Mat Jenin ialah seorang pemanjat kelapa. Menurut lagenda, dia berkhayal menjual buah kelapa dan membeli ayam yang akan dipelihara untuk dijual bila besar dan kemudian membeli itik. Itik dijual untuk membeli kambing. Apabila kambing dijual, Mat Jenin berkhayal membeli lembu, kemudiannya kerbau. Apabila kerbau habis dijual, dia akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli kuda kemudian gajah. Mat Jenin yang menjadi begitu kaya, akhirnya berkhayal menjual gajah untuk menikah dengan seorang Tuan Puteri. Di waktu itu Mat Jenin terkejut dan terlepas dari pokok kelapa yang sedang dipanjatnya, lantaran jatuh ke bumi dan terus mati.
"MAT JENIN TIDAK MATI"
Bagi saya, cerita ini tidak logik. Jika Mat Jenin sudah menikah dengan Tuan Puteri, dia sudah tentu akan memeluk pokok kelapa kuat-kuat dan dia tidak akan jatuh dan terus mati. Tidak mungkin dia akan menolak ataupun akan melepaskan Tuan Puteri yang baru dikahwininya. Dia pasti memeluk.
Jika Mat Jenin mati, bagaimana dia boleh menceritakan khayalannya?
Saya berpendapat Mat Jenin tidak mati. Kisah Mat Jenin mati dalam lagenda tersebut hanyalah rekaan penjajah yang tidak ingin cita-cita Melayu meningkat tinggi dan berjaya seterusnya menjadi bangsa yang hebat.
Kejayaan akan dikecapi sekiranya kita berusah dengan istiqamah susulan cita-cita yang lahir dari angan-angan dengan syarat ;
ANGAN-ANGAN TIDAK TERUS MENJADI ANGAN-ANGAN.