Tuesday, August 30, 2011
Thursday, August 25, 2011
DEMONSTRASI KEBAKARAN
25 OGOS (KHAMIS)- Sebagai langkah keselamatan, satu Demonstrasi Kebakaran dari Unit Keselamatan Sekolah telah diadakan. Latihan ini dibuat memandangkan sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa kejadian sekolah yang terbakar. Ia adalah sebagai langkah keselamatan dan persediaan buat murid-murid agar mereka bersedia menghadapi kemungkinan tersebut jika berlaku.
Sebelum demonstrasi ini dilangsungkan, murid-murid telah diberikan pendedahan menganai aliran keluar kelas jika lonceng kecemasan dibunyikan. Demonstrasi hari ini, selain memberi pendedahan kepada murid mengenai langkah keselamatan tersebut, ia juga bertujuan melatih murid-murid untuk mengikut disiplin aliran keluar keluas dalam keadaan-keadaan kecemasan.
Murid-murid telah dikumpulkan di padang sekolah dan Pen. Kanan Hem, Pn. Yulliana Makkana telah memberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan apabila berlaku kebakaran.
Friday, August 19, 2011
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA
19 OGOS (JUMUAT)-Program Khatam Al-Quran diadakan pada hari ini merupakan salah satu program di bawah j-QAF melibatkan murid-murid tahun enam yang telah menamatkan bacaan Al-Quran masing-masing. Seramai 15 orang murid tahun enam telah terpilih untuk menyertai program tadarus Ramadhan bagi melengkapkan lagi Khatam Quran yang diadakan. Mereka dikehendaki menghabiskan 10 Juzuk dan dibaca secara bertadarus. Ia diadakan berlangsung selama 10 hari.
Program hari bermula selepas solat Jumuat (2.30 petang) dan berlangsung hingga ke acara "Iftor Jama'i". Ketua Sektor Pendidika Islam Pejabat Pelajaran Sandakan, En Sarudin Andang telah hadir merasmikan majlis.
En. Sarudin Andang menyampaikan sijil Khatam Quran kepada para peserta.
Murid-murid dan guru solat Asar bersama-sama.
Thursday, August 4, 2011
Monday, August 1, 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Kepada muslimin muslimat, diucapkan selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga Ramadhan pada tahun ini menjadi pemankin ketakwaan diri, seterusnya melahirkan watak sebagai muslim dan muslimah yang sejati. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal sepanjang bulan Ramadhan dengan menjaga tutur kata dan perangai kelakuan agar puasa kita benar-benar diterima oleh Allah SWT.
Saturday, July 30, 2011
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
Perkhemahan Unit Beruniform Sk. Sibugal Besar sedang berlangsung. Bermula dengan pendaftaran pada petang Jumuat 29 Julai, ia akan tamat pada tengah hari Ahad 31 Julai. Seramai kira-kira 100 orang murid dari Tahap 2 telah menyertai. Pelbagai acara yang melatih murid untuk berdikari dan berdisiplin telah dan sedang dijalankan. Komitmen para guru dan AKS telah menjadikan program ini berjalan dengan lancar.
Gambar Unit Beruniform:
Gambar Unit Beruniform:
Thursday, July 28, 2011
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
Para Guru yang ingin berurusan memaukkan markah-markah pencapaian murid melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) boleh menggunakan sistem yang disediakan melaui laman web:
Saturday, July 9, 2011
Melawat Pn. Khalilah di Wad.
SANDAKAN, 9 JULAI (SABTU)- Rakan-rakan guru dan kakitangan yang prihatin diketuai sendiri oleh Guru Besar, Pn. Norliza binti Che Ishak, telah mengambil kesempatan menziarahi Pn Khalilah binti Norsaid, guru Pra Sekolah 2 Sk. Sibugal Besar di Wad Pesakit Wanita di Hospital Duchess Of Kent petang ini setelah selesai Majlis bersama bekas Guru Besar di Hotel Sabah. Sejak lebih seminggu yang lalu, Pn Khalilah telah dimasukkan ke wad kerana mengalami jangkitan virus misteri yang belum berjaya didiagnosis oleh doktor yang merawatnya.
Dalam kesempatan lawatan yang diadakan itu, para guru mengaminkan doa yang dipimpin oleh ust Ahmad Sidqi agar Pn. Khalilah segera sihat.
Majlis Jamuan Balas Bekas Guru Besar
SANDAKAN, 9 JULAI (SABTU)-Bekas Guru Besar Sk. Sibugal Besar, En. Kiffle bin Md Harin, hari ini mengadakan Majlis Jamuan Balas Selamat Tinggal Sk. Sibugal Besar, bertempat di bilik Amadeus. Hotel Sabah, Sandakan. Majlis bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang. Tetamu-tetamu yang hadir adalah sebahagian besar guru dan AKS Sk. Sibugal Besar. En. Kiflfle bin Md Harun yang bertindak sebagai tuan rumah majlis diringi isteri dan anak-anaknya.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Ust Kamaruddin Wahab dan disusuli dengan ucapan En. Kiffle. Beliau antara lain menyebutkan mengenai perkembangan semasa beliau yang kini menurutnya sedang merancang menceburkan diri dalam kegiatan pertanian iaitu penternakan cendawan. Setelah lebih 30 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan, tawaran sebagai guru kontrak dan guru ganti ditolaknya. Bidang penternakan cendawan merupakan bidang yang menarik minatnya untuk mengisi masa sesudah pencen.
Ucapan seterusnya adalah dari guru besar yang baru, Pn. Norliza binti Che Ishak. Beliau mengharapkan En. Kiffle agar terus mengikuti perkembangan sekolah dan berharap peranannya sebagai penasihat tidak rasmi yang akan bersama-sama membangunkan prestasi sekolah ke peringkat yang lebih cemerlang.
Wakil guru Sidang Pagi yang berucap ialah Pn. Salbiah Sakah , sementara wakil guru Sidang Petang pula ialah oleh Ust. Ahmad Sidqi.
Seterusnya para tetamu dihidangkan dengan juadah yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel. Sementara itu, beberapa guru menyumbangkan suara merdu mereka menyanyikan lagu-lagu pilihan sebelum majlis berakhir dengan sesi menyampaikan hadiah dan bergambar.
Warga SKSB mendoakan agar En Kiffle Md Harun, bekas Guru Besar diberikan Allh SWT kesihatan dan dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Sunday, July 3, 2011
LARIAN SEMPENA 1 MURID 1 SUKAN
SK.SIBUGAL BESAR, 2 JULAI (SABTU)- Selaras dengan program yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran di seluruh negara iaitu Larian 1 Malaysia sempena program 1 Murid 1 Sukan, Sk. Sibugal Besar tidak ketinggalan menganjurkan larian tersebut. Larian yang melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa tersebut menyaksikan larian para peserta sepanjang jalan masuk kampung Sibugal Besar. Para peserta, sekitar 300 orang memulakan larian dari hadapan ke hujung Jalan Kg Sibugal Besar dan kemudian berpatah balik.
Bermula seawal jam 7.30 pagi, acara larian tersebut ditamatkan satu jam kemudian. Para peserta yang yang memenangi kategori yang dipertandingkan telah dihadiahkan kalungan medal dalam majlis perasmian penutup. Turut hadir menyerikan majlis perasmian penutup adalah Pengerusi PIBG, Ketua Kampung Sibugal Besar dan Pegawai Polis bertugas.


Friday, June 24, 2011
JADUAL WAKTU SEMESTER 2 2011 (PINDAAN)-SIDANG PETANG
Jadual waktu Induk, Persendirian dan Kelas kini telah siap dibuat
penyelarasan dan pindaan oleh Penyelaras Jadual Waktu Sidang Petang, En Yusdy Rali. Para guru sidang petang boleh menyemak jadual
masing-masing di sini. Sila klik pada tajuk-tajuk jadual untuk melihat
resolosi yang lebih jelas.
Jadual-jadual ini juga boleh dimuat turun. Klik Download untuk mendapatkannya.
Jadual-jadual ini juga boleh dimuat turun. Klik Download untuk mendapatkannya.
Thursday, June 23, 2011
JADUAL WAKTU SEMESTER 2 2011 (PINDAAN)-SIDANG PAGI
Jadual waktu Induk, Persendirian dan Kelas kini telah siap dibuat penyelarasan dan pindaan oleh Penyelaras Jadual Waktu Sidang Pagi, Ustazah Norhayati Adnan. Para guru sidang pagi boleh menyemak jadual masing-masing di sini. Sila klik pada tajuk-tajuk jadual untuk melihat resolosi yang lebih jelas.
Jadual-jadual ini juga boleh dimuat turun. Klik Download untuk mendapatkannya.
Jadual-jadual ini juga boleh dimuat turun. Klik Download untuk mendapatkannya.
Friday, May 27, 2011
Tahniah: Wakil Murid SKSB Johan Pertandingan Pidato
Wakil Sekolah dalam pertandingan pidato sekolah-sekolah rendah peringkat daerah Sandakan pada tahun ini, Fatin Nurfitriyani binti Adjiril berjaya menjuarai pertandingan. Beliau adalah murid tahun 5 Aktif yang menjalani latihan pidato di bawah bimbingan Ustazah Erna Swardi. Kesungguhan murid dan guru ternyata membuahkan hasil. Tentunya pencapaian tersebut membanggakan warga sekolah.
Sementara itu, wakil sekolah dalam pertandingan bercerita adalah Siti Norsaphina Khalisah binti Muhammad. di bawah bimbingan Pn. Salbiah Sakah. Sungguhpun tidak dapat mememangi pertandingan, ia cukup membanggakan sekolah kerana telah mempamerkan penceritaan yang baik. Hanya kerana persaingan sengit dari sekolah-sekolah yang lain tidak mengizinkan wakil sekolah mendapat tempat pada kedudukan antara teratas.
Sementara itu, wakil sekolah dalam pertandingan bercerita adalah Siti Norsaphina Khalisah binti Muhammad. di bawah bimbingan Pn. Salbiah Sakah. Sungguhpun tidak dapat mememangi pertandingan, ia cukup membanggakan sekolah kerana telah mempamerkan penceritaan yang baik. Hanya kerana persaingan sengit dari sekolah-sekolah yang lain tidak mengizinkan wakil sekolah mendapat tempat pada kedudukan antara teratas.
Subscribe to:
Posts (Atom)