Thursday, December 31, 2009

KUNJUNGAN PENGARAH PELAJARAN W.P LABUAN KE SMK LAJAU

Y.Bhg Pengarah Pelajaran W.P Labuan meluangkan masa berharga beliau untuk berkunjung ke SMK Lajau pagi tadi, jam 9.45 pagi bertemu mesra dengan warga guru SMK Lajau. Beliau meluangkan masa satu jam lima belas minit ubtuk merakamkan ucapan tahniah kepada warga sekolah ini yang melonjak dalam PMR 2009, serta menyampaikan amanat beliau pagi ini. Beliau berharap warga guru sekolah ini meneruskan tugas murni sebagai guru mendidik anak-anak sekolah ini. Beliau sempat secara langsung melalui internet membacakan saranan beliau dalam Facebook beliau (Zaki Mohd)...Sila layari FB beliau untuk maklumat terperinci.

Pengetua dan warga SMK Lajau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan Pengarah Pelajaran ke sekolah ini.

Wednesday, December 30, 2009

MESYUARAT PROFESIONAL GURU SMK LAJAU 1/2010

Kepada rakan guru SEMELA jangan lupa esok, 31 Disember 2009 Mesyuarat Profesional Guru Bil.1/2010 di Bilik Semarak bermula jam 8.00 pagi.Pakaian esok, batik kemas. Jam 9.30 pagi Pengarah akan singgah bertemu dengan warga guru SMK Lajau dalam perjalanan beliau ke Pusat Kokurikulum meninjau projek fizikal di sana. Warga SMK Lajau mengalu-alukan kehadiran Pengarah, semoga kehadiran Pengarah esok menyuntik semangat awal tahun 2010.

Esok jangan lupa bawa baju T untuk gotong-royong selepas mesyuarat.....Kita doakan adik kepada Cikgu Rizah Raundah yang koma sekarang akan kembali pulih, kepada Cg Rizah Pengetua memberi pelepasan menghadiri mesyuarat untuk bersama adik cikgu yang sedang koma. Kepada rakan-rakan yang belum sempat ke rumah Cg Nurul Naziha yang masih dalam kesedihan kehilangan anak tersayang, selepas gotong-royong bolehlah ke rumahnya esok atau hari berikutnya....

Sunday, December 27, 2009

AL-FATIHAH KEPADA ANAK CG NURUL NAZIHA YANG KEMBALI KE RAHMATULLAH MALAM TADI

Seluruh warga SMK Lajau mengucapkan takziah kepada cg Nurul dan keluarga yang kehilangan anaknya tersayang yang meninggal dunia malam tadi di Kuala Lumpur. Jenazahnya selamat disemadikan di Perkuburan Islam Kg Sg Labu tengah hari tadi. Beberapa rakan guru/staf serta Pengetua SMK Lajau sempat menziarahi tengah hari/petang ini. Kepada cg Nurul, banyakkan bersabar menghadapi dugaan ini, semoga roh arwah dicucuri Rahmat-Nya. Al-Fatihah daripada warga SMK Lajau.

Thursday, December 24, 2009

KEPUTUSAN PMR SMK LAJAU MELONJAK 14.57%

Peratus Kelulusan keseluruhan PMR SMK Lajau 2009 melonjak 14.57% berbanding pencapaian tahun 2008. Tahniah kepada seluruh warga SMK Lajau atas komitmen dan usaha serta semangat kesatuan hati, berkat doa seluruh warga sekolah, dengan izin Ilahi, kita syukuri pemberian-Nya ini. Walaupun hanya seorang yang mendapat straight A.Tahniah kepada NNur Sakinah bt Matnor.Kejayaan ini hadiah kepada warga sekolah, Pengarah JPN Labuan/KS JPN Labuan/Pegawai-pegawai JPN Labuan/ibu bapa/masyarakat Labuan yang kita kasihi. 3 calon mendapat 7A,1B; 1 0rang 7A,1C;4 orang mendapat 6A,2B; 1 orang 5A,3B.
Pencapaian GPS juga menunjukkan pencapaian menggalakkan daripada 3.31 kepada 2.85.

Terima kasih semua.

Teruskan usaha adik-adik calon PMR 2010.

Wednesday, December 23, 2009

KEPUTUSAN PMR 2009

Debar terakhir pagi ini kepada seluruh warga SMK Lajau kerana keputusan PMR akan diumumkan sebentar lagi. Sama-sama berdoa sekolah kita cemerlang PMR, harapan semua ada peningkatan peratus kelulusan dan straight A. Pengetua akan ke JPN sebentar lagi......

Saturday, December 19, 2009

KEPUTUSAN PMR 24 DISEMBER 2009 (KHAMIS)

Keputusan PMR 2009 akan diumumkan pada 24 Disember 2009 (Khamis). Calon PMR SMK Lajau boleh mendapatkan keputusan masing-masing selepas jam 10.00 pagi di Bilik Semarak, SEMELA. Sama-sama berdoa semoga PMR tahun ini bagi SMK Lajau cemerlang. Kepada semua guru sekolah ini yang berada di Labuan, jemputlah datang beramai-ramai....

Wednesday, December 9, 2009

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN SPM DAN STPM PELAJAR SMK LAJAU

Selamat meneruskan perjuangan menjawab soalan-soalan peperiksaan SPM dan STPM kepada semua calon dari SMK Lajau serta calon seluruh Labuan dan seluruh Malaysia.Kepada pejuang SPM dan STPM, kami warga guru/staf sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang kalian. Semua pejuang SEMELA teruskan perjuangan dengan menjadikan perkataan SEMELA (Sekolah Menengah Lajau) untuk dijenamakan semula sebagai"SEDERAP MELUNCUR LAJU"

Untuk kertas-kertas terakhir ini, jawablah dengan tenang,betul, yakin, dan bersemangat demi maruah diri, keluarga, masyarakat, sekolah dan Wilayah Persekutuan Labuan tercinta ini. Sama-samalah berdoa untuk kejayaan kalian.

BENGKEL MODERASI PENCERAMAH INDUKSI DI KK

Pengetua SMK Lajau bersama-sama rakan pengetua, guru besar, guru-guru, pembantu tadbir serta pegawai JPN Labuan mengikuti Bengkel Moderasi Penceramah Induksi di Hotel Baverly Kota Kinabalu dari 7 - 10 Disember 2009. Penceramah bengkel ini ialah Tuan Haji Mohamad Nor dari Jabatan Pelajaran Perak, mewakili KPM, manakala pengurus bengkel ialah En Awang Hadi Tuah, Ketua Unit Latihan JPN Labuan. Turut hadir ialah Ketua Sektor Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan En Salekhan. Majlis penutupan akan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan, En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof pada pagi 10 Disember 2009.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal penceramah Induksi JPN Labuan bagi sesi 2010 kepada Kumpulan 1 dan Kumpulan 2. Peserta bengkel mendapat manfaat daripada bengkel ini menerusi ceramah, perkongsian, juga setiap peserta diminta membuat pembentangan kumpulan dan individu sepanjang bengkel yang berlangsung sehingga ke sebelah malam. Peserta bengkel kelihatan bersemangat mengikuti bengkel dan perkongsian dengan penceramah yang mempunyai kepakaran mengendalikan bengkel seumpama ini.

Friday, December 4, 2009

DI KLIA:SEDIKIT CATATAN TENTANG PEMANDU TEKSI

Tengah hari ini aku ke KLIA dari SUMMIT H Subang Jaya, dengan menaiki teksi ke sana. Baru hari ini apabila aku naik teksi ke KLIA, pemandunya dalam lingkungan 30-an menggunakan meter dari hotel. Semalam kutanya pemandu di hadapan Summit, RM80.00 kata pemandu itu tanpa meter, katanya balik kosong, itu alasan bertahun yang kita dengar.

Kali ini pemandu teksi yang mempunyai 4 anak, yang tua Tahun/Darjah 5 sahaja.Kulihat kejujurannya amat luar biasa. Kalaulah semua pemandu teksi KL seperti beliau memang aman Malaysia, imej kita pada mata pelancong harum semerbak. Dengan pengalaman 10 tahun memandu teksi, sudah ada permit sendiri setelah 4 kali memohon/merayu permit akhirnya dapat. Pada aku kerajaan patut bagi lesen kepada pemandu seperti ini, sekali mohon boleh beri permit. Permit untuk syarikat cukuplah dulu buat masa ini, kerana rata-rata pemandu teksi yang menyewa syarikat merungut bertahun-tahun.agi satu pengeluaran permit harus dikawal, takut nanti teksi lebih banyak daripada penumpang teksi.

Tahniah kepada pemuda bernama Aman, semoga rezeki halalmu mendapat keberkatan Ilahi untuk keluarga, anak-anak berjaya dalam pelajaran. Kalau menggunakan meter ke KLIA tak sampai RM60.00 pun campur bayaran tol, bonet belakang dan panggilan radio dalam RM52.00. Kuhulurkan secara ikhlas RM70.00 (lebih sikit bukannya banyak sangat pun)mengenangkan kejujuran pemandu teksi ini yang patut dicontohi pemandu lain.Sebenarnya penumpang lain pun sependapat denganku, mereka tidak kedekut memberi tambang lebih tetapi SYARATNYA bukan pemandu teksi yang buka mulut dulu, "KLIA RM80.00, KLIA RM90.00!!! dsb, alasan balik kosong tak boleh pakai. Harap kerajaan selesaikan "pencekik darah" pemandu teksi di Hentian Puduraya yang suka-suka minta harga tidak munasabah, ada ke Keramat, contohnya: siang buta RM40-80, mana ada munasabahnya, sejak kerajaan naikkan tambang teksi Ogos lalu, pada perkiraanku hanya dalam belasan ringgit sahaja.

Kerajaan tolonglah anak-anak remaja, makcik pakcik yang baru sampai dari kampung ditipu bulat-bulat, lainlah macam yang sudah biasa, hanya naik teksi yang lalu bukan yang tunggu (walaupun yang tunggu ada yang jujur) semua terpalit sama. Apa susahnya, buat sahaja sistem kupon seperti KL Sentral,KLIA, Hentian Duta dan tempat lain, semua senang, penumpang puas hati, pemandu pun tak tertekan, biarpun panjang beratur. Hairan juga kenapa kerajaan tidak laksanakan sistem kupon du Pudu Raya, apa masalah agaknya???Kutanya pemandu teksi sendiri mereka tidak suka "main" di sana pun, ... takut nama buruk walaupun guna meter.

Minta maaflah kalau catatanku ada yang terasa..........Lagipun cadanganku,penguatkuasaan JPJ ke LPKP ke mesti berterusan dan bukan bermusim, pakailah pakaian biasa menyamarlah sikit, bukan letak kereta dengan logo, lengkap beruniform, memanglah pemandu teksi bertukar jadi "baik" sekejap...tiada operasi balik asal. Kalau susah sangat buat sahaja pondok kat stesen Pudu Raya, tak guna meter terus cekup! Gantung/tarik permit. Buat penguatkuasaan tu merata-rata tempat, serentak,kalau satu negara lagi baik, siang malam...Rasanya pemandu teksi tak jujur tak ada ruang nak lari, mana tida, sana JPJ, sini LPKP, sana sini ada sahaja...Kalau tak percaya buat penguatkuasaan selama setahun berterusan, selesai masalah!

CATATAN: SAMSA HARRIS, KLIA 3.12.09 Dari blog SM

KEBERHASILAN SEKOLAH MENENGAH LABUAN

Mencapai Visi



Pencapaian Cemerlang PMR,SPM dan STPM..penggunaan Headcount yang berkesan


Kemahiran Asas 3M dan Tapisan Pelajar Tingkatan 1



Kesungguhan Menyediakan Penilaian Berkualiti



Pemantapan Kokurikulum Sebagai Asas Peneguhan Displin



Kemenjadian Murid dan Penglibatan PIBG



Pengurusan Sumber Manusia(Guru dan Staf)



Pengurusan Kewangan dan Pembangunan(Audit)



Penguatkuasaan Penyediaan dan Penggunaan Buku Rekod Mengajar Guru



Penguatkuasaan Mengemaskini Buku Rekod Perkhidmatan



Penambahbaik Program 2009



Perbanyakan R& D , Inovasi dan Kreativiti dalam P&P ,Kokurikulum dan Pentadbiran

Sumber: Blog Pengarah Pelajaran Labuan
Bacaan Warga SMK Lajau, Labuan

Monday, November 30, 2009

PENGETUA SMK LAJAU MENGHADIRI PERSIDANGAN TINGKATAN 6 DI SUMMIT HOTEL SUBANG JAYA

Pengetua SMK Lajau menghadiri Persidangan Tingkatan 6 di Hotel Summit bersama-sama Cikgu Felecia E. Jainol serta guru dari SMK Labuan Puan Noritah@Noraini bt Madina, juga pegawai Sektor Akademik JPN Labuan En. Nuzie. Persidangan berlangsung dari 30 November hingga 3 Disember 2009. Pengetua SMK Lajau bertemu dengan sahabat-sahabat lama seperti rakannya semasa belajar di USM, Sdr Asris. Ali, Sdr Jawahir, Pengetua SMK Raja Abdullah Kuala Lumpur serta sahabat karibnya Sdr. Selamon Kosrin, sahabatnya semasa belajar di Tingkatan 6 di SM Dato' Seri Amar Diraja Muar pada tahun 1977/78 dulu, yang kini bertugas di Bahagian Sekolah Harian, KPM, juga Sdr Jamal, sama-sama di KPM dulu, sekarang di BSH, KPM.

Semoga persidangan ini memberi manfaat kepada warga SMK Lajau. Kepada pelajar STPM SMK Lajau diucapkan selamat menduduki STPM, semoga cemerlang.
Dicatat oleh SMK LAJAU, W.P Labuan di 15:55

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada warga SMK Lajau, W.P Labuan dan seluruh umat Islam di seluruh pelosok dunia.

Daripada Pengetua dan warga SMK Lajau

KENANGAN KEMBALI KE PULAU IMPIAN

Sudah bertahun aku mengabdikan diri kepada kapal Durian Tunjung, sebuah kapal perdagangan milik rakyat tempatan. Sebuah kapal dagang yang telah menyusur lautan dan teluk seluruh pelosok dan ceruk dunia, lautan mana yang tidak diredah, telukan mana yang belum dituju, pelabuhan mana yang tidak disinggahi. Aku bukanlah kapten kapal Durian Tunjung, aku bukanlah kelasi kapal, aku hanya seorang jurukimpal kapal ini. Sudah bertahun aku lakukan kerja ini, aku sudah masak benar dengan setiap sudut dan perut kapal. Kerjaku tidaklah sesusah mana, kadangkala hampir seminggu aku duduk makan tidur sahaja, bukan banyak yang hendak dikimpal, kalau adapun anak buahku boleh menyelesaikannya, tidak perlu pun merujuk kalau perkara kecil.

Petang ini kami akan berlabuh di Pelabuhan Changi, Singapura. Rasanya tidak jauh daripada Pulau Impian, pulau tempat kelahiranku yang kutinggalkan hampir setahun lalu kerana kapal kesayangan kami Durian Tunjung ini belayar jauh ke pelabuhan-pelabuhan di Eropah. Serasa ternampak-nampak Pulau Impian, pulau kesayangan kami. Seronoknya nanti kami akan kembali ke Pulau Impian. Pulau Impian yang melahirkan aku, Pulau Impian yang membesarkan aku, Pulau Impian yang menjadi guru kehidupanku.Aku sangat menyayangi pulauku ini, pulau yang menzahirkan makna kehidupanku di alam penuh cabaran ini.

Terbayang zaman aku semasa kecil di sebuah perkampungan nelayan yang dipanggil orang Arulajau. Betapa seronoknya aku bermain-main di pasir pantai bersama teman sebaya, mandi laut tak berbaju. Terbayang wajah ayah mencuka apabila aku pulang lewat senja, leteran ibu yang menjadi halwa telinga, mereka amat menyayangi aku. Maklumlah aku anak tunggal mereka. Siapa tidak sayangkan anak tunggalnya, akulah sahaja anak mereka, tidak dua tidak tiga. Aku tiada kakak, aku tiada abang, aku tiada adik. Kadangkala iri hati juga melihat kawan-kawanku yang mempunyai ramai adik-beradik, riuh-rendah suara mereka, sedangkan aku hanya berseorangan di rumah. Mungkin juga ada sedikit rasa kurang puas hati, semacam protes, menjadikan aku terlalu manja, malas melakukan perkara-perkara seperti membaca.

Terbayang zaman aku bersekolah di SK Arulajau, terbayang-bayang semasa bersekolah menengah di SMK Arulajau. Masih terdengar-dengar di telingaku ketika pengetua sekolah dengan tegas tetapi lembut menasihati kami supaya memilih jalan hidup yang betul, belajarlah bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga, usah biarkan putaran kemiskinan membelenggu hidup kami. Ada benar pada kata pengetua berambut pendek yang berusia separuh abad ketika itu, kami sangat menghormatinya kerana ketegasannya mengawal kami, anak remaja yang sedang mencari identiti diri ketika itu. Marahnya pada tenungan matanya yang tajam yang amat kami geruni. Teringat aku ketika di Tingkatan 4, seharian aku "mengarang" di biliknya kerana gagal menyiapkan karangan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu kami. Aku anggap pelik betul perangai pengetua kami itu. Sehingga jam 5.00 petang aku "mengarang" di biliknya dengan tajuk yang ditetapkan bertajuk "Masa Depanku Bukan Kerana Untung Nasib", entah macam mana ideaku mengarang amat luar biasa hari itu, entah kerana takut, entah kerana terpaksa, entah kerana apa aku pun tidak pasti, yang pasti aku boleh menulis hampir habis sebuah buku latihan karanganku. Beliau selamba sahaja sambil membuat kerja-kerja di mejanya. Lewat petang, dengan suara tegas katanya, "Sudah, siapkan perenggan akhir, buat kesimpulan karangan kamu, saya beri masa lima minit, lepas itu tinggalkan buku kamu di atas meja saya, lepas itu ikut saya."

Aku menyiapkan perenggan akhir karanganku, masih kuingat apa yang kutulis, antaranya, "saya ingin menjadi manusia berguna yang tidak bergantung kepada untung nasib seperti sabut di tengah lautan, saya ingin berubah, saya mahu berhenti sekolah di SMK Arulajau, saya ingin masuk ke Pusat Giatmara, bukan kerana membenci cikgu-cikgu dan pengetua tetapi saya ingin belajar menjadi jurukimpal. Jumpa lagi tuan pengetua, restukan saya mencapai cita-cita ini." Selesai menulis karangan itu lalu dengan hormat aku letakkan di atas meja pengetua seperti yang dipesannya. Dalam hatiku tertanam azam untuk meninggalkan SMK Arulajau bukan kerana bencikan pengetua tetapi kerana ingin membuktikan hasrat hati, kerana aku teringat kata-kata pengetua dalam perhimpunan rasmi minggu sebelumnya, "Sesiapa yang tidak berminat belajar akademik di SMK Arulajau, dengan hormatnya pergilah bersekolah di Giatmara yang mengajar pelbagai kemahiran untuk hidup, saya akan sokong permohonan kamu!"

Petang itu aku dihantar ke rumah oleh pengetua dengan kereta barunya sebuah kereta jenama tempatan. Ingatkan aku kena menapak balik ke rumah. Beliau menghantar aku hingga ke rumahku. Sesampainya aku di rumah, babah dan mama menunggu dengan senyuman penuh makna, mereka mengucapkan terima kasih kepada pengetua kerana menghantar aku hingga ke rumah. Aku menyalami dan mencium tangan pengetua serta babah dan mama, minta izin naik ke rumah. Pengetua berbual-bual dengan kedua-dua orang tuaku. Dalam perbualan mereka, barulah aku tahu pengetua terlebih dahulu telah menelefon babah sebelum menahanku di biliknya. Dan yang paling mengejutkan aku apabila pengetua berkata, "Mulai esok Mat tak perlu bersekolah lagi di SMK Arulajau, kerana saya telah aturkan dengan pengurus Giatmara untuk Mat belajar di sana, dia sangat berminat dengan kerja-kerja kemahiran" Di atas rumah, aku seolah-olah ingin melonjak sampai ke siling rumah, lepaslah aku dari terpaksa belajar macam-macam mata pelajaran yang tidak pernah menarik minatku. Rasa nak peluk pengetua ketika itu. Aku sempat melambai-lambaikan tanganku dari tingkap ketika pengetua memandu kereta meninggalkan laman rumahku.

Ah!.... itu kenangan dua puluh tahun silam. Masih hidupkah pengetua yang berjaya mengubah untung nasibku menjadi pengimpal kapal. Tindakannya menjadi titik mula kehidupanku mengelilingi dunia walaupun lautan menjadi sebahagian daripada rumahku. Terima kasih pengetua, keikhlasanmu membuatkan aku sentiasa mengenangmu hingga kini. Kuharap dapat berjumpa denganmu, agar aku dapat memelukmu nanti. Pelabuhan Changi bukannya jauh sangat dengan Pulau Impian. Rasa rinduku makin membuak, pada Pulau Impian, tanah kelahiran, kepada babah dan mama yang lama tidak aku temui, kepada kawan-kawan yang lama kutinggalkan.

Walaupun menjadi pengimpal kapal tidaklah se"glamour" kapten kapal atau kelasi yang lain, tetapi cukup mengajarku pengalaman hidup yang amat berguna, tidak pernah menyangka aku akan belayar jauh ke serata dunia, hampir setiap pelabuhan di dunia telah aku kunjungi, berkat "mengarang" di bilik pengetua dulu. Berkat doa pengetua, berkat doa babah dan mama. Aku masih seperti dulu, anak Pulau Impian yang memegang prinsip hidup, tidak pernah aku melupakan asal-usul, tidak pernah aku tinggalkan solat meskipun ketika berada di tengah lautan. Dengan gaji yang boleh dikatakan agak lumayan, aku sentiasa ingat untuk mengirimkan kepada babah dan mama apabila singgah di mana-mana pelabuhan. RM15500.00, dengan makan tanggung, pakaian seragam disediakan, orang bujang seperti aku masih dapat menyimpan sebahagaian besar gajiku. Masih ingat ketika aku berlabuh di Pelabuhan Amsterdam, Belanda lima bulan lalu, aku membuat kiriman wang untuk Perpustakaan Arulajau sebanyak RM10,000.00. Bukan aku ingin berbangga dengan sedikit sumbanganku itu, setidak-tidaknya bolehlah pihak sekolah membeli buku-buku baru untuk pelajar-pelajarnya yang jumlahnya kini mencecah 1000 orang, hanya sedikit sumbanganku yang kurasa tidakpun setimpal dengan jasa warga guru dan pengetua yang mendidikku dengan makna sebenar kehidupan.

Aku masih teringat ketika babah dan mama yang kurang bersetuju apabila aku menyatakan ingin mengikuti pengajian di ILP dalam bidang kimpalan, kata mereka kerja itu sangat kasar dan berisiko, puas kupujuk mereka, susah benar untuk meyakinkan mereka. Akhirnya dengan bantuan pengetua SMK Alulajau, mereka akur dengan kehendakku, maklumlah aku anak tunggal babah dan mama. Aku begitu terhutang budi kepada pengetua itu. Begitu juga ketika aku ditawarkan mendalami bidang kimpalan di Korea dulu, jasa pengetua itu tidak dapat kubalas budi baiknya. Beliau telah memujuk babah dan mama untuk mengizinkan aku belajar di Korea, tiga bulan aku di Korea, sekembalinya aku ke Pulau Impian, satu lagi masalah timbul apabila aku memberitahu babah dan mama aku akan mengikuti pelayaran dengan Kapal Durian Tunjung sebagai pengimpal dalam latihan. Sekali lagi pengetua yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupku meyakinkan babah dan mama aku belayar untuk mencari rezeki halal, dan dapat juga meluaskan pengalaman melihat negeri orang. Babah dan mama dengan berat hati melepaskan aku pergi dengan iringan doa dan pesan, "jaga diri baik-baik nak, jangan tinggalkan solat, jangan minum minuman keras dan berhati-hati dalam pergaulan, ingatlah babah dan mama jika ingin melakukan sesuatu yang tidak pasti." Begitu juga pesanan yang hampir serupa disampaikan oleh pengetua SMK Arulajau.

Pelabuhan Changi sudah terlalu hampir dengan Pulau Impian.Rinduku kepada Pulau Impian makin menebal, rinduku kepada babah dan mama makin mencengkam, rinduku kepada pengetua SMK Arulajau yang kini sudah bersara begitu menyengat. Masih hidupkah dia kerana sudah agak lama tidak menghubunginya, maklumlah dalam kesibukanku di perut Kapal Durian Tunjung, begitu lama aku tidak membuka e-mailku atau membuka blog peribadi bekas pengetua SMK Arulajau. Dulu blognya memang menjadi kegemarannku untuk membaca jalur fikiranya yang kutafsirkan amat luar biasa dan serasi dengan remaja sepertiku yang lebih suka melakukan pembelajaran menggunakan tangan atau tulang empat kerat, kurang menggunakan minda tetapi lebih suka akan kemahiran tangan, memang pantas tanganku bekerja mengimpal tetapi kalau disuruh membaca buku, memang aku paling malas, yalah buku sejarah ke buku sastera ke, buku geografi ke buku bahasa Inggeris ke, memang membosankan, sampai bila pun tak akan habis kubaca, aku lebih suka bercakap sambil tangan membuat kerja. Aku belajar bahasa Inggeris pun melalui pergaulanku dengan pelancong yang datang ke Pulau Impian, agak fasih juga aku bercakap Inggeris. Sekarang apa lagi lancar macam air kerana ramai pekerja Eropah yang tidak tahu berbahasa Melayu, tetapi kalau disuruh menulis memang aku tidak berapa mahir... Terima kasih pengetua "pelik" yang berjaya mendorongku belajar kemahiran di Giat Mara, seterusnya ke ILP dan aku berpeluang belajar di Korea dan berpeluang mengelilingi dunia dengan Kapal Durian Tunjung. Walaupun aku bukan tergolong pelajar pintar tetapi kerana motivasi yang diberikan oleh pengetua dan guru-guruku mendorong aku bertukar arah daripada susah-susah belajar bermacam-macam mata pelajaran kepada satu bidang kecil yang lebih berfokus, aku bangga dengan pekerjaanku sekarang kerana kemahiranku mengatasi kebolehan seorang jurutera kapal kerana aku melakukan sendiri kerja-kerja kimpalan itu sedangkan jurutera itu hanya tahu mengarah sahaja, buat itu buat ini.

Aku amat berterima kasih kepada guru-guruku, sahabat-sahabatku serta pengetua bermisai tebal itu yang telah memberikan aku semangat yang hebat hingga membolehkan aku menjadi seperti aku pada hari ini, yang berani bertarung di tengah Lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Lautan Hindi, Lautan Andaman, apa lagi Lautan China Selatan atau Selat Sunda dan Selat Melaka. Pengalaman hidup ini akan aku kongsikan dengan rakan-rakan yang masih menetap di Pulau Impian, dengan pelbagai jenis pekerjaan itu. Kalau ada yang berminat menjadi jurukimpal macam aku akan aku tunjuk ajarinya sampai pandai atau lebih pandai daripadaku.

Tidak lama lagi kapal kami akan belayar lagi menuju Pulau Impian, pulau kesayanganku, pulau yang menjadi kampung halamanku sejak aku mengenal dunia lagi. Ah! Rindunya kepada Pulau Impian yang sentiasa bermukim dalam kotak fikiranku selama-lamanya. Kapal kami belayar menuju destinasi yang pasti.

Nampak berbalam-balam Pulau Impian pada mataku yang digenangi air mata rindu serindu-rindunya aku kepadamu pulauku....
Posted by SAHAR MISRON at 6:06 AM

Saturday, November 21, 2009

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BERJUANG CALON SPM/STPM

Selamat bercuti kepada seluruh warga SMK Lajau yang memulakan cuti hujung tahun hari ini. Kepada para pejuang SPM/STPM selamat berjuang semoga berjaya menaikkan imej sekolah dengan cemerlang dalam SPM/STPM 2009, juga PMR tahun ini.

Terima kasih kepada Puan Dona Undoh, PK 1 serta rakan-rakan PK lain yang menjalankan tugas pengetua sementara ini kerana pengetua menghadiri konvo anaknya di ATMA UPNM UITM, JB serta bercuti Raya haji. Selepas ini puan dan rakan-rakan pula cuti pengetua pula bertugas selepas raya haji nanti.

Kepada warga SMK Lajau jaga keselamatan dan kesihatan, maklumlah musim hujan ini, banjir pulak nanti....

Saturday, November 14, 2009

MALAM SEMARAK KASIH SMK LAJAU

MALAM SEMARAK KASIH SMK LAJAU DI DEWAN SHELL, LABUAN MERIAH. Hampir seluruh warga guru dan staf SMK Lajau hadir dalam majlis malam tadi 14 November, tahniah kepada Pengerusinya Sdr Hamka Mat Daud. Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron sempat bersama-sama pada akhir majlis, kerana baru tiba dari KLIA dan sempat menyampaikan ucapan ringkas. Dengan tema satu Malaysia, warga SMK Lajau bergambar kenangan pada akhir majlis. Gambar akan diupload kemudian setelah mendapat gambar dari Pn. Nurfiah dan Ust Zahari. Terima kasih kepada suami Pn. Vera Biusing yang membolehkan majlis diadakan di Dewan Shell.

Tuesday, November 10, 2009

PENGETUA SMK LAJAU JALANI UJIAN KECERGASAN

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron bersama rakan-rakan kursus KKPP di IAB Induk menjalani ujian kecergasan di Gynasium IAB petang semalam 9.11.09. Syukur tahap kecergasan masih lagi dalam keadaan baik dan sihat, cuma beliau kena mengurangkan berat badan di bawah 70 kg, seelok-eloknya 67 kg, kena turunkan hampir 10 kg, kena banyakan exercise nampaknya, kena diet nampaknya, kurangkan makan nasi ya. Kesihatan perlu dijaga. Setiap pagi berjalan sejauh lebih 3 km adalah senaman yang baik.

Semoga warga SMK Lajau pun dalam keadaan sihat semuanya supaya dapat mendidik anak-anak SEMELA tanpa gangguan.

Sabtu nanti warga SMK Lajau akan mengadakan jamuan akhir tahun di Club Shell, Labuan, makan banyak-banyak lepas tu banyakkan senaman seperti berjogging atau berjalan.

Sunday, November 8, 2009

HUJUNG MINGGU PENGETU di iab, genting highlands

Hujung minggu pengetua SMK Lajau, Labuan di IAB, Genting Highlands dipenuhi dengan melayari internet mencari bahan untuk tugasan, Terasa sunyi di sini kerana hanya 4 peserta yang tidak pulang. Selain itu, bersembang-sembang tentang pendidikan juga tak lupa sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, tambah berat badan nampaknya. Rindu juga kat isteri dan anak-anak di Labuan, adat berjauhan kan? Seminggu lagi bukan lama. Teringat juga kat SMK Lajau yang sudah macam rumah kedua pengetua.... Hujung minggu depan pulang ke Labuan, InsyaAllah.

Petang minggu ada peserta baru masuk ke Asrama Eksekutif, pengarah politeknik dan kolej komuniti. Dengar khabar seorang peserta dari Kelantan meninggal dunia dalam perjalanan ke IAB untuk kursus, Al-Fatihah.

Friday, November 6, 2009

SYARAT KEMASUKAN KE IPTA SESI 2009 UNTUK CALON SPM, DAN STPM

Asas Penggunaan 10 % Markah Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan Ke IPTA Sesi 2009 Bagi Calon-Calon SPM, STPM dan STAM
Dengan hormatnya Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006 berhubung dengan perkara tersebut adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, mulai tahun 2008, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) diberi tanggungjawab untuk merumuskan kaedah permarkahan kokurikulum bagi calon-calon yang menduduki SPM, STPM dan STAM yang memohon untuk menyambung pengajian ke IPTA. Keputusan markah yang disediakan oleh pihak sekolah hendaklah dihantar terus secara on line mulai 17 Disember 2008 kepada Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK), KPM. Justeru, pihak sekolah diberi tanggungjawab penuh untuk mengira dan menentukan markah kokurikulum calon-calon tersebut sama ada dari segi keesahan dan kebolehpercayaannya.

3. Sehubungan itu, seperti tahun-tahun sebelumnya KPM dengan kerjasama JPN dan PPD telah/akan mengadakan sesi penerangan semula di semua peringkat melibatkan Pengurusan Tertinggi KPM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Wakil-wakil Kesatuan Guru.

4. Oleh itu, kerjasama dan jasa baik YBhg Dato’ /Datuk/Tuan /Puan untuk menyampaikan maklumat ini kepada semua Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Menengah di negeri masing-masing. Pihak sekolah diminta supaya mengambil kira perkara-perkara berikut:


Markah hendaklah disedia dan dihantar sebelum 15 Januari 2009.
Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2009 jumlah markah yang dikira adalah himpunan markah (CGPA) bagi empat tahun terakhir (2005, 2006, 2007 dan 2008 ).
Salinan cetakan markah calon SPM, STPM dan STAM hendaklah dihantar ke JPN melalui Pejabat Pelajaran Daerah untuk tujuan pemantauan dan semakan. Senarai ringkas markah bagi setiap sekolah perlu dihantar bersama.( rujuk Borang Markah seperti Lampiran 2).
Pihak sekolah diminta menyediakan Sijil Pencapaian Kokurikulum kepada setiap calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM bagi memudahkan mereka menunjukkan bukti pencapaian.
Penilaian adalah berdasarkan “Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah - Edisi 2007” yang disediakan oleh KPM (semua sekolah diwajibkan menggunakan sistem penilaian ini dan perubahan berdasarkan surat-surat makluman)
Bersama-sama ini disertakan juga beberapa keputusan berkaitan perkara berbangkit yang diterima oleh pengurusan sekolah bagi penilaian yang dibuat tahun 2007 (rujuk Lampiran 1).
Semua bantahan oleh calon hendaklah diselesaikan di peringkat sekolah dan sebarang perubahan markah hanya boleh dilakukan oleh Pengetua Sekolah dan diajukan terus ke Bahagian ini (up: Unit Kokurikulum) dan sesalinan ke JPN (up: Unit Kokurikulum).

5. Suka diingatkan kepada semua pentadbir sekolah, cara dan kaedah menentukan keesahan dan kebolehpercayaan markah kokurikulum calon SPM, STPM dan STAM adalah tanggungjawab pihak sekolah kerana KPM menetapkan “Sistem Penilaian Kokurikulum di Sekolah Menengah” adalah ”Penilaian Berasaskan Sekolah”.

Sokongan dan kerjasama YBhg Dato’/ Datuk / Tuan/Puan adalah amat dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.


SUMBER: LAMAN WEB KPM UNTUK PELAJAR DAN GURU SMK LAJAU, SILA AMBIL PERHATIAN

Dasar Pendidikan Khas KPM

Dasar Pendidikan Khas
Program yang dijalankan berlandaskan kepada dasar-dasar berikut:

Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
Peraturan -Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997.
Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas].


Deklarasi Antarabangsa:
United Nations' World Programme of Action Concerning Disabled Persons (1983).
The World's Declaration on Education for All (1990).
The United Nations' Standard Rules on the Equalisation of Opportunities for Person With Disablilities (1993).
The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994.
Biwako Millennium Framework for Action Towards an Inclusive Barrier-Free and Rights-Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific (2002).

Sumber: LAMAN WEB KPM UNTUK RUJUKAN RAKAN GURU PPKI SMK LAJAU

STATISTIK

STATISTIK
Bilangan Sekolah
Rendah: 7,655

Menengah: 2,189

Jumlah: 9,844



Bilangan Murid (Enrolmen)
Rendah: 3,111,948
Menengah: 2,304,976

Jumlah 5,416,924


SUMBER: LAMAN WEB KPM

PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012

MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI
MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERKEMBANGAN BARU DALAM PENDIDIKAN 2010-2012

BERTEMPAT DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI, GENTING HIGHLANDS, PADA 28 OKTOBER 2009, PUKUL 10.30 PAGI

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

YB Datuk Dr. Wee Ka siong
Timbalan Menteri Pelajaran I

YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran II

Y.Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Haji Awang
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha dan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri

Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik yang saya hormati sekalian.

1. Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat berhimpun dalam Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010-2012 di Institut Aminuddin Baki pada hari ini. Sesungguhnya persidangan ini amat penting kepada warga pendidik untuk mendapatkan penjelasan tentang dasar-dasar baru dan perkembangan semasa berkaitan dengan pendidikan di negara kita. Persidangan ini juga memberi peluang kepada warga pendidik untuk memperinci, mengkaji dan membuat penilaian tentang pelaksanaan dasar-dasar yang sedia ada dan seterusnya merancang penambahbaikan dalam konteks penyesuaian kepada dasar-dasar baru yang diumumkan oleh kerajaan.

Matlamat Pendidikan

2. Sesuatu dasar yang digubal tentunya mempunyai matlamat untuk dicapai. Dalam konteks pendidikan, dua matlamat penting yang lazimnya disasarkan ialah untuk membangunkan potensi insan secara menyeluruh dan memenuhi keperluan sosio-ekonomi negara. Kedua-dua matlamat ini saling berkait antara satu sama lain. Sesuatu sistem pendidikan yang bertujuan membangunkan potensi insan secara menyeluruh sudah pasti akan melahirkan manusia yang bukan sahaja mampu untuk memacu pembangunan ekonomi negara, tetapi juga mengisi makna kemajuan dengan nilai-nilai yang luhur. Lantaran itu, tokoh pembaharuan Islam tersohor, Muhammad Abduh, menegaskan bahawa matlamat asas pendidikan (al-ta’līm wa al-tarbiyyah) ialah untuk membentuk sahsiah insan melalui penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa peribadinya agar ia menjadi insan yang baik (rijālan sālihan fī nafsih).

3. Sesungguhnya, dasar pendidikan di negara kita dipandu oleh Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat untuk melahirkan insan kamil, iaitu insan yang terbangun segala potensi manusiawinya secara sempurna dan seimbang. Dalam ertikata lain, matlamat pendidikan di negara kita ialah untuk melahirkan insan yang baik melalui sistem pendidikan yang mampu menggarap dan membina potensi akal, jasmani, emosi dan rohani murid secara holistik. Matlamat inilah yang melandasi setiap dasar dan perancangan pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di negara kita. Justeru itu, dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang akan mengisi keperluan untuk memajukan ekonomi negara di masa hadapan, kita bukan sahaja menekankan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran, tetapi juga keterampilan dan keperibadian insan yang mulia.

Transformasi dan Pembaharuan Pendidikan

4. Di samping mengekalkan matlamat asas ini, sistem pendidikan di negara kita sentiasa melalui proses transformasi dan pembaharuan dari masa ke semasa seiring dengan peredaran zaman. Dalam dasawarsa awal selepas merdeka, pendidikan di negara kita menjadi wahana penting untuk membangunkan negara dan memupuk perpaduan nasional. Oleh itu, dasar awal pendidikan kebangsaan digubal untuk mencapai dua matlamat penting ini.

5. Seterusnya, sewaktu negara kita sedang mengorak langkah sebagai sebuah negara industri baru yang pesat membangun dalam dekad 80-an dan 90-an, pendidikan menjadi wahana untuk melahirkan sumber manusia yang berupaya untuk mengisi keperluan perindustrian negara. Selanjutnya, kini ketika kita sedang bersiapsiaga untuk melakukan lonjakan berganda bagi mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi, pendidikan menjadi wahana penting untuk melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berketerampilan untuk memacu ekonomi berasaskan pengetahuan.

5. Keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan, di samping mengekalkan matlamat asas untuk melahirkan insan yang baik, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan kita memajukan negara dan pada masa yang sama membina masyarakat yang beradab. Malah, sistem pendidikan yang berfungsi dengan baik ialah sistem yang sentiasa melalui proses transformasi dan pembaharuan seiring dengan perkembangan semasa.

6. Dalam konteks pendidikan di negara kita, beberapa dasar yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, termasuk dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan memperkasa pendidikan prasekolah merupakan komponen penting transformasi dan pembaharuan yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita, yang mana natijah akhirnya ialah berlakunya peningkatan pada kualiti pendidikan.

Akses Kepada Pendidikan Berkualiti

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

7. Alhamdulillah, Malaysia hari ini telah diiktiraf sebagai antara negara yang paling berjaya dalam menyediakan akses kepada pendidikan untuk semua rakyat. UNESCO dalam Education for All Global Monitoring Report 2009 telah meletakkan Malaysia pada kedudukan 45 daripada 129 negara, sekali gus menempatkan Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Pendidikan untuk Semua. Ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan untuk sistem pendidikan Malaysia.

8. Walaupun kita berada pada kedudukan yang baik dalam indeks pendidikan untuk semua, ini tidak bermakna kita boleh kekal selesa dengan pencapaian kita. Dalam usaha untuk melonjakkan kemajuan dan kemakmuran negara ke tahap yang lebih tinggi, kita mestilah sentiasa berusaha bukan sahaja untuk meningkatkan akses kepada pendidikan, tetapi memperluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Bidang Keberhasilan Utama Negara Sebahagian Daripada Proses Transformasi dan Pembaharuan Pendidikan

9. Oleh sebab itu, YAB Perdana Menteri telahpun menjadikan pemeluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang berdaya maju dan mampu memacu ekonomi berpendapatan tinggi. Pengenalan NKRA pendidikan merupakan sebahagian daripada proses transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan kita yang insyaAllah akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini.

10. Untuk mencapai hasrat ini, Kementerian Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan empat komponen kecil NKRA pendidikan iaitu: pertama, meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012; kedua, memastikan semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah; ketiga, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi; dan keempat, memperkenalkan New Deal atau Bai’ah Baru kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah.

Pertama: Meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20% pada akhir tahun 2012

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

11. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah halnya dengan pendidikan anak-anak. Keutamaan harus diberikan kepada usaha menggilap potensi anak-anak sejak dari awal lagi, iaitu di peringkat pendidikan prasekolah. Untuk itu, pendidikan prasekolah akan diperkasakan dan dijadikan sebahagian daripada aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan. Pada masa ini, 67% kanak-kanak kohort umur 5 tahun mengikuti pendidikan prasekolah kerajaan dan swasta. Menjelang tahun 2012, kerajaan mensasarkan peningkatan kadar penyertaan pendidikan prasekolah kepada 87%, iaitu penambahan sebanyak 20%. Dijangkakan seramai lebih 440,000 murid akan mengikuti prasekolah pada tahun 2012 berbanding 342,706 murid pada tahun ini.

12. Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan strategi yang komprehensif dan bersepadu. Antaranya ialah menambah baik kurikulum prasekolah, termasuk menambah waktu interaksi dalam Bahasa Inggeris. Bilangan prasekolah juga akan ditambah dengan pembinaan 4,194 kelas prasekolah baru menjelang tahun 2012. Kerajaan juga menimbang untuk mewujudkan kemudahan prasekolah berpusat, kemudahan asrama dan pengangkutan kepada murid di luar bandar dan pedalaman. Di samping itu, pihak swasta akan digalakkan untuk menyediakan pendidikan prasekolah melalui pemberian insentif seperti geran dan pengecualian cukai.

13. Selanjutnya, Kementerian Pelajaran akan menyediakan latihan yang komprehensif kepada guru prasekolah, termasuk guru-guru prasekolah swasta melalui pelbagai program latihan keguruan seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Prasekolah. Bagi mengatasi masalah kekurangan guru terlatih di kawasan luar bandar dan pedalaman, pihak Kementerian akan memberikan keutamaan kepada kawasan berkenaan dalam proses penempatan guru, di samping mengambil calon-calon tempatan untuk dilatih sebagai guru prasekolah. Pihak Kementerian juga akan melaksanakan pelbagai program penerangan dan promosi, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, bagi membangkitkan kesedaran di kalangan ibubapa tentang kepentingan pendidikan prasekolah kepada perkembangan potensi anak-anak.

Kedua: Memantapkan penguasaan literasi dan numerasi murid

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

14. Suka atau tidak, adalah amat merugikan jika terdapat kanak-kanak di negara kita yang mengikuti alam persekolahan tetapi masih gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) apabila meninggalkan bangku persekolahan. Makanya, Kerajaan telah mensasarkan agar semua kanak-kanak normal yang mengikuti alam persekolahan mesti menguasai ketiga-tiga kemahiran asas ini ketika melangkah ke Tahun 4 sekolah rendah sebelum penghujung tahun 2012.

15. Dengan kaedah pengajaran yang berkesan, kemudahan pembelajaran yang mencukupi dan pelaksanaan pelbagai program meningkatkan penguasaan 3M seperti Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis, Program Pemulihan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM), Program Bimbingan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROBIM) dan Program Pemulihan Khas, saya percaya bahawa masalah kegagalan menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan dapat dielakkan, sekali gus mengurangkan kadar keciciran dan tahap pencapaian pelajar yang rendah. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran akan mewujudkan 3,399 Kelas Pemulihan Khas di seluruh negara. Daripada jumlah ini, sebanyak 111 kelas (3.3%) telah siap dibina, 2,917 (85.9%) sedang dalam pembinaan dan 3 (0.1%) di peringkat prabina.

Ketiga: Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi

16. Bagi menggalakkan budaya kecemerlangan di sekolah, kerajaan mensasarkan 20 buah sekolah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Pemilihan SBT akan dibuat berdasarkan tahap kecemerlangan akademik dan pencapaian pelajar termasuk disiplin, kebersihan, aktiviti ko-kurikulum dan penguasaan bidang keutamaan sekolah. Natijahnya ialah untuk menjadikan SBT sebagai penanda aras kecemerlangan kepada sekolah-sekolah lain, sekaligus melonjakkan pencapaian pelajar secara keseluruhan di negara ini.

Keempat: Memperkenalkan Bai’ah Baru (New Deal) kepada pemimpin sekolah

17. Kerajaan juga akan memperkenalkan Bai’ah Baru atau New Deal dengan menawarkan ganjaran kewangan dan bukan kewangan kepada pemimpin dan pasukan pengurusan sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang. Tujuan diperkenalkan Bai’ah Baru ini ialah untuk memastikan setiap sekolah ditadbir secara profesional bagi meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah. Pihak Kementerian akan menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh Pengetua dan Guru Besar di sekolah masing-masing pada setiap tahun penilaian bedasarkan lima aspek iaitu pencapaian akademik, kokurikulum, disiplin, iklim sekolah dan kepimpinan. Sasaran yang ditetapkan perlu dipersetujui secara bersama oleh Kementerian Pelajaran dan Pengetua atau Guru Besar.

Bidang Keberhasilan Utama Kementerian

18. Di samping empat komponen kecil Bidang Keberhasilan Utama Negara yang telah saya sentuh tadi, Kementerian Pelajaran juga mempunyai dua komponen kecil bidang keberhasilan utama khusus untuk dicapai iaitu memperkasa pendidikan vokasional dan kemahiran serta memastikan semua sekolah mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Pertama: Memperkasa pendidikan vokasional dan kemahiran

19. Pendidikan vokasional adalah penting dalam usaha kita untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Dalam konteks ini, Mata Pelajaran Vokasional (MPV) menyediakan laluan kepada pelajar di sekolah menengah harian untuk mengikuti pendidikan kemahiran berbentuk hands-on. Untuk itu, Kementerian Pelajaran akan memperkasa pendidikan vokasional dengan mensasarkan penambahan sejumlah 300 bengkel vokasional di seluruh negara. Pada masa ini, sebanyak 144 buah bengkel (30%) telah siap dibina, 126 (26%) dalam pembinaan dan 30 (6%) pada peringkat prabina.

Kedua: Bekalan elektrik 24 jam di semua sekolah

20. Bagi mencapai sasaran menyediakan bekalan elektrik 24 jam kepada semua sekolah pula, Kementerian Pelajaran telah memperluaskan Sistem Solar Hibrid kepada 78 buah sekolah di Sabah, di mana 87% daripadanya telah siap dibina. Sebanyak 103 buah sekolah lagi sedang berada di peringkat prabina. Di Sarawak, sejumlah 427 (99%) projek bekalan elektrik telah siap, sementara baki 3 projek masih dalam pembinaan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

21. Saya ingin menegaskan bahawa kesemua sasaran yang ditetapkan ini adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai. Soalnya ialah sejauhmana kita sebagai warga pendidik bersedia untuk berusaha dengan gigih dan istiqamah dalam mencapai sasaran meningkatkan kualiti pendidikan negara. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

22. Oleh itu, pelaksanaan NKRA menuntut amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Justeru, tugas besar yang menanti para warga pendidik ialah untuk menjayakan transformasi dan pembaharuan pendidikan dengan satu hasrat dan satu tekad bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Ini adalah satu amanah besar yang tergalas di bahu kita semua. Untuk itu, seluruh warga pendidik perlu saling bantu membantu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mulia ini, dengan hasrat untuk menghasilkan kejayaan secara kolektif. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

23. Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan dasar-dasar baru kerajaan seiring dengan perkembangan terkini dalam dunia pendidikan hari ini. Sesungguhnya, selaku Menteri Pelajaran, saya amat menghargai sokongan dan kerjasama seluruh warga pendidik dalam menjayakan wawasan dan gagasan Kerajaan untuk meningkatakan kecemerlangan dan mutu pendidikan negara. Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar sentiasa diberikan kekuatan untuk menjunjung amanah perjuangan memartabatkan pendidikan negara.

24. Dengan lafaz Bismillah-ir Rahman-ir Rahim, saya merasmikan Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan, 2010-2012.

Wabillahi al-Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SUMBER: LAMAN WEB KPM UNTUK RUJUKAN WARGA SMK LAJAU

MBMMBI

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris

VISI DAN MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TERKINI

Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

NKRA

NAJIB UMUM ENAM NKRA DAN SENARAI MENTERI YANG MENERAJUINYA
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah.

Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

"Saya ingin mengisytiharkan bahawa bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan," katanya ketika berucap di majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Menurutnya bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

"Hari ini saya akan letakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPInya dengan sasaran khusus agar dapat diukur.

"Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan," katanya.

Najib berkata kerajaan komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI.

Beliau berkata semua ini dilakukan bagi memastikan akhirnya rakyatlah yang akan memperoleh segala faedah nanti.

Menurutnya beliau selaku Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut.

"Setiap minggu saya akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, saya akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan," katanya.

Sehubungan itu, Najib berkata anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA pula tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawab untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.

Beliau mengakui pengenalan NKRA dan KPI bukan satu perkara yang baru, namun menurutnya "keluasan dan keperincian inisiatif" yang ditekankan pentadbiran sekarang adalah sesuatu yang "belum pernah ditampilkan sebelum ini" dan menjadi tanda aras yang terkini.

"Selain itu sesuai dengan pengumuman saya ketika berucap merasmikan majlis perjumpaan bersama perkhidmatan awam mengenai 'cross-fertilisation', suka saya umumkan bahawa 20 nama kakitangan kerajaan dan 20 kakitangan GLC sudah dikenal pasti untuk ditempatkan dalam program ini yang dijadualkan bermula 1 Sept ini," katanya.

Najib berkata sebagai ketua kerajaan beliau insaf bahawa yang akan menilai kepimpinan beliau akhirnya adalah rakyat sendiri.

"Saya sedar bahawa apa yang digariskan hari ini adalah sesuatu yang monumental. Ia melibatkan komitmen mendalam dan tuntutan yang tinggi kepada anggota pentadbiran dan penjawat awam secara kolektif.

"Yang nyata, amanah yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan di atas jemala pentadbiran ini bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya saya bertanggungjawab untuk membuat perkara yang betul walaupun ia sukar.

"Jelas sekali kita tidak punyai pilihan, sama ada bergerak maju ke hadapan dengan penuh yakin, atau mengambil risiko untuk ditinggalkan dalam perlumbaan global yang sengit," kata Perdana Menteri.

Sumber : Bernama

NKPI KPM

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:
1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.
2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.
3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.
4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :
1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)
2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.
3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).
5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.
6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Tuesday, November 3, 2009

PENGETUA SMK LAJAU BERKURSUS DI IAB INDUK, SRI LAYANG

Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron berkursus KKPP di IAB INduk, Sri Layang, Genting Highlands selama dua minggu mulai 1 NOVEMBER 2009. Bersama-sama 16 peserta lain dari seluruh negara, beliau amat berterima kasih kepada pengurusan IAB yang memberi peluang berkursus untuk mendapatkan ilmu bagi diaplikasikan untuk memajukan sekolah ini, juga terima kasih kepada Pengarah Pelajaran W.P Labuan yang memberi pelepasan. Semoga perkongsian pengalaman dengan rakan pengetua seluruh negara akan dikongsikan dengan warga SMK lajau sekembalinya ke Labuan kelak. Selamat berkursus.

CERAMAH POLIS DI SMK LAJAU

Pagi Isnin, 2 November 2009 Ceramah Polis untuk pelajar-pelajar SMK Lajau diadakan di Dataran Gemilang sekolah ini. Semoga ceramah ini memberi manfaat kepada warga SMK Lajau. Terima kasih kepada Ketua Polis W.P Labuan dan anggota yang menyampaikan ceramah.

Sunday, November 1, 2009

PASUKAN BOLING PENDIDIKAN KHAS SMK LAJAU NAIB JOHAN KEBANGSAAN

Pasukan Boling Pendidikan Khas SMK Lajau yang mewakili Labuan ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan minggu lepas dengan SMK Mutiara berjaya mendapat tempat kedua (Naib Johan) Kebangsaan. Tahniah kepada pasukan Boling SMK Lajau yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan ini. Pengetua dan warga SMK lajau bangga dengan kejayaan kalian... Teruskan latihan untuk sasaran juara tahun hadapan...

Friday, October 30, 2009

PELANCARAN MEMBACA 1 MALAYSIA SMK LAJAU

Pelancaran Membaca 1 Malaysia SMK Lajau diadakan di Dataran Gemilang pagi semalam dengan pelbagai acara yang dirancang selama seminggu untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah ini. Perasmian pelancarannya oleh pengetua SMK Lajau, Sahar Misron dan dihadiri seluruh warga SMK Lajau. dengan gimik pelancaran paparan banner Membaca 1 Malaysia. Majlis pelancarannya diadakan serentak seluruh negara.

MESYUARAT JK KURIKULUM SMK LAJAU BIL. 4/2009

Mesyuarat JK Kurikulum SMK Lajau telah diadakan pada petang semalam di Bilik Semarak dipengerusikan pengetua SMK Lajau, dan dihadiri PK, GKMP. ketua-ketua panitia, penyelaras bestari, guru media, dan guru SPBT. Agendanya tentang status semasa kurikulum dan perancangan tahun hadapan.

PENGETUA SMK LAJAU BERKURSUS BINA INSAN ISLAM HADARI DI KOTA KINABALU

Pengetua SMK Lajau menghadiri Kursus Bina Insan Islam Hadari di Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu 27-29 Oktober 2009 bersama-sama 51 orang pengetua dari Sabah dan Labuan. Kursus disampaikan oleh penceramah hebat dari JAKIM dan Jabatan Agama Johor. Kursus ini anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM diketuai oleh Ustazah Rabihah. Kursus ini amat berguna untuk memantapkan jati diri insan, dan kursus seumpama ini telah diikuti oleh KSN sendiri dan ketua-ketua Jabatan pelbagai jabatan seluruh negara, pengisian kursus termasuk Qiamulail, ceramah, LDK dan riadah, serta Wasiat Iman dan Aku Janji/Pelan Tindakan.

Friday, October 23, 2009

SMK LAJAU PENGELOLA KUIZ PELANCONGAN PERINGKAT NEGERI

SMK LAJAU DIBERI KEPERCAYAAN mengelolakan Kuiz Pelancongan Peringkat Negeri di Hotel Tiara, esok 24 Oktober 2009. Kuiz anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Labuan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Labuan akan dirasmikan penutupannya oleh Datuk TKSU Kementerian Pelancongan. Dijangka hadir esok Pengurus MTPL Puan Maznah Ag Damit dan Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron. Persiapan dilakukan petang ini 23 Oktober. Terima kasih kepada guru yang terlibat membuat persiapan rasmi. Jumpa esok, 5 sekolah akan bertanding.... SMK Lajau berkecuali untuk memberi peluang sekolah lain pula mengecapi kemenangan...

SMK LAJAU NO. 3 PERTANDINGAN LAGU PATRIOTIK JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Anak-anak murid SMK Lajau mencipta satu lagi kejayaan kecil dalam Pertandingan Lagu Patriotik Anjuran Jabatan Perpaduan Nasional yang dilangsungkan di Taman Budaya Pantai Damai semalam 22 Oktober 2009. Dalam kesibukan warga SMK lajau menyambut kedatangan Angkasawan Negara, pada masa sama sekumpulan pelajar dibimbing Cikgu Maimon Abd Rahman berjuang habis-habisan, akhirnya membuahkan kejayaan manis dengan menggondol hadiah RM600.00, di belakang SMK Labuan dan SM St Anthony. TAHNIAH ANAK-ANAK MURID DAN GURU PEMBIMBINGNYA....YANG TURUT DIIRINGI CIKGU MATSANI... TERIMA KASIH DAN TAHNIAH..Pengetua dan warga SMK lajau amat berbangga dengan kejayaan kalian.

Thursday, October 22, 2009

ANGKASAWAN NEGARA MELAWAT LABUAN DAN MELAWAT SMK LAJAU

ANGKASAWAN NEGARA, Y. BHG DATO' SHEIKH MUZAPHAR SYUKOR SHEIKH MUSTAPHA MELAWAT SMK LAJAU 22 OKTOBER 2009 JAM 3.00 PETANG SELAMA HAMPIR 20 MINIT BERAMAH-TAMAH DAN BERGAMBAR DENGAN WARGA SMK LAJAU.ANGKASAWAN NEGARA MEMUJI WARGA MURID DAN GURU/STAF SEKOLAH INI YANG MENERIMA KEHADIRANNYA DENGAN PENUH MESRA DAN TERANCANG, DENGAN BANNER MENYAMBUT KEHADIRANNYA YANG DAPAT DISIAPKAN SECARA CETAKAN CANTIK SEPARUH MALAM SAHAJA, TERIMA KASIH KEPADA CIKGU WINNIE DAN KELUARGA..TIGA SEKOLAH LAIN YANG TURUT BERNASIB BAIK IALAH SMK PANTAI, SMK LABUAN DAN SMK SAINS LABUAN. SEBELAH PAGI BELIAU BERADA DI UJANA KEWANGAN BERSAMA WARGA PENDIDIKAN LABUAN






Pengetua bersama Angkasawan Negara di Balai Berlepas Lapangan Terbang Labuan


Gambar di sekolah akan menyusul

Wednesday, October 21, 2009

Hari ini 21 Oktober 2009, hari bersejarah Pengetua SMK Lajau dan warga pendidikan Labuan kerana ANGKASAWAN NEGARA, Dato' Sheikh Muzaphar datang ke sini, petang tadi di JPN Labuan, sempat bergambar dengan ALK Koperasi Pelajaran W.P Labuan Berhad, dan di sebelah malam pengetua bersama anak-anak turut berada di Restoran Terumbu Warisan, Labuan, dengan Pengarah dan pegawai JPN Labuan menanti kedatangan Angkasawan Negara bersama rombongan CEO ACMS Pulau Pinang. Sebahagian gambar yang sempat dirakamkan

GAMBAR KENANGAN KAMI ABADIKAN SEPANJANG HAYAT...













Tuesday, October 20, 2009

4 RUKUN PEMBAHARUAN TPM/MENTERI PELAJARAN

EMPAT RUKUN:
KESATUAN MINDA,
KESATUAN HATI,
KESATUAN AMAL,
KESATUAN MATLAMAT

Monday, October 19, 2009

SMK LAJAU JOHAN MS POWERPOINT UMS KAL

SMK LAJAU JOHAN MSPOWERPOINT DI UNIVERSITI Malaysia Sabah, KAMPUS ANTARABANGSA Labuan. Maklumat disampaikan oleh Cikgu Norsiah Nasip dalam smsnya kepada pengetua yang sedang menghadiri Wacana Pendidikan di Kota Kinabalu. 20 Oktober 2009,1215 tengah hari. Tahniah kepada Cikgu Norsiah yang menjadi guru pengiring dan pelajar yang mencipta kejayaan FARETH RUDY, NURUL NURFADILA, DAN DIYANA DARI PROGRAM PRAU3. Sesungguhnya kalian BOLEH! Seluruh warga SMK Lajau mengucapkan tahniah kepada guru dan pelajar dan menaikkan nama SMK Lajau.

KETUA SEKTOR, PENGETUA DAN GURU BESAR DI KOTA KINABAALU

Ketua Sektor JPN, pengetua serta guru besar seluruh Labuan sekarang berada di Kota Kinabalu menghadiri Program Pembentangan Wacana Pendidikan, yang merupakan perkongsian pendidikan dari 19-21 Oktober 2009. Beberapa kertas pembentangan seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (KS SJK), KPI, NKRA/Nkongsikan,KPI (Pengarah), Pemantapan Kokum (KS SPK), serta Kajian Tindakan Ustazah Dalilah Kaedah Belajar Jawi dikongsikan, amat berguna kepada warga sekolah. Perkongsian dalaman peringkat SMK Lajau akan dibuat oleh Pengetua sekembalinya dari Labuan. Hari ini pembentangan diteruskan lagi...Para peserta memberi tumpuan sepenuhnya dan banyak perbincangan penambahbaikan...

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN PENGARAH PELAJARAN W. P LABUAN

Warga SMK Lajau, Labuan mengucapkan SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ke-57 kepada Yg. Bhg Pengarah Pelajaran W.P Labuan, En. Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof A.M.N, SEMOGA MURAH REZEKI, DIPANJANGKAN USIA, DIBERKATI ILAHI, GEMBIRA SELALU. Semoga dapat meneruskan usaha cemerlang menaburkan jasa bakti dalam dunia pendidikan di negara ini, khususnya di Labuan. Tahniah atas usaha tuan yang menjana kecemerlangan pendidikan di wilayah ini serta tidak pernah jemu "mencabar" kami.....


PERJALANANMU MENYUSUR PENGALAMAN
(dedikasi Mohammad Zaki bin Mohd Yusof A.M.N - ulang tahun kelahiranmu)
menyusur perjalanan pengalaman usia
di lebuh raya kehidupan selingkar kisah
yang sarat cabaran pada pergolakan akal budi dan ruang masa
menjengah dinihari detik usia ke-57
sambutan sederhana para sahabat di sebuah hotel di tengah bandar raya
demi tugas dan tanggungjawab
bersama menerajui perjalanan pencapaian
visi pendidikan menggalas agenda besar negara.

perjalanan dalam senyum ramah tamahmu
senang bicara dengan sesiapa tersinar mesramu
kasih sayang bak bapa teladan
menyimpan amarah di sebalik wajah
tenangmu pada pujuk tegas keberanian telus mengelus halus
mengajak seluruh warga wilayah menunjuk jalan ke hadapan terus.

menuju mercu pada kesantunan bahasa
dan tutur kata setulus budi
teruskan perjalanan pengalamanmu
menerajui kami sepulau sekasih ini
mengutip butiran madu kebijakasanaan
bahasa tubuhmu menyimpan selongkar rahsia
khazanah ilmu tidak lokek untuk dikongsikan.

penuh semangat tekad azam-berazam
kami belajar menghimpun makna persahabatan.



SAMSA HARRIS
20 Oktober 2009
Hotel Imperial International,
Kota Kinabalu.

Friday, October 16, 2009

SELINGKAR KISAH KEHIDUPAN

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Penghijrahan Malek Noor

(UNTUK RENUNGAN WARGA SMK LAJAU)

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@ utusan.com. my

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec's Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

"Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

"Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh," kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan 'lembik' tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

"Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

"Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. "Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

"Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

"Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

"Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

"Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

"Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

"Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi...semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

"Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah," kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

"Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

"Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini," Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

"Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

PETIKAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

PROGRAM RIMUP(RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN) DAN SAMBUTAN RAMAH MESRA AIDIL FITRI SMK LAJAU MERIAH

Pagi ini 16 Oktober, Program RIMUP dan Sambutan Ramah Mesra Aidil Fitri SMK Lajau berjalan dengan meriah. Terima kasih kepada Y.Bhg Pengarah Pelajaran Labuan, En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof, A.M.N yang sudi hadir dan merasmikan majlis. Selepas perasmian Pengarah diiringi tetamu jemputan yang terdiri AJK PIBG, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, para pengetua, ketua kampung/wakil dan jemputan lain mengunjungi tujuh 8 gerai mengikut tingkatan, juga Program Pendidikan Khas sambil menjamah makanan yang ada sebelum ke meja utama. Banyak makanan hari ini, semua merasa, ada "tapau" lagi...Kepada seluruh warga SMK Lajau pengetua merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kerana berhempas-pulas membuat persiapan, kelemahan kita tambah baik untuk tahun hadapan. Lagipun pengetua terpaksa meninggalkan Seminar Penyelidikan di Grand Dorsett" bersama-sama rakan warga SMK Lajau. Gambar-gambar akan menyusul nanti...Kepada tetamu jemputan kita rakamkan penghargaan kerana hadir...
GAMBAR-GAMBAR RIMUP SMK LAJAU






Tuesday, October 13, 2009

PESERTA PERTANDINGAN KUIZ PENGGUNA KPDN PERINGKAT KEBANGSAAN SMK LAJAU NAIB JOHAN BAHAS

Empat peserta Pertandingan Kuiz Pengguna KPDN Peringkat Kebangsaan memenangi Naib Johan bahas yang diadakan sebagai acara sampingan. Empat peserta ialah Rohayu Osman, Nurul Aziyanah Yahya, Nur Adreena Adam, dan Suhainah Md Arapan, tahniah kepada mereka, tahniah dan terima kasih juga kepada guru pembimbing Cg Habibah. Ini adalah kemenangan manis sekolah ini di peringkat kebangsaan. Walaupun dalam pertandingan Kuiz Pengguna kita hanya menerima sagu hati, semangat juang mereka tidak pernah luntur menaikkan nama sekolah di Hotel Tower Regency, jangan lupa catatkan dalam Buku Kejayaan Sekolah...

Monday, October 12, 2009

HARI TERAKHIR PMR:: PERJUANGAN BELUM BERAKHIR

Pengetua dan warga SMK Lajau mengambil kesempatan mengucapkan selamat berjuang kepada 95 calon PMR sekolah ini bagi Tahun 2009, Jawablah semua soalan Kemahiran Hidup dengan setulus doa kami,lulus cemerlang, lulus lulus, mudah-mudahan tiada yang gagal. Selesai kertas KH, perjuangan belum selesai, sama-sama tawakal dengan doa, semoga semua sukses! Kepada calon PMR seluruh Labuan, dan Malaysia juga teruskan perjuangan belum selesai ini....Tiada yang mustahil untuk lulus PMR, ya tak? Yang penting sama-sama berusaha memartabatkan pendidikan negara tersayang Malaysia ini!

PROGRAM RIMUP(RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN) DAN SAMBUTAN RAMAH MESRA AIDIL FITRI

SMK Lajau akan mengadakan Program RIMUP dan Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri 2009 di dataran Gemilang SMK Lajau pada 16 Oktober 2009. Selain warga SMK Lajau yang akan hadir, pihak kami juga menjemput 20 murid SMK Pantai dan 20 murid SMK Teknik bersama-sama hadir selain JK PIBG,pengetua-pengetua, guru-guru besar serta ketua-ketua kampung jiran sekolah, juga ketua-ketua Jabatan dan agensi lain. Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran W.P Labuan, En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof, AMN jam 9.00 pagi

Datanglah beramai-ramai ke Dataran Gemilang, SMK Lajau JUMAAT ini. Kehadiran anda memeriahkan lagi majlis kami....

KIOSK INTERNET PEMBELAJARAN (TERBUKA) DI SMK LAJAU

Kiosk Internet Pembelajaran wujud di SMK Lajau sejak awal bulan Oktober ini, tercapai hasrat pengetua dan warga sekolah untuk warga sekolah dan pelawat melayari internet secara percuma dengan konsep terbuka. Idea ini tercetus pada Tahun 2007 apabila pengetua bersama beberapa orang guru berkesempatan menghadiri Seminar ICT di PWTC. Syukur tiada masalah capaian lagi di SMK Lajau sekarang.Terima kasih pihak KPM di Putrajaya. Tahniah kepada guru ICT, Cikgu Mohd. Firlii dan Juruteknik En. Imran yang merealisasikan impian ICT warga sekolah. Kiosk ini terletak di Laluan ICT di Tingkat 1 Blok B (berhampiran Pejabat Sekolah) Kiosk ini beroperasi 24 jam sehari, pastikan pengguna mencatat nama, tarikh, dan masa untuk rekod pembudayaan ICT di sekolah ini. Pengguna di luar waktu pejabat perlu mencatat nama di Pondok Pengawal Keselamatan terlebih dahulu.

Adalah diharapkan pengguna boleh menggunakan kemudahan kiosk ini dengan cermat, dengan niat ikhlas untuk mendapatkan maklumat terkini daripada seluruh dunia, termasuk blog berunsur pembelajaran dengan capaian terkawal minimum, pastikan tidak melayari laman negatif atau bermain "games" Awas ada "CCTV" supaya tiada "vandalisme" Semua murid, guru, staf sokongan, staf swasta, para ibu bapa/penjaga pelajar,ahli ALUMNI sekolah, bekas pelajar, pelawat,belia sekitar, anggota masyarakat sekitar boleh menggunakan kemudahan percuma ini.

PMR HARI INI:: MATEMATIK DAN SEJARAH

PMR sudah hampir di penghujungnya, hari ini Matematik dan Sejarah pula. Semoga semua pelajar SMK Lajau calon PMR lulus 100%, kita doakan kejayaan mereka. Esok Kemahiran Hidup merupakan kertas terakhir yang akan mereka hadapi, moga malam ini dapatlah buat rujukan untuk menjawab kertas ini pagi esok, selamat berjuang!

Thursday, October 8, 2009

BERKONGSI PENGALAMAN DENGAN PELAJAR PROGRAM PRAU SMK LAJAU

Pagi ini Pengetua mengisi masa hampir tiga jam berkongsi pengalaman dengan pelajar Program PraU SMK Lajau, di samping memberi motivasi serta tips untuk berjaya, dengan sasaran satu ke UNIVERSITI! Kena pandai pilih subjek untuk didaftar Tahun 2009, pastikan selari dengan syarat kemasukan ke univarsiti, yang membanggakan ada empat pelajar lelaki yang ingin menjadi GURU!.. ada yang mensasarkan UPSI, bagus juga tu......Kan guru lelaki hampir "pupus" dalam bidang pendidikan...Ada dua pelajar lelaki yang berhasrat mengambil bidang seni di Akademi Seni Kebangsaan(ASK), pengetua sokong tu.... kalau semua nak jadi arkitek siapa pula pengamal seni nanti...seni ni pun banyak cabangnya...

Teruskan usaha kalian, warga SMK Lajau mendoakan kejayaan kalian.

HARI KETIGA PMR

Jumaat, 9 Oktober 2009, hari ketiga PMR dihadapi oleh calon PMR SMK Lajau dan calon PMR seluruh negara. Mata pelajaran yang diuji ialah GEOGRAFI. Kami warga SMK Lajau serta ibu bapa mendoakan kejayaan kalian. Jawab elok-elok, jawab semua soalan, hati-hati tengok peta dan simbol serta tafsir dengan betul, mudah-mudahan dapat menjawab dengan tenang. JANGAN LUPA BAWA KAD PENGENALAN DAN SLIP PEPERIKSAAN!Selepas itu gunakan dua hari Sabtu dan Ahad untuk ulang kaji subjek yang belum diuji..... bukan beraya sakan, yang lelaki usah MEREMPET, BURUKM PADAHNYA!Kita tidak mahu ada calon hospital. Ustaz Zahari, macam biasa jangan lupa periksa suhu calon PMR, yang lebih 37.8 Celcius asingkan bilik.

Wednesday, October 7, 2009

HARI KEDUA PMR

Hari ini, hari kedua PMR berlangsung. Hari ini kertas BAHASA INGGERIS DAN SAINS. Kepada semua murid calon PMR SMK Lajau, jangan lupa datang awal ke sekolah, mohon restu dulu daripada ibu bapa/penjaga/ahli keluarga, di sekolah mohon restu daripada guru/staf SMK Lajau. Kalau ada salah silap mohon dimaafkan, dihalalkan ilmunya. SEMOGA BERJAYA ANAK-ANAK SEMELA TERSAYANG.

HARI PERTAMA PMR

Hari ini, 7 Oktober merupakan hari pertama PMR diadakan. Pagi ini Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron, serta PK HEM, Siti Zubaidah Salleh, Cg Nurul Nazihah, Ustaz Zahari sempat merestui bersalaman dengan calon PMR SMK Lajau seramai 95 orang. Di dalam Dewan Mini mereka memulakan berdoa beramai-ramai sebelum memulakan perjuangan mereka. Pada awal pagi tiga bapa murid berjumpa pengetua mengambil slip peperiksaan anak mereka kerana anak-anak ini seringkali tidak hadir penuh dalam peperiksaan dalaman sekolah. Mereka berjanji di hadapan pengetua dan bapa mereka untuk menjawab dengan bersungguh-sungguh kertas PMR yang akan dihadapi. Kita doakan kejayaan mereka, 100% lulus PMR bukan mustahil, target 12 straight A juga bukan impian di siang hari....Sesungguhnya anak-anak SMK Lajau BOLEH!


Selepas itu, pengetua bergegas pula ke UK untuk Bengkel kajian Tindakan dan Mesyuarat Hari Kualiti di JPN Labuan pada sebelah petang.

Tuesday, October 6, 2009

SELAMAT BERJUANG CALON PMR TERSAYANG SMK LAJAU

SELAMAT BERJUANG CALON TERSAYANG PMR SMK LAJAU. Pagi ini bermula perjuangan 95 calon PMR sekolah ini dengan kertas Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Jangan lupa datang awal ke sekolah, sarapan pagi disediakan, juga makan tengah hari nanti. Mohon restu ibu bapa/penjaga serta guru sebelum ke sekolah dan sebelum ke Dewan Mini. Seluruh warga SEMELA mendoakan kejayaan kalian.

Friday, October 2, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT PMR/SPM/STPM SMK LAJAU dan JUADAH MAKAN MALAM AYAM KAMPUNG FRANCE

Majlis Solat Hajat PMR/SPM/STPM diadakan di Galeri Warisan SMK Lajau malam tadi dengan dihadiri lebih 250 ibu bapa, murid. guru dan staf serta ketua-ketua kampung jiran. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti bacaan yassin, amanat pengetua, amanat Pengarah Pelajaran Labuan En. Mohammad Zaki bin Mohd Yusof, seterusnya solat Isyak serta solat Hajat. Selepas itu para jemputan dan murid menikmati jamuan makan malam, yang mana mereka menikmati hidangan ayam kari dan ayam goreng yang dipelihara oleh sekolah, juga sebelah pagi semalam ayam disembelih sendiri oleh guru-guru, serta dimasak sendiri oleh "pakar-pakar masak" SMK Lajau yang diketuai oleh Cikgu Kartini Awi. Terima kasih kepada Pengarah dan pegawai/kakitangan Jabatan Haiwan yang memberikan anak-anak ayam itu dan memantau projek ini, kalau ada ruang bolehlah disambung lagi kan....tinggal 7 ekor untuk baka, sudah bertelur pun...Tak tahu ayam ni pandai mengeram atau tidak. Kita cuba minta tolong Cikgu Rayini campurkan dengan ayam kampungnya, lepas itu hantar anak-anak ayam tu untuk kesinambungan. Sayangnya Pengarah Jabatan Haiwan tidak dapaat hadir malam ini kerana kesibukan beliau. Terima kasih tuan daripada warga SMK Lajau...

Hujan lebat yang turun di pertengahan majlis merupakan "hujan rahmat" yang menjadikan majlis malam tadi, sepatah kata Pengarah Pelajaran " meriah" kerana semua yang hadir berhimpun di kantin sekolah sambil menikmati juadah makan malam, dan hanya beredar apabila hujan mulai reda.(mana boleh balik cepat hujan bah). Terima kasih Allah yang menurunkan "hujan rahmat" malam tadi. Semoga keberkatannya turun pula kepada calon PMR/SPM/STPM SEMELA, target kuantiti 100% moga tercapai, juga kualiti "semua A" 10,5, 5, mudah-mudahan.

Setinggi penghargaan kepada tuan Pengarah Pelajaran yang hadir, juga kepada Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Labuan, Cik Kaziyati Osman, ibu bapa, ketua-ketua kampung, ALUMNI sekolah, calon PMR/SPm/STPM serta warga guru dan staf SMK Lajau yang mengendalikan majlis dengan sempurna. Semoga "teamwork" seumpama ini kita teruskan demi anak-anak SEMELA tercinta.

Sama-sama kita doakan anak-anak didik kita beroleh kejayaan cemerlang dalam PMR, SPM dan STPM, mudah-mudahan doa kita diterima Ilahi. Kepada anak-anak SEMELA teruskan perjuangan bagi meletakkan sekolah kita sebaris dengan sekolah-sekolah lain di wilayah ini.

Wednesday, September 30, 2009

PERKONGSIAN PENGETUA SMK LAJAU DALAM PROGRAM LULUS PMR 2009

Pengetua SMK Lajau menyampaikan perkongsian dalam Program Lulus PMR 2009 kepada 38 calon PMR SMK Lajau dan SMK Mutiara di Pusat Kokurikulum Ganggarak, Labuan malam ini dari jam 8.00 hingga 9.30 malam. Perkongsian ini untuk memberi sedikit motivasi dan tip-tip berguna sebagai bekalan calon PMR untuk menghadapi perjuangan PMR dari 7-13 Oktober ini. Sesi diakhiri dengan mohon restu kepada pengetua SMK Lajau dan SMK Mutiara, juga untuk mendoakan kejayaan yang mana setiap peserta menyatakan hasrat seorang demi seorang untuk lulus PMR mengikut target individu sambil bersalaman. Kita doakan kejayaan setiap daripada peserta ini serta semua calon PMR kedua-dua sekolah, juga calon seluruh Labuan dan seluruh Malaysia, InsyaAllah.

Monday, September 28, 2009

PROGRAM LULUS PMR DI PUSAT KOKURIKULUM LABUAN

Seramai 26 murid daripada dua buah sekolah iaitu, SMK Lajau dan SMK Mutiara menyertai Program Khas Lulus PMR di Pusat Kokurikulum, Ganggarak, W.P Labuan. Program ini dikendalikan oleh kaunselor kedua-dua buah sekolah, diketuai oleh Tuan Haji Minggu. Difahamkan pada sebelah petang Pengarah Pelajaran, En. Mohammad Zaki bin Mohd. Yusof turut hadir memberi sokongan moral. Slot sebelah malam pula disampaikan oleh Cg. Norhayati dan Cg Veronica. Cg Veronica menyampaikan ceramah "Potensi Minda". Pengetua SMK Lajau, Sahar Misron sempat bersama-sama dalam program ini pada sebelah malam, juga hadir, PK 1 SMK Mutiara Cg. Jamatin. Sesi sebelah malam tamat jam 11.00 malam. Tahniah kepada peserta-peserta program ini yang melupakan seketika "kemeriahan" raya demi PMR yang akan mereka hadapi mulai 7 Oktober ini. Kita doakan mereka akan beroleh kejayaan, lulus PMR Tahun 2009 ini, tiada yang mustahil jika ada antara mereka memperoleh 8 A dalam PMR, buat kejutan seperti rakan-rakan lain.

Slot berikutnya akan disampaikan oleh guru-guru cemerlang mata pelajaran. Sesi kecergasan dan riadah akan dikendalikan oleh jurulatih Pusat Kokurikulum. Terima kasih kepada pihak JPN Labuan dan pihak Pusat Kokurikulum,

Kalian BOLEH!

Saturday, September 26, 2009

PENGUMPULAN LIRIK DAN LAGU SEKOLAH/MAKTAB/UNIVERSITI

SMK Lajau juga sedang dalam usaha mengumpul lirik lagu dan lagu sekolah/maktab/universiti untuk dipamerkan di Galeri Pembelajaran sekolah ini. Sehubungan itu, rakan-rakan, murid-murid, pengetua-pengetua, guru-guru dan orang ramai dipohon mengirimkan lirik lagu dan/atau lagu dengan muzik kepada:

Pengetua,
SMK Lajau,
Peti Surat 81514,
87025 W.P Labuan

atau

e-mail: saharmis@hotmail.com

Kerjasama tuan/puan amat diharapkan dan diucapkan terima kasih.

PENGUMPULAN LENCANA UNTUK GALERI PEMBELAJARAN

Kepada rakan-rakan, murid-murid atau bekas murid atau sesiapa sahaja, pihak kami sedang mengumpulkan lencana sekolah/maktab/ipg/universiti dalam bentuk JPG, atau lencana sebenar(sila nyatakan jumlah bayaran dan no akaun bank untuk kami bank in bayarannya)Tujuan lencana untuk dipamerkan dalam galeri pembelajaran SMK Lajau, W.P Labuan, dialu-alukan dengan penerangan lencana lengkap, sila hantar ke e-mail berikut: saharmis@hotmail.com

Contoh:

PENGUMUMAN PENTING

Pesanan dari CIKGU SITI ZUBAIDAH SALLEH
( Pen.Kanan HEM SMK Lajau ) :

Pihak sekolah memerlukan...

1. Gambar terkini (bersaiz 4R).
2. Nama penuh (seperti di dalam i/c).
Kepada yang sedang belajar untuk diploma/ijazah dan yang sudah menamatkan pengajian, pihak sekolah memerlukan maklumat anda seperti yang berikut :
1. Tahun terima diploma / ijazah (tidak kira sudah tamat atau belum).
2. Tahun belajar di SMK LAJAU.
3. Tempat Pengajian.
4. Bidang.
Kepada yang sudah bekerja, pihak sekolah memerlukan maklumat anda seperti yang berikut :
1. Tahun terima diploma / ijazah (jika ada).
2. Tempat pengajian (jika ada).
3. Tahun belajar di SMK Lajau.
4. Tempat bekerja.
5. Pekerjaan.
6. Bidang.


Semua perkara / maklumat yang diperlukan di atas boleh dihantar ke :~




E-mail : Sofinah90@yahoo.com atau,
saharmis@hotmail.com, atau

bertandang ke SMK LAJAU sendiri sekiranya ada di LABUAN..hehe~ serahkan maklumat di atas beserta gambar kepada CIKGU SITI ZUBAIDAH SALLEH DI PEJABAT AM SMK LAJAU PADA WAKTU PEJABAT. Maklumat dan gambar berkenaan untuk kegunaan galeri SEMELA yang akan dirasmikan Oktober 2009. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI. TERIMA KASIH.