... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, November 22, 2016

Makluman Hari Orientasi dan Taklimat Prasekolah Sesi 2017

1) Hari Orientasi dan Ujian Diagnostik Murid Tahun 1 2017
Tarikh : 26 November 2016 (Sabtu)
Masa    : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana & bilik darjah
Pakaian murid : T-shirt sekolah dan berseluar trek
Bawa bersama : Fail peribadi yang telah dilengkapkan & ditampal gambar

2) Taklimat Prasekolah 2017
Tarikh : 26 November 2016 (Sabtu)
Masa   : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Anak-anak murid digalakkan hadir untuk mencuba ukuran baju

Kerjasama dan kehadiran ibu bapa diucapkan terima kasih.

Monday, November 21, 2016

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-43 (Sesi Petang)

Tarikh : 21 November 2016 (Isnin)
Masa  : 1.20 - 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas :
1. Pn. Arnny Yusnita binti Md. Enarji
2. Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
3. Pn. Nor Azah binti Hussin
4. Pn. Yusnita binti Yunus
5. Pn. Nor Azian binti Ahmad (cuti bersalin)
6. En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim

Laporan
1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi bt Amir
2. Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril (3 Tabla)
3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nor Azah binti Hussin.
4. Bacaan ikrar Murid dipimpin oleh Aleef Qawiem bin Arzeky (3 Kompang)
5. Memperkenalkan barisan guru bertugas

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS – PN. SITI MAZIAH BINTI MUHAMAD TAJUDDIN
  • Pn. Siti Maziah menasihatkan murid-murid yang tidak sihat agar tidak datang ke sekolah dan berehat di rumah sahaja.
  • Murid juga diingatkan agar tidak membawa permainan yang tidak berkaitan dengan pelajaran. Murid-murid dibenarkan membawa permainan seperti sahiba, buku Teka Silangkata dan sebagainya.


UCAPAN GURU BERTUGAS – PN. NOR ARZAH BT HUSSIN

1. Pn. Nor Azah binti Hussin memperkenalkan barisan guru yang bertugas.
2. Ucapan tema : Aktiviti semasa cuti sekolah.
  • Pn. Nor Azah mengingatkan murid agar mengisi masa cuti mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
  • Waktu cuti boleh dimanfaatkan dengan pelbagai aktiviti seperti melancong bersama keluarga, bergotong royong, mengikuti kem-kem cuti sekolah dan lain-lain.
  • Aktiviti-aktiviti tersebut boleh mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan.
  • Di samping itu murid turut diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri sepanjang masa.

3. Perkataan lawad pada minggu ini adalah:
  • Bahasa Malaysia  : Menekap – Meniru
  • Bahasa Inggeris    : workshop – bengkel
  • Bahasa Arab         : haatifun – telefon

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis perhimpunan berlangsung :

Barisan guru bertugas
Ucapan guru bertugas
Bacaan doa oleh adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril (3 Tabla)
Bacaan ikrar murid oleh adik Aleef Qawiem bin Arzeky (3 Kompang)

Ucapan guru bertugas minggu lepas.


Disediakan oleh:
Pn. Suriyana bt Nanyan @ Salim

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-43 (Sesi Pagi)

Perhimpunan Minggu Ke-43 merupakan sesi perhimpunan terakhir bagi semua murid sesi pagi tahun 2016. Butirannya seperti berikut:

Tarikh : 21 November 2016 (Isnin)
Giliran Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan A
Senarai Guru Kumpulan A:
   - Puan Siti Masra
   - Encik Tarmiji
   - Puan Norziani
   - Puan Azlina
   - Puan Musaliha
   - Puan Nor Azian

Perhimpunan dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah, bacaan doa, ikrar Rukun Negara, ikrar Keselamatan Jalan Raya dan laporan guru bertugas pada minggu sebelumnya.

Bersesuian dengan minggu terakhir sesi persekolahan, tema ucapan pada minggu ini ialah aktiviti semasa cuti sekolah. Guru bertugas (Puan Siti Masra) menasihatkan murid- murid supaya dapat mengisi waktu cuti persekolahan dengan perkara yang berfaedah seperti membantu ibubapa di rumah, menanam pokok, mengikuti Kem Jati Diri, perkhemahan, aktiviti mempertahankan diri seperti silat dan Taekwondo, kelas mengaji Al Quran dan tarannum serta pelbagai aktiviti lain lagi.

Sesi perhimpunan pagi dipenuhi dengan acara penyampaian hadiah dan sijil bagi beberapa aktiviti iaitu:
1. Pertandingan bola sepak, bola jaring dan sepak takraw antara kelas-kelas Tahun 6 sebagai memenuhi aktiviti selepas UPSR.
2. Pertandingan Tae Kwon Do peringkat Antarabangsa di Thailand, yang diwakili oleh dua orang murid SKTPP.
3. Kursus TKRS peringkat Kebangsaan di Melaka yang diwakili oleh Ustaz Ahmad Zunaidi dan seorang murid iaitu Hanis Syafiqah Tahun 5.
4. Penyampaian Al Quran / kamus sumbangan seorang bapa kepada bekas murid SKTPP untuk murid-murid cemerlang UPSR 2016.

Sesi perhimpunan diakhiri dengan ucapan Puan Rohaidah selaku Guru Besar SKTPP dengan mengucapkan salam perpisahan kepada murid-murid tahun 6 sesi 2016 serta memberi nasihat kepada semua murid agar memanfaatkan waktu cuti persekolahan dengan perkara berfaedah dan sentiasa menjaga keselamatan dan tingkah laku.

Barisan Guru Bertugas Minggu Ke-43

Penyampaian Hadiah Bagi Pasukan Bola Jaring

Tahniah murid TKRS menerima sijil kursus TKRS peringkat Kebangsaan di Melaka.

Tahniah peserta yang mewakili pertandingan Tae Kwon Do di Thailand.

Tahniah murid cemerlang UPSR menerima senaskah Al Quran.

Tahniah murid bukan Islam cemerlang UPSR menerima kamus.

Puan Rohaidah menyampaikan ucapan sempena minggu terakhir sesi persekolahan.

Renungkanlah,
Setiap detik 2016 penuh makna,
Setiap waktu dipenuhi suka duka kehidupan,
Kini waktu memisahkan kita,
Segala tawa ria bersama SKTPP,
Tetap utuh di hati
Mekar mewangi di sanubari.

Salam perpisahan, dan selamat bercuti semua.

Disediakan oleh,
Norziani Zubir.

Saturday, November 19, 2016

Majlis Hari Graduasi Dan Jamuan Perpisahan "Sekalung Budi Sejambak Kasih" Tahun 6/2016


Hari ini telah berlangsung dengan meriah dan membawa sejarah bagi murid-murid Tahun 6 iaitu Majlis Hari Graduasi Dan Jamuan Perpisahan "Sekalung Budi Sejambak Kasih" Tahun 6/2016. Majlis ini adalah sebagai lambang berakhirnya pembelajaran mereka di alam sekolah rendah.
Bingkisan pantun yang tersirat seribu makna, sebagai tanda apresiasi murid-murid Kohort Operasi Matematik;
Zeta, Theta, Sigma, Omega,
Simbol matematik sebagai rujukan,
Berbaik budi sesama tetangga, 
Nescaya hidup sentiasa aman.

Objektif:
1. Meraikan murid-murid yang bakal meninggalkan sekolah rendah
2. Meningkatkan keyakinan diri dan keberanian murid untuk naik ke pentas
3. Memberikan satu pengalaman dan kenangan buat murid-murid Tahun 6 sebelum meninggalkan alam sekolah rendah
4. Mencungkil bakat murid melalui persembahan yang ditampilkan
5. Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan PIBG

Atur Cara:
7.00 - 8.00 a.m : Pendaftaran/Pengambilan jubah
8.00 - 8.30 a.m : Peserta mengambil tempat
8.30 - 9.30 a.m : Bacaan doa, Ucapan wakil murid, YDP PIBG dan Guru Besar
9.30 - 12.30 p.m : Persembahan, Penyampaian Sijil Graduasi dan Sesi Bergambar 
12.30 p.m : "Jamuan Makan Sejambak Kasih"

Berikut adalah paparan gambar sepanjang acara berlangsung:
Tetamu kehormat memasuki dewan
Bacaan doa oleh En Muhammad Dzarfan bin Kamal Bahrin

Ucapan wakil murid oleh Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta)

Ucapan YDP PIBG, Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Sufian

Ucapan Guru Besar, Pn. Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali

Persembahan Tarian dari kelas 6 Theta

Persembahan Nasyid dari kelas 6 Lambda







Penyampaian Sijil Graduasi kepada peserta

Penyampaian Sijil Graduasi kepada peserta




Dedikasi Pantun Kohort Operasi Matematik

Para peserta graduasi Kohort Operasi Matematik

Barisan pentadbir SKTPP bersama YDP PIBG

Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas PPKI
Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas 6 Alfa

Gambar Kenangan bersama peserta graduasi kelas 6 Beta

Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas 6 Delta

Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas 6 Gamma

Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas 6 Lambda

Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas 6 Omega

Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas 6 Sigma

Gambar kenangan bersama peserta graduasi  kelas 6 Theta

Gambar kenangan bersama peserta graduasi kelas 6 Zeta


Pentadbir dan guru turut gembira bergraduat

Kenangan manis murid-murid Kohort Operasi Matematik





Semoga kenangan manis hari graduasi ini akan kekal abadi dalam memori murid-murid Tahun 6 SK Taman Putra Perdana 2016.