Thursday, June 12, 2008
MIND our ENGLISH...
It has to be "in" the sun
Question:
In my English exam recently, I came across this question:
She dries her clothes ___ the sun (in/under)
I chose "in" but it turned out that the teacher's answer was "under". I am quite confused
as I thought the common expression was "in the sun". For example, "don't play in the sun".
I find it strange to say "under the sun". Doesn't "under" mean directly below? As in "put your books under your desk?"
Answer:
You are quite right. The correct answer should be "in". If you are drying anything outside where it is sunny, you say you are drying it "in the sun".
"Under the sun" is an idiom, meaning "in the whole world". For example;
there is a newspaper article on the internet, reporting on last year's Turkish general election, whose headline says: Political parties promising everything under the sun.
Wednesday, June 11, 2008
5 JUN 2008

Bila dah 3 tahun kawin dan anak pun dah 2 tahun, hubby dalam nada bergurau, "boleh la kita tambah lagi 1. Hasya nak baby boy kan?" Dan si kecik tu pun apa lagi, "baby pa?"
Buat masa sekarang, bukan aku tidak mahu mengandung lagi. Cuma rasa serik tu masih menguasai diri. Seolah-olah rasa sakit lepas bersalin masih lagi terasa. Aku lahirkan Hasya secara operation. Sebab masa tu jantung baby dah terlalu laju, DR risau berlaku sebarang kemungkinan. Masa di operate tak ada masalah, cuma lps operation la yg menyeksakan.
Aku ingat lagi, masa DR bg injection kat belakang, aku sedikit pun tak kata "Aduh", aku cuma berdiam diri, Sbb aku begitu pasrah masa tu. Sampaikan DR tanya, "awak tak rasa sakit ker?" Dan aku cuma senyum sebagai jawapan. Selepas semuanya selesai, aku dibawa ke wad. Mula2 tu ok jer, tp beberapa jam selepas itu, rasa sakit di bahagian yg di operate mula terasa. Mula2 cuma rasa sakit sikit jer, tapi lama kelamaan rasa macam dikelar-kelar mula menguasai diri. Sakit yang teramat sangat. Sampaikan semua ayat aku baca (sekurang-kurangnya dapat melupakan rasa sakit). Ada sorang nurse yang dtg ke katilku, aku mintak dia ubat tahan sakit. Tapi katanya, kena tunggu DR. Ya Allah...masa tu hanya tuhan saja yang tahu...
Paginya bila DR dtg aku tanya DR, kataku "DR kalau saya sakit, saya tak boleh mintak ubat penahan ker?". Katanya, "boleh, ckp dgn nurse." Adus.... Ptg, nurse dtg hantar ubat, dia bg aku ubat tahan sakit. Dia suruh makan, sebab katanya nanti aku nak kena bangun untuk mandi. Tapi aku tak makan pun, sbbnya, semalam aku dah rasa kesakitan yang teramat..dah kalih pun kata org Terengganu... Masa nak mandi tu, nasib baik la kakak ku seorg staffnurse (walaupun bukan di hospital yg sama, dia la yg uruskan aku..
Peliknya, makcikku yg bersalin operate langsung tak rasa sebagaimana yang aku tanggung, begitu juga dgn kakakku. Mungkin ini adalah ujian buat aku... Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran ku...
Dan mungkin kesakitan2 inilah yang dialami oleh ibuku sewaktu melahirkanku dulu, walaupun mungkin rasa sakit itu berbeza. Dan inilah yg menginsafkan aku sbg seorg anak. Sejak itu, aku terlalu sensitif dgn hati seorg ibu... Penghargaan aku pada ibu semakin bertambah. Dan sayang aku padanya makin berganda-ganda..serta penghormatan pada ibu makin menggunung....
Walaupun begitu, bukan la aku langsung tak nak mengandung lagi. Cuma tidak dalam masa terdekat ini. Lagi pun kata sorang nurse tu, seelok-eloknya biarla jaraknya 3 tahun dulu. Insyaallah, ada rezeki nanti, Hasya dah 3 tahun aku pregnant lagi. Semoga apa yang aku rasai dulu takkan berulang lagi....
1 JUN 2008
Tuesday, June 10, 2008
BEZA ANTARA MARJERIN & MENTEGA
Tahukah anda apa bezanya marjerin & mentega. Seringkali pengguna akan
menggunakan sesuatu bahan tanpa melihat apakah bahan2 yg dicampurkan dsb. Utk
itu, di sini ada sedikit info berguna utk kengkawan semua. Semoga ia blh
dimanfaatkan...
(Dipetik dari Rense.com <http://rense. com/> )Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru. TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan). Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?
Friday, June 6, 2008
TIPS CinTa SUaMi ISteRi...

* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Wednesday, June 4, 2008
Hari-hari terakhir..
Lps cuti...
