Assalamualaikum dan hye lovelies.
Hari ni baru ada daya nak update blog walaupun badan tak berapa nak sihat sangat. Tapi disebabkan tak tahu nak buat apa, kang melepet 24 hours atas katil takut baby keluar esok pun ikut perangai buruk mommy dia.
Yup, first trimester not an easy way for me. Sampailah sekarang. But I should thanked to Allah cause gave me strength to face all of it. Tak semua orang yang dapat rasa nikmat sebesar ini. At least, bonda pun selalu cakap kalau mabuk teruk itu tandanya rahim kita kuat. Baby growth pun Insyaallah takda masalah. Kiranya bila mabuk tu menandakan baby bertindak balas dalam rahim. Biasalah, orang tua banyak pengalaman. Betul or tak hanya Allah yang tahu.
Here, I wanna share my experience during my first trimester sampai la sekarang dah masuk second trimester. Esok anak dah besar boleh tengok balik pengalaman pertama kan.
Satu
Morning sickness yang sangat mencabar. Sebab bukan setakat pagi je, bawak sampai ke tengahari petang dan terus ke malam. Tapi Alhamdulillah masa tidur baby takdelah meragam. Mommy dia boleh tidur lena. Hehe. Cuma masuk second trimester, mabuk semakin teruk. Makan asam pun dah tak jalan. Husband keep asking why? Saya pun tak tahu nak cakap. Sehari muntah-muntah sampai 5-6 kali. Makan apa-apa semua keluar. Dan masuk trimester ni, dah 3 kali rasa nak pitam. Tiba-tiba mata gelap, kaki macam tak jejak lantai. Then cepat-cepat duduk sebab takut jatuh and will affects baby. Saya doa semoga sepanjang sakit masa pregnancy ni akan hapuskan dosa-dosa lalu dan beri kekuatan dan kemudahan masa deliver. Ameen.
Nasib baik still duduk rumah parents, ada orang masakkan. Saya memang sejak masuk bulan kedua memang sangat tak boleh bau benda-benda yang menusuk hidung. Bau sayur terutamanya kobis dengan carrot pun boleh buat tekak loya. Bau menumis apatah lagi. Lucky boleh buat air sendiri, kalau semua nak harapkan orang, takut orang pun menyampah. tapi bonda sangat supportive sebab dia cakap masa dia pregnant pun macam tu jugak. Mungkin saya menurun dari bonda kot. Hehe. Lucky jugak ada adik tolong urutkan. Husband amek turn time dia balik je. Tetiba sedih sebab jauh dengan husband time-time macam ni.
Dua
Keletihan yang menjadi-jadi. Pernah try kemas bilik. Just kemas gitu-gitu and menyapu je. Sudahnya semput. Terus terbaring sampai ke petang. Bonda cakap, sapa suruh buat kalau rasa dah tak boleh. Lepas tu dah duduk diam-diam je. Sebab serik dah, jalan sekejap pun dah semput macam buat apa je. Adehh.

Tiga
Jerawat di dahi tumbuh comel-comel je. Dan perasan belakang badan pun dia nak tumbuh jugak dengan jayanya. Sampai suruh adik tolong picitkan sebab geram. Hehe
Jerawat di dahi tumbuh comel-comel je. Dan perasan belakang badan pun dia nak tumbuh jugak dengan jayanya. Sampai suruh adik tolong picitkan sebab geram. Hehe
Empat
Rasa sensitif yang agak melampau. Pernah masa ke Terengganu last week, tolong bersihkan telinga husband. Entah macam mana, maybe termasuk dalam sangat then husband marah sebab sakit. Padahal takdelah marah sangat pun. Tapi tetap sentap, terus baring menangis teresak-esak. Then tertidur. Haa, gitu gayanya. Dan beberapa hari sebelum tu message husband ajak dia pergi makan kat luar time dia balik nanti sebab teringin sangat dan dah lama tak makan kat situ. Husband cakap tengoklah dulu tak tahu lagi sempat or tak. Terus meleleh air mata. Adoilah perasaan. Sensitif kemain lagi. Sampai husband duk bercakap dengan baby sambil pegang tummy, jangan ikut perangai mommy kuat merajuk. Ok fine. Hehe

Lima
Jarang membuang. Normal ke? Risau jugak. Masa bulan pertama dulu hari-hari membuang. Dah nak masuk bulan ketiga ritu tak pulak. Kadang-kadang seminggu tak membuang. Tapi Alhamdulillah setakat ni kalau membuang pun lancar. Takde sembelit ke. Cuma sometimes cerry berry tak tahu sebab apa.

Enam
Tak boleh minum susu lagi. Dah beli dan dah try tapi mampu bertahan seminggu je. Lepas tu minum mesti keluar balik. Risau jugak sebab takut baby tak cukup kalsium. Sekarang ni boleh minum milo, horlick dan minuman selain susu. Yang berkaffein sekali sekala je. Sebab doktor dah pesan jangan. Kang ubat yang dimakan tak berkesan. Tapi sebab teringin minumkan jugak tapi tak sampai secawan pun. Hehe

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya. Semoga baby and mommy stay strong sampai deliver. Long way to go. Semoga tabah dan sabar. Dan semoga dua tiga minggu lagi dah tak mabuk dan diberi selera makan kembali oleh Allah. Sekarang after subuh kadang-kadang dah boleh rasa heartbeat baby, time tu semua kesakitan hilang. Subhanallah. Sampai dedi pun tak sabar nak cuti dan rasa jugak. Hehe
Thank you Allah.
Till then, peeps.
♥