


Laman Web:http://sbitara.upsi.edu.my/smkjo/
Tahniah! SMK Khir Johari mendapat tempat ketiga Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Batang Padang 2010. Syabas cikgu Azizul dan atlit SMKKJ
En Hishamuddin Bin Adnan selaku Penolong PPD (Kemanusiaan) Batang Padang diiringi oleh Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi bersiap sedia untuk menyampaikan hadiah.
Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Batang Padang berlangsung selama 4 hari mulai 29/3/2010 hinga 1/4/2010 di Stadiun Proton City Tg Malim. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En Hishamuddin Bin Adnan selaku Penolong PPD (Kemanusiaan) Batang Padang. SMK Khir Johari diamanahkan menjadi tuan rumah pada tahun ini. Pengetua Cemerlang SMKKJ Pn Hjh Noraini Bt Yeub Sidi mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Osman kerana sudi datang, terima kasih tidak terhingga juga kepada semua pegawai kejohanan serta pelajar-pelajar yang terlibat bagi menjayakan kejohanan ini Tahniah kepada Johan tahun ini iaitu dari SMK Felda Besout manakala Naib Johan dari SMK Agama Slim River.
Keputusan STPM 2009 KEJO yang diumumkan pada 25/02/2010 membanggakan..Seramai 67 daripada 69 calon telah lulus iaitu 97.10% mengatasi peratus lulus negeri Perak dan Kebangsaan. Tahniah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat. Pencapaian calon berdasarkan PNGK melebihi 3 ialah:
1. Gan Hui Khee......................................... 3.59
2. Wong Hui Shein..................................... 3.58
3. Nurul Syahirah Bt Zulkifli.................... 3.50
4. Nurfaezah bt Mihamad Khairy........... 3.42
5. Chao Xiang Mei..................................... 3.33
6. Fong Mei Ling........................................ 3.25
7. Nurfara Juliana Bt Jamil....................... 3.17
8. Nurmimi Fardiana Mohd Toha............ 3.17
9. Nur Azieman bt Abd Aziz................... .. 3.17
10. Chen Foong Yee.................................... 3.17
11. Wong Lee Ping....................................... 3.17
12. Aina Amira Bt Baharom....................... 3.09
13. Nor Sharina Mohamed Hasdi.............. 3.08
VISI SEKOLAH
Menjadikan SMK Khir Johari Tanjong Malim sekolah cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum,sahsiah dan keceriaan di negeri Perak menjelang tahun 2010
MISI SEKOLAH
Memaksimumkam prestasi akademik secara menyeluruh dari segi kualiti dan kuantiti.
Menjana kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum.
Membina pembangunan insan yang kamil dari segi rohani dan jasmani.
Menjalin hubungan yang mesra dengan ibubapa.
Memupuk permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar.