Tuesday, August 30, 2011
Thursday, August 25, 2011
DEMONSTRASI KEBAKARAN
25 OGOS (KHAMIS)- Sebagai langkah keselamatan, satu Demonstrasi Kebakaran dari Unit Keselamatan Sekolah telah diadakan. Latihan ini dibuat memandangkan sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa kejadian sekolah yang terbakar. Ia adalah sebagai langkah keselamatan dan persediaan buat murid-murid agar mereka bersedia menghadapi kemungkinan tersebut jika berlaku.
Sebelum demonstrasi ini dilangsungkan, murid-murid telah diberikan pendedahan menganai aliran keluar kelas jika lonceng kecemasan dibunyikan. Demonstrasi hari ini, selain memberi pendedahan kepada murid mengenai langkah keselamatan tersebut, ia juga bertujuan melatih murid-murid untuk mengikut disiplin aliran keluar keluas dalam keadaan-keadaan kecemasan.
Murid-murid telah dikumpulkan di padang sekolah dan Pen. Kanan Hem, Pn. Yulliana Makkana telah memberi taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan apabila berlaku kebakaran.
Friday, August 19, 2011
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA
19 OGOS (JUMUAT)-Program Khatam Al-Quran diadakan pada hari ini merupakan salah satu program di bawah j-QAF melibatkan murid-murid tahun enam yang telah menamatkan bacaan Al-Quran masing-masing. Seramai 15 orang murid tahun enam telah terpilih untuk menyertai program tadarus Ramadhan bagi melengkapkan lagi Khatam Quran yang diadakan. Mereka dikehendaki menghabiskan 10 Juzuk dan dibaca secara bertadarus. Ia diadakan berlangsung selama 10 hari.
Program hari bermula selepas solat Jumuat (2.30 petang) dan berlangsung hingga ke acara "Iftor Jama'i". Ketua Sektor Pendidika Islam Pejabat Pelajaran Sandakan, En Sarudin Andang telah hadir merasmikan majlis.
En. Sarudin Andang menyampaikan sijil Khatam Quran kepada para peserta.
Murid-murid dan guru solat Asar bersama-sama.
Thursday, August 4, 2011
Monday, August 1, 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Kepada muslimin muslimat, diucapkan selamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga Ramadhan pada tahun ini menjadi pemankin ketakwaan diri, seterusnya melahirkan watak sebagai muslim dan muslimah yang sejati. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal sepanjang bulan Ramadhan dengan menjaga tutur kata dan perangai kelakuan agar puasa kita benar-benar diterima oleh Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)