahawa setiap inci ujian yg kita alami adalah sentuhan kasih-sayang daripada Allah SWT. Atas kesedaran bahawa kita adalah milik Allah, kita harus mengembalikan segala urusan kepada Allah.
Saat semangat itu luntur, carilah semangat dalam hidup. Jika tidak ditemui, carilah melalui solat fardhu dan sunat. Carilah disebalik doa rintihan pada malam hari. Carilah pada bacaan Al-Quran yg menusuk jiwa dan membina nurani. Carilah dgn penerokaan sirah Nabi dan para sahabat. Jika masih tidak ditemui, pohonlah agar dikurniakan kepadamu hati baru yg lebih bersemangat dan bertenaga.
Dan terima kasih juga buat adik yg suh akk dgr lagu ni :)
Kerana CINTA & RAHMAT-Mu kami berKASIH SAYANG
dalam UKHUWWAH ini..
Maka TETAPkan hati kami pada-Mu..
Moga-moga kami termasuk dalam kalangan hamba-hamba-Mu
yang dijanjikan kesudahan yang BAIK..
Amiin Ya Rabb~
05 January 2011
Itu tugas AKU!
Memajukan negara dengan membina lebih banyak hub hiburan. Salah siapa?
Meningkatnya statistik anak luar nikah. Salah siapa?
Harga minyak asyik naik. Salah siapa? hehe
Terkadang kita asyik memikirkan itu dan ini adalah salah siapa. Kau yang salah! Kamu yang salah! Mereka yang salah! Hanya segilintir yang berusaha untuk memikir dan MELAKSANAKAN jalan penyelesaiannya. Benar..kita berharap terlalu banyak tapi berbuat terlalu sedikit. Hendakkan hasil tapi tak pernah bertindak. Apa cukupkah dengan kita berbalas hujah di laman maya pada siangnya? Malam, balik, minum susu, tidoq *hehe.
Semua buat hal masing-masing. Aku aku, kau kau. Haih~
Salah kita lah kan? Tak nak FAHAM dan tak nak BUAT
"Biarkan orang-orang atasan la yang selesaikan.."
"Alaa..asal tak ganggu hidup kita dah la. Tak kisah pun sape-sape yang tadbir."
"Kenapa la sibuk-sibuk nak berpolitik sangat..study2 je dah la!"
Ilmu ibarat pokok yang perlu ditanam di dalam jiwa. Disirami dengan mempelajarinya. Penuntut ilmu berhajat kepada curahan tenaga yang lebih dan berjaga malam. Apakah seseorang yang pada waktu siangnya berlepak-lepak dan pada waktu malamnya pula berseronok itu menyangka dia akan menjadi faqih atau alim yang besar? Amat jauh sekali, amat jauh sekali.
Semua inginkan masa depan mereka aman..tiada kacau-bilau..bahagia..negara stabil..masjid banyak..minyak murah hehe..tapi hanya menghabiskan usia dan masa yang ada untuk dunia semata-mata..mana mungkin! Jadi siapa yang harus menjadi Ad Da'i Ilallah, menyambung risalah an nubuwwah dalam memimpin , membimbing dan menyelamatkan ummah dari kegelapan jahiliyyah kuno atau moden?
KITA!
ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بالمعروف و ينهون عن المنكر و أولئك هم المفلحون
Hendaklah ada dikalangan kamu satu ummah yang menyeru manusia ke arah kebaikan , menguatkuasakan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan .
Surah a’ali Imran . Ayat : 104
"Seseorang yang telah melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi."
Jadi ayuh sahabat-sahabat kita muhasabah kembali sikap kita, cakna ataupun tidak akan masalah umat sekarang? Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain. BAIKI dan BERSATU untuk MEMBANTU.
SUARA MAKMUM
'Rumah' lama jikalau masih kukuh dan baik..kenapa perlu dirobohkan?
Hai jiwa yang sering tidak puas dengan apa yang ada, dan sentiasa mengejar sesuatu yang bukan milik kita, sedarlah bahawa DIA adalah pemilik hakiki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi~
"..dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Al-Hadid : 20)
p/s: .Pesan Nabi saw,(mafhum) bukanlah dikalangan kami orang yang tidak ambil berat hal ehwal ummat :) Jom sama-sama kita solat hajat untuk BKIMM dan tak lupa juga untuk Selangor :)
18 June 2010
doakan kami~
DAH NAK EXAM !! (merah tanda bahaya..erk)
TAKUTT *gigit jari* *peluh sejuk*
nak balikk
USAHA DAHULU ! baru tawakkal~
hmmmph
DOAKAN KAMI ~
DOAKAN SEMUA ~
*jantung DUP DAP DUP DAP..laju, tachycardia*
huuuuuuuu…
baca sms umi..” Umi bahagia kalau anak-anak umi berjaya.”
*tarik nafas*
sedut semangat ambil semangat
pastu..BUKAK LA BUKU !! hmmmph~
ohh..x ingat nak lepas nafas eh? haha *hembus nafas*
SALAM IMTIHAN buat semua, teristimewa buat kanak-kanak ribena Ainshams
Bittaufiq wannajah AYUH CEMERLANG UNTUK ISLAM !
” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri..”
(Ar-Ra’d, 11)
27-28/6 –> PATHOLOGY
4-5/7 –> MICROBIOLOGY
11-12/7 –> PHARMACOLOGY
18-19/7 –> PARASITOLOGY
.
usaha
.
usaha eskelator kejayaan ngee~
.
jom berusaha!
dan..DOA ~~~
p/s : kemeriahan warna adalah disengajakan..harap maklum *itu maknanya penulis sedang bosan..huh*
ehem ehem !
Memandangkan befday ‘ibu’ saya yg ke-2 jatuh pada hari saya exam (28/6), jadi..ateh nk post awal2 benda ni khas buat kak dah ♥
tapi…umur erra fazira brape ek? haha, sbb klu ateh tnya umur k.dah brape msti dia ckp sebaya ngan erra padahal bukannya ateh tau umur erra tu brape hehe 30++ eh?? hee~
♥ Terima kasih sbb dgn sabarnya mengasuh 9 budak nakal kami daaaari kecik smpai besar gedabak hehe
♥ Terima kasih sbb xletak jawatan hahahha *gurau gurau*
♥ Terima kasih sbb sudi jd ‘spy’ ateh sepanjang ateh duk sini ngee~ *syhhh*
♥ Kak dah sgt comel..bila je nk kua jln2 msti dia akn tny “ateh, tudung ni sesuai x ngan baju ni haha” auw2, k.dah sy dh pndai berfesyen hee~ padahal nk g pasar malam je pown haha =_=”
♥ Bila nk kawen???! Ngehehe, jwpn standard beliau..tggu putera jatuh dr langit. Hmmph, klu jtuh dr langit sah2 la xdpt kawen..sbb innalillah trus hehe :p ( psst..k.dah! biar pun bukan putera raja tapi biarlah putera agama hehe )
♥ Tahniah krna perusahaan ‘nursery’ anda sgt maju hehe..skarang baru 7..nti abe dh kawen? erkk !
♥ Ayt wajib k.dah klu sms..ateh masak ap hrni? *ateh msk campak2 je hari2 =_=” *
♥ Mmg kalah la pgwai2 diplomatik laen ngan k.dah..terbaek ! ngee~
♥ Ateh paling suke klu time tefon k.dah msti k.dah nyorok2 dlm blk sbb tkut ummi dgr kita dua bergosip hwahahaha *sori ummi!*
♥ Memandangkan semua ‘anak2′ k.dah dh dewasa..dh smpai msnya fkir utk dr sdri..meh ktorang tlg buat hantaran! hehe
♥ Terima kasih aja ateh masak
♥ Ehh..dah brape point ateh bagi?
♥ Adik2 pun dh lbh tggi dr k.dah dan ini menjadikan k.dah skrg jtuh ke tangga yg ke10 haha..sbb tu k.dah asyik dpt duit raya lbh dr ktorang huu..siap kna buli beratur lagi ngn sdare mara…ohh tuitttnye
♥ Boleh dh tu usha2 sket gaji lebih ngan ummi hahaha
♥ Banyak lg tp tkut lbh pjg dr karangan spm hehe
” Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, dikurniakan pasangan yang terbaik, bahagia skmo, cpt kahwin hehe, smoga dgn bertambahnya umur dpt diisi dgn amal soleh pemberat mizan kelak. Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu~ amin ya Rabb “
sayang kak dah! ♥ ♥ ♥
hadiah special, kek keladi dr ateh utk k.dah tp blh kirim gmbr je la, klu pos tkut tinggal bekas je