... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, January 20, 2021

Selamat Kembali Belajar (Dalam Norma Baharu) 2021

Selamat Kembali Belajar dalam norma baharu kepada semua murid SKTPP!!

Semoga semua murid dalam keadaan sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.

Walaupun dunia kini berada di dalam pandemik yang entah bila akan berakhir, namun sebagai seorang murid kamu perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau situasi pada hari ini.

Sentiasa jaga kebersihan diri dan SOP sepanjang PKP serta teruskan berdoa. Kekal positif dan semoga kita berjumpa lagi di sekolah dalam keadaan selamat tanpa Covid-19. 


Tuesday, January 19, 2021

Mesyuarat Guru Bil. 1/2021

Hari ini guru-guru bermesyuarat buat kali pertama bagi tahun 2021. Mesyuarat secara maya melalui medium Microsoft Teams ini membincangkan perancangan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sekolah bagi menghadapi operasi pembukaan sekolah dalam suasana pandemik Covid-19 & Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

  Selamat kembali bertugas buat semua guru mulai esok. Pembukaan sekolah yang jauh berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini - sangat mencabar dan menuntut lebih integriti.

  Selamat Datang diucapkan buat 3 orang guru baru ke SKTPP iaitu;

1. Pn. Nor  Hanim binti Ismail dari SK Pulau Meranti, Puchong


2. Pn. Nur Wahidatuldinah binti Hassan dari SK Astana, Petra Jaya, Kuching, Sarawak


3. Pn. Zaleha binti Sitam dari SK Lutong, Miri, Sarawak

Semoga dapat memantapkan lagi pendidikan anak-anak murid hasil pengalaman luas kalian.

  Guru-guru akan kekal mengajar secara PdPR (pengajaran dan pembelajaran di rumah). Teruskan berkarya untuk menyampaikan pengajaran dengan cara yang paling berkesan dan menarik.

  Tahniah buat semua Penolong Kanan atas pembentangan dan taklimat hebat yang disampaikan. Barisan pentadbir yang sangat berwibawa dan menjadi sandaran warga sekolah. 

  Semoga kita akan tetap bersemangat, kreatif dan gigih dalam melaksanakan amanah yang diberi. Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan kami demi anak-anak murid yang tersayang. Semoga wabak yang melanda ini akan segera berlalu dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin. Aamiin..











Monday, January 18, 2021

Pautan ke Aplikasi Telegram Tahun 1 2021 SK Taman Putra Perdana

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut merupakan pautan ke aplikasi Telegram Kelas Tahun 1 2021. Mohon kerjasama semua ibu bapa / penjaga murid tahun 1 2021 menekan nama kelas mengikut kelas anak masing-masing untuk masuk ke kumpulan Telegram kelas.

Kerjasama anda amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

1 CAMAR

1 CENDERAWASIH

1 ENGGANG

1 HELANG

1 KASAWARI

1 KENARI

1 MERAK

1 MERPATI

1 RAJAWALI

1 TEMPUA


Disediakan oleh :

Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

Wednesday, January 13, 2021

Sekolah Disanitasi

Hari ini kerja-kerja kerja-kerja sanitasi seluruh sekolah telah dijalankan. Semoga dijauhi virus yang semakin mengganas ini..


Kawasan sekolah


Pejabat



Prasekolah



PPKI


Kedai Buku

Terminal Muafakat


Ujana Ilmu

Surau

Kantin

Bilik Kaunseling

Bilik Sukan


Stor Sukan

Makmal Sains

Makmal Komputer dan bilik darjah

Monday, January 11, 2021

Senarai Nama Murid Tahun 1 - 6 Sesi 2021

Assalamualaikum..

Berikut adalah senarai nama murid TERKINI Tahun 1 hingga Tahun 6 Sesi 2021.  Sila klik pautan di bawah.


Sekian untuk makluman, terima kasih.

Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Tuesday, January 5, 2021

Pemulangan Buku Teks 2020

Pemulangan buku teks akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 (2020) 

Tarikh : 12 - 15 Januari 2021
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)

Diharap semasa pemulangan buku teks pada waktu tersebut: 

📚 Buku teks mencukupi mengikut senarai yang dilampirkan. 
📚 Buku hendaklah diikat rapi menggunakan tali rafia.
📚 Buku teks berbalut dengan pembalut lutsinar.
📚 Buku teks dalam keadaan elok dan tidak rosak. Buku yang rosak hendaklah diganti. 

Makluman tambahan:

👉🏼 Mohon hanya seorang penjaga sahaja hadir untuk urusan pemulangan buku teks. 

👉🏼 Ibu bapa / penjaga juga diminta:

✅membawa pen
✅memakai pelitup muka
✅mengambil suhu di pos pengawal 
✅menjaga penjarakan sosial

Kerjasama semua diucapkan terima kasih.

Disertakan senarai semak pemulangan buku teks untuk tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.






Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh

Friday, January 1, 2021

Senarai Buku Tulis Tahun 1 hingga 6 Bagi Sesi Persekolahan 2021

Bersama-sama ini disertakan senarai buku tulis untuk makluman dan tindakan ibu bapa/penjaga.

TAHUN 1


TAHUN 2

TAHUN 3


   
TAHUN 4

                    

TAHUN 5


           TAHUN 6


Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Nurul Azean binti Mohd Salleh