Shimano Curado 201HG 2014M juga dikenali sbg Curado I 201HG. 201 bermaksud saiz spool 200 dgn versi kayuhan kiri. HG pula brmaksud High Speed Gear Ratio (7.2:1).
first impression masa pegang, nak bandingkan dgn chronarch Ci4+ sbb SVS yg hmpir sama. tetapi rupanya curado ni lebih mirip kpd scorpion mungkin sbb tahun yg sama (2014). Bezanya (yang aku nampak), warna burgundy, bearing lebih lagi 2, coating untuk body material, material side plate, knob. tak pasti lak line guide scorpion tu ceramic ke tak. Curado tu besi je.
Aku rasa curado ni lebih "fine" dari black max (2x ganda harga kot...). Mungkin sbb xship. Jarak balingan mula2 dekat je. tapi dah lama sikit makin jauh :). Drag Star ada clicker tapi spool knob takde dan sikit ejas pun dah efek banyak. Saiz yang lebih "tinggi" dari Abu Garcia menyebabkan palming tak berapa best. Kedudukan
quickfire yang tinggi dan "terkeluar" berbanding
thumbar Abu Garcia menyebabkan aku pernah tertekan quickfire masa fight. tapi dengan sedikit praktis dah biasa. Setakat ni, aku rasa centrifugal ni memang best. Tak tau la kalo bearing banyak lagi rasa camne.
Nak try beli RBC ke? tah la.. tapi reel ni buat aku rasa nak convert dari Abu ke Shimano (padahal tak pernah pakai Abu yang lebih dari RM600 pun).
Labels: Gadjet, Memancing