Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

It's All About Being Nice to Others...


What I did :
 >>>> Posted Christmas wishes to my fellow Christian friends

Consequence:
>>>> A polite comments asking me to remove the posting:  sorry bro nak tegur sket.. xleh wish yg hang wish tu.. Islam melarang sama skali.. harap boleh remove kot post ni.. P/S: Sekadar menegur.. No offence yer

Ok.. Next comment by the same bro (Mr Arzlie) who added: Ibnu Taimiyah, Ibnu al-Qayyim, para pengikut dan ulamak yang lainnya berpendapat bahawa hukum mengucap selamat Hari Natal adalah haram karena perayaan ini adalah antara syiar Kristian. Dan pengucapan selamat itu dilihat sebagai tasyabbuh (menyerupai) dan atas dasar ini, maka ia diharamkan.

Then an ol' friend (Faisal) came into my defence: Hukumnya harus jika dirujuk di sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-mengucapkan-tahniah-dan-ucapan-selamat-bersempena-perayaan-agama-


Then, Bro Arzlie put his link as well: http://www.facebook.com/ImamMudaHassanAdli/posts/537782379567426

My cousin put his own link as well (A Hafiz doing degree in biomedic) : http://www.facebook.com/notes/inni-akhafullah/hukum-mengucapkan-merry-christmas-kepada-penganut-beragama-kristian/333302360031584

A friend (Dr Razif) posted Dr Zakir Naik's video:
http://www.youtube.com/watch?hl=en&client=mv-google&gl=GB&v=t6IE2HoPcf0&nomobile=1

Ajai came into my defence again:
 Byk dh bertanya. Sy x wish sapa2 pun tapi mengetahui peribadi hafiz safwan, saya tahu dia memilih yg no 2. Lgpun yg mengeluarkan fatwa bukan seorg ustaz tetapi himpunan ulama. Nk banding dgn diri kita dgn ulama mmg jauh, jadi ikut la pendapat ulama. Namun biasa la, dlm byk hal mmg terjadi khilaf antara ulama itu sendiri. Lagi satu, jika sekalipun kita berniat baik utk menegur seseorg, sebaiknya pm la dia. Klu komen di wall, bimbang mengaibkan dia pula. Jadi niat asal yg baik tu x tercapai pula objektifnya. Rasulullah SAW mengajar utk menegur dgn berhikmah. Dan teguran saya ini saya tujukan khusus pd diri saya dahulu. Wallahua'lam

and added:
Kerana org yg berani menegur itu seharusnya berani juga menerima teguran. Salam ukhwah & syukran atas semua perkongsian tadi. Amat2 bermanfaat terutama penjelasan dari Dr Zakir Naik dlm utube tu

Bro Arzlie replied to Ajai's comment:
teguran saya kepada diri saya dan umum.. sbb tu saya letak no offence yer.. jgn terlalu bergantung pada majlis fatwa ja.. keputusan majlis fatwa ni banyak dah yg kurang tepat.. x salah kalau kita banyak mengkaji.. dari menimbulkan isu dan kontrovesi mcm ni.. lebih baik xyah post.. playsafe.. bak kata UAI g la bawak2 berzikir lg bagus dari dok wish sana wish sini.. wat gape? saya boleh terima teguran asalkan teguran tu berlandaskan syariat islam yg berpaksikan Al-Quran dan Sunnah.. bukan dari logik akal pemikiran seseorang penegur itu sendiri.. para ulamak ulung sudah mensyariatkan yang ianya haram.. jgn lah kita cuba2 utk mmngharuskan sesuatu atas nama PERPADUAN.... nak jaga hati umat sesama islam atau hati non-muslim itu sendiri.. nasihat saya kepada semua termasuk saya sendiri.. pelbagaikan sumber pengajian dan berpegang kepada seseorang yang mengeluarkan nas berpandukan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Wallahu ' Alam.

The rest... you can read it here:
http://www.facebook.com/hafizsafwan.mdrijani/posts/463616743700282?notif_t=like


I want to clarify this:

- I respect everyone's Point of View (POV).
- I am also thankful to Mr Arzlie, Mr Faisal, Mr Amar (Inni Akhafullah), Mr Hafiz (Jay Pitt) and Dr Razif for their opinion all links. I've read all. Thank you guys.. :)

- I have different opinion regarding the claim that some decision made by Majlis Fatwa were less precise (Bro Arzlie said, "...banyak dah kurang tepat,"). To me, such fatwa was made considering all aspects.
-I am just an ordinary muslim who is trying to be better everyday. I wrote the post considering that I have several Christian friends in my FB. Turn out that only one Christian friends responded by clicking the 'like' button.
- I respect all Muslim Scholars which being quoted by my fellow friends. Ustaz Azhar Idrus, Majlis Fatwa Kebangsaan, Dr Zakir Naik, Dr MAZA and etc.



- Now, let us not be bias...Ok.. This is our next PM according to PR if they can win in the next GE.
http://anwaribrahimblog.com/2012/12/24/christmas-greeting/
- And our current PM's message-
http://1malaysia.com.my/blog/merry-christmas-to-all-malaysian-christians-2/
- To permit what u did by comparing with what others did shows ignorance. I'm not putting that up to say that what I did right.

 - Read Dr MAZA on this matter:
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77

I quote "8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).
Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.,"
and I quote
"9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita."
- I rest my case

Hafiz Safwan Md Rijani

Hadiah Buat Kekasih

Assalamualaikum Warahmatullah

Bagi yang anti dengan kisah cintan-cintun nih, mohon agar dapat menerima pandangan peribadiku ini dengan sebaik mungkin.

Sejak 4 tahun lepas, aku mencari calon isteri. Alhamdulillah, aku temui seseorang lebih kurang 3 tahun lepas. Memulakannya dengan bersahabat, sehingga pada suatu ketika masing2 menyampaikan perasaan hati.

Perjalanan seterusnya agak berliku dan goyah. Namun, takdir Allah penentu segalanya. Akhirnya sehingga kini kami masih bersama dan sedang merancang untuk mengakhiri segalanya dengan ikatan perkahwinan untuk memulakan fasa baru.

Sedikit pesanan buat rakan2 sejantina denganku yang 'straight' atau yang telah kembali ke pangkal jalan. :p

Aku dah lihat beberapa rakan yang 'bermain2' dengan jantina yang satu lagi tu.. dan jugak sebaliknya..

Ingatlah... hidup nih tak lama.. teruskanlah buat macam tu kalau ada rasa masih nak 'bermain2'.

Bagi yang masih mencari, tetapkanlah niat di hati untuk mencari calon isteri atau suami. Bukan untuk mencari pakwe dan makwe. Jika dah jumpa, cepat2 dapatkan restu ibu bapa si dia (bagi lelaki). Beritahu niat anda, dan berterus terang dengan ibu bapa anda.

Aku tak berhasrat nak suruh orang contohi aku. Cuma nak berkongsi apa yang kami lalui sehingga ke hari ini.

Setelah lebih 2 tahun berkawan rapat, aku dah kenal semua ahli keluarga dia. Cuma dia belum berjumpa ngan parents aku lagi. Sehinggalah selepas raya tahun lepas, aku temukan dia ngan mak bapak aku di KLIA semasa menghantar adik aku yang no 4 tu (dia nak balik rusia). Bermula dari situ, segalanya berjalan dengan pantas. Aku berkesempatan menyampaikan niat aku untuk menghantar parents aku datang berbincang dengan parents dia sedangkan aku target untuk buat sedemikian lewat sebulan lagi. Seterusnya, parents aku datang rumah dia untuk merisik bulan 11/2011.

Bagi lelaki, sekiranya anda dah tahu yang anda telah berhenti mencari... teruslah berbincang dengan ibu bapa anda.. mohon restu diorang untuk sampaikan isi hati anda. Sampaikan hasrat anda kepada si Perempuan dan duduk berbincang tentang langkah2 yang telah anda atur untuk ke arah perkahwinan. Mohon kerjasama dari si dia, dan mohon ruang untuk berjumpa dengan ibu bapa dia.

Bagi perempuan, sekiranya anda yakin bahawa si jejaka itulah yang akan jadik Imam anda... Sampaikanlah hasrat si lelaki kepada ibu bapa anda secara kias2an. Bantu si dia untuk memudahkan lagi urusan.

Mungkin sesetengah tak pasti atau tak tahu cara atau adat. Jangan risau. Kebanyakkan mak bapak nih dah agak moden dan tak mahu menyusahkan anda.

Bagi si Lelaki, mungkin anda boleh ikut langkah-langkah yang saya dah aturkan di bawah ni:
1. Tetapkan target anda - dalam masa setahun / 2 tahun dari sekarang anda akan berkahwin.

2. Berbincang dengan pasangan anda. Tanya sama ada dia mahu atau tidak dahulu.. tak mahu nanti kita yang lebih2 tapi si dia masih belum bersedia. (Kalau dia masih belum bersedia, anda boleh : Beri lebih masa / Cari yang lain..maaf, mungkin ada yang akan melenting..tapi fikirkanlah..ia ibadah..kenapa perlu tangguh?)

3. Jika si dia bersetuju dan dah bersedia, mohon kerjasama agar dia dapat fikirkan cara bagaimana untuk anda bersemuka dengan parents dia. (Aku target nak bincang time dia konvo...tapi 'ter' awal lah pulak).

4. Bila mak bapak dia dah berada di depan anda, pastikan bahawa suasana itu sesuai untuk anda bercakap. Kalau bapak dia tgh layan bola (kena lak team faveret dia tgh main) janganlah teruskan jugak.. rilek dulu.
Baca doa Nabi Musa (Rabbish shrahli sodri dan seterusnya sampai habis sambil pandang muka kedua2nya), tarik nafas panjang dan selawatlah...pastu sampaikan hasrat hati.. bahawa anda mahu membawa ibu bapa atau wakil anda untuk berbincang tentang hubungan anda dan dia. Aku jenis ikut adat... Jadi, tak proper kalau anda shoot direct macam nih "Mak cik dan Pak cik, saya nak kawen dengan anak Pak cik dan Mak cik yang bernama ....," Itu urusan orang tua. Tugas anda hanya untuk sampaikan maksud ibu bapa anda yang mana diorang dah bersetuju untuk pergi ke rumah awek anda.

5. Di takdirkan Allah, anda telah mendapat kebenaran daripada orang tua si dia. Duduk berbincang dengan parents anda pulak tentang tarikh nak pergi tu.Anda juga perlu berbincang dengan si dia sebab mungkin tarikh tu tak sesuai (Mak bapak dia nak gi umrah ke atau ada majlis ke).

6. Bawaklah tanda (mungkin sebentuk cincin untuk tujuan risik). Ia menunjukkan bahawa anda memang sangat berminat sementara menunggu untuk bertunang.

Hal seterusnya adalah urusan ibubapa anda dan dia (Kalau ikut style aku lah)..kalau tak anda kena fikirkan sendiri.


Saja nak share pengalaman ni.. Moga bermanfaat.

:)

Setahun..

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Lama tak menulis... Lama benor.. (apahal kuar loghat pelik2 nih)

:p

Tentang tajuk.. Genap setahun saya bekerja sebagai seorang eksekutif pengurusan projek. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya terhadap saya dan keluarga saya.

Nothing much left..
Ipoh is my next project...

New Name... Why a sudden U turn?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

This is the 1st post since the last post. The last post was posted during the era of Pak Cik Bushu Thought That ... . This new post is posted under the new name Hafiz Safwan Thought That ...

Whats' wrong with the name? some might ask this question.. well.. I guess it's time for me to move on.. to start fresh and to be mature...starting with the new name...my real name
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin