Sunday, 20 December 2009

Blog Party JB


Sol-jah memang suka kerja-kerja indie+diy ni. Oleh itu Sol-jah menyokong aktiviti BlogParty. Bloggers Johor semua, kalau Jomheboh boleh perabih duit, takkan nak kemut untuk BlogParty? Untuk perincian sila ke SINI.

Wednesday, 16 December 2009

Siapa Kekah Bidan Sepiah?

Image Hosted by ImageShack.us
"Dari bab pertama yang penuh suspen, ke bab terakhir yang sangat menyeramkan, kau sentiasa berada dalam ketakutan. Sindiket Sol-Jah membawa kau dari satu babak ke satu babak yang mendefinisi kalimah ‘ngeri'. Satu twist menarik ke atas mitologi harimau jadian, yang menjadikan Si Tora Harimau Jadian dan Waris Jari Hantu seperti cerita budak-budak tadika. SIAPA KEKAH BIDAN SEPIAH? membuatkan aku tak sabar hendak baca karya-karya Sindiket Sol-Jah seterusnya...”

-- STEPHEN KENG, penulis kisah seram hantu Cina.

Tuesday, 15 December 2009

Sol-jah dalam Dewan Sastera Disember

Ada satu artikel dalam Dewan Sastera bulan Disember 2009 menyebut tentang Sindiket Sol-jah. Kalau nak tahu ceritanya, beli dan baca. Bukan mahal sangat pun.

Thursday, 10 December 2009

Akan Datang


Mereka sangka mereka jumpa jalan mudah untuk kaya. Yang sebenarnya, mereka jumpa jalan mudah untuk mati...

Sekumpulan penduduk membuka sebuah kampung baru di dalam hutan, yang bakal menjadi laluan landasan kereta api berkembar. Harapan mereka, apabila projek landasan merentas kampung itu, mereka dapat wang pampasan dan jadi jutawan.

Namun, mereka alpa satu perkara: hutan yang mereka teroka itu sudah ada penghuni yang menanti. Dan kehadiran mereka tidak disenangi!

Jeritan-jeritan penuh kesakitan sering menggemparkan, memecah kesunyian. Jeritan pertama, dari ketua kampung mereka sendiri. Ada taring panjang terbenam di belakang tengkuknya. Jeritan kedua, dari bidan kampung mereka. Ada kuku-kuku mencengkam di batang tubuhnya.

Kini, kejadian ngeri datang saban malam di petempatan terpencil ini -- Kampung Fatimah Kacip.

Tiada seorang pun tahu siapakah mangsa seterusnya. Yang mereka tahu, setiap kali malam menjelma, mereka dihantui trauma. Ngauman seakan-akan suara manusia kedengaran dibawa angin pawana. Dan di tanah, ada kesan tapak kaki sang pemangsa, yang amarahnya tidak pernah reda.

Mereka terperangkap dalam sebuah dunia di mana mimpi ngeri berjalan di atas empat kaki, darah manusia mengalir tanpa henti, dan tiada siapa pun dapat bersembunyi.

Di Kampung Fatimah Kacip, sebaik sahaja kau terdengar ngauman, kau sudah terlambat...

('Siapa Kekah Bidan Sepiah?' karya terbaru Sindiket Sol-Jah.)

Tuesday, 8 December 2009

PostMaskara [18]


Macam selalu-selalu, khalayak yang datang menonton melimpah-ruah sehingga ke luar rumah.


Disiplin terpuji. Luruskan barisan sambil menonton persembahan. "Dude, lu orang memang hip! Jumpa lagi sabtu ni, y'all!"


Pergh! Orang agama-agama pun ada singgah ni!


Geng Merajuk. Sebab tak dapat duduk kat dalam. Jantan yang paling kanan sekali sedang menangis.


Star pada malam itu adalah 'adik' kepada Wani Ardy yang bermain gitar bass tu. Lu tengok dia punya seluar pun lu dah boleh teka dah berapa hip dia punya permainan, dude!

"Zan! Lu ada berani ke tunjuk lu punya skill kat Maskara ni weh? Hah, t shirt lu ada kat gua - gua simpan sampai lu datang amek. Bila-bila pun tak apa!"


Malam adik-adik hip! Ya, adik kepada Raihani pun hip.


Gua cuma sempat beri sentuhan kreatif kepada serkup kepala penyanyi utama Pres Ban. Yang lelain - tak sempat! Lagi pun, yang lelain tu rock star! Rock star mana nak dengar cakap fashion designer. *ahaks!* Rock star mende rambut pendek, aok!!! Rock star macam gampang tu!!! HA HA.


Lt. Kolonel pun mari ni. Pergh! "Hatiku kau curi lagi....!"


Bomoh tahan hujan.


Sebahagian daripada anggota Sindiket Sol-Jah dari unit kepala kebal sedang bertugas.

Jika kamu rebiu MASKARA 18 di blog, tinggalkan link di sini. Kami akan pautkan.


Pres Bangang oleh Bart 'Kotey' Ahmad.

Bongo oleh Toqreemaow.

Saturday, 14 November 2009

Gudfather tulis pasal Sindiket Sol-Jah di mStar



Sejak 2007, mereka mendapat `kasih sayang’ Persatuan Penulis Nasional (Pena) yang sudi menyediakan mereka lantai, tiang, bumbung dan dinding percuma selain halaman rumah yang sedia ada, dengan syarat selesai acara, apa sahaja yang bernama sampah hendaklah dikutip. Sebolehnya, setengah inci puntung rokok pun, terutama yang berbau cengkih, dipupuslupuskan!

Siapa makhluk Sindiket Soljah? Sindiket Soljah adalah kelompok lelaki kreatif lurus bendul, yang dengan sombong mendakwa mereka `lelaki urban’.

Jika ada kalangan penulis atau aktivis sastera Kuala Lumpur tidak tahu akan kewujudan kelompok ini atau apa berhalanya `lelaki urban’, yang saban bulan mengambang menghidupkan aktiviti malam Sabtu di Rumah Pena, mereka tidak cool!

baca selanjutnya di mStar

Sunday, 1 November 2009

Saturday, 31 October 2009

Berita Harian



Macam biasa. Sila klik untuk imej yang lebih besar.

MASKARA SHORTIES 31 Oktober 2009

DATANG AWAL! PARKING TAK CUKUP!
BAWA TIKAR GULUNG SENDIRI WEH! KERUSI PUN TAK CUKUPPPPP!

PERHATIAN: KITA START KUL 7:30 (Lepas maghrib)

Klik poster untuk saiz besar. Salin, muat turun dan cetak. Tampal di lif dan tandas pejabat. Biar semua orang tahu.



Terdapat lebih daripada 20 buah filem dalam pelbagai rupa dan bentuk yang akan ditayangkan pada malam itu. Habis kul 1:30 pagilah jawabnya.

Ada Pelancaran Buku Estet juga khabarnya! Pergh!

Dan yang pasti, ada juga jualan T-Shirt Sindiket Sol-Jah (Dalam jumlah, saiz, dan warna yang terhad!). Pada harga hanya RM20 sehelai, anda pun pasti mampu bergaya seperti kami. Ha ha!




Soalan-soalan yang sering ditanya
1. Mana Rumah Pena tu weih?
Sini ada map: http://sol-jah.blogspot.com/search/label/Peta. Rumah Pena di sebelah Rumah GAPENA. Bertentangan jalan dengan bangunan MAA.

2. Macam mana nak sampai ke Rumah Pena, oi?
Kalau anda masih percayakan sistem perkhidmatan awam negara tercinta ini, anda boleh gunakan Ampang Line (sebelum ini dikenali sebagai Star line) atau Monorail, turun di Stesyen Hang Tuah. Dari stesyen ini, boleh berjalan kaki ke arah Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka. Insya' Allah dalam 20-30 minit akan sampai. Sila pakai minyak wangi secukupnya. Kalau mahu gunakan teksi, boleh berhenti di hadapan Bangunan MAA (Jalan Dewan Bahasa atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Lapangan Terbang Lama), dan menyeberangi jalan dari situ.

3. Saya tak ada duit nak bayar tiket
Masuk PERCUMA. Diulangi, PERCUMA. Ulangan kali kedua, PERCUMA!

4. Di mana nak beli tiket?
Masuk PERCUMA.

5. Tiket berapa harga?
Rujuk perkara 3.

6. Saya nak pakai baju kebaya boleh?
Kalau kamu perempuan, dipersilakan, tapi ini bukan Dewan Filharmonik Petronas. Kalau lelaki, sila fikirkan perasaan (dan kasihanilah selera) orang sekeliling.

7. Saya nak pakai t-shirt saja boleh?
Boleh, pastikan anda pakai seluar sekali.

8. Saya tak nak pakai apa-apa boleh?
Paling koman pun, pakailah minyak wangi.

9. Apa itu MASKARA?
Datang dan anda akan tahu.

10. Saya seganlah nak datang
Tok Rimau akan sentiasa available untuk menguruskan keseganan anda. Mat Jan pun mula-mula pemalu, sekarang dia yang paling galak atas pentas.

11. Tiket masih ada lagi tak?
........

12. Bolehkah saya buat rebiu acara yang tidak mengadakan sesi diskusi?
Pasti boleh. Rebiu, kritik, ulasan, laporan bergambar di blog, facebook, myspace, forum, majalah dan suratkhabar adalah digalakkan pasca-maskara. Jangan lupa beritahu kami, boleh kami linkkan laporan itu.

13. Ada makan-makan tak?
Setakat nak alas perut, insya' Allah ada. Tapi kalau nak kenyang terbelahak, minta maaf banyak-banyak, anda tersalah majlis.

14. Ruang parking cukup tak?
Kalau kamu memandu bas atau kepala lori kontena, mungkin tak cukup. Anda digalakan datang bertumpang-tumpangan, duit minyak tong-tong la. Kalau kamu masih mahu memandu sendirian, sila patuhi arahan pegawai parking yang bertugas. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out). Jika menghadang kenderaan lain, sila tinggalkan nombor telefon di dashboard kenderaan anda untuk memudahkan anda dihubungi.

15. Kat mana Rumah Pena ni?
Nak jawab dengan tangan ke dengan kaki?

16. Habis majlis pukul berapa?
Kami anggarkan akan tamat melewati jam 12 tengah malam. Kalau mahu pulang awal, pastikan kenderaan anda tidak dihadang oleh kenderaan lain. Kalau anda mahu pulang lewat, pastikan kenderaan anda tidak menghadang kenderaan lain. Kami akan amalkan sistem parking FILO (First In Last Out). Jika menghadang kenderaan lain, sila tinggalkan nombor telefon di dashboard kenderaan anda untuk memudahkan anda dihubungi.

17. Apa buah tangan tak?
Ada barangan yang diberi percuma, dan ada juga yang dijual. Ringankan mulut untuk bertanya. Jangan mengambil barangan jualan tapi tidak mahu membayar; buruk padahnya!

Wednesday, 28 October 2009

seni untuk aids

Layari http://seniuntukaids.blogspot.com/



ART FOR AIDS (AFA)
AFA is a Malaysia network of artists,scholars and activists committed to ending the global AIDS epidemic. Our mission is to inspiring attitudinal change through the production and dissemination of powerful, original artwork.

FIGHTING AIDS WITH ART

AFA employs art in the fight against Aids. It invites artists to produce work dealing with Aids and related issues. These works of art are used to raise public consciousness, to encourage involvement, and to generate funds for supporting projects aimed at preventing and fighting Aids.

SENI untuk AIDS Malaysia

Penyertaan adalah PERCUMA!

Tema: “Fighting AIDS with ART”

Objektif: Mewujudkan kesedaran dan keperihatinan masyarakat terhadap HIV/AIDS melalui karya seni.

Karya media bebas (poster, photography, graphic, painting, kolaj, lakaran, comic... dsb)

Hadiah pertama RM1000, ke dua RM500 , ke tiga RM250, penghargaan RM100x10, saguhati RM50x17

Berserta sijil penyertaan

Tarikh tutup penyertaan: 31 okt 2009

Saturday, 24 October 2009

Pelancaran Buku SEMBANG TEPI JALAN

Buku karya MEOR ini akan dilancarkan oleh Pyanhabib pada 24 Oktober 2009 bertempat di Annexe Gallery jam 6 petang.

Pyanhabib ada. Rahmat Haron ada. Meor ada. Aymyl yunor ada. Danny gurdesh ada. Dan ramai lagi.

Saturday, 17 October 2009

Dari Rakyat Untuk Rakyat (DRUR)

Harga RM20.00. Untuk tempahan sila email meor67@yahoo.com, ratabratip@gmail.com atau amin@aminiskandar.com.



Jemput datang ke Malam Dari Rakyat Untuk Rakyat yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2009, hari sabtu, 8.00 malam di Dewan MPAJ AU2, Keramat, Jalan Ulu Kelang.

Pelancaran album akan disempurnakan oleh SN A. Samad Said.

Friday, 16 October 2009

DAH NAK HABIS

ABDULLAH JONES mengulas sajak-sajak dalam Salun Eksotikata di blognya pada setiap minggu.

Image Hosted by ImageShack.us

RM15 senaskhah. Kalau nak bagi lebih pun ok juga, he he.

Seperti selalu-selalu, buku selonggok sajak Salun Eksotikata ini dicetak dalam jumlah yang sedikit. Makanya, sila beli naskhah anda dengan segera! Hubungi sindiketsoljah at gmail dot com dan katakan “NAK BELI SALUN EKSOTIKATA, JOHN! [Ya, kami dah hired eksekutif perniagaan kami yang baharu. Nama dia John.]

Atau anda boleh juga beli dengan penulis-penulis kesayangan anda -

Yang Mimi Morticia, Hafiz Hamzah, Iputempe, Elle H. Afandi, Amaluddin Zhafir, Imran Abdul Jabar, Danielle Corleone, Le Disordre, Ili Syazwani, Waterlily, Wahyudi MY, Abu aka D.A.R.A, Alina Abdullah

Monday, 5 October 2009

Pesta Penyair Nusantara

Pesta Penyair Nusantara 2009 yang membabitkan penyertaan dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan negara-negara Asia Pasifik akan diadakan di DBP, Rumah PENA, dan Menara KL pada 20 - 22 November ini.

Penyair/Penulis yang berminat untuk menyertai pesta anjuran PENA ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan mengirim e-mel kepada smzakir90@gmail.com

Friday, 2 October 2009

setelah 4 tahun Soljahan bekerja keras..


.. ini aset terbaru (dan termahal) kami..

terima kasih atas sokongan, tanpa anda siapalah kami :-)

p/s anybody interested for karaoke session? he he..

Monday, 14 September 2009

MASKARA SHORTIES - DITUNDA

Dengan ini dimaklumkan MASKARA SHORTIES DITUNDA pada 31 Oktober 2009.

Ini kerana terdapat masalah dari segi PA System di mana pihak yang membekalkan PA System sebelum ini gagal membekalkannya sekali lagi dan dengan ini membuatkan kami terpaksa mencari PA System yang baru. Kalau kami perlu beli - kami akan beli (rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan), walaupun kami terpaksa memecahkan tabung babi merah jambu kepunyaan Pipiyapong tu.

Kami sedar penundaan ini bakal menyusahkan banyak pihak dan normalnya penundaan itu mmebuatkan 'reputation at stake' untuk sesebuah organisasi atau kumpulan, tapi majoriti ahli Sindiket Sol-Jah berpendapat penundaan ini amat wajar bagi mengelakkan lebih banyak masalah teknikal yang bakal dikesali kemudian hari.

Sekali lagi;

MASKARA SHORTIES - TUNDA PADA 31 OKTOBER 2009, RUMAH PENA

Mohon sebar-sebarkan pada yang berkaitan.

Terima kasih dan mohon maaf atas sebarang kesulitan.

p/s: Oh ya, oleh kerana sudah tentulah kami akan berhabis duit untuk membeli PA System nanti - makanya, kami mengharapkan sumbangan makanan dan minuman dari Kawan-Kawan Yang Kita Suka. Tak kiralah kalau biskut raya ke, biskut kering ke, hatta kambing golek sekali pun - jika ada, jika sudi - sumbangkan kepada kami untuk disumbangkan kembali (saya ulangi, 'disumbangkan kembali') kepada kawan-kawan yang hadir menonton (well, time-time kul 8 - 9 mlm ni memang time tengah lapar gile ni weh, he he).

Tuesday, 25 August 2009

JANJI

Nota ini untuk ahli-ahli Sindiket Sol-Jah.

Anda tahu apa yang aku maksudkan.

anda tahu kerana anda pernah berjanji.

Anda tahu kerana anda pernah berada di situ.

Anda tahu perasaan anda sendiri.

Mana doa anakmu seorang dokter...

Mana doa anakmu seorang loyer...

Manaaaa?

Manaaaaa?

Manaaaaasikanaaaaaaa.....

Manaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa???

(iklan ini diakhiri dengan gentelan biola yang gemersik dan syahdu dari Norman Dewangga Sakti)

Sunday, 23 August 2009

MASKARA SHORTIES

Ini nota dari Tok Rimau, senarai yang melakukan adegan membuat janji atau separa janji menyertai MASKARA SHORTIES.

Tu "jumpa sebulan sekali" tu entah apa jadah ntah. Bila pulak aku mentioned dalam blog. Ke ada?

1.(working tile) can you shut the fuck up (for 3 minute) by Abdullah Jones.
2. (belum ada working title) by Kamal Sabran.
3. (tengah fikir idea) by Amir Muhamad.
4. Interview Dengan Yasmin Ahmad by Ajami.
7. Perampok- Dean Sham (Script Development)
8. Pemburu Buaya- TokR (Pre production)
9. 2 Nyawa - Indra Syabani (Post production)
10. Mamat Khalid - janji nak bagi kat Naga
11. Razaisyam - x ada kamera + duit utk bikin filem. Sad
12. Hati 2 Orang - Syuhada (Post Production)
14. Aliff Firdaus - Berbesar hati menerima jemputan.
15. ??? by Soffi Jikan? - aku rasa Soffi Jikan tak nak.
16. Fathurrahman - Akan cuba buat
17. Iklan Kopi Janda- Naga (Baru berangan-angan)
18. Jumpa Sebulan Sekali - Vovin (Mentioned dalam blog)

Untuk pembikin yang lain, boleh hubungi saya untuk turut sama membuat janji.

Saya boleh dihubungi melalui:

emel: nazri123456789 at gmail
facebook: Nazri M. Annuar

Jangan lupa tarikh MASKARA SHORTIES: 3 Oktober 2009.

Tiada yang lebih indah melainkan wajahmu oh gadis.

(nota: gua lupa password blog Maskara Shorties, sol-jah lain, tolong weh)

Wednesday, 19 August 2009

Berjeda (Ditunda kepada 20 Ogos 2009)

[Klik untuk imej yang lebih besar.]

Majlis Pembukaan akan disempurnakan oleh seorang selebriti terkenal yang kita belum tahu siapa tetapi kita dah boleh syak dah siapa. "Adalah!" kata Ben. "Nora Danish? Marion Caunter? Faezah Elai? Aaa... Faezah Elai ni, ek???" tanya gua. "Adalah, he he!" kata Ben.

Painting? Gua dah peep sikit-sikit dah! Mantopppppp!!! Hah, kepada para pengumpul karya seni - bawalah duit banyak-banyak! Lima ribu ke, sepuluh ribu ke, ha ha!!! Yang tak berapa ada duit - kita datanglah ramai-ramai untuk memeriahkan majlis ya!

"Jangan ke mana-mana! Kita berjeda seketika! Kita kembali selepas ini!" kata Sayed Munawar.

Monday, 10 August 2009

Sekitar MASKARA




Foto ehsan Zul Dean


Foto ehsan Zul Dean









Jigo: Kenapa wa rasa lagu terakhir di MASKARA malam tu ada iras-iras macam lagu "The House of the Rising Sun"? Tapi memang layan beb! Rugi lu orang yang tak datang.

Saturday, 8 August 2009

Dah nak mai lagi dah!

MASKARA

Rumah Pena
8:30 malam
Sabtu, 8 Ogos 2009

Nota sikit lagi nak naik kaki ke dada: Nak lebih jelas, lu klik je la gambar tu.

Bercakap dengan Danielle Corleone
Bercakap dengan Wani Ardy
Bercakap dengan Soffi Jikan (akan datang)

TEMUBUAL - SOFI JIKAN



NOTA:

AH ialah Ajami Hashim (tukang intebiu yang dipaksa oleh Sinaganaga) dan

SJ ialah Soffi Jikan. Intebiu ini dilakukan secara sesuka hati begitu juga jawapan oleh Soffi. Ajami terlupa membawa voice-recorder atau video-cam dia lalu soalan-soalan ditanya secara lisan dan jawapan adalah secara cakap-cakap mulut secara langsung dari Soffi. Maka penulisan berikut adalah dari ingatan yang masih teringat dan nota cakar-cakar ayam oleh Ajami. Gambar-gambar cun pula adalah tangkapan kamera incik Vovin the great!



AH: Katakanlah lu bukan Soffi Jikan, lu orang lain - soalan gua, lu rasa Soffi Jikan tu macamana orangnya - dari segi karektornya, sikapnya, pemikirannya, ideologinya?

SJ: Gua lain dari yang lain. Suka menggeliat. Manja-manja. Nak peluk orang.


AH: Bila kali terakhir lu berambut pendek macam budak sekolah?

SJ: Masa duduk bersanding. Lagipun nampak baik bila rambut pendek, kalau panjang nampak garang, sesuai dengan ketrampilan muka dan nampak bersedia untuk pergi berperang!


AH: Berapa harga sekilo gula kasar di pasaran?

SJ: Gua berapa pasti sebab selalunya isteri gua yang pergi beli.


AH: Pendapat lu pasal bolasepak tempatan?

SJ: Tenat! Macam industri filem tempatan jugak!


AH: Bagaimana lu berkarya?

SJ: Dari perkataan, wajah, rasa, bunyi.


AH: Lu sebagai pelakon popular vs. penggiat seni (penyajak, pemuzik, pelukis)?

SJ: Lakonan sebagai sumber pendapatan. Yang lain ialah kepuasan dalaman diri gua. Macam tulis puisi dan cipta lagu boleh jadi dalam 1 hari. Terapi. Ya! Puisi, muzik dan lukisan ialah terapi minda. Misalnya masa marah, gua luahkan dalam muzik yang ironiknya jadi lagu melankolik tapi liriknya ialah lepas geram.



AH: Cogankata?

SJ: Menipu itu lebih mudah tapi menyakitkan. Cakap benar itu lebih susah tati menyenangkan!


Kemudian Soffi cerita panjang-lebar pasal mimpi dia selama 3 malam berturut-turut tapi Ajami tak catat sebab cerita tu panjang ya amat! Vovin pun nganga jer! Dipendekkan cerita dari mimpi-mimpi itulah dia berjaya menghasilkan beberapa buah lagu yang akan dipersembahkan di MASKARA pada 8 Ogos 2009 nanti!

Monday, 27 July 2009

Bercakap dengan Saudagar Garam



SS: Siapa Saudagar Garam?

SG: Errr....anak sulung kepada En. Badarudin dan Puan Salmah, lelaki, pelajar senibina dan SAYA [angkat tangan tinggi-tinggi]

SS: Kenapa Saudagar Garam?

SG: Emmm. Adapun gua bukanlah peniaga kedai runcit. Asal gua guna nama saudagar garam ni sebenarnya pasal kawan-kawan gua. Diorang kata gua taste macam orang tua. Nak tutup mulut depa, gua cakap gua lebih dulu makan garam. Jadi, nampak “garam” tu jadi satu tanda matang pada kami. Terus depa bahankan gua bila gua cakap pasal garam, pasal mati cepat, dan segala apa macam lagi ntah. So timbullah nama Saudagar Garam. Macam sumber kematangan kot lebih kurang.

SS: Kenapa bukan Saudagar Gula atau Saudagar Kunyit atau Saudagar Bawang?

SG: Kenapa garam? Pernah dengar tak orang tua tua cakap, “aku dah lebih dulu makan gula dari kau.” Tak pernah kan? Atau “aku lebih dulu makan kunyit dari kau.” Pun belum ada lagi rasanya. Yang ada cuma aku lebih dulu makan garam dari kau. Kan kan kan? Hahahahaha.

SS: Sejak bila Saudagar Garam menulis blog dan apa nama blog anda?

SG: Dari tahun 2002 lagi gua baca blog orang. Gua mula menulis satu hari lepas sambutan kemerdekaan pada tahun 2007. Tepatnya pada 1 September 2007. Masa malam merdeka gua duduk rumah sewa, tak ada buat apa. Lepak baca blog dan entah macammana gua pun terasa nak buat blog. Jadi paginya, gua pun terjah sana sini. Terus jadi blog gua. Maka lahirlah “bloguntukaku.blogspot.com”

SS: Apa isu-isu yang sering menjadi topik kegemaran Saudagar Garam dalam bila menulis blog?

SG: Politik. Kisah cinta artis. Kisah ekonomi dan masak masak. Ok. Itu tipu. Gua menulis tentang apa juga yang gua mahu kongsi. Pengalaman, pandangan dan apa juga. Gua cuba dramakan pandangan dan pengalaman gua dengan tujuan ia tak nampak macam kaku. Dan seronok diceritakan. Dan gua suka buat orang senyum.

SS: Siapa Baharum dalam hidup Saudagar Garam? Nama dia selalu disebut-sebut dalam Blog Untuk Aku, Kau dan Dia.

SG: Owh. Baharum. Mamat ni housemate gua masa gua belajar kat Perak dulu. Tak pernah gagal buat gua sakit hati. Seorang yang cukup minimalis. Dia pernah pakai kasut sebelah Adidas dan sebelah lagi Nike. Bila gua marah dia, dia cuma cakap kasut hanyalah berfungsi sebagai alas kaki. Tak lebih dari itu. Jadi, selagi kasut tu mampu menjalankan tugasnya, benda lain tak penting. Gila, kan?

SS: Pendapat Saudagar Garam tentang MASKARA?

SG: MASKARA. Yang buat gua tertarik event MASKARA ni, ia terbuka. Santai. Siapa-siapa mahu tonjol diri pun boleh. Itu yang bestnya. Tak rasa macam diadili. Jadi bila ada benda begini, khalayak yang tak ada big name macam gua pun boleh naik pentas. Tak payah rasa malu nak diadili. Paling kuat pun orang kutuk. Tapi, apa ada hal, macam gua tak boleh kutuk depa balik kan? Terbuka. Itu yang menariknya.

SS: Saudagar Garam fikir adakah MASKARA dapat membantu mereka yang baru berjinak-jinak dengan seni dan sastera?

SG: Yup. Sebagai platform awal. Bukan mudah nak terus terjah kan? Jadi sekurang-kurangnya dengan ada MASKARA ni, adalah juga ruang untuk yang kerdil macam gua ni nak tonjol diri sikit-sikit kan?

SS: Berapa kali Saudagar Garam hadir ke MASKARA sampai ada keberanian untuk turut serta buat persembahan pula?

SG: Empat. MASKARA 9, SHORTIES, MASKARA 12 dan MASKARA 13. First time gua datang adalah MASKARA 9 dengan Attoch. Sampai sesat nak naik Genting masa tu. Gua datang pun dok tutup muka tepi pintu. Pemalu. Masa MASKARA 12, gua ada rasa macam nak ambik slot kalau ada open mic. Tapi masa tu tak ada. Jadi, ini ar first try gua dalam MASKARA.

SS: Dengar-dengarnya Saudagar Garam 'peminat susah mati' pasukan Tottenham Hotspur. Kenapa bukan 'pasukan besar empat' - MU, Liverpool, Arsenal atau Chelsea?

SG: Big Four? Macammana gua nak suka? Drogba asyik berlakon. Liverpool pakai baju Carslberg. Gua benci Ronaldo. Dah ar MU beli player utama gua. Arsenal pulak. Hmmm. Arsenal kenapa ek? Aaa...pasal Pipiyapong dah sokong. Hahahahhaha [kang ada gua kena marah dengan geng meriam].

SS: Terima kasih untuk masa anda!

SG: Terima kasih kembali.

Friday, 24 July 2009

Bercakap dengan Wani Ardy


SS: Siapakah Wani Ardy pada pendapat anda?

WA: Seorang cikgu dan tukang karut.

SS: Apakah jenis dan jenama gitar-gitar yang anda miliki sekarang?

WA: Aria (classical) dan Morgan (acoustic). Soalan ini [kepada] salah orang sebenarnya. Kalau saya Ana [Raffali], sedap sedikit nak menjawab.

SS: Siapakah penyanyi dan pemain gitar perempuan yang menjadi idola anda?


WA: Lisa Loeb, Marketa Irglova, Marit Larsen, Meiko, Shawn Colvin, eh banyaklah! Kalau tempatan, saya paling suka Mia Palencia dan Mei Chern.

SS: Menurut Aristotle, muzik adalah terapi rekreatif, sesuatu yang mampu mendamaikan hati, dan sesuatu yang boleh membina serta mempertingkatkan semangat patriotisme. Apakah interpretasi muzik menurut anda dan apakah definisi muzik anda?

WA: Saya tak belajar muzik secara formal jadi saya tak tahu definisi yang pasti. Yang saya tahu, muzik itu bunyi. Nak kata bunyi yang sedap pun tak boleh, sebab definisi sedap itu subjektif pada individu. Pendekkan cerita, saya tahu menulis dan mengomel melodi saja.

SS: Muzik adalah bahasa universal. Menciptanya dan mempersembahkanya adalah suatu cabang seni. Mendengarnya adalah suatu bentuk hiburan. Manakala mempelajarinya dan memahaminya adalah suatu jenis bidang/disiplin. Bagaimana anda melihat muzik anda berperanan kepada diri sendiri mahupun kepada khalayak banyak?

WA: Berkarya adalah terapi bagi diri saya. Kalau khalayak suka, alhamdulillah. Hati saya kembang. Kalau tak suka, tak apa. Saya buat juga. Sebab asalnya memang untuk memuaskan nafsu sendiri.

SS: Jika anda diberi pilihan untuk memilih satu di antara tiga: Sham Kamikaze Signature Stratocaster, Gibson Acoustic Sheryl Crow Signature Guitar, atau Fender Acoustic-Electric Buddy Miller Signature Guitar. Yang mana satu yang akan anda peluk dan bawa pulang?

WA: Mestilah Sheryl Gagak.

SS: Panjang yang saya tanya - pendek 'ja yang awak jawab.

WA: Itu memang diri saya. :)

SS: Terima kasih.


WA: [Tak jawab.]

SS: Helo! Cikgu Wani! Cikgu Wani!!!!? Helo, helo! Helo?

WA: [Tak jawab.]

SS: Aaa, dah boleh bagi CPR ke ni, geng?

Tuesday, 21 July 2009

Bercakap dengan Danielle Corleone


SS: Seorang Danielle Corleone pada pandangan lu?

DC: Danielle Corleone adalah seorang lelaki muda yang suka berkhayal, sukakan perkara yang halus-halus, suka meletakkan diri pada tempat yang tidak sepatutnya, lebih dahulu memikirkan tentang bahaya sebelum memikirkan tentang selamat. Takut kepada ketinggian, air, dan tempat-tempat sempit… hah, itulah gua, Danielle Corleone.

SS: Betul ke lu adik MatJan? Ha ha.

DC: Ceh! Tak betul!

SS: Dari mana lu dapat tahu tentang Maskara?

DC: Dari Aida. Dia emel gua. Gua beritahu dia yang gua nak pergi ‘cover’ acara tu. Sudahnya, sampai sekarang gua jadi wartawan upahan kepada Sindiket Sol-Jah. Ha ha!

SS: Lu wartawankan?

DC: Ya! Gua wartawan!

SS: Sebagai wartawan, bagaimana lu melihat aktiviti-aktiviti seni dan sastera yang tumbuh macam cendawan selepas hujan sejak akhir-akhir ini? Apakah ini akan menimbulkan rasa muak di hati khalayak atau sewajarnya senario ini dibiarkan wujud bertindan-tindan?

DC: Bagi gua, perkara ini satu aktiviti sihat. Cuma, gua tak nak ada yang buat aktiviti-aktiviti sebegini kerana mengikut trend sahaja. Benda-benda macam ni atau perkara-perkara macam ni, kalau nak buat biar kerana selera dan minat kita untuk mengembangkan seni dan sastera. Khalayak tidak akan merasa muak kalau kita mampu menerapkan idea [persembahan] yang lebih segar kepada aktiviti-aktiviti seperti ini dan secara tidak langsung ia akan mendekatkan lagi seni dan sastera kepada umum. Itu yang penting sekali!

Dan, gua harap, apabila ada lebih banyak aktiviti-aktiviti seperti ini, maka ia akan memberi lebih banyak faedah kepada orang ramai. Kerana, lebih banyak kelainan yang dibawakannya maka akan lebih pelbagai ilmu yang akan kita cerap.

SS: Lu ‘tak nak’ atau ‘lu harap tak akan ada' aktiviti seni dan sastera ini dibuat kerana mengikut trend?


DC: Bukan gua tak nak atau tak mahu, cuma gua lihat aktiviti-aktiviti seni dan sastera yang dibuat mengikut trend ni tak akan konsisten. Iyalah, trend biasanya berubah-ubah mengikut masa, mengikut perkembangan, mengikut persekitaran… gua tak mahu aktiviti-aktiviti seni dan sastera tu jadi macam tu! Seni dan sastera sepatutnya hidup sampai bila-bila!

Gua tak nak orang buat aktiviti-aktiviti seni dan sastera sebab trend sekarang orang buat aktiviti-aktiviti seni dan sastera. Macam orang jual keropok lekor sebab trend sekarang ni orang jual keropok lekor atau orang jual tudung Ikin sebab trend sekarang ni orang jual tudung Ikin. Buat aktiviti-aktiviti seni dan sastera ni kerana minat - bukan kerana terikut-ikut.

SS: Lu rasa akitiviti-aktiviti seni dan sastera hari ini terikut-ikut?

DC: Gua tak rasa macamm tu, tapi gua harap ia tak akan jadi macam itu.

SS: Makanya, lu nak kata, aktiviti-aktiviti yang terkemudian daripada aktiviti-aktiviti seumpamanya yang terawal seperti Baca Puisi PENA, Reading@Seksan, Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-kawan Yang Kita Suka, Kata-Suara adalah kerana ikut-ikutan atau mengikut trend?

DC: Gua tak kata macam tu! Berbalik kepada jawapan gua sebelum ini, gua cuma kata yang gua harap tak akan ada aktiviti-aktiviti seni dan sastera dibuat kerana mengikut trend atau terikut-ikut semata-mata. Setakat hari ni gua lihat aktiviti-aktiviti yang dibuat semuanya dijalankan oleh orang-orang yang betul-betul berminat dengan seni dan sastera.

SS: Pada pandangan lu, karyawan-karyawan yang mempersembahkan karya mereka untuk aktiviti-aktiviti ini sepatutnya dibayar sama seperti seorang penyanyi pop?


DC: Mmm, itu bergantung kepada keupayaan penganjur dan budi bicara karyawan.

SS: Pada pendapat lu, bagaimana dengan penerimaan penulis-penulis mapan terhadap penulis-penulis baru seperti lu?

DC: Gua anggap penerimaan mereka sangat positif dan golongan baru juga perlu lebih merasa berbangga untuk meminta golongan penulis terdahulu memberikan komen atau sebarang pandangan berkenaan karya kita.

SS: Kalau lu diberi kuasa untuk memilih di antara bantal, tilam atau selimut.. yang mana satu yang akan lu peluk dan bawa pulang? Dan, berikan alasan mengapa lu pilih benda tersebut!

DC: Gua pilih bantal. Sebab bantal boleh di bawa pergi ke mana-mana; senang gua nak rileks. Bantal juga boleh jadi tilam, boleh jadi selimut. Jadi, gua pilih bantal!

SS: Terima kasih!

DC: Sama-sama!

Friday, 10 July 2009

PANGGILAN PENYERTAAN!!! - MASKARA SHORTIES KEMBALI


Jika tidak kiamat, bencana alam, rampasan kuasa, penaklukan makhluk asing, serangan kaum zombie, bakal berlangsung pada 3 Oktober 2009


Berikut adalah peraturan penyertaan:

1. Video adalah karya asli. (duh!)
2. Satu video tidak lebih 10 minit termasuk kredit. Jangan nak mengelat.
3. Kami terima sebarang tema.
PENTING
4. Pemilihan video berasaskan selera kami. Pemilihan paling tidak adil di dunia. Tiada sebarang formula filem pendek mana yang akan diterima. Objektif Maskara Shorties adalah menayangkan filem pendek, bukan sebuah majlis diskusi tentang filem pendek mana yang bagus, pengarah filem pendek mana yang ada ilmu, filem pendek ini tak art la, apa la. Acara seperti itu telah dijalankan oleh ramai tokoh filem pendek yang lain seperti Fazleena...eh, mana dia pergi? Hikhik.
5. Tarikh tutup menghantar filem pendek pada 31 Ogos 2009
6. Filem-filem lakonan Maria Ozawa, Sasha Grey, Riko Tachibana dan seangkatannya tidak akan ditayangkan melainkan hanya akan disimpan untuk tontonan peribadi.
7. Sila jangan beri filem pendek untuk ditayangkan pada hari acara. Edisi lepas sebab kami ada belas ehsan. Edisi kali ini tiada maaf bagimu.
8. Sebarang cadangan boleh dikemukakan pada pengurus projek, Nazri M. Annuar (vovin). Emel beliau boleh didapati di facebook.
9. Konsep seperti tahun lepas.
10. Hantar dalam format DVD atau CD. Untuk yang gagal menghantar by hand, boleh hubungi lelaki comel (baca: Nazri M. Annuar) di atas untuk selesaikan isu tersebut. Sekali lagi, jika berada di Armenia, sila pos.
11. bagi kami simpan salinan DCD/VCD filem pendek anda - manalah tahu, kalau-kalau kami dijemput untuk membuat tayang filem pendek di Singapura, Brunei, atau Uganda pada masa-masa akan datang. Makanya, taklah kami bersusah payah nak pergi ambil VCD/DVD tu dari anda lagi.
12. Selamat membikin.

Friday, 26 June 2009

Keping-keping terakhir KACIP

Kami tak ada masa nak melawak jenaka. Serius cakap, KACIP yang dijual secara online cuma tinggal enam (6) keping terakhir.

Baik order dan bayar sekarang, sebelum kami hilang akal dan jual RM50 senaskhah!

Kalau dah order (dan bayar), jangan lupa isi borang, kemudian tinggalkan komen di sini untuk menyatakan pesanan telah dibuat.

Cukup enam pesanan, kami akan tanggalkan borang pesanan.

Peringatan: Kami tidak akan mencetak semula KACIP atau buku-buku yang kami terbitkan!

Harap maklum!

*** *** *** *** *** *** *** ***

Updet 1 (28 Jun 2009, 1.40pm)

KACIP dah tinggal 4 keping terakhir!

*** *** *** *** *** *** *** ***

Updet 2 (28 Jun 2009, 8.12pm)

Borang KACIP sudah ditanggalkan. KACIP tidak lagi dijual secara online oleh Sol-jah. Pemesan-pemesan yang bertuah akan dihubungi melalui emel.

Terima kasih!

Thursday, 25 June 2009

Pendapat ramai tentang KACIP

Masih belum memiliki KACIP?
Membaca halaman-halaman awal Kacip saya kira buku blognya itu bukanlah cebisan perasaan dan luahan yang ringan. Saya menangis membaca beberapa kisah yang saya kira kita selalu lupa dan buat-buat lupa tentang kesusahan masa lalu yang banyak mematangkan kita pada hari ini. Tentang kisah Bob, tentang Kuala Lumpur dan diri penulis serta pengalaman-pegalaman kerjanya.

Saya kira, saya tarik balik kata-kata yang menyebut harga RM20 tidak berbaloi dengan buku yang nipis itu dan penulisnya yang terkedu ketika diminta menurunkan tandatangan. Saya kira terkedu dan terkial-kial itu adalah kesan pengalaman hidupnya yang lampau.
Nama buku ni Kacip. Himpunan kisah2 dari Pipiyapong.

Sape tak beli buku ni, jangan nak pinjam kat gua. Jangan jadi Kodi! Tak guna la duduk kat tengah2 ibukota kalau takde buku ni. Gila tak Kolumpo!..

Pegi beli sendiri!
Baca muka surat pertama je, Terus Masuk Gear 1 nak senyum. Muka surat dua, Gear Dua. Muka Surat tiga, gear tiga..sampai la gear-gear yang seterusnya. Mana la aku tahu pasal gear. Aku bawak kete pun kete auto. Kenderaan 2 roda pun auto.
aku mengharapkan buah tangan Pipi ini bakal menjadi rujukan aku buat menulis catatan pendek (bukan karya) dalam setiap pojok kosong fesbuk, myspace dan friendster kepunyaan aku. fenomena 'blook' ini aku fikir adalah satu kemudahan dan evolusi yang lebih 'handy' untuk kita menikmatinya bukan lagi dalam situasi virtual.
Betullah orang cakap, "ijazah terbaik datangnya dari jalanan" yang merujuk kepada pengalaman hidup susah senang dalam kehidupan...

Buku ni beh pepalih! (buku ni best sangat2!)

Memang "Kacip"!
Saya tak mahu cakap banyaklah. Pipi menulis memang original. Walaupun kebanyakan isi blook ini saya sudah baca dari blog Pipi, namun saya masih teruja untuk membacanya sekali lagi. Dan seperti biasa, saya akan tersengih seorang-seorang sambil membaca. Blook Pipi ini amat berisiko. Sekiranya anda pekerja kerajaan atau swasta seperti saya, dinasihatkan janganlah dibawa ke pejabat. Terkantoi nanti ketika membaca dalam waktu pejabat(seperti saya pagi tadi). Lagi satu. Blook Kacip ni berhantu. Memanggil-manggil untuk dibaca walaupun tengah menulis Case Study. Sepatah perkataan yang jitu untuk menggambarkan blook ini: “Best!”
maka disebabkan dia bekerja dan berduit (dari aku), satu hari tu aku sebar propaganda Pipiyapong buat buku nama Kacip.sempat jugak aku tanya dia Kacip tu maksud dia apa. jenuh jugak aku memujuk sebab dia kata dia dah baca semua entry blog tu.aku siap cakap nanti aku bayar kat dia balik.

tapi esok hari, dia suruh check blog sindiket soljah.ada pulak nama dia dekat update list.

hari dapat buku, dia kata 'tak payah la bayar, aku nak buku ni, tapi kau boleh lah baca bila aku tak nak, bila aku nak, kau kena bagi serta merta'.malam tu aku baru baca muka surat ke 4 dia ketuk pintu bilik.cis.

KACIP dah tinggal keping-keping terakhir!

Beli sekarang, atau biarkan saja air liur kamu meleleh nanti bila orang kini kanan bercakap tentang KACIP. Kalau rasa-rasa nak kena sepak secara berjemaah boleh cuba-cuba request supaya kami cetak semula KACIP.

Berapa kali lagi kami mahu ingatkan kami tak mahu ulang cetak buku-buku kami?!

Tuesday, 23 June 2009

PENTAS KITA KARYA KITA


Tarikh : 26 Jun 2009 ( Jumaat ) Masa : 8.30 malam

Tempat :
Laman Teratak Budi Ust. Ariffin Ngah Nasution @ Pak Karamu
Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak.
( Selepas Stesen Minyak BHP Sungai Sumun )

Alamat Penuh :
F30, Parit 11 Batu 16, 36400 Hutan Melintang , Perak.

Masuk : Percuma * Jamuan makan disediakan.


** Kepada sesiapa yang berminat untuk bersama-sama menyertai malam seni ini dengan mempersembahkan bakat samada mendeklamasikan puisi atau mendendangkan lagu dengan diiringi muzik akustik (secara langsung), sila hubungi lanterajiwa@gmail.com untuk mendapatkan keterangan lanjut sebelum 24 Jun 2009. Tema karya adalah bebas dan pastinya tiada unsur cinta berahi, putus cinta dan apa-apa yang berkaitan dengan nafsu Adam dan Hawa. Keaslian karya ciptaan sendiri adalah diutamakan.

Monday, 15 June 2009

KACIP ADA SIKIT LAGI

Jualan KACIP secara online sudah ditutup!!

********
Updet 11
KACIP sudah masuk tong 11hb Jun 2009. tunggu 3-4 hari lagi ya sampai ke peti anda:

********
Updet 12
KACIP sudah masuk peti pejabat pos cawangan Selangor 22 Jun 2009. kasi masa posmen hantar dalam minggu ini:


********
Updet 12
Kami ada terima tempahan dan pengesahan bayaran dari nama di bawah. tunggu cukup korum kami hantar ya!:

Sunday, 7 June 2009

Pelancaran Stingarden Konda Kondi DIBATALKAN


PENGUMUMAN: MAJLIS PELANCARAN BLOOK 'STINGARDEN' DAN 'KONDA KONDI' DI PESTA BUKU READ MALAYSIA, MIECC, THE MINES, YANG DIJADUALKAN AHAD 7 JUN 2009 ADALAH DIBATALKAN. HARAP MAKLUM.





Saturday, 6 June 2009

MASKARA showcase

[ klik imej , kalau mahu tengok dengan lebih jelas ]

DEWANGGA SAKTI TERBANG KE DADA LANGIT SAMBIL MERONGGENG PAK ABDUL


VENUE: RUMAH PENA
MASA: 8:30 MALAM
TARIKH: SABTU, 6 JUN 2009

Semua dijemput hadir, tak kisahlah siapa-siapa!

Sunday, 31 May 2009

Kacip Masih Ada!

Jualan KACIP secara online sudah ditutup!!

********
Updet 5

Terima kasih atas kesabaran anda semua. Proses pengeposan akan dibuat pada tengahari ini. Mei 14, 2009.

********
Updet 6

Terima kasih atas sokongan anda. Dijangkakan pada jam 11, 21 Mei 2009 pesanan KACIP anda akan dikutip keluar dari tong pos untuk penghantaran selanjutnya. Harap dapat beri 3-5 hari lagi untuk pekerja-pekerja pos jalankan tugas mereka.

Hari ke-enam, kalau masih belum terima lagi, beritahu kami di emel.


********
Updet 7

Bagi pemesan-pemesan berikut, KACIP dipos kepada anda pada Isnin, 25 May 2009.

******** 
Updet 8

Pesanan KACIP tuan-tuan telah dipos pada Rabu, 27 May 2009. Harapnya sudah dikutip keluar pada jam 11 pagi tadi. Kalau alamat tak pelik-pelik, esok lusa tuan-tuan dah boleh dapat.


********
Updet 9

Pesanan KACIP tuan-tuan dipos pada Jumaat, 29 May 2009. Harapnya sudah dikutip keluar pada jam 11 pagi tadi. Kalau alamat tak pelik-pelik, esok lusa tuan-tuan dah boleh dapat.

********
Updet 10
Pesanan KACIP tuan-tuan dipos pada 8 Jun 2009. Belek tong pos mulai hari ini ya! :)

Wednesday, 20 May 2009

KACIP DI SINAR HARIAN 20 Mei 2009

Klik untuk saiz besar.
Surat khabar omputeh dah masuk. Surat khabar Melayu dah masuk. Surat khabar Cina dan Tamil menanti untuk buat temubual dengan penulis. Siapa tidak beli lagi, memang tidak rajin membaca buku bermutu.

Tuesday, 19 May 2009

kacip di SINAR HARIAN

Khabarnya, esok 20 May 2009, review KACIP dicetak di akhbar SINAR HARIAN.
Terima kasih team SH!

Monday, 18 May 2009

MENGEMBARA KE HAPA?

Haritu bila borak pasal nak mengembara satu dua, cakap punyalah berkobar-kobar, kalah Najib punya 1Malaysia.

Lupakan Kathmandu

Lupakan Danau Toba

Lupakan Amsterdam

Lupakan Afrika Selatan.

Kalau Kuala Lipis ke Wakaf Baru pun dah macam ni:

Start keretapi berjalan sampai ke Wakaf Baru langsung tak bergerak dia ni. Kalau tren ke India tu tak dapat tempat duduk agaknya tidur berdirilah.

Tren sampai Wakaf Baru, orang lain pakat sudah nak habis hisap rokok di luar, dia baru turun tren. 

Turun saja tren, tak ada nak salam dengan sesiapa, terus ambil kerusi duduk. Tak adalah nak tolong Mat Jan yang dah nak pitam ni ke.

Muka tak usah cakaplah. Dah macam orang kena virus. 

Nak mengembara satu dunia?