Wednesday, January 13, 2010

KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SMK LAJAU KE SK LUBOK TEMIANG, LABUAN

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron membuat Kunjungan Hormat Awal Tahun 2010 ke SK Lubok Temiang pada 13 Januari 2010, jam 930 pagi. Beliau sempat berbincang hal-hal profesional tentang prestasi akademik dan pemantapan sahsiah murid, memikirkan strategi terbaik dalam semangat "kejiranan" sekolah.

Pengetua SMK Lajau mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menerima kunjungan ini serta mee kari yang sungguh enak dan lazat. Pengetua sempat menjemput beliau untuk bersama-sama warga murid SMK Lajau semasa Larian SEMELA esok 15 Januari 2010 yang turut melalui hadapan SK Lubok Temiang...

Semoga hubungan kedua-dua sekolah bertambah akrab, InsyaAllah demi kepentingan warga murid dan guru SMK Lajau dan SK Lubok Temiang.

Monday, January 11, 2010

KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SMK LAJAU KE SK TANJUNG ARU

Petang ini selepas Majlis di JPN Labuan Pengetua sempat membuat kunjungan hormat ke SK Tanjung Aru, Labuan, bertemu Guru Besarnya En. Sulaiman bin Madin. Kinjungan hormat ini untuk mengucapkan tahniah kepada sekolah berkenaan atas pencapaian cemerlang dalam UPSR 2009 dengan peratus kelulusan melebihi 80%. Kami sempat bertukar-tukar fikiran untuk memajukan murid sekitar sini, kerana SK Tanjung Aru adalah "feeder school" kepada SMK Lajau....Pengetua kagum dengan pencapaian SK Tanjung Aru dengan guru besarnya yang baru di sekolah itu, fizikalnya juga sudah berubah sejak Pengetua kali terakhir semasa berkhidmat di JPN Labuan dahulu. Esok Pengetua akan ke SK Lubok Temiang pula untuk kunjungan kali kedua pula....

UCAPAN TAHUN BARU PENGARAH PELAJARAN W.P LABUAN

Petikan untuk Warga SMK Lajau SEDERAP MELUNCUR LAJU


Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana kita masih lagi di izinkan oleh ALLAH untuk terus bernafas dan menjalankan tanggungjawab kepadaNYA dan bangsa agama dan negara khususnya pada alam pendidikan. Jadi rialisasikanlah kesyukuran kita itu dengan terus mencurahkan bakti bagi mempastikan rezeki yang kita dapat tidak dipersoalkan.Disamping jabatan diurus dengan baik melalui pemantauan yang paling minima serta sekolah dipantau dan diurus dengan ikhlas, jijur serta penuh keinsafah bahawa pelanggan utama kita ialah MURID..Gagasan Murid Dahulukan Guru Dijaga dan Kecemerlangan Pencapaian Uiutamakan hendaklah dihayati dan dirialisasikan sepenuhnya.Sesungguhnya tahun 2010 adalah tahun penuh mencabar kerana dalam kekurangan peruntukan kita masih dituntut melaksanakan semua aktivuti dan program dengan cemerlang bukan saja untuk menjelmakan visi sekolah dan jabatan bahkan lebih penting bagi melaksakan GAGASAN 1 MALAYSIA , 6 NKRA DAN 6 NKPI(Sub-NKRA).



Bagi melaksakan semua gagasan dan hasrat kerajaan dan kementerian kita perlu bersedia dengan minda berkualiti yang terbuka disamping berani membuat perubahan dan mengubah diri dan hati serta jati diri serta worldview lama yang mengongkomg pemikiran dan rasa hati atau yang telah menjadi pegangan hidup.Buangkan semua penyakit hati yang boleh menganggu kelancaran pelaksanaan dasar dan program yang dirancang.Kita sebagai pengurus sama ada di jabatan dan sekolah mesti mempastikan bekerja secara kolompok dan dalam satu pasukan yang padu.Jangan ada perasaan iri hati dan dengki pada orang lain.Jangan menunding jari pada orang lain.Ketua Sektor perlu membawa anak buat pada hala tuju yang jelas dan bergerak serentak dan melangkah sederap dalam barisan yang lurus lagi rapatbagi mempastikan semua perancangan dapat dilaksana dengan cemerlang mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan.Bagitu juga Pengetua dan Guru Besar mesti boleh bekerja bersama-sama dengan 3 PK tanpa sakwasangka dan bias serta pilih kasih.Saya beri tempoh sehingga hujung bulan Januari untuk mempastikan semua hubungan baik mesti ada.Pengetua dan Guru Besar adalah ketua di sekolah dan PK adalah pembantu.Fungsi dan peranan ini adalah jelas.Pemimpin mesti membawa anak buat kesatu hala tuju yang jelas dan betul.Laporan mesti sampai pada saya pada minggu pertama Februari...jika tiada kesesuaian atau masih bergaduh ( secara terang atau secara diam2...sebotaj) dan bermasam muka...kita akan cuba buat perubahan atau jika tidak kita akan cadangkan jawatan itu dilepaskan dan beri pada orang lain...PK patut ada Bai'ah dengan Pegetua dan Guru Besar.Kita bekerja sebagai satu ibadah pada Allah ..tapi bagaimana dalam melaksanakan ibadah ada perasaan sombong, dengki,irihati ,takbor,banga diri dan lain-lain sifat hati yang tak baik . Matlamat kita untuk kejayaan dan kepentingan murid dan bukan kepentingan diri kita sendiri atau kelompok individu tertentu.Bekerjalah dengan harmonis dan penuh kegembiraan.




Jika kita imbas tahun 2009 banyak kejayaan dan banyak juga kegagalan kita mencapai matlamat.Tahniah pada sekolah yang telah berjaya mencapai matlamat sekolah mahupun mengangkat nama Labuan di peringfkat kebangsaan bagi yang tidak mencapai matlamat berusaha lebih gigih lagiJadikan lah ia sebagai ikhtibar atau pengajaran dalam usaha kita meneruskan perjalanan bagi mencapai kecemerlangan 2010.Perjalanan adalah satu perjuangan..untuk berjaya dalam perjuangan kita mesti cukup ilmu kemahiran dan persediaan yang mantap dan mampan...tak boleh sambil lewa...macam melepaskan batuk ditangga...kegagalan murid adalah tanggungjawab pemimpin sekolah..jadi uruslah sekolah dengan betul.



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pemimpin dan guru di sekolah serta staf sokongan yang telah berusaha untuk mempastikan kecemerlangan dan kemenjadian anak didik terutama didalam peperiksaan UPSR dan PMR yang baru sahaja tak sampai sebulan di umumkan.Banyak lagi yang kita perlu lakukan..lakukanlah bersama-sama warga sekolah..sebagai satu pasukan...sokong menyokong dan perlu memerlukan ..ibarat aur dengan tebing...ibarat satu kapal satu nahkoda...apalah guna bunga tanpa haruman dan apalah guna irama tanpa lagu..berkasih sayanglah...umpama kasih Adam dan Hawa ...percaya mempercayai...wujudkan perpaduan ukwah yang kental dalam menguruskan sekolah dan melaksanakan program yang dirancang...marilah kita menjadi umpama bulan dan matahari pada anak didik yang sentiasa menerang dan memanas diwaktu detik dan ketika yang sesuai...guru tetap menjadi penyuluh...kita tak mahu..murid kita umpama..bunga kembang tak jadi



Tahun 2010 kita akan memberikan tumpuan kepada usaha mencapai hasrat dan cita-cita bagi dihadiahkan pada murid yang masih dahagakan kecemerlangan walaupun dalam serba kekurangan peruntukan.Bagi merialisasikan hasrat itu kita mesti.









Cepat merancang bagi mencapai 4 bidang utama dengan menggunakan tiori-tiori dalam Blue Ocean Strategi.,Kepimpinan 360 Darjah dan lain-lain ilmu kepimpinan yang telah diberi dan didapati disamping pengalaman sedia da...Akademik,Ko-kurikulum,Kemenjadian Murid dan Pengurusan dan Kepimpinan





Merialisasikan Gagasan 1 Malaysia terutama dengan memahami nilai-nilai murni dan nilai aspirasi yang terdapat didalamnya.Pemimpin perlu membantu anak buah memahami dan membawa mereka bagi melaksanakan.Disamping memantapkan kefahaman di kalangan murid melalui kepelbagaian aktiviti





Mencapai kecemerlangan akademik samada bagi mata pelajaran peperiksaan mahupun bukan peperiksaan melalui penggunaan Head Count yang lebih mantap dan menyeluruh.Tingkatkan kelulusan keseluruhan, kualiti mata pelajaran dan GPS





Ko-kurikulum sebagai asas pemekasaan disiplin dan mengamalkan adab/tatasusila perlakuan hidup disamping memantapkan pelaksanaan Slogan Budi Bahasa Budaya Kita sebagai budaya sekolah dan luar sekolah





Perkukuhkan pengurusan kewangan, pembangunan dan pengurusan sekolah dengan meningkatkan peratusan dan pencapaian SKPM .Tingkatkan ranking sekolah .Bia'ah Pengetua dan Guru Besar merupakan suatu yang amat penting dilaksanakan mengikut ukuran standard yang ditetapkan bagi melonjakkan tahap kepimpinan dan ranking sekolah.





Melaksakan penyelidikan bagi meningkatkan inovasi dan kreativiti dalam pengurusan, aktiviti murid dan PnP..melibatkan semua peringkat murid dan guru serta pentadbir.Disamping meningkatkan penggunaaan pemikiran kritis dengan menggalakkan aktiviti penggunaan minda berkualiti





Memahami prinsip asas NKRA dan NKPI KPM serta melaksanakan bagi melahirkan imput dan outcome pada tempoh masa yang lebih cepat dari yang di tetapkan oleh kerajaan.Semua guru mesti terlibat dalam pelaksanaanya melalui aktiviti yang sesuai bagi semua matapelajaran yang melibatkan murid Prasekolah,LINUS.Disamping murid yang masih gagal 3m dan Pendidikan Khas serta pemulihan terus diberikan penumpuan agar mereka terus terbela.





Menjadikan persekitaran luar dan dalam sekolah lebih selesa dan bermakna untuk pembelajaran murid di samping memantapkan 3K





Mempastikan matlamat PIPP tercapai seperti yang dicadangkan.





Memantapkan pengurusan dan pentadbiran jabatan sebagai persediaan mencapai Visi Jabatan Cemerlang pada 2011 dalam semua bidang


Sebagai penutup kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memungkinkan jabatan dan sekolah kita boleh bergerak..duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan jabatan -jabatan lain di Labuan dan JPN lain. Semuga 2010 akan lebih cemerlang dan marilah kita sama-sama mengharungi cabaran dan rintang ..onak dan duri ...yang mungkin mendatangi kita semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita kepada anak bangsa dan pelanggan .Insaallah saya akan tetap dan terus mencari jalan menjaga kebajikan semua warga pendidik di Labuan .Maaf sekita dalam tempoh setahun lalu ada yang menyebabkan terasa hati atau tersentuh perasaan samada melalui perkataan ataupun perbuatan.Selamat menjalankann tugas dengan azam cemerlang.



Sekian, terima kasih

Daripada Blog Pengarah Pelajaran W.P Labuan

Tuesday, January 5, 2010

PERKONGSIAN BLOG AKILZ: PUNCA GEMPA BUMI

Kita sebagai umat yang beriman mesti yakin dan percaya bahawa setiap kejadian dan apa yang berlaku merupakan antara tanda yang membuktikan kekuatan dan kekuasaan Allah. Manusia tidak mampu memberi manfaat apatah lagi mendatangkan kemudharatan kepada orang lain kerana hanya Allah sahaja yang mampu melakukannya terhadap makhluk ciptaanNya. Kita juga yakin bahawa ada antara punca turunnya sesuatu bala atau bencana termasuk petir yang kuat, banjir besar, ribut taufan, gempa bumi, tsunami ke atas umat manusia disebabkan oleh kesalahan mereka sendiri.
Antaranya sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali Karramallahu wajhah di mana katanya bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : " Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu" :

1. Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan

3.Zakat dijadikan hutang

4. Suami menurut sahaja kehendak isteri

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Sedangkan anak tadi dalam masa yang sama terlalu mementingkan kawannya

7.Anak juga menjauhkan diri daripada bapanya

8. Suara sudah ditinggikan dalam masjid (berbual kosong tentang keduniaan)

9. Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina di antara mereka

10. Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya

11. Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat

12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki

13. Para artis disanjung tinggi

14. Muzik banyak dimainkan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (mencaci) generasi pertama (para sahabat nabi dan ulama')

Maka pada ketika itu mereka bakal ditimpa oleh angin merah atau gempa bumi atau diubah keadaan mereka menjadi makhluk lain (seperti kera, babi dan sebagainya)
Dicatat oleh *aaishah* di 20:49 0 ulasan
Label: Teladan untuk semua

SELAMAT MENJADI WARGA SMK LAJAU

Selamat datang kepada murid dan guru baru ke SMK Lajau, W.P Labuan dan selamat menjadi warga SEMELA. Warga sekolah mengalu-alukan kehadiran kalian. Semoga kehadiran kalian akan menjadi kenangan manis dalam pembelajaran dan perkhidmatan di sekolah ini. Semoga SEMELA terus cemerlang, menjadi sekolah terbaik Tahun 2010!