Hafiz Safwan Thought That...

A thought of my self.."Be civil to all; sociable to many; familiar with few; friend to one; enemy to none." Benjamin Franklin

Pages

Saya sebagai orang yang gagal.... :)

Assalamualaikum W.B.T

Tajuk tak leh blah..

Lama benar tak menulis...tetiba jadik gatal tangan balik. Penangan blog Hami Asraff... tidak kutahu yang dia merupakan seorang blogger yang hebat... :)

Good for you bro..Alhamdulillah

Tentang tajuk hari ini. Aku terpanggil untuk menulis selepas berbicara dengan si Hami nih tentang pencapaian.

Tidak aku nafikan...wujud perasaan yang negatif dalam diri bila menyedari bahawa aku seorang lelaki berusia 28 tahun yang baru tamat pengajian DEGREE dan baru bulan ke-2 bekerja di sebuah GLC yang buat kereta (Paham2 lah) sebagai seorang executive cabuk. memandu kereta ayahanda dan motosikal yamaha lagenda 110Z untuk berulang alik ke tempat kerja. menyewa di s7 shah alam bersama rakan2 yang sedang menyambung pengajian di peringkat masters.

Satu persepsi killer dari rakan2 sekerja bila mengetahui yang aku fresh grad dan berusia 28 tahun adalah -> "Owh...mesti kerja dulu sebelum belajar,"

aku tak berselindung dengan mengiakan pernyataan sedemikian..aku jelaskan..
"Saya kena tendang dari UTM selepas tahun kedua saya di sana,"

"Saya mula balik dari awal sebab qualification untuk masuk UTM adalah matrik. Hanya UiTM (fewwwwittttt) sahaja yang menerima saya sebagai pelajar. Bermula dengan diploma kejuruteraan mekanikal, saya teruskan ke peringkat ijazah kerana kata2 ibu saya,"

"Saya lewat 3-4 tahun dari rakan2 sebaya saya yang lain. Gaji mereka kini sudah berapa, kedudukan mereka kini sudah di mana....saya masih lagi tiada apa-apa."

Tanpa sedar...kata2 itulah yang selalu saya ucapkan pada setiap penanya...

Saya lupa nikmat yang Allah beri pada saya.

Saya lupa tentang peluang kedua yang saya terima.

Saya lupa tentang beruntungnya saya kerana ada ibu bapa yang sangat prihatin dan memberi semangat, dorongan dan berMATI-MATIAN untuk menanggung pelajaran saya.

Saya ada ramai rakan2 yang memberikan sokongan.

Saya ada segalanya...mengapa kegagalan itu yang saya lihat sedangkan kejayaan saya sudah ada di depan mata.


Baru beberapa jam yang lepas, saya mendengar tentang kekesalan seorang brader (tuan rumah sewa) tentang peluang2 yang telah beliau sia-siakan di waktu bujangnya dulu.

Saya tak suka bila beliau katakan yang beliau kesal...dan saya muhasabah diri saya balik....Saya lagi teruk dari beliau..saya pun buat perkara yang sama setiap kali ditanya tentang kisah silam saya.

Saya berbangga dengan siapa diri saya sekarang. Saya berbangga dengan insan2 yang berada disekeliling saya sekarang. Saya redha dengan apa yang saya lalui sekarang. Saya sedar yang masih banyak hutang saya pada keluarga, cikgu2, UiTM masih lagi belum berbayar (selain hutang konvo, saman dan library laa)

:)

Saya takkan dapat apa yang saya ada sekarang tanpa pengalaman2 lepas.. ada sesuatu yang baik yang telah Allah rencanakan untuk saya dan semua orang. Kalau tak di dunia..di dunia yang kekal abadi...AKHIRAT

6 people wrote something:

good for you bro.... and good for me also....

sebagai peringatan dan panduan untuk masa hadapan supaya kita tak buat kesilapan yang sama pada masa akan datang....

apa2 pun tahniah padamu wahai sahabatku........

 

we aren’t losers, bro...we are the great losers. we did fall flat but we rise again and become greater than before. we survived and we still breathing. what can be greater than this? Alhamdulillah...

 

xsemua org diberi peluang & kesedaran pd waktu yg sesuai..all the best. Busu, keje mane skrg?

 

Assalamualaikum wbt...
Tak semua yang kita nak kita akan dapat... sebenarnya kalau diperhalusi, banyak sungguh yang Allah dah beri tapi kita lalai nak bersyukur...

Tekanan - itu sebahagian daripada ujian kehidupan... Mudah2 an Allah beri kekuatan untuk bertahan.... Ameen Ya Rabbal 'alameen...

sedikit reminder for me and u and everyone:

Allah berfirman dalam Surah Ar-Rad Ayat 11;
“Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.”

And again Allah say in Al-Quran Surah Al-Baqarah, Verse 286:

“Allah does not burden any soul with more than it can bear. In his favor shall be whatever good he does, and against him whatever evil he does. (Believers! Pray thus to your Lord): ?O Lord! Do not take us to task if we forget or lapse into error. O Lord! Do not lay on us the burden as you laid on those before us. O Lord! Make us not bear burdens, which we have no strength to bear. And overlook our faults, and forgive us, and have mercy on us. You are our Supreme Guardian. Grant us victory over the unbelievers!”

Allah janji lagi; kali ne dalam Surah Al-Mu’min; ayat 60;

“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina.”

last sekali:
Allah dah ajar kita cara-cara kita nak minta tolong dengan Allah melalui:

•Surah Al Baqarah ;(Ayat 45)

"Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk.

•Surah Al Baqarah ;(Ayat 153)
"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar."

wallahualam...

 

membaca entry anda membuatkan saya terfikir betapa Allah maha adil..Alhamdulillah saya rasakan perjalanan hidup saya lancar..dari sekolah rendah hingga bekerja Allah aturkan sangat indah..tamat belajar terus mendapat kerja dikala rakan2 lain masih mencari-cari pekerjaan..jodoh juga awal dan masih bertahan hingga kini..pendapatan, pangkat dengan mudah sahaja Allah bagi...pendek kata perjalanan hidup sangat lancar dan saya amat bersyukur..tapi ada sesetengah aspek yang mengimbangi kelebihan Allah berikan tadi..wpun sudah lama berkeluarga tetapi masih belum mempunyai cahaya mata,walaupun pekerjaan bagus tetapi diduga dengan perbuatan jahat orang lain yang dengkikan kehidupan kami..Apabila difikir dan dipertimbangkan..Allah Maha Adil dan Penyayang..bersyukur atas nikmatnya..

 

Aku loike entry ko Busu, inilah kehidupan. Ada asam garamnya. Apa yang penting bagaimana kita menjadikan kelemahan itu sebagai suatu kelebihan :)

 
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin