Sunday, March 14, 2010

Petang semalam, sedang aku menyiram pokok sayur-sayuran di sekolah tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Rupanya Pengarah Pelajaran menelefon kerana katanya ada orang hendak bercakap. Kak Izan dari ACMS Pulau Pinang bercakap di talian, berkenaan Temuduga Lepasan SPM/STPM pada 16 dan 17 Mac di Jabatan Pelajaran Labuan Aras 10, Blok 4 Ujana Kewangan. Syarat masuk yang paling minimum kerana hanya perlu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM/STPM. Untuk temuduga bawa sahaja kad pengenalan serta Sijil/Slip SPM/STPM serta salinannya.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE UK ESOK DAN LUSA, Jangan lepaskan peluang terbuka anak-anak Labuan!

DEBARAN BERANSUR REDA

SYUKUR SPM SEKOLAH KITA 98.48% LULUS , DAN 42 DARIPADA 66 PELAJAR LULUS SEMUA MATA PELAJARAN, 10 MATA PELAJARAN KITA 100% SELEBIHNYA MELEPASI 90% KECUALI BAHASA INGGERIS...TAHNIAH KEPADA SEMUA!!

Wednesday, March 10, 2010

DEBARAN SPM 2009!!!!

DEBARAN SPM KEPADA WARGA SEMELA....................

JAM 10.00 PAGI ESOK DI UK!

Tuesday, March 9, 2010

CATATAN DARIPADA BLOG PENGARAH PELAJARAN LABUAN

KERTAS UCAP UTAMA SEMPENA LAWATAN KERJA KE RIAU INDONISIA
TAJUK:KELESTARIAN PENDIDIKAN KAITAN DENGAN GAGASAN BARU KERAJAAN PIMPINAN YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,PERDANA MENTERI KE 6

Kertas ini merupakan pandangan saya sebagai rakyat Malaysia dan yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan hampir 33 tahun.Adalah satu tanggungajab saya memahami hasrat kerajaan dan cuba menterjemahkan agar ia dapat dirialisasikan dan diterapkan pada guru dan murid.
Dalam kertas ini saya akan cuba mengaitkan berdasarkan persepsi (pandangan dan pendapat) mudah sebagai penjawat awam yang meneraju kepimpinan pendidikan di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan , Wilayah Persekutuan,Malaysia.
Tiga perkara yang akan dilihat adalah seperti berikut:
· Gagasan 1Malaysia , Rakyat Didahulukan, Pencapaian du Utamakan
· Bidang Keberhasilan Utama Negara(National Key Result Areas(NKRA)
· Bidang Pencapaian.Petunjuk Utama Kementerian Pendidikan Malaysia(National Keys Performance Indicators(NKPI)
Gagasan !MALAYSIA dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika mula menerajui kepimpinan Malaysia .Ia sebagai satu panduan untuk rakyat bergerak kearah pembentukan satu Negara Bangsa yang utuh.Sebenarnya 1M bukan lah satu yang baru bahkan ia adalah satu reality kontemporari yang perlu disokong oleh setiap rakyat Malaysia kerana ia mengangkat prinsip Rukun Negara dan Asas Perlembagaan
PRINSIP RUKUN NEGARA
· Kepercayaan Pada Tuhan
· Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
· Keluhuran Perlembagaan
· Kedaulatan Undang-undang
· Kesopanan Dan Kesusilaan
Usaha ini adalah selari dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk terus berusaha memupuk perpaduan nasional yang telah diusahakan sejak lebih lima dekat kemerdekaan Negara.Ia menuntut rakyat bersatu, berkongsi rahmat dan tanggungjawab terhadap tanah air dan memainkan peranan masing-masing jika ingin kedamaian abadi.Kearah ini rakyat Malaysia amat beruntung kerana mempunyi kejituan fizikal,ekonomi dan pemimpin yang berani dan berpandangan jauh.
Kerajaan Malaysia sentiasa mencuba mempastikan keselamatan, keamanan dan kemakmuran Negara menjadi focus utama pentadbiranya dengan mengetengahkan para pemimpin yang berkesan, berkebolehan dan berwibawa.Memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan melaksanakan tugas dengan efisian dan efektif sejajar dengan harapan rakyat.
Sebenarnya dengan keamanan dan perpaduan yang dipupuk rakyat Malaysia dapat menikmati segala kemajuan yang telah sedang dan akan di laksanakan.Pembinaan Negara Bangsa dan bersatu padu bagi Negara Malaysia yang berbagai kaum amat bergantung kepada keutuhan, perkongsian nilai dan semangat petriotisme yang dipupuk dikalangan rakyat.Sekira semua rakyat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk hidup bersama, berkongsi masa depan yang sama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain, perpaduan akan dapat dikukuhkan
Apa yang dinekmati perlu terus dipelihara oleh generasi sekarang dan diperturukan ke jenerasi akan datang.Generasi muda perwaris bangsa dan modal insan penentu kesinambungan khazanah negara.Jadi sebagai satu institusi yang bertanggungjawab terhadap usaha pembinaan Negara Bangsa dan membangunkan modal insan, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha gigih bagi mencapai matlamat memantapkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalangan generasi muda sejak awal-awal zaman persekolahan.Usaha ini dilakukan melalui program yang dikenali sebagai Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dianggap sebagai jambatan intergrasi dan keharmonian antara kaum dan diharap dapat mencapai hasrat 1MALAYSIA.
Marilah, sebelum kita jauh melangkah mempaparkan peranan pendidik menjayakan IM, kita lihat apa dia IM.
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia berbagai kaum,berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj.Abdul Razak,Perdana Menteri Malaysia.
1M digagaskan berasaskan kepada dua aspek utama iaitu Penerapan Teras-teras Perpaduan dan Penerapan Nilai-nilai Aspirasi.Aspek Pertama menerangkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia.Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dikalangan rakyat berbilang kaum.Teras perpaduan ini didokong oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia,Disamping Aspek Kedua pula digagaskan melalui nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu Negara kearah mencapai status Negara maju.Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan warga tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing.Ini akan dapat melonjakkan kedudukan ekonomi Negara ke tahap yang lebih kokoh dan matang.
Melalui teras-teras perpaduan, nilai berikut diberikan keutamaan iaitu nilai penerimaan keunikan kaum lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu Negara.Iaitu meningkatkan sikap toleransi.Disamping itu prinsip-prinsip kenegaraan yang berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara terus dipupuk melalui pemahaman dan pengamalan dalam kehidupan.Keadilan sosial pula menampilkan semua penduduk dibela dan tiada yang terpinggir dengan mengambil kira taraf kemajuan kaum yang berada pada tahap yang berbeza.Dasar-dasar kerajaan dan peruntukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukan akan tetap dilaksanakan.Disamping itu nilai-nilai murni bagi meningkatkan perpaduan terus dipergiat dan ditingkatkan seperti nilai hormat menghormati,rendah diri,kesederhanaan dan berbudi bahasa.
Nilai-nilai Aspirasi Negara dan rakyat digunakan bagi mempastikan gagasan IM dapat dirialisasikan iaitu budaya berprestasi tinggi,budaya ketepatan,budaya ilmu,integrity,ketabahan,kesetiaan,kebijaksanaan dan budaya inovasi.
Merujuk kepada kedua aspek nilai dalam 1M Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju mengambil pendekatan penerapan dan pengamalan nilai-nilai melalui kegiatan Kokurikulum( iatu satu aktiviti luar kelas sebagai pengukuhan nilai dan kemahiran sosial yang dipelajari dalam kelas secara formal melalui beberapa mata pelajaran) iaitu bagi memantapkan dan transformasi aktiviti kokurikulum sediada,merangkumi penyatuan kaum,kasih saying,cintakan Negara dan pembinaan Negara bangsa tanpa menyentuh sensitivity perkauman , agama dan politik dan menjana pembangunan modal insan secara holistic kearah 1MALAYSIA.Rakyat Malaysia diyakini akan menjana satu transformasi ketara kearah sebuah Negara Malaysia yang maju, didukungi oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi martabatnya pada pandangan dunia.
Untuk memantapkan lagi penerimaan rakyat pada konsep ini , kepimpinan Negara telah mengemukakan janji pada rakyat melalui apa yang dikenali sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara(National Key Result Areas-NKRA) yang antara lain;
“Lantas , hari ini saya akan meletakkan KPI kepada 8 jurusan NKRA tersebut.Untuk setiap NKRA akan dikenalpasti KPI-KPI dengan sasaran secara khusus agar dapat diukur.Dengan adanya KPI ini , maka segala prosedur akan dikemaskini,segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembeling dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan”YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ,Perdana Menteri Malaysia(21 Julai 2009)
Enam NKRA telah dibentuk bagi mencapai cita-cita dan slogan 1MALAYSIA
1. Mengurangkan Kadar Jenayah
Mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20% pada akhir 2010
2. Memerangi Rasuah
Semua perolehan kerajaan menggunakan tender terbuka atau tender terhad bagi memerangi rasuah
3. Memperluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Pendidikan Prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluaskan akses pendidikan berkualiti
4. Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Yang Berpendapatan Rendah
Membenteras kemiskinan tegar menjelang 31 Disember 2010
5. Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman
Peruntukan RM 10.9 bilion bagi membina jalan, bekalan air dan elektrik selain baikpulih 50,000 rumah menjelang 2012
6. Menambahbaik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana
Menetapkan 25% penduduk Lembah Kelang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012

Jika kita lihat dan teliti banyak elemen dan aspek yang boleh dimainkan oleh bidang pendidikan bagi menjayakan matlamat NKRA diwujudkan. Kita sebagai pendidik dan pentadbiran pendidikan bebas mentafsir kerana ia suatu bidang yang amat luas.Bagaimana kita dapat mentafsir dan mencari jalan merialisasikan supaya hasinya dapat digunapakai oleh guru pada tahap pemikiran yang diselaras seterusnya dimanafaatkan oleh murid bagi pencapaian yang berkualiti dan memberikan kepuasan pada pelanggan secara amnya.
Bagi memperlihatkan perana Kementerian Pealajaran Malaysia(KPM) , National Key Performance Indicator(NKPI) telah diwujudkan khusus berasaskan NKRA yang Ke 3.Iaitu Memperluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.Dimana sasaran awal, Pendidikan Prasekolah dijadikan sebahagian sistem pendidikan kebangsaan dalam aliran perdana bagi memperluas akses pendidikan berkualiti.Untuk lebih dapat memperlihatkan peranan alam pendidikan kearah keberhasilanya, mari kita lihat pecahan NKPI yang dimaksudkan tadi.
NKPI 1
§ Meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir 2012 dengan memasukkan semua prasekolah kerajaan dan swasta daLam Sistem Pendidikan Kebangsaan
NKRA 2
§ Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi(LINUS) selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012
NKRA 3
§ Membangunkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi
NKRA 4
§ New Deals/Bai’ah untuk Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Performance- Base Assessment
NKRA 5
§ Meningkatkan penyertaan pelajar sebanyak 100% dalam aliran Vokasional dan Kemahiran
NKRA 6
§ Semua sekolah mendapat bekalan elektrik 24 jam pada akhir tahun 2011

Sebagai kesimpulan, semua aspek slogan perpaduan dan pembangunan untuk rakyat selari dengan konsep 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN akan mudah dirialisasikan pelaksanaan dan dicapai matlamatnya sekira semua rakyat memahami dan komited untuk sama-sama bergerak melakukan trasformasi ini.Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyi prasarana asas yang cukup untuk membantu dan sama bergerak mencapai matlamat bagi kesejasteraan rakyat pada peringkat seawal tahap persekolahan.Sistem Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 amat membantu menjayakan gagasan dan konsep baru ini disamping mematuhi Empat Rukun melakukan perubahan dan pembaharuan yang di war-warkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajara Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Bin Hj Mohd Yasin iaitu melalui kesatuan minda(wahdatul fikr),dihayati dengan kesatuan hati(wahdatul qalb),bergerak dengan kesatuan amal( wahdatul amal) dan menuju kesatuan matlamat(wahdatul hadaf).

Sekian, terima kasih

|
5:20 AM 0 comments
Sekawan Kambing
Saya telah pergi melawat ladang kambing rakan pada minggu kedua cuti sekolah...selepas bermain dengan kambing kami makan nasi berlauk sup cendawan...kandang kambing bersih dan tak ada bau busuk...sungguh menyelerakan...tuan kambing yang belanja..dia dan isteri-isterinya turut sama...tak gaduh pun...keduanya redha dan tulah agaknya mendapat keberkatan....yang syoknya kambing jinak dan boleh beri makan dedak/baja di atas tapak tangan...ada kambing bapak(baka boer) , emaknya(baka boer), anak( dilahirkan hasil pergaulan terlarang antara bapak dan emak. tapi pergaulannya telah direstui oleh tuannya dan pejabat haiwan...anak sahlah tu..dan anak kambing tempatan...moga ia akan kahwin campur...tentu comel dan muka cantik dan hidung mancung ...ada yang garang..jadi ketualah gamaknya..tapi tidak pandai gaduh...gurau-gurau adalah...yang seekor teperosok di kandang kerana baru melahirkan anak...macam anak tak menyusu..tuan kambing cuba beri susu tapi tak nak...bila periksa si baby putih dah disusui oleh emaknya tapi tuan kambing tak perasan..emak kambing(bapak tak tahu yang mana) ada perasaan malu...ada orang tak mahu beri susu anak....yang nak saya cerita selepas ini lebih menarik...nak tahu..tunggu selepas ini..bila dah petang kambing patut masuk kandang...tak payah..disiplinnya kuat..penuh tertib..bila dijerit..balik...balik...balik..semuanya melompat-lompat meninggalkan kawasan ladang dan terus berbaris...yang kecil dulu yang besar belakang dan terus masuk kedalam kandang tanpa meyeleweng ketempat lain yang ada makanan...hebat itu sekawan kambing...bila masuk kandang diorang tahu masuk kompatmen masing-masing yang telah ditetapkan oleh tuan si gembala kambing...saya teringat kesah gembala kambing ini ..ramai Nabi dan Rasul kita adalah gembala kambing asal pekerjaanya....apakah rahmat dan hikmahnya yang Allah nak beri dan tunjukkan kepada kita...jumpa lagi di cerita lain..

Catatan daripada Blog Pengarah Pelajaran untuk dikongsikan Warga SMK Lajau

Wednesday, March 3, 2010

PERENANG PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS SMK LAJAU MENYERLAH

Perenang PPKI SMK Lajau "meluncur laju" di Kolam Renang Kompleks Sukan Labuan pada 2 dan 3 Mac 2010 apabila menang satu perak dan dua gangsa melalui Mohd Ebby Zamri Zuraimi, sekaligus menjadi pemenang kah kategori pendidikan khas. Beliau bersaing bersama tiga wakil SMK Lajau iaitu Hardi Abd Hagi, Ag Shafezan Ag Damit dan Subohan Mahmudee bertanding menentang murid aliran perdana sekolah menengah. Walaupun tidak berjaya memenangi pingat emas, kegigihannya menunjukkan murid PPKI mampu menyerlah, semoga dalam pertandingan lain, beliau dan rakan-rakan boleh menggeggar kolam renang suatu masa nanti.

Pihak sekolah sedang merancang untuk mengatur latihan berterusan sepanjang tahun sebagai Rancangan Jangka Panjang Lima Tahun, murid PPKI "meluncur" laju dalam acara akuatik, boling dan olahraga selepas ini. Latihan akan dijalankan pada setiap hari Rabu secara berfokus melibatkan semua 26 murid PPKI. Pihak sekolah juga berusaha memohon peruntukan atau mengumpul dana membina kolam renang di SMK Lajau menjelang 2012.